Monday, October 26, 2009
HANYA TUHAN YANG TAHU
HANYA TUHAN YANG TAHU…
(Sesuai untuk pembacaan muslim dan muslimat yang ingin meningkatkan keimanan)
Assalamualaikum,
Rasulullah pada suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim.Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin Ajaib. Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah dijumpai. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Karena itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetapi ikan itu tidak dijumpai. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"
Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Karena itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, karena itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, karena hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"
Sesuatu yang boleh diambil pelajaran dari kisah ini:
Pelajaran pertama
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan keimanan kita apabila ditimpa musibah.
Pelajaran kedua
Bila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terlena dan lalai. Jangan-jangan Allah 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan dunia sehingga melupakan urusan akhirat.
Pelajaran ketiga
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kekeliruan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita berprasangka buruk terhadap orang yang ditimpa musibah. Seterusnya, akan timbul keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.
Pelajaran keempat
Siapa yang tahu maksud Allah ? Hanya Allah Yang maha Mengetahui atas sesuatu rahsia kejadian yang berlaku. Maka, lebih baik berbaik sangka terhdap orang lain dan fokus kepada diri dengan memohon keampunan atas kesalahan yang pernah kita lakukan.
(Diubah suai dari sumber: http://www.mifty.tripod.com/id13.html)
Saturday, October 3, 2009
Sayang kepada anak
Apa yang D nak tulis disini adalah berkenaan dengan kasih sayang yang tidak bertempat kepada anak dan kesan membezakan kasih sayang pada anak2.
Adik D yang kedua, yang hanya berbeza 2 tahun dari D. Beliau adalah anak kesayangan ayah D, amat jelas sekali sedari kecil apabila kami berdua mendapat keputusan peperiksaan dan sama-sama cemerlang tapi hanya adik D yang mendapat basikal sebagai hadiah dan apabila D menangis teresak2 sepanjang hari.....benar2 jauh hati, mak pujuk ayah supaya belikan hadiah kepada D tapi ayah hanya belikan seutas jam murah yang berharga RM3. Sejak itu kami sentiasa bergaduh terutama apabila adik kedua D ini menunjuk-nunjukkan basikalnya dan memakai gaun cantik pemberian ayah. Arwah ayah seolah-olah terlupa bahawa beliau memiliki 2 anak....tumpuan terlalu berlebihan kepada adik D menjadikan D seorang yang pendiam dan pendendam. Semua perkara menjadi perbandingan dan dia akan berusaha sedaya upaya supaya dia menjadi yang terbaik, istimewa kepada semua orang berbanding D. Memang agak menyeksakan berada disituasi begini apatah lagi ketika itu D masih disekolah rendah.
Keadaan tersebut berlarutan sehinggalah kami dewasa....ketika D di Universiti, dia juga ketika itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti tapi beliau tolak sbb hendak berkahwin. So inilah satu2 perkara yang dia tidak dapat mengatasi D tapi dia berusaha dari segi lain. Dia berjaya sebagai pengusaha tadika yang terkenal, memiliki anak yang sihat seramai 5 orang, memiliki kereta besar dan rumah besar. D kalah pada dia dari segi ini sbb sehingga kini D masih single, baru mula stabil dalam kerjaya setelah hampir 3 tahun bergelut dengan kemurungan yang teruk.
Cerita kanak-kana ini D anggap sudah berlalu dan hanya anggap sebagai perbalahan budak2 kecil dan tidak sedar akan dendam tersebut sehinggalah anak saudara D menanyakan D satu soalan yang menyebabkan D terdiam agak lama dan langsung tak dapat menjawapnya.
Ketika D menghabiskan 2 minggu percutian baru-baru ini untuk menjaga anak saudara (sbb ibubapanya mengerjakan umrah)....ketika sedang lepak2 dengan budak2 tu. Along...anak saudara D yang sulung menanya pada D "Mengapa ayah mak long dulu tak sayangkan Mak Long". " umi kata atok dulu sayang sangat kat umi tapi tak sayang pada mak long sbb tu mak long cemburu kat umi dan selalu gaduh dengan umi"."Mak long dulu jahat ye". Apa yang anda rasa kalau anak saudara ank tanya soalan nie.....D tak jawap langsung, D hanya D diam tapi hati D menangis. Ayah dah lama meninggal....D tak mahu peristiwa lama diungkit kembali....semua mungkin salah D sbb D lahir sebagai anak yang tidak cantik, cerdik dan bijak ambil hati. Tapi perkara tu dah lama berlalu...selepas ayah D meninggal, D mula bekerja tolong mak meniaga supaya adik2 dapat pergi belajar di sekolah berasrama tanpa risau apa-apa tentang masalah kewangan.
Diusia 15 tahun D telah mengetahui betapa peritnya hidup tanpa wang. Betapa susahnya mencari wang. Hanya D yang berada di rumah tolong mak. Setiap malam D tidur jam 12 malam selepas siap buat semua kuih-muih untuk jualan esok....kadang2 kerja sekolah tak siap sehingga didenda guru sbb terlalu sibuk menolong emak. Pulang sekolah terus kemas rumah sbb mak masih diladang. Siapkan makan tengahari ala kadar... goreng telur, goreng kangkung sbb kangkung banyak kat belakang rumah. Kemudian kupas ubi keledek sbb nak buat inti karipap, parut ubi kayu sbb mak nak buat bingka. D sediakan semua bahan mentah sbb nanti bila mak balik dari ladang sempatlah jugak dia berehat untuk beberapa jam sebelum nak teruskan pulak dengan kerja memasak. Malam startlah kerja D menyiapkan semua kuih apabila mak sudah buat bancuhan doh. Bukan sejenis kuih, kadang2 hampir berbelas jenis. Itu belum masuk bila ada tempahan untuk jamuan. D pernah buat kuih onde-onde/kuih bom(kuih berinti kelapa dan bersalut bijan) yang D susun sepanjang 2 meja makan sbb ada tempahan. Semua ini D dan mak buat supaya adik2 yang ketika itu berasrama dibandar dapat belajar tanpa gangguan. Tiap2 bulan kiriman wang akan dihantar kepada mereka. D pernah menghantar adik D masuk sekolah asrama dibandar...D yang uruskan pendaftaran kemasukkan, berjalan kebandar hampir 15 minit untuk beli kelengkapan asrama adik kemudian berjalan semula dengan baldi, gatung dan segala macam lagi ditangan sbb kami miskin tiada kereta dan mak pula buta huruf. D tak pernah mendaftar dihari pertama sekolah...D akan masuk dihari ke tiga atau keempat selepas selesai menghantar semua adik2 kesekolah masing-masing.
Selepas habis U, D bekerja dan tetap hulurkan bantuan pada adik2 yang lain sampailah mereka habis belajar dan berkerja sendiri. D tak sempat menyimpan...D tak sempat enjoy....sehingga sekarang D masih "miskin" dimata mereka.
Adik kedua D pernah berkata pada D bahawa beliau tak perlu lagi hormat D sbb beliau dah berkahwin dan hanya suaminya yang patut beliau hormat...bukan D. Inilah balasan dari adik yang D tanggung segala perbelanjaanya dulu.
Adik kedua D masih anak emas dalam keluarga kami. Dia sentiasa mahukan layanan yang terbaik kepada dirinya dan anak2 nya. Bayangkan ketika anak2nya bermain 'masak-masak' dan menjadikan depan kereta baru D sebagai papan pemotong sayur. Dengan sebilah pisau dan mereka main potong2 sayur di atas permukaan kereta baru D. Bila D keluar dan dah tentu D akan terjerit sbb terkejut tenguk kereta D bercalar balar dengan kesan hirisan dan tetakan. Apabila adik D dengarkekecohan tersebut....dia terus marahkan D bukan anak2 dia sbb D jerit kat anak2 dia. mmmmmm...begitulah 'terhormatnya D sebagai kakak sulung'.
Raya baru nie, anak saudara D telah mencalar balarkan badan kereta adik D yang ketiga. Habis 2 biji kereta baru yang parking depan rumah...mujur kereta D tiada sbb adik D yang bongsu bawak keluar. mengunakan sebilah besi tajam, Aman mencalarkan seluruh badan kereta pak Tihnya dan kereta Mak Udanya. Adik kedua D langsung tak mintak maaf atas perbuatan anak nya. Aman juga telah mencederakan anak atih sehinggakan si Nabila terpaksa dijahit dengan 5 jahitan. Tiada juga ucapan maaf dari mulut adik D. Seolah2 anak2nya adalah terlalu baik. Emak juga memyebelahi cucu-cucunya itu....mak juga menyebelahi adik D.
Apa yang D ingin perkatakan sebagai ibubapa janganlah terlalu membabi buta menyayangi anak2 sehinggakan mereka melampau...marahlah bila mereka buat salah, pukul jika mereka melampau....janganlah beza-bezakan kasih sayang antara anak-anak. Teruk kesannya dalam jangka panjang....mungkin ibubapa tak perasaan tapi anak2 akan kecil hati dan menyimpan dendam.
Adik2, tolonglah hormati kakak kamu....hargailah pengorbanan mereka. kami tak mintak kamu semua ganti balik duit yang telah kami keluarkan dulu....cukuplah hormati kami. Hormatilah kami.
Hati D benar2 terguris dengan kelakuan adik-adik D. Raya tahun nie...air mata terus mengalir dimata D.
Thursday, October 1, 2009
Gempa Bumi di Sumetra, Indonesia 30/09/2009
Dalam lebih kurang jam 6.20-6.30 ptg, ketika D berada di tingkat 9 apartment tengah duduk kat sofa tiba2 sofa bergegar. Mula2 ingatkan pening kepala tapi bila bangun berdiri terasa bergegar seluruh ruang tamu. Masa tu baru balik kerja, lepas mandi terus pakai baju tidur so tak sanggup lari keluar tapi hanya duduk semula kat kerusi makan sambil mengucap banyak2. Dalam hati mesti ada berlaku bencana kat sumetra, Indonesia tapi apa pulak kali nie. Kalau gegaran boleh rasa sampai macam tu mesti besar bencana nie.
Bila keadaan dan agak reda, D jenguk keluar tingkat dan lihat kat bawah bangunan semua penghuni apartment turun berkumpul kat parking lot. Dasyatnya aku sbb masih boleh boleh duduk kat dalam rumah. Alhamdulillah D duduk kat Malaysia, rasa gegaran sikit macam nie pun dah rasa takut sangat macammanalah keadaan orang di Indonesia.
========================================================
JAKARTA, Indonesia – A powerful earthquake struck western Indonesia on Wednesday, triggering landslides and trapping thousands under collapsed buildings — including two hospitals, an official said. At least 75 bodies were found, but the toll was expected to be far higher.
The temblor started fires, severed roads and cut off power and communications to Padang, a coastal city of 900,000 on Sumatra island. Thousands fled in panic, fearing a tsunami.
Buildings swayed hundreds of miles (kilometers) away in neighboring Malaysia and Singapore.
In the sprawling low-lying city of Padang, the shaking was so intense that people crouched or sat on the street to avoid falling. Children screamed as an exodus of thousands tried to get away from the coast in cars and motorbikes, honking horns.
The magnitude 7.6 quake hit at 5:15 p.m. (1015GMT, 6:15 a.m. EDT), just off the coast of Padang, the U.S. Geological Survey reported. It occurred a day after a killer tsunami hit islands in the South Pacific and was along the same fault line that spawned the 2004 Asian tsunami that killed 230,000 people in 11 nations.
A tsunami warning was issued Wednesday for countries along the Indian Ocean, but was lifted after about an hour; there were no reports of giant waves.
The temblor flattened buildings and felled trees in Padang, damaged mosques and hotels and crushed cars. A foot could be seen sticking out from one pile of rubble. In the gathering darkness shortly after the quake, residents fought some fires with buckets of water and used their bare hands to search for survivors, pulling at the wreckage and tossing it away piece by piece.
Subscribe to:
Posts (Atom)