Monday, November 30, 2009
Ibadah Korban
Alhamdulillah, tahun nie D dan keluarga dapat menunaikan ibadah korban. Sebanyak 6 ekor lembu di korbankan di Tahfiz ini. 5 ekor di sumbangkan oleh ibu bapa pelajar Tahfiz serta anak-anak murid kelas mengaji adik ipar D.
Tahun nie D akan menyambut hari raya haji/korban di BB. D tiba di Tahfiz dan terus ke dapur sbb mak D adalah tukang masak disini. Seronoknya dapat berkumpul dengan semua adik-beradik yang lain. Semua berkumpul disini lagipun Tahfiz nie adik ipar D yang punya so taklah janggal kami semua berkumpul disini. Petang hari kami menolong Ibu memasukkan beras pulut dalam batang lemang yang hampir 50 batang untuk dibakar oleh adik-adik lelaki D serta para pelajar tahfiz. D tolong Mak buat serunding ikan dan sediakan bahan-bahan untuk rendang ayam. Bukan senang nak masak untuk lebih 100 orang makan.
Pada waktu malam, kami dikunjungi oleh salah seorang ibu pelajar yang D namakan sebagai Kak Nor. Kami berbual mesra dengan beliau dan D hidangkan kek lapis serta Karot kek yang D buat. Dia adalah seorang pegawai tinggi sebuah jbtn kerajaan. orangnya nampak simple dan bertudung fesyen sekarang, tudung tiga segi dan berbaju kurung. Ibu bapa para pelajar yang berada jauh dari tahfiz ambil kesempatan untuk menginap di chalet berhampiran bagi membolehkan mereka menyambut aidil adha bersama-sama anak2 mereka.
Esoknya semua penghuni tahfiz bersembahyang sunat hari raya bersama-sama dan selepas menunaikan solat, kami menghidangkan meehon goreng bersama dengan lemang yang dibakar oleh adik D serta rendang ayam yang dibuat oleh ibu D. Awal pagi lagi Ibu D dah bangun untuk memasak. Selesai makan, kaum lelaki dan para pelajar tahfiz yg kesemuanya lelaki menyalin pakaian dan bersedia untuk menjalankan ibadat korban.
Kami yg perempuan nie berada didapur untuk menolong Mak memasak. Tiba-tiba datang seorang perempuan berjilbab hitam hanya nampak sepasang mata sahaja dan berjubah labuh. Dia bagi salam dan naik ke dapur.....bila hanya perempuan sahaja, dia bukak penutup muka dan kami semua terkejut beruk sbb itu adalah Kak Nor. Macammana pulak semalam bertudung tiga segi...pagi nie berjilbab tutup muka. Keliru betul.
Rupa-rupanya sbb ibu-ibu pelajar tahfiz yang lain yg berada di rumah tamu berjilbab dan kak nor pun berjilbablah hari nie sbb nak sama dengan ibu-ibu yg lain. nanti tak masuk group pulak....gitu rupenye.
Kenapa bila nak masuk tahfiz kena berjilbab...berjubah labuh hitam sedangkan kami bertudung biasa sahaja...adik D yg juga isteri mudir hanya bertudung labuh sahaja. Kenapa berjilbab sebab orang lain....bila diluar jilbab itu hilang. kenapa hipokrit...kenapa lakukan sebab manusia.
Memang kesian kat Kak Nor dan juga ibu2 yg pelajar lain yg paksa anak2 dara mereka berjilbab hitam sedangkan sebelum ini datang ke Tahfiz dengan berseluar jean berbaju t-shirt jemput adik mereka dengan alasan yg diberikan oleh ibu mereka sbb malam...orang tak nampak....menghalalkan cara.
Adakah dengan belajar sedikit ilmu agama dan berjilbab untuk menunjukkan anda alim sudah membolehkan anda menghukum orang lain. para ibu-ibu yg lain yg berada di rumah tamu tidak menegur D malah tidak bersalam dengan mak D yg memasak untuk anak mereka hanya sebab kami tidak berjilbab dan hanya berpakaian biasa. Adakah pakaian menunjuukkan iman anda. HIPOKRIT....benci betul D pada orang sebegini.
Kami anak beranak yang memasak untuk hidangan lebih 100 orang...sediakan air minuman berbekas2 untuk mereka yg bekerja. Para ibu yg berjilbab hitam duduk berkumpul bersembang di rumah tamu. Kesian Mak D....dia dah tua....penat sangat memasak nie....... bukan senang. D sendiripun rasa nak tercabut sendi2 (yelah sebelum nie dok kat ofis je). Sembelihan untuk 6 ekor lembu selesai dan aktiviti melapah daging juga selesai.Bila selesai lapah daging...barulah dihantar kepada kami untuk memasak...fuhh nak buat singgang daging tapi daging baru bagi. Kaum lelaki menyiapkan diri untuk sembahyang jumaat....kami anak beranak tak menang tangan nak siapkan hidangan.
Balik jumaat...ngam-ngam hidangan semua siap tapi tak sempat nak hidang lagi sbb tak cukup orang. Budak2 dah berbaris panjang pegang pinggan...dan para tetamu lelaki dan bersedia di meja makan. Dalam keadaan yang kelam kelibut tu keluarlah seorang wanita berjilbad hitam dan pergi pada mak D lalu bertanya" Mak cik....mana hidangan untuk kami". Ewah banyak cantik muka....ingat kami nie kuli engkau. D yang berjawatan tinggi masih boleh pegang periuk...engkau setakat suri rumah tak boleh nak tolong...sebab jilbab tu labuh sangat kot...takut terkena api.
Alhamdulillah....wp kelam kabut sikit tapi habis jugak nasi 2 kawah, 1 peruk besar singgang daging dan 1 kuali besar hati goreng kunyit dan satu besar air asam buatan mak D. Kami terjelepuk kepenatan selepas itu.....rasa tak larat sangat bile tengok pinggan mangkuk dan periuk belanga yg nak kena basuh. Mujur datang seorang perempuan kampung yg datang makan kenduri tadi sudi menolong. Jemputan yg tidak disangka adalah 20 orang pekerja bangla yg balik sembahyang jumaat telah dipangil bersama untuk menjamu selera.
D balik ke rumah adik D yg terletak tidak jauh dari Tahfiz untuk mandi, sembahyang dan berehat. Adik2 D yg lain pun ikut sekali....kami dah kepenatan dari petang khamis lagi. Jam 8 malam kami terima panggilan dari adik ipar D supaya kami pergi ke Tahfiz semula.
Rupanya tak habis acara lagi.....ada aktiviti " memanggang kambing". Selain 6 ekor lembu ada lagi 2 ekor kambing dikorbankan. Di Tahfiz nie ada seorang lelaki bodoh sombong yang berpendidikan setakat SPM tapi rajin menghadiri majlis agama yg dikendalikan oleh adik ipar D maka dia sudah merasakan beliau sudah layak dan setaraf ulamak. Dia menjadi orang kanan adik ipar D atau orang kepercayaan adik ipar D maka dengan kepercayaan tersebut beliau menjadi berkuasa di Tahfiz ini. Dia memberikan cadangan supaya aktiviti panggang kambing dijalankan dan para pelajar tahfiz tidak dibenarkan pulang lagi. Oleh itu para ibu bapa masih berada di sini. Rancangan ini tidak diberitahu kepada tukang masak sehingga menyebabkan mak tidak menyediakan apa-apa.Kononnya lelaki ini nak sediakan semua hidangan tanpa menyusahkan tukang masak.
Hasilnya....semua pelajar makan daging panggang yg keras sbb terlebih masak (orang bodoh yg panggang) dan itu sahajalah hidangan semata2 selain 10 bundle roti sandwish. Roti sandwish dengan daging panggan keras.....heeeee gigi palsu makcik boleh tertanggal makan hidangan nie. Akibatnya habis nasi sejuk dengan kuah singgan tengahhari tadi dimakan oleh para pelajar.
Lebih memeranjatkan bila wanita2 berjilbab hitam masuk ke dapur tempat D dan adik D sedang menyediakan air minuman pelajar. "Mana Mak cik (Mak D lah tu)....kenapa tak buat gulai kambing...kami datang nak makan gulai kambing nie". Mula2 6 orang masuk lepas tu geng jilbab yg seramai 12 orang penuh didapur yg sempit berserta dengan anak2 kecil. Mereka langsung tak menegur D dan hanya mintak makanan sahaja dan komplen"takan makan ini sahaja".Hello saya bukan kuli....nak je D menjerit masa tu. Tapi nak jaga adap....D keluarkan makanan yg D nampak ada di dapur termasuk semua kek yg D bawak dan buah limau 5 paket....D letak makanan tersebut dan D terus ambil kunci kereta dan berlalu dari situ. Tak kuasa nak layan.
Keesokkannya....barulah D tahu bahawa salah seorang wanita jilbab tu buat korban dan yg lain2 tu adalah saudara mara dan sahabat handai wanita yg buat korban tadi. Semua daging lembu korban diambil bawak balik untuk diagihkan kepada saudara mara dan sahabat handai beliau. Yg tinggal hanya tulang dan kulit lembu untuk sekolah Tahfiz. Datang untuk suruh orang sembelih lembu lepas tu ambil semua daging dan kemudian bawak semua kaum kerabat makan dan menyuruh orang masak dengan mengunakan daging korban orang lain yg disedekahkan kepada para pelajar dan jugak duit tahfiz untuk beli bahan masak....orang macam nie pun ada jugak.
Inilah realitinya manusia HIPOKRIT.
Cuti Raya Haji
Hari Khamis D ambik cuti. My friend cadangkan supaya bertolak sebelum subuh supaya tidak tersangkut dalam jam dan hujan pabila petang. So D pun bertolaklah jam 5 pagi dari Kelana Jaya. Meter minyak kereta menunjukkan tiga takok lagi so kenalah isi sebelum masuk lebuh raya. D selalu guna Shell so singgahlah di Stesyen Minyak Shell yang terletak sebelum Tol Gombak. Pelik bin ajaib sbb minyak RON 97 dah habis. Tinggal minyak RON 95 sahaja. Kenapa minyak yang berharga mahal boleh habis sedangkan minyak minyak yang berharga murah tidak laku. Ketika di booth, kebanyakan pemandu meminta minyak RON 97. Kami semua kecewa bila diberitahu RON97 dah habis. Untuk meneruskan perjalanan dan D pulak tak teringat bahawa ada sebuah lagi stesyen minyak selepas Tol Gombak maka D pun pertama kalinya isi minyak RON95 dalam kereta Vios kesayangan D.
D rasa tak perlulah D nak huraikan mengapa RON 95 tidak jadi pilihan semua pemandu terutama jika hendak melakukan perjalanan jauh. Anda semua rakyat Malaysia yang bijak, anda tahu mengapa. Anda mendengar dan membaca setiap komen pemandu yang tidak puas hati dengan RON95 selepas ia dilancarkan. PM kita bijak bukan, kalau pak lah dulu dia terus naikkan harga minyak...pak lah tak terfikir untuk menukarkan kualiti minyak dengan mengekalkan harga yang sama tapi PM baru ini lebih bijak dari pak lah.
Itu hal minyak, D teruskan perjalanan ke Terengganu melalui Lebuh raya Timur Barat. Keadaan lebuhraya begitu sunyi sbb tak banyak kereta dan D pulak tak biasa memandu awal pagi, rasa mengantuk sungguh. Jam 6.30 singgah di R & R Temerloh untuk sembahyang dan yg penting tidur kejap. Jam 8 baru bertolak setelah makan nasi lemak kat R & R.
Selepas bayar toll sebanyak RM21 di perhentian toll yang terakhir, D masuk ke jalan Jabor menghala ke Kuala Terengganu.Disini bermula episod menunjukkan kepakaran untuk mengelak lubang di jalan raya yang bertar....bukan jalan kampung ye tapi ini jalan tar untama. huhhhh...dahsyat betul lubang-lubang kat sepanjang jalan tu...puas mengelak tapi tayar kereta tetap masuk lubang sbb elak kiri ada lubang kat sebelah kanan...ada yg teruk bila seluruh kiri dan kanan jalan berlubang. Sepanjang tempoh pemanduan menempuh jalan-jalan berlubang yang tidak disangka di negara yang sudah merdeka lebih 50 tahun memang memerlukan penglihatan yang baik sbb kalau tak rosak suspension kereta baru nie.
Keadaan jalan yang teruk berterusan sehinggalah ke Bukit Besi, sampai kat sini sahajalah yg D boleh beritahu sbb sini destinasi terakhir D. Sebelum sampai ke Bukit Besi, berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan Van. kemalangan berlaku bila Van memperlahankan pemanduan untuk mengelakkan lubang yang dalam tapi kereta dari belakang tak sempat brek terus menghentam belakang Van. emmm kesian rakyat....bayar cukai setiap tahun, bayar toll, bayar road tax tapi beginilah keadaan jalan yang mereka dapat.
Semoga selepas ini kerajaan negeri Terengganu akan memperbaiki jalan-jalan raya ini bukan hanya menutup lubang dengan tar macam ambil tahi lembu lepas tu tampal kat lubang. Kalau lori lalu, terus jadi berbonggol macam jerawat batu yang dikopek. Berlopak-lopak...tak rata. Masa nak balik semula ke KL, D lihat ada sebuah lori pikup kontraktor dan beberapa orang pekerja sedang menutup lubang2 dengan bancuhan tar....di tuang dalam lubang tanpa meratakannya. Tak pe asalkan tutup lubang...lagipun ambil jugak tindakan. Nanti kalau berlubang lagi....bubuh lagi. Nak jadi jerawat batu ke atau busut ke...peduli apa....yang penting kerja dah buat.
Wednesday, November 25, 2009
Memulangkan kad kredit
Masa tengah buat milo semalam untuk sarapan kat pantry, my senior officer yang tengah minum milo jugak memulakan perbualan.
My Senior Officer : I ingat nak pergi bank X untuk pulangkan kad kredit.
Dahlia : Oh...saya pun nak pulangkan kad kredit kat bank X jugak. Kalau macam tu saya pun nak ikut Puan jugak lah.
Ofismate D, Min masuk ke pantry.
Min : Ada air panas lagi? Dengar tadi nak pergi bank X ye, saya pun nak ikut jugak sbb saya pun nak batalkan kad kredit tu.
Soalan Min tak perlu dijawap sbb dia dah angkat cerek air dan masukkan dalam mug putih kegemaran dia tu.
My Senior officer : Kalau macam tu kita ajak Salina sekali, dia pun rasanya ada kad kredit nak batalkan kat bank X. Kita keluar time lunch nanti boleh terus pergi makan tengahhari.
Time lunch, kami berempat pergi ke Bank X untuk membatalkan kad kredit. Sesampai di bank, kami ke bahagian kaunter pertanyaan untuk ambil nombor giliran. Seorang pegawai bank menegur.
Pegawai bank : Boleh saya tolong Puan.
My Senior Officer : Kami nak ambil borang untuk batalkan kad kredit.
Pegawai bank : Puan semua nak batalkan kad kredit jugak ke.
Beliau nampak pelik apabila kami bertiga juga minta borang yang sama.
Pegawai bank : Boleh saya tahu kenapa puan semua hendak membatalkan kad kredit. Ada masalah ke dengan kad kredit bank kami?.
My Senior Officer : Kami nak batalkan kad kredit sebab Cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan ke atas setiap kad mulai 2010 nanti. Lagipun kad ini tak pakai, buat apa kami nak simpan dan dikenakan cukai tersebut.
Pegawai bank : Tapi puan, bank kami tidak kenakan caj tersebut. Kad kredit kami free dari caj perkhidmatan.
Pegawai bank nie nampak blur atau sengaja buat blur.
Dahlia : Encik, bukankah budget 2010 baru sahaja mengumumkan pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 keatas setiap kad kredit mulai 1 januari 2010. Kami bercakap tentang cukai perkhidmatan bukan caj bank, Encik.
Pegawai bank : Tapi bank kami masih belum umumkan apa-apa lagi Puan. Kenapa puan tak simpan dulu kad kredit ini dan lepas bank umumkan barulah puan batalkan.
Dahlia : Memang betul bank belum mengumumkan apa-apa berkaitan dengan cukai perkhidmatan ini tapi kerajaan dah umumkan pengenaan cukai ini. So kami perlu batalkan kad kredit ini.
Pegawai bank sudah tiada idea lagi untuk memujuk kami supaya tidak membatalkan kad kredit tersebut. Dia menyerahkan borang pembatalan dan kami semua tulis ' Disebabkan cukai perkhidmatan RM50" atas ruang kosong di bahagian Mengapa anda membatalkan kad kredit.
Keluar dari Bank X, D tanya my senior officer. Kami berempat telah memulangkan 6 kad kredit kepunyaan bank tersebut. 2 kad milik D.
Dahlia : Tentu bank sudah mula panik kan Puan. Sudahlah sekarang mereka sukar menjual produk kad kredit mereka pada masa ini...dan sekarang pulak pelanggan bank dah mula membatalkan kad mereka.
My Senior officer: Sebenarnya kerajaan dah pernah kenakan cukai perkhidmatan atas kad kredit semasa tempoh 'kemelesatan ekonomi' dahulu. lebih kurang 15 tahun yang lepas. kalau tak silap saya. Ada sesetengah Bank terpaksa ambil alternative untuk serap cukai perkhidmatan tersebut sebagai satu alternative bagi menarik kembali pelanggan mengunakan kad mereka.
Salina : Aku ada 5 kad kredit, 2 dari bank ini dan 3 lagi dari bank lain. Dah batalkan satu, esok kena pergi ke Bank Y untuk batalkan satu lagi. Kena buat cepat sebelum terlupa dan terguna kad nie. Aku dah kosongkan semua kad yang tak nak guna dan maintance guna 1 kad saja, itupun sebab tak de duit lagi untuk bayar kesemua baki kad kredit nie.
Min : nampaknya bank akan kerugian 4 kad dari Salina sahaja. Rugi...rugi.
Dahlia : Saya maintance 2 kad sahaja sbb tak cukup duit nak kosongkan baki dalam tempoh terdekat nie. Saya dah batalkan 2 kad. saya tak berani nak guna 1 saja sbb pernah terjadi masa outstation, satu kad buat hal mujur ada satu kad lagi untuk back up.
Lepas balik dari Bank, kami terus pergi ke Restoran Ikan bakan Fend di Kelana Jaya untuk lunch.
Monday, November 23, 2009
Principles of Life
* Winning isn't everything. But wanting to win is.
* You would achieve more, if you don't mind who gets the credit.
* When everything else is lost, the future still remains.
* Don't fight too much. Or the enemy would know your art of war.
* The only job you start at the top is when you dig a grave.
* If you don't stand for something, you'll fall for everything.
* If you do little things well, you'll do big ones better.
* Only thing that comes to you without effort is old age.
* You won't get a second chance to make the first impression.
* Only those who do nothing do not make mistakes.
* Never take a problem to your boss unless you have a solution.
* If you are not failing you're not taking enough risks.
* Don't try to get rid of bad temper by losing it.
* If at first you don't succeed, skydiving is not for you.
* Those who don't make mistakes usually don't make anything
* There are two kinds of failures. Those who think and never do, and those who do and never think.
* Pick battles big enough to matter, small enough to win.
* All progress has resulted from unpopular decisions.
* Change your thoughts and you change your world.
* Understanding proves intelligence, not the speed of the learning.
* There are two kinds of fools in this world. Those who give advise and those who don't take it.
* The best way to kill an idea is to take it to a meeting.
* Management is doing things right. Leadership is doing the right things.
* Friendship founded on business is always better than business founded on friendship.....
Who said car names don't have meaning?
BMW: Brings Me Women.
FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.
FORD: For Only Rough Drivers.
HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive. ...
VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.
PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.
KIA: Kills In Accidents
OPEL: Old People Enjoying Life
TOYOTA: The One You Only Trust, Always.
GOLF/GTI: Girls Only Love Fun / Get Them Inside
HONDA: Hanged Over, Now Driving Away.
Saturday, November 21, 2009
Celcom Berukband
D guna celcom berukband bermula Mei 2009, D ambik pakej yg paling rendah iaitu RM68 sebulan. Tiap2 bulan kena bayar RM68 tapi servis.....mak datuk rasanya dah berbakul D maki hamun. Mujur mini Notebook D nie tak dicampakkan keluar tingkap sbb geram kat Berukband nie yg tak seindah iklan dalam TV. Memang lembab nak mampus.....dan menyakitkan hati wp D duduk kat Kelana Jaya bukan kat hulu tapi connetion huhhh...lembab. WP signal full bar tapi connetion asyik tersangkut je.
Inilah yang keluar setiap kali setiap kali cuba connect internet. malam nie saja dekat 10 kali try baru boleh masuk ke blog. Kadang2 hilang sabar jugak, wp bayar RM68tak bererti kita harus terima sesuatu yg lausy thing. Celcom patut kurangkan perbelanjaan periklanan tapi tingkatkan mutu perkhidmatannya. Tak guna dakwa mereka nombor 1 sedangkan realitinya teruk.
An error occurred at http://www.blogger.com/home?pli=1Your browser cannot display the webpage.
________________________________________
Most likely cause:
You are not connected to the Internet.
The website is encountering problems.
There might be a typing error in the address.
Sahabat lama
Sahabat lama ketika berada di universiti dulu menghubungi D. Lama betul tak dengar suara dia, hampir 3 tahun rasanya. Dia memaklumkan kepada D bahawa dia akan berpindah ke Kedah dan akan berangkat pada awal Disember nanti bersama keluarganya. Dia beritahu bahawa suaminya yang bertugas sebagai anggota tentera telah pencen (usia 40). Sekarang berada dirumah.
D tanya samaada suami dia dah ada perancangan kerjaya masa di kedah nanti. Kawan D bagitahu bahawa buat masa ini, suaminya melakukan pengorbanan yg besar buat keluarga mereka kerana suaminya perlu berada dirumah untuk menjaga anaknya. Dia tanya D samaada d dah tahu bahawa dia telah bersalin pada Januari lalu dan mendapat anak lelaki.
D rasa bersalah sebab tak tidak mengetahui hal tersebut. D mengucapkan tahniah dan tiba2 kawan D jadi sebak dan menangis memberitahu bahawa anaknya itu cacat. D terdiam...sbb tak tahu nak kata apa2 risau kalau ia akan melukakan hati kawan D. Jadi suaminya mengambil keputusan duduk dirumah menjaga anaknya yang cacat itu.
Setiap insan di uji Allah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan ini adalah ujian buat kawan D dan moga dia tabah menghadapinya. Setiap anak ada reseki yang Allah berikan bersamanya semoga anak ini akan memberikan kebahagian yang lebih dalam keluarga ini. Yang pasti selepas D terima panggilan ini, D banyak termenung.
Friday, November 20, 2009
Budget 2010 - Implikasi cukai
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAP Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan 2010 Budget pada 23 Oct 2009. D telah menerima senaskah buku 2010 Budget Commentary and Tax Information yang dikeluarkan oleh MICPA, MIA dan CTIM.Ringkasan dari pembentangan Budget 2010 yang melibatkan cukai individu adalah:
1. Pengurangan kadar cukai bagi individu bermastautin.
Pada masa sekarang kadar cukai individu dikira berdasarkan kadar 0% ke 27%. Kadar maksima 27% terpakai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000.00.Budget 2010 mencadangkan kadar cukai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000 dikurangkan kepada 26%.
Tarikh Kuatkuasa: Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Kepada individu yang berpendapatan tinggi seperti My Boss yang bergaji RM12 ribu sebulan bolehlah melompat lebih tinggi (seronok). Tapi bagi insan seperti D yang bergaji dalam lingkungan RM4 ribu …..emmm gigit jari.
Individu yang mempunyai chargeable income sebanyak RM500,000 akan dapat dapat mengurangkan liability cukai sebanyak RM4 ribu.
2. Peningkatan dalam pelepasan individu (Personal relief.
Pada masa sekarang, kadar pelepasan individu adalah RM8,000 setahun. Budget 2010 mencadangkan supaya kadar pelepasan individu dari RM8,000 kepada RM9,000.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
3. Peningkatan dalam pelepasan KWSP dan insuran
Pada masa sekarang, bagi pemastautin tetap pelepasan bagi KWSP dan Insuran dibenarkan setakat RM6,000.
Budget 2010 mencadangkan pelepasan KWSP dan Insuran dinaikkan kepada RM7,000 ribu
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Bagi yang berpendapatan RM4 ribu, potongan KWSP setahun melebihi RM6 ribu dan belum masuk lagi insuran. Peningkatan kadar pelepasan ini memberikan peluang kepada rakyat untuk meningkatkan tabungan persaraan.
4. Pelepasan cukai atas Broadband Subscription Fees.
Budget 2010 mencadangkan supaya pelepasan cukai atas broadband subscription Fees diberikan sehingga RM500 setahun bagi pemastautin tetap.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Meningkatkan pengunaan broadband dikalangan rakyat . emm yang nie seronok dengar.
5. Pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik hartanah yang dianugerahkan Green Building Index Certificates.
Budget 2010 mencadangkan pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik bangunan kediaman dan bangunan yang dianugerahkan dengan sijil Green Bulding Index (GBI) yang dibeli dari pemaju hartanah.
Tarikh kuatkuasa : S & P yang ditandatangani pada atau bermula dari 24 October 2009 sehingga 31 December 2014.
Kesan.
Alamak S & P rumah yang baru D beli adalah pada 14 Sept 2009. Huuuuu sedih. So para pembeli rumah baru pastikan hal ini dan pastikan Yuran guaman anda tidak terkandung bayaran duti setem jika beli rumah selepas 24 Oct tapi kenalah pastikan dulu pemaju hartanah tersebut ada GBI.
Tujuan pengecualian ini diberikan adalah untuk mengalakkan pembinaan bangunan mengunakan teknologi rumah hijau.
6. Cukai tidak langsung
Budget 2010 mencadangkan bahawa cukai perkhidmatan akan dikenakan atas kredit kad iaitu:-
a) RM50 setahun atas kad utama
b) RM25 setahun atas kad sampingan/supplementary cards
Cukai perkhidmatan akan dikutip berdasarkan tarikh kad dikeluarkan atau pada satu tahun lengkap atau pada tarikh pembaharuan.
Tarikh kuatkuasa : 1 January 2010
Kesan.
Kepada pemegang kad kredit yang memiliki 4 atau 5 kad, baik batalkan 2 atau 3 kad. Cukuplah pakai 1 atau 2 sahaja tapi macammana kalau semua dah pakai….RM200 setahun kena bayar so fikir-fikirkanlah kesannya.
D kena batalkan 2 kad yang dipaksamilik oleh sebuah bank sbb buat pinjaman perumahan kat bank dia. Memang DAHSYAT pegawai bank tu…..sbb letakkan syarat supaya mohon 2 kad kredit Visa dan Master barulah dia tolong uruskan loan rumah supaya diluluskan.
7. Cukai RPGT ( Cukai keuntungan hartanah)
Budget 2010 mencadangkan:-
a) RPGT return kena lengkap diisi dan diserahkan kepada LHDN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan asset.
b) RPGT akan dikenakan pada kadar tetap 5% tanpa mengambilkira tempoh pegangan asset
c) Individu tidak lagi dapat menikmati pelepasan cukai sepenuhnya bagi pegangan yang melebihi 5 tahun. Dia tetap dikenakan cukai RPGT 5%
Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2010
Kesan.
Pengenalan semula yang tidak dijangka oleh kerajaan akan memberikan kesan kepada pasaran hartanah.
So sesiapa yang rasa nak jual rumah, baiklah secepat mungkin sebelum 1 januari 2010.
D hanya menyenaraikan kesan keatas individu sahaja. Ini adalah berdasarkan pemahaman D sahaja dan D tidak bertanggungjawap jika terdapat salahfaham atas maklumat diatas.
Thursday, November 19, 2009
Buku Masakan
Petang semalam, ketika D minum petang dengan beberapa kawan di pantry pejabat. Ella, kerani kat ofis tanya D macammana nak buat nasi lemak. Ella baru 6 bulan berkahwin...suami dia nak makan nasi lemak....dia tak tahu nak masak. Sebenarnya agak pelik juga kalau perempuan melayu tak tahu nak masak nasi lemak.
Hari nie D bawakkan buku senangnya memasak NASI hasil nukilan Pn Hanieliza kepada Ella. D cadangkan kepada muda-mudi yang tak tahu nak masak atau bakal-bakal isteri yang tak pernah memasak belilah buku nie...tak mahalpun. Masa pameran buku MPH kat Kelana Jaya dulu D beli hampir 5 buah buku chef Hanieliza nie...ada diskaun 20% so harga jadi RM4.40 sebuah.
D beli sebab D suka memasak. Memasak adalah seni. Suatu kepuasan bila memasak dan menghasilkan sesuatu yang sedap dan paling indah jika ia dapat dinikmati oleh orang2 yang kita sayang. D memasak hanya pada hari Ahad saja sbb makanan yang D masak boleh dibawak ke ofis keesokkannya untuk kawan-kawan. Koleksi buku memasak D terlalu banyak.
Wednesday, November 18, 2009
Susu rendah lemak
Sejak 4 tahun yang lepas, susu rendah lemak HL adalah minuman yang wajib ada dalam peti ais D. Dari harga hanya RM2.60 sebotol meningkat kepada RM5.29 pada hari ini. Perit sungguh bila memikirkan kenaikan yang mendadak begini. Awal tahun lalu harganya naik RM4.49 dari harga RM3.65. Masa nie D mula mencari supermarket yang buat offer samaada Giant atau Tesco.
Dalam seminggu 4 kotak susu Rendah Lemak HL wajib dibeli. 2 kotak bawa ke ofis dan 2 kotak tinggal dirumah. Sarapan pagi oat + susu. Jam 10.00 pagi, milo + susu dan jam 3petang milo + susu. Balik dari gym, herbalife + susu.
D tak ambil gula....so susulah minuman utamanya. D tak ambil teh @ kopi cuma milo sahaja. D cuba tukar jenama lain tapi muak...dan tekak D tak boleh terima...lagipun jenama inilah yang paling murahpun.
kalau offer dapatlah harga RM4.69 sekotak. So dapatlah jimat RM2.80 bagi 4 kotak (Pada tarikh inilah, mungkin bulan depan naik lagi). Kalau D yang sentiasa minum susu dan hanya belian hanya untuk seorang, begitu terasa bahangnya macammana dengan keluarga berpendapatan sederhana yang mempunyai anak 3 @ 4 orang. macammana nak galakkan rakyat minum susu kalau keadaan macam nie. Kawan D selalu mengeluh anak2nya yang seramai 5 orang tu mampu menghabiskan sekotak susu untuk sarapan pagi makan cornflakes.
emmm kalau macam nie nak kena cari alternative lainlah nampaknya.
Dalam seminggu 4 kotak susu Rendah Lemak HL wajib dibeli. 2 kotak bawa ke ofis dan 2 kotak tinggal dirumah. Sarapan pagi oat + susu. Jam 10.00 pagi, milo + susu dan jam 3petang milo + susu. Balik dari gym, herbalife + susu.
D tak ambil gula....so susulah minuman utamanya. D tak ambil teh @ kopi cuma milo sahaja. D cuba tukar jenama lain tapi muak...dan tekak D tak boleh terima...lagipun jenama inilah yang paling murahpun.
kalau offer dapatlah harga RM4.69 sekotak. So dapatlah jimat RM2.80 bagi 4 kotak (Pada tarikh inilah, mungkin bulan depan naik lagi). Kalau D yang sentiasa minum susu dan hanya belian hanya untuk seorang, begitu terasa bahangnya macammana dengan keluarga berpendapatan sederhana yang mempunyai anak 3 @ 4 orang. macammana nak galakkan rakyat minum susu kalau keadaan macam nie. Kawan D selalu mengeluh anak2nya yang seramai 5 orang tu mampu menghabiskan sekotak susu untuk sarapan pagi makan cornflakes.
emmm kalau macam nie nak kena cari alternative lainlah nampaknya.
Tuesday, November 17, 2009
Man & Women Jokes
Man & Woman Jokes
WOMAN
The best way of describing a woman is to use a ball.
>>At 18, she is a football - 22 men going after her.
>>At 28, she is a hockey ball - 8 men after her.
>>At 38, she is a golf ball - 1 man after her.
>>At 48, she is a Ping-Pong ball - 2 men pushing to each other.
What woman think about sex
>>At age 8 ignore it.
>>At age 18 experience it.
>>At age 28 look for it.
>>At age 38 ask for it.
>>At age 48 beg for it.
>>At age 58 pay for it.
>>At age 68 pray for it.
>>At age 78 forget it!
MAN
The best way of describing a man is to compare him to fruits.
>>At 20 - A man is like a coconut; so much to offer, so little to give.
>>At 30 - He is like a durian; dangerous but delicious.
>>At 40 - He is like a water-melon; big, round & juicy.
>>At 50 - He is like a mandarin orange; the season comes once in a year.
>>At 60 - He is just like a raisin; dried out, wrinkled & cheap.
Man's sexual chemistry
>>At 20s thrice weekly
>>At 30s tries weekly
>>At 40s tries weakly
>>At 50s tries & tries
>>At 60s tries& cries
>>At 70s tries & dies!
>>----------------------------------------------------------------------
The man discovered WEAPONS and invented HUNTING,
> the woman discovered HUNTING and invented FURS.
The man discovered COLOURS and invented PAINT,
> the woman discovered PAINT and invented MAKEUP.
The man discovered the WORD and invented CONVERSATION,
> the woman discovered CONVERSATION and invented GOSSIP.
The man discovered GAMBLING and invented CARDS,
> the woman discovered CARDS and invented WITCHERY.
The man discovered AGRICULTURE and invented FOOD,
> the woman discovered FOOD and invented DIET.
The man discovered FRIENDSHIP and invented LOVE,
> the woman discovered LOVE and invented MARRIAGE.
The man discovered WOMEN and invented SEX,
> the woman discovered SEX and invented HEADACHES.
The man discovered TRADING and invented MONEY,
> the woman discovered MONEY and that's when it all got f#@$ed up.
>>----------------------
HE: I'm a photographer i've been looking for a face like yours!
> SHE: I'm a plastic surgeon.i've been looking for a face like yours!!!
HE: Hi! Didn't we go on a date once? or was it twice?
> SHE: Must've been once. I never make the same mistake twice!!!
HE: May I have the pleasure of this dance?
> SHE: No, I'd like to have some pleasure too!!!
HE: How did you get to be so beautiful?
> SHE: I must've been given your share!!!
HE: Is it hot in here or is it just you?
> SHE: It's hot!!!
HE: Will you come out with me this Saturday?
> SHE: Sorry! I'm having a headache this weekend!!!
HE: Your face must turn a few heads!
> SHE: And your face must turn a few stomachs!!!
HE: Go on ,don't be shy. Ask me out!
> SHE: Okay, get out!!!
HE: I think I could make you very happy
> SHE: Why? Are you leaving?
HE: What would you say if I asked u to marry me?
> SHE: Nothing. I can't talk and laugh at the same time!!!
HE: Can I have your name?
> SHE: Why, don't you already have one?
HE: Shall we go and see a film?
> SHE: I've already seen it!!!
HE: Do you think it was fate which brought us together?
> SHE: Nah, it was plain bad luck!!!
Man: Where have you been all my life?
> Woman: Hiding from you.
Man: Haven't I seen you someplace before?
> Woman: Yes, that's why I don't go there anymore.
Man: Is this seat empty?
> Woman: Yes, and this one will be if you sit down.
Man: So, what do you do for a living?
> Woman: I'm a female impersonator.
Man: Hey baby, what's your sign?
> Woman: Do not enter.
Man: How do you like your eggs in the morning?
> Woman: Unfertilized.
Man: Your body is like a temple.
> Woman: Sorry, there are no services today.
Man: I would go to the end of the world for you.
> Woman: But would you stay there?
Man: If I could see you naked, I'd die happy.
> Woman: If I saw you naked, I'd probably die laughing.
Man: Where have you been all my life?
> Woman: Where I'll be the rest of your life - in your wildest dreams.
24 hours to a slimmer you
7 A.M OPEN YOUR CURTAINS
Your body's metabolism nods off while you sleep becouse you aren't active. Getting a quick hit of sunlight decreases sleep hormones, like melatonin and helps wake your metabolism back up.
7.30 A.M SIT DOWN TO BREAKFAST
You need to eat first thing in morning or your body switches into conservation mode, which means you'll burn calories at a slower rate." says Zuckerbrot. She recommends fueling up with a bowl of oatmeal with fruit, or high-fiber cereal.
8.55 A.M RUN UP THE STAIRS
Just one 30-second sprint increases your body's production of human growth hormone (HGH) fivefold. It's HGH that helps maintain muscles.
9 A.M DRINK SOME WATER
When German researchers had 14 volunteers drink 2 cups of water, their metabolism jumped 30 % after 40 minutes- and stayed at a higher rate for an hour.
11 A.M TAKE A QUICK STROLL AROUND THE OFFICE
Getting up from your seat more often-and moving around-can blast up to 350 calories estra a day, according to a study published in journal Science.
2 P.M TAKE A FEW DEEP BREATHS
Stress hormones, like cortisol, can put a damper on your metabolism," says Mark Hyman, M.D., author of Ultra-Metabolism. When your day gets hectic, close your eyes and take 5 deep breaths into your belly.
4 P.M HAVE A 100 TO 200 CALORIES SNACK
"Eat something at least every 4 hours," says Zuckerbrot."When you consistently give your body food, your metabolism doesn't have a chance to slow down".
5.30 P.M DO AN INTERVAL TRAINING SESSION
Varying your workout intensity bumps up your resting metabolism, so you continue to burn more calories all day. Run or cysle at about 80% of your all-out effort for a minute or so, then slow down to 50% for a minute and a half, and repeat.
7.00 P.M EAT A MIX OF LEAN PROTEIN, VEGGIES AND WHOLE GRAINS
The protein will help you build lean muscle, and the veggies and grains provide long-lasting energy.
7.30 P.M TAKE A MULTIVITAMIN
It's insurance that you'll get enough of the vitamins, selenium, and vitamins C and D-that your metabolism needs to function properly.
10.30 P.M HIT THE HAY
Studies show that sleep deprivation increases stress and lowers levels of the peptide hormone leptin, which causes you to feel hungry.
Sources: SHAPE AUGUST 2007
Good Reminder
Dear All,
A nice story and a good reminder to us all ......................
Four years ago, an accident took my beloved wife away and very often I wonder, how does my wife, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.
There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.
With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket!
Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short
explanation:
"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me.
However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."
At that moment, tears were star ti ng to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was ti me to clear up the mess on the bed.
When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.
A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.
However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain.
But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....
Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around 'cos he makes me proud too!
Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the postmaster was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, '
I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.
His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.
My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask
him: " But why did u post so many letters, at one time?"
My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and so I sent it all at once..."
After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say....
I told my son, " Son, mummy is in heaven, so in future, if you have anything to tell her, just read the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will read the letters on his behalf, I brought the letters outside and started reading.
And one of the letters broke my heart....
Dear Mummy,
I miss you so much! To day, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, every day I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?
After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....
For the females with children:
Don't spend so much time at work. If you cannot finish the work, it must be
some kind of problems within the company, and it is not your sole problem.
Feedback to your boss. Endless over time may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.
For the married men:
Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients.
Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.
Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.
For those singles out there:
Beauty lies in loving yourself first.
With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.
Maklumat yang berguna dan menarik
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu anda dikala berada didalam keadaan kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ), Kalau tak percaye.. cubalah sekarang…
KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)