Monday, March 15, 2010

Luahan Rasa Zulaikha

Ketika sedang mengemas barang-barang dalam bilik sebab nak pindah pejabat, D terjumpa kembali satu artikel didalam Mingguan Malaysia Ahad 26 Mac 2006, Luahan Rasa bersama Putri. Artikel ini D simpan kerana ia amat bermakna buat D. Penulis iaitu Zulaikha telah memberikan satu semangat dalam diri D untuk melakukan perubahan yang sama. Selepas mengalami ‘zaman kejatuhan’ dalam hidup D, D bangkit semula tetapi akibat kemurungan yang teruk, D telah menjadi seorang wanita yang gemuk seperti Zulaikha. Semua orang yang tua daripada D memanggil D kakak dan D mula dipanggil mak cik sedangkan umur D baru 30 tahun. Sangat menyakitkan hati tetapi apabila membaca luahan Zulaikha, D juga berubah sebagaimana Zulaikha berubah.
*********************************************

Putri,

Kira-kira empat tahun nan lalu, saya mengalami masalah berat badan yang sangat serius. Berat badan saya pada masa itu telah mencecah 98kg. ketika itu, saya berasa sungguh tertekan dan rendah diri yang amat sangat. Saya dibeza-bezakan dan sering dijadikan bahan senda gurau serta ejekan orang.

Bukan itu sahaja penderitaan yang saya alami. Paling perit apabila saya sering kali gagal dalam mendapatkan pekerjaan. Malah, saya pernah dihina ketika temu duga gara-gara fizikal saya yang gemuk. Buat pengetahuan Putri, saya mempunyai kelulusan akademik dari sebuah university luar Negara. Mempunyai kelayakan professional dalam bidang perakaunan, berkemahiran dalam pengurusan pejabat, amat fasih berbahasa inggeris dan mampu menguasai mandarin dengan baik. Kelulusan saya itu sepatutnya melayakkan saya memegang jawatan professional dalam syarikat. Tetapi oleh kerana sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh majikan yang pendek akal dan memilih bulu-hanya memandang kesempurnaan fizikal, saya hanya mampu bertugas disebuah agensi pelancongan sebagai kerani biasa dengan gaji hanya RM600 sebulan!. Gaji yang jauh sepuluh kali ganda berbeza jika dibandingkan dengan kelayakan akademik yang saya ada. Semuanya gara-gara saya berbadan besar. Tiada seorang lelaki pun yang ingin memandang saya walau hanya sebelah mata. Kawan-kawan meminggirkan saya kerana malu untuk berkawan dengan orang selekeh seperti saya. Saya hidup seorang diri, saya kerap menangis mengenangkan nasib diri. Saya malu berdepan dengan masyarakat dan keyakinan diri saya hilang sama sekali. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tetapi semangat saya sering putus separuh jalan. Berbagai-bagai jenis ubat melangsingkan badan juga telah saya cuba namun hasilnya hanya sementara. Malah kesan sampingan yang saya terima amat buruk sehinggakan saya terlantar di hospital.

Oleh itu, saya suka mengingatkan di sini agar mana-mana pembaca yang berhasrat menguruskan badan agar mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa produk yang terdapat di dalam pasaran. Untuk kebaikan anda juga supaya tidak mendatangkan kemudaratan lain. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Satu ketika, saya terpanggil untuk mencuba diet saya sendiri tanpa bantuan sebarang ubat pelangsing. Saya bertekad untuk menguruskan badan kerana saya tidak mahu terus hidup dalam satu keadaan yang serba tidak berguna. Saya sayangkan diri saya. Diet saya bermula dengan mengawal pemakanan, saya makan dua keeping roti, minum bergelas-gelas air putih, saya hanya makan sayur-sayuran dan ikan yang direbus dengan dua sudu nasi setiap hari.

Saya akan berhenti mengambil makanan selepas pukul 5 petang. Setiap pagi selepas solat subuh, saya akan berjogging, selama satu jam. Balik dari kerja, saya bersenam aerobic di rumah selama sejam lagi. Dua kali seminggu saya akan ke gim bagi tempoh dua jam. Setelah setahun berlalu, saya beroleh hasilnya. Berat badan saya kini 50kg sahaja.

Kalau dulu orang yang sebaya dengan emak saya memanggil saya kakak kerana saya jauh lebih tua dari usia saya tetapi kini orang tidak percaya jika saya katakana saya sudah berumur 30 tahun. Selain menjaga badan, saya juga merawat diri dan wajah dengan ke salun kecantikan. Hendak dijadikan cerita Putri, ketika inilah lelaki-lelaki yang selama ini tidak perasan dengan kewujudan saya, telah mula membuka mata mereka seluas-luasnya.

Saya akhirnya mendapat kerjaya yang setaraf dengan kelayakan saya. Betullah kata orang, jika kita cantik keyakinan kita akan tinggi, setinggi menara KLCC. Dengan kerjaya yang saya miliki, berkereta besar, saya sering menjadi buruan lelaki. Tidak keterlaluan saya katakan, kini saya adalah kegilaan ramai lelaki.

Tetapi maaflah, hati saya belum terbuka untuk sesiapa kerana saya tahu mereka cuma cintakan paras rupa saya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika saya kembali seperti dahulu semula, potong jari, tidak mungkin mereka akan menerima saya.

---------------------------------------------

Selepas membaca kisah Zulaikha, D mula mendapat satu inspirasi untuk berubah. D daftarkan diri di gym supaya aktiviti senaman akan lebih sistematik, D daftar NYSS supaya kulit wajah D akan kembali seperti dahulu. Dalam 2007, D berjaya kurangkan berat badan lebih 10 kg. Dari saiz XL, D turun kepada saiz M. D simpan artikel nie sampai kertas surat khabar nie dah bertukar kuning.

Friday, March 12, 2010

The BiggestLoserAsia

The Biggest Loser Asia
Selasa, 9hb March 2010 jam 10.15 malam, D dengan housemate setia menunggu depan TV untuk melihat result The Biggest Loser Asia yang pertama. Dari awal episod nie, memang banyak yang rasa tak puas hati bila tengok dan terlalu banyak episod 'drama' yang dibuat sehingga meluat nak tengok tapi sebab my housemate adalah peminat setia maka terpaksalah tengok jugak channel nie.
Inilah David, peserta dari Indonesia yang telah memenangi musim pertama the Biggest Loser Asia . Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 83kg dalam tempoh 5 bulan. Berat beliau pada awal kemasukkan adalah 157kg dan berat sekarang adalah 74kg.

Gambar sebelah kiri ketika beliau 157kg dan gambar sebelah kanan ketika beliau 'berjaya' menurunkan berat kepada 74kg. Gambar belah kanan menampakkan beliau sangat tua....lemah.....kekurangan zat.....tiada muscle langsung.....inilah kejayaan The Biggest Loser Asia. Lihat rambut dia.....teruk sungguh. Kesian David tentu dia berlapar lebih dari orang somalia hanya untuk memenangi The Biggest Loser Asia. Kalau macam nie lebih baik dia ketika gemuk dulu....nampak sihat, hensom dan bertenaga. My housemate yang terkejut ketika David keluar ke pentas telah berkata ' David nie macam drug addict', malah ketika beliau berjalan ke arah kereta yang dimenanginya David kelihatan begitu tidak bermaya seperti sudah sebulan beliau tidak makan dan minum.

Ini adalah Carlos, pemenang kedua.

Carlos nampak lebih bersemangat....ada muscle hasil dari latihan dan bukan tulang rangka. Wp jarak pengurangan David dengan Carlos amat besar tetapi kejayaan sebenarnya adalah milik Carlos. Inilah bentuk kejayaan yang kita hendak lihat dalam The Biggest Loser bukan seperti David.

Inilah mesej salah yang diberikan oleh Fitness First sebagai penaja utama "buat excersice separuh mati dan teruskan berlapar.....jika anda hendak kurus". Perkara ini betul2 memalukan Fitness First sebagai sebuah pusat kecergasan. D selalu mengunjungi Fitness First The Curve dan selalu terserempak dengan Aaron yang buat latihan disana sebelum Finale. Apa yang D nampak ialah tiada kesungguhan dalam diri Aaron untuk melakukan exersice begitu juga Nadia. Berbeza benar dengan The Biggest Loser yang mana kita lihat kesungguhan para pesertanya dalam melakukan excersice dan tumpuan utama produser adalah menunjukkan cara excersice yang betul, pemakanan yang betul menghasilkan kejayaan.

Apa yang produser The Biggest Loser Asia ingin tunjukkan selain dari banyak drama' bodoh' yang di buat dalam setiap episod. Jika gain muscle anda akan di penaltikan....sehingga peserta menjadi takut jika tiada penurunan berat badan yang besar seolah-olah tidak faham akan konsep penambahan muscle akibat excersice.

Kejayaan The Biggest Loser Asia adalah dapat menghasilkan rangka seperti David. Gerenti selepas ini David akan 'balas dendam' dan makan sepuas-puasnya selepas kekurangan zat makanan.

Tuesday, March 2, 2010

Syafia humairah

Al-fatihah buat arwah Syafia Humairah. Allah amat-amat meyayangi kanak-kanak kecil ini. DIA ambil adik kecil ini.....supaya ia tidak membesar dalam keadaan kucar kacir dalam keluarga itu. Biarpun kematiannya sangat kejam tetapi Allah Maha Mengetahui sebabnya. Apa yang pasti keaiban yang dilakukan oleh si ibu terbongkar, kepincangan keluarga ini juga terburai....kemarahan orang ramai bukan sahaja kepada si durjana tersebut tetapi lebih kepada si ibu tersebut. Allah memberi peringatan kepada semua umatnya disebalik kejadian ini.
Awal pagi semalam ketika semua berkumpul membaca akhbar, kesemua staff yang berkumpul di ruang tamu pejabat begitu marah dengan si ibu. Boss yang ketika itu turut membaca akhbar hanya mendiamkan diri. Akhirnya sebelum beliau bangun kerana waktu rehat tamat maka dia berkata "Muhammad saw adalah nabi terakhir dan tidak akan ada lagi nabi selepasnya. bagaimana Allah ingin menyampaikan peringatannya jika bukan dengan peristiwa seperti ini. Peringatannya ini bukan untuk keluarga Syafia sahaja tetapi untuk semua umat Islam atau yang mengaku mereka Islam terutama pemimpin yang mengaku mereka Islam". Pertama kali saya rasa kata-katanya memberi kesan di hati kami semua.
Si kecil Syafia, syurga telah berada ditangan kamu. Nasib kami semua belum tentu lagi Syafia. Kamu bukan malang Syafia tetapi kamu bertuah kerana Allah amat-amat menyayangi kamu.
========================

Petikan berita

Tendang macam bola

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,”katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tendangmacambola/Article *************************************************************************************

Budak Perempuan Tiga Tahun Mati Dipercayai Didera Teman Lelaki Ibu

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali Khamis malam.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata mangsa yang dikenali sebagai Sapiah, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam."Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan."Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.Mayat kanak-kanak malang itu akan dibedah siasat pukul 3 petang nanti.Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 20an itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.-- BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=478190

*************************************************************************

Bukan sahaja berdepan kes bunuh, tetapi bersekedudukan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun."Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu."Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen."Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras."Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama