Thursday, December 31, 2009
Kita sering inginkan......
Wednesday, December 30, 2009
Penilaian Prestasi
Ketua kumpulan D adalah seorang pegawai senior yang hendak pencen 2 tahun lagi. Dia hanya berani cakap belakang sahaja.....dan seorang yang suka curi tulang. Kalau keluar minum jam 10 pagi, ia akan berlarutan sehingga jam 2 petang dan bila berada di bilik pejabat pulak.....ramailah pegawai2 lain akan berkumpul dan bersembang sehingga petang. Fail kes atas meja akan terbuka dari awal tahun sehinggalah akhir tahun. Tak pernah selesai malah tak pernah nak buat kes baru. Ahli kumpulan yg lain adalah seorang pegawai lelaki yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun.....dalam setahun hanya handle 1 kes RM300 ribu dan seorang lagi pegawai perempuan yang baru setahun setengah dijabatan D......pegawai senior jugak tapi dahulu dijabatan lain so dia rasa dia agak 'besar' dari D. Permulaan kemasukkannya D selalu beri tunjuk ajar pada dia.
D selalu ke bilik dia dan tanya perkembangan kes kemudian beri pendapatan tentang apa yang perlu dilakukan. Bila D keluar sahaja dari bilik dia......dia pun terus meluru ke bahagian kerani pejabat dan berkata "kau tengok.....dia baru je keluar dari bilik akak.....nak mengajar orang kononnya....berlagak bagus sangat". Kerani kat situ pulak mulut tempayan maka sampailah semua kutukan tersebut kepada D. So D pun menjauhkan diri.......lebih selamat. Dalam bilik pejabatnya...dia lebih suka menghabiskan masa depan komputer dan baca buku cerita. Mengutuk D kepada kawan-kawannya malah ofismate lelaki yang lain mula terpengaruh. Dia orang kelantan maka dengan semangat kenegerian semua ofismate kelantan akan menyokong beliau. Mengutuk D dibelakang dan merayu2 D bila perlukan pertolongan terutama dalam menyelesaikan kes dan kebetulan pulak 45% ofismate adalah orang kelantan....huh.
Belum sempat D duduk di kerusi di dalam bilik D.....bunyi mesej masuk di email box kedengaran. Bila D bukak mesej box maka email yang ditujukan kepada kami bertiga diterima dari ketua kumpulan. Sebanyak RM4.5 juta dari kutipan D telah diserahkan kepada 2 pegawai pemalas ini dan sejumlah 8 kes dari 18 kes yang dikendalikan oleh D diserahkan kepada mereka. Ketua D telah memindahkan semua ini dengan kuasa ditangannya. Beliau buat begini kerana jika prestasi 2 pekerja ini teruk maka beliau sebagai ketua kumpulan juga teruk....so dia lepas tangan dengan 'merompak' kutipan dan kerja keras D selama setahun.
Apa yang boleh D buat. D hanya menangis sepuas hati....D menangis teresak-esak....sakitnya hati. D tak tahu nak mengadu pada sesiapa.....kepada ofismate...mereka talam dua muka. Kepada ketua jabatan hanya mendatangkan musibah sebab beliau juga seorang yang tak guna dan tak pernah ambil tahu tentang keadaan pejabat. Yang penting kepada beliau......aku akan naik pangkat lagi sebab statistik jabatan dan capai. Bgaimana pegawai kerja tak perlu tahu....sapa yang curi tulang tak pernah nak ambil tahu. Susahnya.Tuesday, December 29, 2009
EGO......KILLS U
Friday, December 25, 2009
Barangan ex-display di AsIs corner
Box ini D beli pada harga RM21. Harga asal adalah RM29....alasan mengapa 2 box ini ditempatkan di As Is corner adalah sbb sedikit kemek di bahagian bawah tin yang besar tu. D guna tin ini untuk menyimpan semua dokumen dan surat penting.
yang ini pula dibeli dengan harga RM8 dan harga asal adalah RM10.50. Tiada kecacatan apa2 ditemui.....ketiga2 tin ini sempurna. D guna untuk letakkan peralatan menjahit seperti benang, gunting, jarum, butang dll.
Banyak barangan lain di As is corner...ada perabut ex-display dll tapi D lebih berminat dengan barangan kecil2 seperti ini.
Thursday, December 24, 2009
Personal trainer....berbaloi ke?
- Jika lihat di FF ada beberapa PT yang muda remaja dan mereka ini akan sentiasa datang berbual dengan kita….sentiasa senyum dengan kita. Kalau PT tu melayu mereka akan cari ahli gym melayu dan sentiasalah datang berbual dengan kita…..yang jenis peramah nie masih dalam tempoh percubaan atau baru masuk kerja. Mereka ini belum berpengalaman…kalau PT yang telah lama bekerja atau berpengalaman sikit….mereka nie jarang nak senyum dengan kita. Jual mahallah kononnya….
- Lihat cara mereka menyentuh tubuh trainee mereka….cara mereka membetulkan setiap gerakan senaman…cara mereka tegur kesilapan trainee dan yang paling penting…lihat mata mereka samaada mereka memberikan tumpuan sepenuhnya pada trainee ataupun merbual dengan PT lain atau ahli gym lain selepas minta traine buat senaman dan hanya kembali selepas trainee selesai. Kalau Nampak PT buat begini….cancellkan nama mereka dari list anda. Cari PT yang betul2 boleh memberikan motivasi kepada anda. Itulah tujuan utama PT....adalah untuk memberi motivasi dan memberi tunjukajar cara senaman yang betul.
- D pernah melihat seorang PT perempuan kat FF The Curve yang tengah melatih traineenya. Dia minta trainee melakukan push up kat bangku panjang….PT tersebut berdiri sambil bercekek pinggang dan mengira dengan kuatnya 1…2….3…sambil matanya melihat orang lalu lalang dengan mesej “ Lihatlah aku….hebatkan aku nie”. Dia langsung tak tegur traineenya yang buat gerakan push up yang salah….langsung tak tegur dan betulkan kedudukan tubuh trainee tadi. Perempuan bodoh dan sombong. Jangan ambil PT macam nie. Buat habis duit je.
Ambil PT yang anda rasa anda akan selesa dengan mereka…contohnya kalau anda wanita maka anda hendak ambil PT wanita jugak…tak salah. Tapi kalau pemerhatian anda ada PT lelaki yang bagus dan tahu jaga adap ketika menyentuh trainee…anda boleh ambil PT lelaki. Jangan sesekali menghadkan pilihan kita berdasarkan jantina atau bangsa. Pilih yang anda selesa dan terbaik.
- PT yang bermulut celupar menegur tranee dengan tujuan hendak malukan tranee. Ada seorang PT perempuan melayu di FF The Curve yang menemani tranee di treadmill bercerita tentang keburukan tranee beliau yang lain sehingga D dengar butiran perbualan mereka wp D berada di treadmill sebelah. So kalau dia boleh burukkan tranee dia yang lain tak mungkin dia takan burukkan anda….so keluarkan list nama beliau.
Membandingkan keupayaan sesama trainee “ U bagus tapi trainee I yang semalam…bila I suruh dia buat macam nie pun tak boleh…lembik sangat”. PT macam nie bodoh sbb keupayaan manusia berbeza so dia yang sebenarnya tidak kreatif dan tidak memberikan tumpuan yang baik kepada pemasalah traineenya. Dia sepatutnya memcari jalan bagaimana mengatasi pemasalah trainee bukan mengutuk.
- Jika sudah ada seorang PT yang anda rasa bagus cuba-cubalah berbual dengannya. Tanyalah pengalaman PT tersebut….jangan biar dia saja yang asyik tanya tentang diri kita. Tanya pengalaman beliau…..kelulusan beliau…certificate yang beliau perolehi.
- Tanya diri anda. Anda melabur wang yang agak banyak untuk membayar PT oleh itu anda harus sama-sama bersemangat dan tekun. Jangan lembik dan mengada-gada. Jika anda malas….sentiasa culas….banyak alasan….baik jangan buang duit. Satu sesi latihan mengunakan PT adalah RM120-150 sejam dan satu pakej adalah dalam 10 sessi dan lebih so....pastikan anda juga bersungguh-sungguh dan bersemangat.
- Jawapannya bergantung pada anda. Ia berbaloi jika anda dapat PT yang boleh melatih anda seperti PT kat bawah nie...hehehe. Tidak berbaloi jika anda salah pilih PT. Oleh itu buat homeworks dulu sebelum buat keputusan dan jangan buat keputusan terburu-buru. Dapatkan pandangan rakan2 gym anda. PT bagus jika anda inginkan motivasi untuk terus melakukan exercise.....jika anda melakukan senaman tanpa ilmu....memang anda akan cepat boring dan hanya boleh bertahan setakat 6 bulan sahaja lepas tu andapun mula culas hendak ke gym.
Bob dan Jillian, PT dalam The Biggers Loser
Aksi-aksi di Gym
Tuesday, December 22, 2009
HANDBOOK 2010
INI JANJI D UNTUK 2010. KESIHATAN(Rohani dan jasmani):
- Jangan lewat-lewatkan sembahyang dan bersembahyanglah dengan sempurna dan tertib.
- Minum banyak air
- Makan sarapan seperti raja, makan tengahari seperti seorang puteri dan makan malam seperti pengemis
- Makan banyak makanan yang dihasilkan dari pokok dan kurangkan makanan yang dikeluarkan dari kilang.
- Hidup dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy
- Baca buku lebih banyak daripada tahun 2009 terutama Quran.
- Tidur secukupnya iaitu 7 jam (yang nie ok...sekarang pun memang cukup)
- Ambil masa 10-30 minit berjalan setiap hari dan bila berjalan, senyum
PERSONALITI:
- Jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain. You have no idea what their journey is all about.
- Jangan mempunyai fikiran negative terhadap perkara yang kita sendiri tidak boleh kawal. Lebih baik tumpukan tenaga kita terhadap perkara positif berlaku pada masa sekarang.
- Jangan sesekali over do. Hadkan limit.
- Don't take yourself so seriously. No one else does
- Jangan buang masa anda yang amat bernilai dengan mendengar gosip
- Dream more while you are awake
- Envy is a waste of time. You already have all you need
- Lupakan semua perkara yang telah lepas. Jangan ungkit kesilapan orang lain yang telah lepas. Itu hanya akan merosakkan kebahagian pada masa kini.
- Hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan membenci seseorang. jangan benci orang lain.
- Make peace with your past so it won't spoil the present
- Tiada siapa yang boleh memberikan kebahagian dalam hidup anda kecuali anda sendiri.
- Realize that life is a school and you here to learn. Problems are simply part of curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
- Senyum dan ketawalah selalu
- Kita tidak selalunya harus menang dalam setiap perbalahan. Oleh itu belajarlah mengalah. Agree to disagree
KEHIDUPAN SOSIAL:
- Kena selalu telefon mak dan adik-adik.
- Setiap hari D berjanji akan cuba berikan sesuatu yang baik kepada orang lain
- Maafkan orang lain untuk segala-galanya
- Luangkan lebih masa dengan orang yang berumur diatas 60 tahun dan dibawah 6 tahun.
- Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang senyum setiap hari (yang nie payah sikitlah gamaknya.....)
- Apa yang orang fikir tentang aku bukan masalah aku tapi masalah mereka so buat tak tahu.
- Kerja anda tidak akan ambil berat terhadap diri anda ketika anda sakit tapi kawan-kawan terdekat...ya. Oleh itu jangan putuskan persahabatan anda dan sentiasa hubungi mereka.
HIDUP:
- Buatlah perkara yang betul
- Jauhilah perkara-perkara yang tidak berguna, tidak mengembirakan dan sia-sia
- Allah menyembuh semua perkara. Oleh itu mengadulah 'kesakitan' kepada Allah.
- Walaupun baik atau buruk sesuatu situasi....ia akan tetap berubah
- Walau apa sekalipun perasaan anda ketika itu.....dress up and show up.
- Bila bangun setiap pagi....bersyukurlah kepada Allah kerana masih hidup.
- Sentiasa gembira
- You are what you eat. Oleh itu pastikan rezeki yang diterima adalah berkat. berkerjalah dengan tekun....jangan culas, buatlah kerja dengan ikhlas....berdoalah supaya Allah jauhkan rasuah/suapan dari menghampirimu.
SEMALAM ADALAH SEJARAH, ESOK ADALAH MISTERI DAN HARI INI ADALAH SESUATU YANG PASTI.....BERSYUKUR DAN BUATLAH YANG TERBAIK
Lain yang dirancang lain jadinya
Monday, December 21, 2009
Politik pejabat
Thursday, December 17, 2009
DeZAHRA Year End Sale!!!!



Yang nie RM100 selepas diskaun dapatlah harga RM70. Yang dua kat bawah nie pun sama 30% diskaun.

Yan nie berharga RM85, selepas diskaun 40% dapatlah RM51.
So sesiapa yang berminat dengan kualiti dan design Dezahra bolehlah melawat boutique ini. Kalau sesiapa yang berminat dengan tudung yang dipakai oleh Ayu Raudhah dalam Nur Kasih boleh dapatkan tudung tersebut, bukan tudung aje tau tapi baju yang Ayu raudah pakai pun ada dijual dengan diskaun 50%.......ini kali ke2 DeZahra buat diskaun. yang pertama pada Raya Haji lepas tapi untuk yang bercorak kosong ajelah.
Wednesday, December 16, 2009
Strawberry
Krismas 2009 @ The Curve Mutiara Damansara
Monday, December 14, 2009
Everday ways to care for your hair
Other people may have thinner hair because they don't properly take care of their scalp. Vitamin B and Iron are two nutrients essential for a healthy scalp. Take amla oil and coconut oil and boil them together to create hair tonic. This tonic is very effective in preventing hair loss. Mix amla juice and lime juice together to create great hair tonic. It is very effective hair loss prevention formula. You can use this with your shampoo when you wash your hair.
Sunday, December 13, 2009
L'OCCITANE
1. Immortelle Brightening Toner 200ml RM99
2. Immortelle Divine Cream RM430 (produk baru)
3. Brightening cleansing foam RM103
So habislah duit D sebanyak RM632, oleh kerana D bukan member so D tak dapatlah diskaun 5% tapi oleh kerana D buat belian melebihi RM200 maka D dapat jadi member tapi diskaun 5% hanya dapat lepas dapat kad. oleh kerana ada promosi krismas maka D dapatlah hadiah ini

Extra....untuk belian melebihi RM500 dalam satu resit dan D juga dapat hadiah percuma ini sebab belian melebihi RM350

Satu set mini yang mengandungi:-
1. Revitalizing Shower Gel 50ml
2. Relaxing Body Lotion 50ml
3. Repairing Shampoo 35ml
4. Repairing Conditioner 35ml
Friday, December 11, 2009
SMS penipu
Wednesday, December 9, 2009
Seater Set
Inilah harganya. Pada awal harga promosinya adalah RM2050 tapi lepas tawar menawar dengan salesman dapatlah harga RM1800 sahaja. Sudah diskaun 50% dari harga asal dapat diskaun lagi......so cuba2lah menawar ketika warehouse sales manalah tau dapat kurang lagi. Tak rugi mencuba. Kalau ada yang berminat dengan barangan Macy dan hendak sentiasa update berkaitan promosi Macy cuma 'add' Macy kat facebook anda.
Monday, December 7, 2009
Taxing time for Malaysian
Friday, December 4, 2009
Kisah sahabatku
Monday, November 30, 2009
Ibadah Korban
Cuti Raya Haji
Wednesday, November 25, 2009
Memulangkan kad kredit
Masa tengah buat milo semalam untuk sarapan kat pantry, my senior officer yang tengah minum milo jugak memulakan perbualan.
My Senior Officer : I ingat nak pergi bank X untuk pulangkan kad kredit.
Dahlia : Oh...saya pun nak pulangkan kad kredit kat bank X jugak. Kalau macam tu saya pun nak ikut Puan jugak lah.
Ofismate D, Min masuk ke pantry.
Min : Ada air panas lagi? Dengar tadi nak pergi bank X ye, saya pun nak ikut jugak sbb saya pun nak batalkan kad kredit tu.
Soalan Min tak perlu dijawap sbb dia dah angkat cerek air dan masukkan dalam mug putih kegemaran dia tu.
My Senior officer : Kalau macam tu kita ajak Salina sekali, dia pun rasanya ada kad kredit nak batalkan kat bank X. Kita keluar time lunch nanti boleh terus pergi makan tengahhari.
Time lunch, kami berempat pergi ke Bank X untuk membatalkan kad kredit. Sesampai di bank, kami ke bahagian kaunter pertanyaan untuk ambil nombor giliran. Seorang pegawai bank menegur.
Pegawai bank : Boleh saya tolong Puan.
My Senior Officer : Kami nak ambil borang untuk batalkan kad kredit.
Pegawai bank : Puan semua nak batalkan kad kredit jugak ke.
Beliau nampak pelik apabila kami bertiga juga minta borang yang sama.
Pegawai bank : Boleh saya tahu kenapa puan semua hendak membatalkan kad kredit. Ada masalah ke dengan kad kredit bank kami?.
My Senior Officer : Kami nak batalkan kad kredit sebab Cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan ke atas setiap kad mulai 2010 nanti. Lagipun kad ini tak pakai, buat apa kami nak simpan dan dikenakan cukai tersebut.
Pegawai bank : Tapi puan, bank kami tidak kenakan caj tersebut. Kad kredit kami free dari caj perkhidmatan.
Pegawai bank nie nampak blur atau sengaja buat blur.
Dahlia : Encik, bukankah budget 2010 baru sahaja mengumumkan pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 keatas setiap kad kredit mulai 1 januari 2010. Kami bercakap tentang cukai perkhidmatan bukan caj bank, Encik.
Pegawai bank : Tapi bank kami masih belum umumkan apa-apa lagi Puan. Kenapa puan tak simpan dulu kad kredit ini dan lepas bank umumkan barulah puan batalkan.
Dahlia : Memang betul bank belum mengumumkan apa-apa berkaitan dengan cukai perkhidmatan ini tapi kerajaan dah umumkan pengenaan cukai ini. So kami perlu batalkan kad kredit ini.
Pegawai bank sudah tiada idea lagi untuk memujuk kami supaya tidak membatalkan kad kredit tersebut. Dia menyerahkan borang pembatalan dan kami semua tulis ' Disebabkan cukai perkhidmatan RM50" atas ruang kosong di bahagian Mengapa anda membatalkan kad kredit.
Keluar dari Bank X, D tanya my senior officer. Kami berempat telah memulangkan 6 kad kredit kepunyaan bank tersebut. 2 kad milik D.
Dahlia : Tentu bank sudah mula panik kan Puan. Sudahlah sekarang mereka sukar menjual produk kad kredit mereka pada masa ini...dan sekarang pulak pelanggan bank dah mula membatalkan kad mereka.
My Senior officer: Sebenarnya kerajaan dah pernah kenakan cukai perkhidmatan atas kad kredit semasa tempoh 'kemelesatan ekonomi' dahulu. lebih kurang 15 tahun yang lepas. kalau tak silap saya. Ada sesetengah Bank terpaksa ambil alternative untuk serap cukai perkhidmatan tersebut sebagai satu alternative bagi menarik kembali pelanggan mengunakan kad mereka.
Salina : Aku ada 5 kad kredit, 2 dari bank ini dan 3 lagi dari bank lain. Dah batalkan satu, esok kena pergi ke Bank Y untuk batalkan satu lagi. Kena buat cepat sebelum terlupa dan terguna kad nie. Aku dah kosongkan semua kad yang tak nak guna dan maintance guna 1 kad saja, itupun sebab tak de duit lagi untuk bayar kesemua baki kad kredit nie.
Min : nampaknya bank akan kerugian 4 kad dari Salina sahaja. Rugi...rugi.
Dahlia : Saya maintance 2 kad sahaja sbb tak cukup duit nak kosongkan baki dalam tempoh terdekat nie. Saya dah batalkan 2 kad. saya tak berani nak guna 1 saja sbb pernah terjadi masa outstation, satu kad buat hal mujur ada satu kad lagi untuk back up.
Lepas balik dari Bank, kami terus pergi ke Restoran Ikan bakan Fend di Kelana Jaya untuk lunch.
Monday, November 23, 2009
Principles of Life
Who said car names don't have meaning?
BMW: Brings Me Women.
FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.
FORD: For Only Rough Drivers.
HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive. ...
VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.
PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.
KIA: Kills In Accidents
OPEL: Old People Enjoying Life
TOYOTA: The One You Only Trust, Always.
GOLF/GTI: Girls Only Love Fun / Get Them Inside
HONDA: Hanged Over, Now Driving Away.
Saturday, November 21, 2009
Celcom Berukband
Sahabat lama
Friday, November 20, 2009
Budget 2010 - Implikasi cukai
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAP Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan 2010 Budget pada 23 Oct 2009. D telah menerima senaskah buku 2010 Budget Commentary and Tax Information yang dikeluarkan oleh MICPA, MIA dan CTIM.Ringkasan dari pembentangan Budget 2010 yang melibatkan cukai individu adalah:
1. Pengurangan kadar cukai bagi individu bermastautin.
Pada masa sekarang kadar cukai individu dikira berdasarkan kadar 0% ke 27%. Kadar maksima 27% terpakai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000.00.Budget 2010 mencadangkan kadar cukai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000 dikurangkan kepada 26%.
Tarikh Kuatkuasa: Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Kepada individu yang berpendapatan tinggi seperti My Boss yang bergaji RM12 ribu sebulan bolehlah melompat lebih tinggi (seronok). Tapi bagi insan seperti D yang bergaji dalam lingkungan RM4 ribu …..emmm gigit jari.
Individu yang mempunyai chargeable income sebanyak RM500,000 akan dapat dapat mengurangkan liability cukai sebanyak RM4 ribu.
2. Peningkatan dalam pelepasan individu (Personal relief.
Pada masa sekarang, kadar pelepasan individu adalah RM8,000 setahun. Budget 2010 mencadangkan supaya kadar pelepasan individu dari RM8,000 kepada RM9,000.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
3. Peningkatan dalam pelepasan KWSP dan insuran
Pada masa sekarang, bagi pemastautin tetap pelepasan bagi KWSP dan Insuran dibenarkan setakat RM6,000.
Budget 2010 mencadangkan pelepasan KWSP dan Insuran dinaikkan kepada RM7,000 ribu
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Bagi yang berpendapatan RM4 ribu, potongan KWSP setahun melebihi RM6 ribu dan belum masuk lagi insuran. Peningkatan kadar pelepasan ini memberikan peluang kepada rakyat untuk meningkatkan tabungan persaraan.
4. Pelepasan cukai atas Broadband Subscription Fees.
Budget 2010 mencadangkan supaya pelepasan cukai atas broadband subscription Fees diberikan sehingga RM500 setahun bagi pemastautin tetap.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Meningkatkan pengunaan broadband dikalangan rakyat . emm yang nie seronok dengar.
5. Pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik hartanah yang dianugerahkan Green Building Index Certificates.
Budget 2010 mencadangkan pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik bangunan kediaman dan bangunan yang dianugerahkan dengan sijil Green Bulding Index (GBI) yang dibeli dari pemaju hartanah.
Tarikh kuatkuasa : S & P yang ditandatangani pada atau bermula dari 24 October 2009 sehingga 31 December 2014.
Kesan.
Alamak S & P rumah yang baru D beli adalah pada 14 Sept 2009. Huuuuu sedih. So para pembeli rumah baru pastikan hal ini dan pastikan Yuran guaman anda tidak terkandung bayaran duti setem jika beli rumah selepas 24 Oct tapi kenalah pastikan dulu pemaju hartanah tersebut ada GBI.
Tujuan pengecualian ini diberikan adalah untuk mengalakkan pembinaan bangunan mengunakan teknologi rumah hijau.
6. Cukai tidak langsung
Budget 2010 mencadangkan bahawa cukai perkhidmatan akan dikenakan atas kredit kad iaitu:-
a) RM50 setahun atas kad utama
b) RM25 setahun atas kad sampingan/supplementary cards
Cukai perkhidmatan akan dikutip berdasarkan tarikh kad dikeluarkan atau pada satu tahun lengkap atau pada tarikh pembaharuan.
Tarikh kuatkuasa : 1 January 2010
Kesan.
Kepada pemegang kad kredit yang memiliki 4 atau 5 kad, baik batalkan 2 atau 3 kad. Cukuplah pakai 1 atau 2 sahaja tapi macammana kalau semua dah pakai….RM200 setahun kena bayar so fikir-fikirkanlah kesannya.
D kena batalkan 2 kad yang dipaksamilik oleh sebuah bank sbb buat pinjaman perumahan kat bank dia. Memang DAHSYAT pegawai bank tu…..sbb letakkan syarat supaya mohon 2 kad kredit Visa dan Master barulah dia tolong uruskan loan rumah supaya diluluskan.
7. Cukai RPGT ( Cukai keuntungan hartanah)
Budget 2010 mencadangkan:-
a) RPGT return kena lengkap diisi dan diserahkan kepada LHDN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan asset.
b) RPGT akan dikenakan pada kadar tetap 5% tanpa mengambilkira tempoh pegangan asset
c) Individu tidak lagi dapat menikmati pelepasan cukai sepenuhnya bagi pegangan yang melebihi 5 tahun. Dia tetap dikenakan cukai RPGT 5%
Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2010
Kesan.
Pengenalan semula yang tidak dijangka oleh kerajaan akan memberikan kesan kepada pasaran hartanah.
So sesiapa yang rasa nak jual rumah, baiklah secepat mungkin sebelum 1 januari 2010.
D hanya menyenaraikan kesan keatas individu sahaja. Ini adalah berdasarkan pemahaman D sahaja dan D tidak bertanggungjawap jika terdapat salahfaham atas maklumat diatas.
Thursday, November 19, 2009
Buku Masakan
Petang semalam, ketika D minum petang dengan beberapa kawan di pantry pejabat. Ella, kerani kat ofis tanya D macammana nak buat nasi lemak. Ella baru 6 bulan berkahwin...suami dia nak makan nasi lemak....dia tak tahu nak masak. Sebenarnya agak pelik juga kalau perempuan melayu tak tahu nak masak nasi lemak.
Hari nie D bawakkan buku senangnya memasak NASI hasil nukilan Pn Hanieliza kepada Ella. D cadangkan kepada muda-mudi yang tak tahu nak masak atau bakal-bakal isteri yang tak pernah memasak belilah buku nie...tak mahalpun. Masa pameran buku MPH kat Kelana Jaya dulu D beli hampir 5 buah buku chef Hanieliza nie...ada diskaun 20% so harga jadi RM4.40 sebuah.
D beli sebab D suka memasak. Memasak adalah seni. Suatu kepuasan bila memasak dan menghasilkan sesuatu yang sedap dan paling indah jika ia dapat dinikmati oleh orang2 yang kita sayang. D memasak hanya pada hari Ahad saja sbb makanan yang D masak boleh dibawak ke ofis keesokkannya untuk kawan-kawan. Koleksi buku memasak D terlalu banyak.
Wednesday, November 18, 2009
Susu rendah lemak
Dalam seminggu 4 kotak susu Rendah Lemak HL wajib dibeli. 2 kotak bawa ke ofis dan 2 kotak tinggal dirumah. Sarapan pagi oat + susu. Jam 10.00 pagi, milo + susu dan jam 3petang milo + susu. Balik dari gym, herbalife + susu.
D tak ambil gula....so susulah minuman utamanya. D tak ambil teh @ kopi cuma milo sahaja. D cuba tukar jenama lain tapi muak...dan tekak D tak boleh terima...lagipun jenama inilah yang paling murahpun.
kalau offer dapatlah harga RM4.69 sekotak. So dapatlah jimat RM2.80 bagi 4 kotak (Pada tarikh inilah, mungkin bulan depan naik lagi). Kalau D yang sentiasa minum susu dan hanya belian hanya untuk seorang, begitu terasa bahangnya macammana dengan keluarga berpendapatan sederhana yang mempunyai anak 3 @ 4 orang. macammana nak galakkan rakyat minum susu kalau keadaan macam nie. Kawan D selalu mengeluh anak2nya yang seramai 5 orang tu mampu menghabiskan sekotak susu untuk sarapan pagi makan cornflakes.
emmm kalau macam nie nak kena cari alternative lainlah nampaknya.
