Friday, January 29, 2010
Bila sudah bukan rezeki
Kemelut akhir tahun telah berlalu......sekarang keputusan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pekerja cemerlang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Tapi setiausaha boss dah awal-awal lagi telah 'mengumumkan' pencalonan yang dibuat oleh boss. Pekerja cemerlang telah diberikan kepada seorang pegawai senoir ini....memang beliau layak kerana beliau berjaya mendapatkan kutipan melebihi 20 juta dalam tahun 2009. Pekerja kedua yang akan mendapat kenaikkan gaji melintang pula adalah pegawai yang baru bertugas 1 tahun lepas dan hanya mengutip 3 juta. Dia adalah pegawai yang disukai oleh boss. D berjaya mengutip kutipan kedua tertinggi tidak dicalonkan sebagai pegawai cemerlang kerana markah penilaian yang agak rendah diberikan oleh pegawai penilai iaitu ketua kumpulan D sendiri. Diakhir tempoh penghantaran borang prestasi D telah membangkang arahannya supaya kutipan sebanyak RM4.5 juta diserahkan kepada pegawai lain akibatnya markah prestasi D lebih rendah malah tiada banyak beza dengan pegawai yang hanya menyelesaikan kes sebanyak 500 ribu sahaja tahun lepas.
D urut dada bila mendengarkan perkhabaran ini. D pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam....rezeki itu ditangan Allah dan sudah bukan tertulis bahawa kenaikan gaji 8% itu milik D, D telah lakukan yang terbaik.....moga Allah membalas kerjakeras D dalam bentuk yang lain. Sivam, kawan baik D pernah menasihati D.....jika kita mengharapkan balasan atas semua perbuatan kita....kita akan menangung kekecewaan yang teruk kerana manusia itu tidak pernah berlaku adil. Benar kata sivam. D teringat salah satu kisah tauladan yang ditulis dalam buku dale Carnegie.
Ada seorang perempuan tua yang tinggal sendirian dan beliau telah membesarkan anak-anak saudaranya seramai 5 orang dan tiada seorang pun datang melawatnya. dale Carnegie telah melawat beliau dan dari situ dale mengetahui mengapa anak-anak saudara wanita itu tidak melawat beliau.
wanita ini telah mengorbankan masa muda dan kehidupan peribadi beliau supaya beliau dapat membesarkan anak-anak saudaranya yang jadi yatim piatu ketika mereka semua masih kecil. Pengorbanan wanita ini sangat mulia dan beliau bekerja keras tanpa mengenal penat lelah membesarkan kelima-lima anak saudaranya ini. kesemua anak saudaranya telah berjaya dan mula meninggalkan beliau. Akhirnya beliau keseorangan diusia tua tanpa dilawati oleh seorangpun dari anak-anak saudaranya.
Pengorbanan dan kerja mulia wanita ini langsung tidak dihargai oleh anak-anak saudaranya. memang anak saudaranya telah melakukan kezaliman tetapi INILAH SIFAT MANUSIA. oleh kerana wanita ini mengharapkan balasan atas pengorbanannya maka beliau menjadi wanita yang sentiasa dalam kekecewaan dan sentiasa membebel dan memarahi anak-anak saudaranya. sesiapa sahaja yang datang melawatnya maka cerita anak-anak saudaranya akan keluar, beliau akan membebel dan melahiran rasa kecewanya. Perbuatannya telah menyebabkan kawan-kawan mula menjauhkan diri sebab tidak tahan mendengar beliau membebel dan mengeluh.
Bila teringatkan kisah ini D bernekad untuk melupakan terus ketidakadilan ini dan menerima takdir Allah bahawa kenaikan gaji 8% itu bukan rezeki D. Jika D terlalu memikirkannya D akan menjadi seorang pekerja yang kecewa dan sentiasa merunggut....tidak ada seorangpun suka orang yang merunggutkan apatahlagi kalau yang suka mengeluh. Apa yang hendak diharapkan dari manusia.....manusia mudah lupa.
Thursday, January 21, 2010
Luahan Rasa
D telah menerima email dari kawan lama yang telah menghantar potongan akhbar Mingguan Malaysia Ahad 13 Disember 2009 (ruangan Wanita). D baca luahan rasa Natrah dan D rasa amat tersentuh dengan luahan tersebut kerana secara tanpa sedar kita juga pernah melakukan penganiayaan kepada orang lain. Oleh itu D salin kembali luahan rasa tersebut kedalam blog ini supaya tujuan asal penulis untuk menyampaikan mesej kepada Aida dan Ina tercapai dan juga sebagai peringatan kepada diri D sendiri dan kepada anda juga yang telah membaca.
Setelah membaca luahan Natrah, D teringat kepada Wan bekas teman lelaki D. Wan telah menganiaya D dengan meninggalkan D disaat D dalam kesusahan, Wan tambah penderitaan D dengan meninggalkan hutang yang hampir memufliskan D. Ketika D bergelut untuk melepaskan diri dari belengu hutang ini dan ketika hampir tidak kelihatan ada ruang untuk lepaskan diri maka dalam keadaan kesedihan tersebut D telah mengucapkan “ ya Allah, laknatlah kehidupan orang yang telah mengkhianati aku’. Setelah 9 tahun berlalu, D tergerak hati untuk mencari Wan. Mudah bagi D mencari Wan kerana kerjaya D membolehkan D mencari sesiapa pun. D jumpa tempat kediaman Wan…..D pandang Wan dari jauh…Wan hidup merempat, biarpun usianya sudah 36 tahun tapi beliau masih tidak mempunyai pekerjaan tetap….beliau masih usung fail pergi interview. Buat Wan, D sudah maafkan Wan....semoga Allah bukakan pintu rezeki buat Wan.
Mingguan Malaysia, Ahad 13 Disember 2009
Luahan Rasa
MAAFKAN NATRAH, INA DAN AIDA
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA diselatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan dirumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawap ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan dikedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain difakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa berkerja dikedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.
Kesannyanya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan disekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Disana Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan. Dating seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya pada saya, “Adakah suatu ketika dulu anak telah mengunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain”. “ Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat”.
“Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang naka aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak”. Katanya.
Ya Allah, inikah balasanmu terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang disekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED).
NATRAH BT NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur.
Friday, January 8, 2010
soothing ampoule
Masa tengah mengemaskan beberapa hari lepas, terjumpa botol2 kecil nie. ini adalah soothing ampoule 381 dari new york skin solutions. Satu botol kecil nie mengandungi 3ml. Nak tahu berapa harga sebotol kecil yang hanya sebesar jari kelingking nie?.
Semasa rawatan dengan Angel di NYSS, D telah up grade pakej dengan menambah rawatan pengelupasan (5 x ). tambahan rawatan yang mengambil masa 10 minit setiap sesi itu bernilai lebih RM1800. So selepas rawatan dibuat, kulit D akan merah macam udang kena bakar so Angel pun mengunakan situasi tersebut dengan memperkenalkan produk di atas.
Angel : U dah ambil this pakej....rugi tau kalau u tak beli this produk tau. i bagi u harga special sbb u dah ambil pakej nie. Kalau kat orang lain i bagi RM2500 tapi kat u i bagi RM2000 sahaja.
D: Sorrylah Angel...i dah tak de duit, i tak nak lah
Angel: oklah, untuk u i turunkan lagi RM1800 sahaja....ini last tau. Promosi nie hanya tinggal this week sahaja. treatment sekarang membuka pori2 kulit u kalau u pakai ampoule nie....kulit u akan lebih elok. Rugi kalau tak beli sbb tak lengkaplah treatment u.........and bla bla bla (dia bercerita panjang perihal kehebatan ampoule.....sebenarnya satu pun tak masuk dalam otak D sbb d dah letih sangat)
D: sorry, i tak de duit
Angel: U ada kredit kad kan.....kita boleh buat 10 kali installment. u cuma bayar RM180 sebulan saja......kecil je.
begitulah dialog yang terpaksa d hadapi setiap kali lepas habis sesi treatment.....selama hampir sejam lebih Angel memujuk....akhirnya D beli jugak 1 pek sahaja yang mengandungi 5 botol dengan harga RM500.00. harga RM1800 yang ditawarkan itu adlah untuk 5 pek.
Satu botol kecil 3ml itu berharga RM100. Sebab tu D tak buang pek tu.......hampir setahun lebih tersimpan dalam laci meja solek.
Apa yang D fikirkan......
Kenapa D tulis review berkaitan dengan NYSS?. Lepas keluar dari bilik rawatan di NYSS, selalunya kami akan diminta duduk sebentar di kerusi panjang didepan kaunter sebelum balik bagi membuat appointment untuk rawatan seterusnya. Satu hari ada seorang gadis melayu dalam lingkungan awal 20-an yang baru lepas buat rawatan first trial duduk sebelah D dan cuba tanya “akak bagus tak kat sini” tapi belum sempat D jawap penyambut tetamu dikaunter depan cepat-cepat minta gadis itu masuk bilik kaunseling. Mereka tidak benarkan kami berbual tambahan pula gadis itu baru buat first trial. Dari cara berpakaian gadis itu D tahu bahawa dia bukan tergolong dalam golongan yang banyak duit…..sangat kesian jika dia join NYSS. D tunggu dia di toilet tapi dia tak muncul so D balik dan berfikir bagaimana D hendak memberitahu orang lain (yang kurang duit) tentang NYSS. So D tulis blog….supaya rakan-rakan wanita kita yang tidak mempunyai wang yang banyak tidak menghampiri tempat ini. Tapi jika anda wanita yang berwang dan tidak kisah berkenaan dengan wang….review itu bukan untuk anda.
D paling pantang bila orang berkata ‘kalau saya……’, ‘itulah……’. Selalunya orang-orang seperti ini tidak menjadi pilihan D untuk berkawan. Bila mereka berkata seperti ini adakah mereka ingat mereka dapat memutar balik setiap peristiwa kepada asal……..mereka rasa mereka terlalu hebat sangat sehingga mentarafkan kita sebagai budak tadika……tak guna betul.
Berbalik kepada kisah Marlina, teman sepejabat D. Bila D dengar rintihan Marlina sudah tentu D patut berkata tinggalkan saja suami kamu….dia sudah tidak cintakan kamu lagi. Tetapi D tak akan sekali-kali berkata begitu….kerana D tidak berada disituasi dia. D Cuma dengar setiap rintihan dia kerana itulah tujuan dia menceritakan semua itu …hanya meminta D menjadi pendengar bukan untuk menentukan apa yang patut dia buat. Allah kurniakan dia otak untuk berfikir….dia boleh berfikir dan bertindak sendiri malah dia bertanggungjawap atas segala tindakan yang dia ambil….jadi siapa kita nak beritahu apa yang patut dia buat dan tak patut dia buat.
Apa yang D buat adalah beritahu Mar bahawa dia tidak bersendirian ‘I am there for u as a friend if there is anything I can do…please call me, u can always rely on me’.
Berbalik kepada NYSS….kenapa D boleh terlibat dengan tempat ini. Waktu remaja D mempunyai kulit wajah yang tidak bermasaalah….bukan setakat Shurah tapi jenama lain yang murahpun D boleh pakai. Kulit D tidak berjerawat, berjeragat atau lain2 masalah kulit. Alhamdulillah…..D ingat lagi ketika di Universiti, my senior guna Fair & Lovely….kulit muka dia jadi cantik sangat so D pun cubalah…habis berbekas2 D guna tapi tak berkesan pun. Dari situ D belajar bahawa setiap orang mempunyai kulit yang berbeza…produk ini sesuai untuk anda tapi tidak semestinya sesuai untuk orang lain. Kulit muka D yang pada mulanya tidak bermasalah mula berubah bila dugaan menimpa hidup D dan D mengabaikan diri D sendiri. Selama 3 tahun D tidak menguruskan diri D dengan baik…..berat badan mula naik berkali ganda….kulit wajah mula bermasalah disebabkan tekanan maka masalah lain pula timbul. Stress, kebimbangan dan tekanan memberikan kesan yang sangat dahsyat pada tubuh dan kulit wajah D.
D berjaya bangkit semula dari ‘kejatuhan dan kesakitan’….i’m proud of that. D tengok cermin….’Ya Allah apa yang D dah buat pada diri D’. D nekad untuk mengubah semua itu dan sebab itu D join gym….D join NYSS sbb masalah kulit muka D amat teruk so mereka guna kerisauan D sebagai senjata untuk memujuk D untuk join NYSS dan memujuk D mengambil pakej yang mahal dan memujuk D membeli produk mahal dan D buat terima semua itu dengan harapan bahawa masalah D akan hilang. So jika anda rasa anda layak untuk nilai D dan mengatakan bahawa ‘ kalau saya….saya takan layan mereka, I say No…” yah…easy for u to say sbb u tak mengalami apa yang orang lain alami.
Now….jika lihat cermin D boleh berkata pada diri D, inilah yang terbaik yang telah saya lakukan wp saya tidak dapat semula berat badan sewaktu remaja tapi sekarang saya sihat, fit dan tidak gemuk lagi. Wp kulit wajah tidak sehalus dahulu tapi inilah yang terbaik yang telah saya buat….kulit saya bersih, tidak berjeragat, berjerawat dan saya tidak akan menyesal dikemudian hari kerana saya telah lakukan yang terbaik.
Thursday, January 7, 2010
Putusnya sebuah ikatan
Ini adalah cerita sebenar yang berlaku pagi tadi. my officemate Marlina (bukan nama sebenar) datang kerja dengan wajah yang sembab....ini bukan Mar yang D kenal sebab Mar adalah wanita periang tapi D tidak menanya mengapa sebaliknya terus ke bilik sbb kelihatan Mar tidak berada dalam mood untuk berbual.
Jam 9.30 pagi, Mar mengetuk pintu bilik D.....D jemput dia masuk dan minta dia duduk dikerusi dihadapan meja D. D yang ketika itu tengah sibuk menaip kertas kerja di PC mengalihkan perhatian kepada Mar kerana bukan kebiasaan mar berada dibilik D dipagi-pagi hari. 'Boleh tutup radio tak' tanya Mar. D senyum dan berpaling kebelakang untuk menutup radio...hmmm dia tak happy.
'Macam mana u habiskan masa kat rumah bila balik kerja', 'Sunyi tak duduk sorang', 'U buat apa kalau duduk sorang kat umah'. Bertalu-talu soalan keluar dari mulut dia dan soalan tu pelik-pelik pulak....ishhh macam mana nak jawab ye....'emmm dah biasa, masa banyak habis kat gym atau kelas membuat roti atau kek sbb saya bercita-cita nak bukak cafe...' terang D ringkas harap dia puas hati. "kenapa....u tanya, kalau u sunyi cepat2 lahirkan anak seorang lagi' D cuba buat lawak....hehehe D sorang je yang gelak...muka Mar masih keruh.
"Mar memang nak anak.....tapi mar ada masalah". "Jumpalah doktor...." ewah pandailah D bagi nasihat yang tak kena tempat. Tiba2 mar menangis teresak-esak....ah sudah tulah pandai sangat suruh dia pergi jumpa doktor....
Suami Mar tak nak anak....suami Mar tak nak mar lagi....dia kata dia jijik tengok Mar...dia tak ada nafsu tengok Mar....dia tak sentuh Mar....dia nak ceraikan Mar. oppppppsss.....D terdiam dan sandar badan ke kerusi....tengok mar dengan penuh simpati dan biarkan Mar luahkan semua keluhannya.
Mar gadis kacukan cina melayu, cantik orangnya. Ada seorang anak lelaki yang sekarang berada di tadika di JB dibawah jagaan ibunya. Suaminya adalah pekerja syarikat minyak yang baru dinaikkan pangkat. Mar mempunyai ijazah dan berjawatan tinggi....suaminya hanya diploma....Mar tolong support suaminya belajar ambil ijazah supaya boleh dapat kenaikkan pangkat. sepanjang tempoh perkahwinan....mereka banyak hidup berasingan kerana sebagai pekerja pelantar minyak selalunya berada di lokasi yang berlainan. mulanya Kuantan lepas tu Labuan. sepanjang 5 tahun mereka berpisah dan hanya jumpa sebulan sekali. Suaminya bukan seorang yang family man....dia tak mahu anak...sebab itu anak lelaki sulungnya diserahkan kepada emaknya sbb suaminya benci tangisan anak waktu malam. dia sentiasa memujuk suaminya untuk memperolehi anak kedua tapi suaminya bagi alasan ekonomi mrk tak stabil...tunggu dia habis belajar dulu...tunggu dia naik pangkat dan bergaji besar dulu dan macam-macam lagi tapi yang sebenarnya dia tak sanggup lepaskan kehidupan tanpa kongkongan....hidup bujang....pergi clubbing.....kepit GRO....minum arak dan sebagainya.
D betul2 terkejut dengan pengakuan Mar kerana selama ini mereka adalah pasangan dua sejoli yang sentiasa bercuti bersama. terus terang suaminya yang melayu 100% bukan lah tergolong dalam kategori lelaki kacak atau lelaki berwajah buaya darat tapi lebih kepada jenis lelaki baik atau nerd. Tapi mengapa lelaki seperti ini adalah seorang yang kaki clubbing dan kaki perempuan. patutlah dia tak hairan jika duduk berjauhan dengan isterinya kerana ada spare tyre disetiap tempat yang dia bertugas. mar mengaku dia mengetahui hal ini sudah lama tapi dia pejam mata malah suaminya selalu pukul dia.
Suaminya keluar dari rumah mereka pada 1/1/2010......suaminya yang terlalu enjoy menyambut tahun baru sesama kawan2nya dan mabuk. mar telefon tetapi si suami yang ketika itu mamai....telah tersilap menyebut nama si isteri ...nama si perempuan simpanan disebut dan dari situ si isteri mengetahui suaminya bermalam dirumah wanita itu. si sumi pulang kerumah dan mereka bergaduh teruk....selepas memukul isteri...suaminya keluar rumah dan tidak pulang hingga sekarang. Si isteri menelefon memujuk suami tapi tidak dilayan. sehinggalah semalam sisuami menghubungi Mar dan menyatakan bahawa dia benci tengok muka Mar...perempuan yang tak pandai bergaya....tidak lagi seksi...dah tak pandai pakai pakaian seksi tak seperti perempuan simpanannya....Mar dah tak menyeronokkan lagi....hidupnya bosan dengan Mar...setelah puas maki hamun...si suami tanpa mengenangkan pengorbanan isteri membantu membiayai pelajarannya....menanggung keluarga ketika gaji suami kecil.....sanggup berjauhan dengan suami....telah melafazkan perkataan untuk memutuskan ikatan.
Mar yang terlalu cintakan suaminya tidak dapat menerima tamparan itu.......tanpa perasaan malu dan mngira maruah lagi Mar merayu bagai anak kecil minta jangan ditinggalkan. Biarpun suaminya telah membandingkan dirinya dengan si GRO tapi Mar tak kisah....mar sanggup suaminya berkahwin dengan GRO itu. Mar kelihatan agak meraban bila menyebut untuk memcederakan dirinya dan berpendapat jika beliau buat begitu...suaminya tidak tergamak tinggalkannya. D terpana dengan pengakuanya......D minta dia mengucap. Dia minta d telefon suaminya dan beritahu suaminya bahawa dia cedera dan minta supaya suaminya datang ke ofis ambil dia........dia merayu2 D. D serba salah tapi akhirnya kerana tak tahan lihat air mata yang mengalir dipipinya dan keadaannya yang seakan hilang pedoman....D mendail no handphone suaminya.....seperti yang dijangka suaminya hanya minta D hantar isterinya balik dan menyatakan bahwa dia akan pulang ke rumah. Tanpa ada perasaan bimbang atau resah bila mendengar keadaan isterinya......D minta Mar sedar bahawa dia adalah ' bahan buangan' sekarang ini. dia sudah tidak diperlukan lagi.
D hantar Mar pulang kerumah....D sama-sama tunggu suami Mar tapi setelah berjam-jam lamanya bayang pun tak kelihatan. Dia sudah tak kisah lagi.....biarpun Mar cederakan dirinya dia dah tak kisah lagi. D bimbang untuk tinggalkan Mar seorang diri dalam keadaan dia sasau seperti itu tapi Mar minta D pulang ke ofis.
Jam 8.40 malam iaitu ketika menulis catatan ini, Mar menelefon D dan menyatakan bahwa suaminya telah pulang kerumah dan telah melafazkan talak satu dihadapan jirannya. dalam keadaan teresak-esak dan suara yang tersangkut-sangkut Mar menyatakan bahawa dia gagal memujuk suaminya kembali kepadanya. D menawarkan diri untuk menemani Mar di rumahnya tapi kata Mar...familynya sudah on the way kerumahnya.
begitu mudah sebuah ikatan terputus. Buat Mar......ada hikmah bagi setiap dugaan. Allah sayangkan Mar dan memutuskan Mar dari hidup bersama lelaki yang sudah hilang pedoman dan tidak mampu menjadi pembimbing yang baik.Gosh...my review kena ciplak
D rasa agak terkejut bila memasuki laman web KRONIK dan dibawah topik NYSS, review yang ditulis oleh D telah diciplak dan dimasukkan dalam laman web ini untuk diperbincangkan. Tiada dimasukkan dimana artikel ini diperolehi dan ia seolah2 ditulis oleh penulis "zackk_1111 @ budak tadika". D menulis review ini adalah untuk peringatan pada diri D dan bukan untuk orang menilai diri D.
---------------------------------------
Ini artikel tersebut dalam Kronik
Print view
Previous topic Next topic
Author Message
zackk_1111 Post subject: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 11:50 am
Budak Tadika
Joined: Wed Apr 22, 2009 9:16 am
Posts: 5 New York Skin Solutions (NYSS)
D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan(Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3.
D buat first trail dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita…lepas tu dia buat rawatan…memang best…first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi…dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka…so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan…kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk…so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima…mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive.
.................anda boleh baca selanjutnya di sini http://catatandahlia.blogspot.com/2009/04/pusat-kecantikan-new-york.html
Dan ini adalah komen-komen dari pembaca lain
chocobee Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 12:00 pm
Murid Darjah 6
Joined: Mon Jul 14, 2008 1:00 am
Posts: 436
Location: belakang alamanda what I did if salesman approach me:
first I politely decline their offer.
but if they still insist, aku tengking/bolayan
shakree42 Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 3:09 pm
Joined: Fri Jun 13, 2008 1:00 am
Posts: 1468
Location: Kuala Lumpur ish! jahatnyer! awat tak pegi ngadu kat KPDN ka apa kaa~
ish! geramnyer! pegi jer report kat tv3 tuh!
biar diorang tuh terasa sket! iklan pjg sgt! tapi kebanyakannyer sumer tipoo!
damn!
_________________
Kumbang Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 5:55 pm
Murid Darjah 4
Joined: Sat Apr 04, 2009 11:36 pm
Posts: 144
Location: Kepong, Selangor lain kali kalau nak muke nampak hensem lagi digilai gadis2 ko pakai shurah je...keh keh keh
http://www.shurah.com/ManageWEB/design/ ... 21&catid=7
aku pakai yang buah delima tu...dulu pakai susu kambing...tukar taste
_________________
2ndhalf Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 6:34 pm
Pelajar Tingkatan 4
Joined: Mon Mar 17, 2008 1:00 am
Posts: 1328
Location: sOmEwHeRe oVeR tHe RaInBoW hahaha... ada lg! ada lg!!
shahirah~... hahaha
tp bab2 iklan yg nmpk gempak jew.. aku mmg xcya!..
hohoho... apalg klu produk yg slim kn bdn..
ceit!.. mmg ku xcya siot!
_________________
curitengok Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION
Posted: Thu May 14, 2009 9:28 pm
Murid Darjah 2
Joined: Wed Jan 07, 2009 2:16 pm
Posts: 41
Location: NaNo MeteR emm.. satu pengajaran ntuk semua.. actually dah lama dah benda nieh jadi.. tapi takde act dari pihak berwajib..
--> http://forum.lowyat.net/topic/669807
--> http://iamrainbow.wordpress.com/2007/04 ... solutions/
_________________
Saturday, January 2, 2010
I love divine cream
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
