Thursday, June 11, 2009

Rumors

Once upon a time an old man spread rumors that his neighbor was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After been released he sued the old man for wrongly accusing him. In court the old man told the Judge: 'They were just comments, didn't harm anyone..' The judge, before passing sentence on the case, told the old man: 'Write all the things you said about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw the pieces of paper out. Tomorrow, come back to hear the sentence.' The next day, the judge told the old man: 'Before receiving the sentence, you will have to go out and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday.' The old man said: 'I can't do that! The wind spread them and I won't know where to find them.' The judge then replied: 'The same way, simple comments may destroy the honor of a man to such an extent that one is not able to fix it. If you can't speak well of someone, rather don't say anything. 'Let's all be masters of our mouths, so that we won't be slaves of our words.'

Wednesday, June 3, 2009

Suapan

Minggu lepas D baru saja menghadiri ceramah berkaitan dengan Rasuah dan Integriti. Ceramah begini memang sering diberikan agar pegawai2 tidak 'terlupa' apa yang dinamakan wang suapan atau rasuah. Masa D duduk baca suratkhabar semalam ketika waktu rehat, setiausaha Boss yang duduk bersama-sama disofa tu bercerita tentang kenduri kahwin adik dia pada sabtu lepas. Adik dia lelaki so sabtu lepas kenduri rumah perempuan. D bertanya tentang kos kenduri....biasalah tugas D memang jaga tepi kain orang(pegawai penyiasat). Diapun berceritalah bermula dari kos catering RM10 ribu untuk jemputan 1000 orang. Kos catering (pihak perempuan) adik dia tanggung RM10 ribu jugak. katil pengantin (pihak perempuan) RM6 ribu. Wang hantaran RM15 ribu. Barang hantaran seperti alat mekap, barang kemas, kain RM5 ribu. Belum masuklah kos untuk goodies lebih kurang RM3 ribu. Mak pengantin lelaki nak tukar langsir baru RM2 ribu dan bilik pengantin RM2 ribu. Semua sekali dalam RM46 ribu. Huh....hebatkan D pun menghangatkan suasana dengan bertanya dari mana adik dia dapat duit sebanyak tu...kesian adik u kan sbb i rasa diakan baru je masuk kerja 2 tahun lepas mesti dia banyak kena buat pinjaman. Maka si kakak nie pun pecahlah rahsia " adik i kan kerja kat imexxxxx so bila ada syarikat2 yang nak mintak luluskan permit kemasukan pekerja asing cepat....merekapun bagilah duit kat adik i untuk cepatkan proses". Adik dia baru je kerja 2 tahun yang lepas dengan gaji <> RM1700 sebulan sbb dia bukan pegawai berijazah. patutlah senang je dia nak dapat RM46 ribu tu. Mula2 D memang nak pergi kenduri rumah dia hujung minggu nie (kenduri belah lelaki) tapi bila dapat tahu duit tu adalah duit haram maka D batalkanlah rancangan D. D kesian tengok Melayu yang dilahirkan sebagai islam dan hanya menganggap islam sebagai warisan dan bukan sebagai agama yang patut dipatuhi. Tanpa rasa malu dan bersalah si kakak boleh bercerita tentang kehebatan adik dia terima wang suapan. Pegawai kerajaan yang bersifat seperti ini terutama pegawai2 muda terlalu banyak di jabatan2 kerajaan sekarang. D pernah menjumpai satu list penerima wang suapan yang terdiri dari pegawai/kakitangan jabatan kerajaan dari jawatan rendah sehingga tinggi dalam simpanan seorang pengarah. Dari poem sehingga DO dapat habuan tapi habuan DO lah yang paling banyak RM20 ribu sekali bagi. Kalau perkara ini tak berleluasa takan bumbung stadium kat Kuala Terengganu boleh runtuh hari nie. D tunggu berita sebenar dari kawan D di Kuala Terenganu berkaitan dengan kes nie. sayang betul sebab D dah angkat sumpah untuk merahsiakan semua perkara2 yang D temui semasa menjalankan tugas...jadi banyak rahsia hanya kami saja yang tahu. D benar2 kesian kepada rakyat malaysia terutama bagi yang fanatik pada satu2 parti politik yang hanya mendapatkan maklumat dari satu media saja sedangkan media tersebut telah menutup semua info dan hanya menyalurkan info yang difikirkan perlu saja. Banyak cerita adalah berat sebelah dan kadang2 cerita dari pihak pembangkang adalah benar...kenapa benar sbb berita benar tukan sesuai untuk jatuhkan pihak lawan. Jadi tepuk dada tanyalah selera. jangan fanatik dan ingatlah bahawa pemimpin kita adalah manusia dan manusia apabila diberikan kuasa mereka akan lupa diri.