Tuesday, July 28, 2009

Kemalangan nyeri di Maran

D tidak pernah bertemu dengan Fatma tetapi D seolah2 mengenalinya bila adik D iaitu Gee selalu sangat bercerita berkaitan dengan teman baiknya ini. Fatma dengan Gee sangat rapat....mereka sama-sama mengajar dan kedua2nya adalah ustazah yang mengajar disekolah. Ketika Gee ada masalah dengan keretanya dulu...fatma dan suaminyalah yang sering datang ambil Gee untuk kesekolah setiap pagi. Gee sangat terhutang budi dengan kebaikkan mereka berdua. Dari cerita Gee, D tahu Gee sangat sayangkan sahabatnya ini. Tapi Allah lebih menyayangi Fatma dan keluarganya. Fatma bersama-sama dengan suaminya dan anak mereka yang berusia 10 bulan berserta ibu Fatma dan adik lelaki Fatma adalah mangsa kemalangan nyeri yang berlaku di Maran pada Sabtu 25 julai jam 1.30 tengahari. Kereta kenari remuk dan sehingga tidak menampakkan rupa kereta lagi begitu juga dengan mayat mereka semua. Semoga roh Fatmawati, suaminya Nasaruddin dan anak mereka Muhammad Nazhif serta Ibu fatma iaitu Puan Sepiah dan adik Fatma Mohd Syakirin berada ditempat orang2 yang beriman. Mereka dikebumikan dalam satu liang pada Ahad 26 Julai. Segala pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui setiap hikmah atas musibah yang menimpa keluarga ini. Buat Gee, bersabarlah atas kehilangan teman baiknya ini.

Friday, July 24, 2009

Perkerjaan dan cabaran

Hari nie D nak bercerita tentang pengalaman kerja yang telah D tempuhi sepanjang hidup D. Selepas tamat pengajian di UKM, D memulakan kerjaya disebuah audit firm. Gaji permulaan hanyalah RM800 sahaja. D masa tu masih tinggal di flat di Kajang Utama yang D diami bersama-sama dengan kawan-kawan masa belajar dulu. D keluar rumah jam 6.30 pagi, berjalan dalam gelap melintasi kawasan semak (Jalan Short Cut) untuk ke jalan besar. Tunggu bas jam 7 pagi untuk ke stesen komuter sampai ke stesen KL, lepas tu jalan kaki diantara kedai2 melalui petaling Street sehinggalah ke DBP. Jauhkan ….selama 4 bulan D berulang dan bersabar akhirnya D mengalah. D berkerja pulak sebagai guru mengajar pusat tuisyen swasta di Jalan Silang, KL. Bertahan 4 bulan jugak sbb D tak pandai mengajar. D bukan seorang pengajar yang baik….ini bukan kerjaya pilihan D. Masa dok kejar bas dan komuter nie, D selalu bertembung dengan seorang kawan yang sama2 macam D jugak yang berulang dari Kajang ke KL. Masa hari terakhir D berkerja sebagai guru, D bagitahu dia yang D nak berhenti dari pusat tuisyen tu…..D tak tahan nak mengajar…..tapi D masih belum dapat kerja lain. Allah Maha Besar….kawan nie bagitau yang ada sebuah syarikat baru buka perlukan seorang pekerja untuk menjaga hal kewangan dan pengurusan pentadbiran syarikat. Adik ipar dia kerja kat syarikat nie so boss syarikat nie minta adik ipar dia cari2kan orang. D pun pergi untuk interview di syarikat tu. En R pengarah urusan syarikat tu interview D. Masa sampai disyarikat yang terletak di Balakong tu, D agak terpinga jugak sebab syarikat nie terletak di kawasan kilang teres 2 tingkat yang agak tersorok….dipejabat hanya ada 1 kipas kaki ,2 meja terpakai dan 4 kerusi terpakai jugak. 1 komputer terpakai jugak. Tak de air cond. Dalam hati berbisik biar betul aku nak kerja kat sini….dia ada duit ke nak bayar aku. Tapi D cabar diri D sendiri untuk bertahan….D mulakan kerja menguruskan pejabat dan menjaga hal2 perakaunan. Jawatan D adalah pegawai akaun dan gaji adalah RM1200 sebulan. Sebulan bekerja….D dipanggil oleh En R dan dia tawarkan D menjadi pemegang saham dalam syarikat dia kerana dia lihat komitmen D dalam menguruskan hal pentadbiran dan kewangan. Razak bagitahu dia memang ‘buta’ dalam urusan begitu dan yang dia tahu adalah bidang pemasaran sahaja. D bersetuju dan D memegang 15% saham syarikat dan Encik R adalah pemegang terbesar dengan 20% serta bapa mertuanya 25% serta 4 orang yang lain memegang bakinya. Ini adalah kilang bumiputera yang ditubuhkan untuk mendapatkan tender bagi pengagihan untuk kouta bumiputera. Kilang nie adalah vendor kepada syarikat otomotif utama di Malaysia. Disini bermulalah gaji D dipotong setiap bulan untuk untuk membayar balik pinjaman yang dibuat untuk mengeluarkan RM15,000 bagi memiliki saham 15%. Jika difikirkan balik tentu ramai berkata D bertuahkan sebab D dapat peluang begini tapi yang sebenarnya En R sangat bijak….dia tengok cara D bekerja dan perlukan orang seperti D untuk terus kerja di syarikat yang baru hendak bermula….kita lihat bagaimana dia pergunakan D. Oleh kerana D adalah pemegang saham, sudah tentu D akan bekerja tanpa berbelah-bagi kepada pembangunan syarikat. D bagi komitmen 110% sbb RM15,000 dah dileburkan disini. Besar amaun tu bagi orang yang berasal dari keluarga miskin seperti D. Bermula dari turnover RM0 kami bermula dan dapat keluarkan produk pertama 6 bulan kemudian setelah berhempas pulas di kilang menghasilkan produk yang dikehendaki berdasarkan specification dan drawing dalam bahasa jepun tu. D yang belajar akaun tiba-tiba saja boleh baca drawing kejuruteraan wp tak paham sepatah habukpun tulisan jepun tu tapi bila melihat kontur2 dan simbol2 dalam drawing, D boleh menterjemahkan dalam bentuk bahan mentah yang diperlukan dan berapa perletakan harga yang perlu bagi harga tender. D jugak turun ke kilang bersama-sama dengan 2 orang pekerja bangla dan 3 pekerja tempatan untuk menghasilkan keluaran pertama. Kami pernah kerja dari jam 8 pagi sehinggalah 8 pagi keesokan harinya sbb sampel produk perlu dihantar untuk kelulusan jabatan R & D selepas tender berjaya kami perolehi. Mak D akan telefon setiap 2 jam sekali sambil memastikan D selamat…yelah D seorang je pompuan diantara 8 orang lelaki. Tapi D tak teringatpun D pompuan masa tu sbb yang kami fikirkan masa tu sampel produk mesti siap sebelum jam 8 pagi untuk dihantar ke pelanggan sebelum jam 10 pagi. Tak terkira banyaknya produk yang rosak dan tak dapat seperti yang dikehendaki. Tapi kami tak putus asa setiap try and error D akan rekodkan…setiap suhu mesin D catatkan. Kami memiliki mesin diecutting keluaran Jerman yang berusia 40 tahun yang di let go secara pukal oleh sebuah kilang. Mesin tu sangat bising…..dan kami akan panik sakan kalau mesin tu tak berbunyi bising sbb itulah satu2nya nadi utama kilang kami. D rindukan bunyi mesin tu. D bekerja keras masa tu….sabtu dan ahad pun D kerja. D melakukan kerja dari A to Z. bermula dari jam 8 pagi, D sampai di ofis D akan melakukan kerja ‘cleaner’. Sapu sampah, bersihkan bilik mesyuarat sbb EnR kuat merokok dan membuang habuk rokok merata2. Lepas tu turun ke kilang dan ambil data-data production semalam. Tengok kapasiti pengeluaran dan bincang dengan supervisor samaada pekerja kena buat overtime ke tidak. Selepas selesai D kena naik balik ke ofis dan buat kerja2 seperti tengok drawing dan buat Quotation untuk tender baru. D lah yang jadi tukang angkat phone…setiap masa telefon tanpa wayar berada ditangan D sbb d yang akan handle kalau ada masalah dengan pelanggan. En R masuk kerja jam 11.30 pagi. Dia memang lepas tangan betul….semua perkara D yang tanggung…D yang kena fikir bagaimana nak cari duit bayar gaji, bayar supplier bila akhir bulan. D lah yang merayu supaya pelanggan dapat mengeluarkan cek cepat…..D pernah tunggu didepan jabatan akaun pelanggan dari pagi sampaii petang untuk dapatkan cek bayaran sebab gaji pekerja harus dibayar pada 1 hb setiap bulan. D pernah tak ambil gaji kerana duit tak cukup untuk pemegang saham terima gaji. Pekerja dan supplier harus didahulukan. Selepas 2 tahun berlalu….syarikat berjaya menjana turnover sebanyak RM3 juta setahun. Tanpa bantuan pinjaman bank cuma kemudahan kredit seperti BA kami mampu jana turnover setinggi itu dengan modal sebanyak RM100,000. Kali ini cabaran berbentuk kegawatan ekonomi pula mendatang. Permintaan mula berkurangan dan sehingga satu tahap kilang langsung tak beroperasi ….kami hadapi dengan tenang. Pekerja diberikan cuti ½ gaji selama 6 bulan….kami pemegang saham mengeluarkan semua wang simpanan untuk cover kos overhed seperti sewa kilang…kami bernasib baik sebab tiada pinjaman bank. Selepas 8 bulan…order mula masuk secara berperingkat. Para pekerja dipanggil kembali bekerja. Permintaan bertambah…kilang dibesarkan dengan menyewa 2 unit kilang berhampiran, pekerja bertambah menjadi 15 orang….D makin sibuk. Pagi uruskan semua hal kilang dan petang D akan keluar ke site untuk attend meeting dan control delivery supaya proses invoicing tak terganggu. Modal RM100 ribu tak mencukupi untuk cover turnover yang semakin meningkat…duit bagaikan air yang jatuh ditengah padang pasir yang kontang. Meeting pemegang saham diadakan. Kejutan besar berlaku…bila seorang cina muncul bersama setiausaha syarikat. Beliau adalah Mr Wo dan beliau sebenarnya adalah pemegang saham utama yang berselindung disebalik nama bapa mertua En R. oleh kerana syarikat adalah berstatus bumiputera dan untuk mendapatkan tender atas kuota bumiputera maka dia hanya berselindung disebalik nama tersebut. Patutlah selama nie En R selalu meminta report daripada D dan katanya untuk diberikan kepada bapa mertua dia. CELAKA BETUL. Kami diberikan pilihan untuk meningkatkan saham sebanyak 5 x ganda dalam tempoh 3 bulan sebelum saham tersebut ditawarkan kepada pemegang saham lain. Ini bermakna D perlu tambah RM50 ribu untuk mengekalkan 15% pegangan. D gagal mendapatkan sejumlah wang tersebut…D hanya mampu tambah RM15 ribu sahaja so pegangan D jatuh menjadi 6% sahaja. Mr Wong membeli semua bahagian D dan pemegang saham lain menjadikan beliau pemegang saham terbesar dengan 51%. Tekanan mula D hadapi, disaat syarikat meraih kejayaan dengan turnover mencecah RM12juta setahun dan kami mampu menyewa sebuah bangunan kilang yang besar dan mempunyai pekerja hampir 30 orang….D mula hilang kawalan keatas syarikat. Kuasa D perlahan-lahan ditarik dan diserahkan kepada anak Mr Wo. Kesalahan D sentiasa dicari…..kakitangan pejabat mula diambil dari bangsa dia. Dalam masa yang sama D kehilangan lelaki yang D cintai selama 3 tahun gara-gara D terlalu komited pada syarikat sebelum ini. Alasan dialah untuk tinggalkan D. Akhirnya bila D berjaya menghidu kepincangan dalam pembelian mesin-mesin baru yang diuruskan oleh Mr Wo maka D dijadikan sasaran. Mesyuarat tergempar pemegang saham diadakan dan tuduhan menyeleweng duit syarikat dikenakan keatas D. D diberikan tempoh 2 jam untuk keluar dari permis syarikat dan tempoh 14 hari penyiasatan akaun akan dilakukan….KONONNYA. En R hanya diam membatu. D sangat2 kesal dengan sikap En R, D dah anggap dia sebagai abang D sendiri…kesetiaan D pada syarikat tiada belah bagi…..R langsung tak pertahankan D. D buat lapuran polis. Tempoh 14hari D hadir kesyarikat semula untuk mendengar penemuan yang ditemui hasil dari siasatan dalaman tapi hampa…dari pagi hingga kepetang D tunggu tapi masing2 buat tak tahu sahaja. Akhirnya dalam jam 4.30 petang Mr Wo serahkan surat termination D sebagai finance controller berkuat kuasa serta merta. D diberikan sekeping cek pembayaran gaji terakhir dan pampas an 2 bulan gaji. D ambil dan terus kebalai polis untuk buat lapuran kedua. D rasa malu..malu…malu sangat2…rasa bagai dibogelkan dikelayak ramai dan dimalukan dengan tuduhan mengelapkan duit syarikat wp tanpa bukti ditemui semasa siasatan dalaman yang kononnya dilakukan. Semua staff dan pekerja D yang ketika itu sedah mencecah 60 orang memandang serong kepada D kerana cerita tersebut disebarkan oleh Mr Wo dengan tujuan untuk menghalau D dari syarikat. D rasa down sangat ketika itu….hilang pekerjaan serta merta…syarikat itu bagaikan anak yang D kandung dan jaga sedari kecil dirampas dengan kejam daripada D dan D diaibkan. D naik bangunan ke satu bangunan untuk cari peguam terbaik. Akhirnya D berjumpa dengan Mr L yang kononya peguam terkenal. Bayaran sebanyak RM25 ribu dikenakan keatas D. D sanggup sbb D nak bersihkan nama D. D habiskan semua duit pampas an tersebut untuk bayarn peguam ini….peguam beri jaminan bahawa 80% kemenangan dalam tangan D…..hahaha tipah tertipu….semua peguam akan kata kita menang sbb nak duit kita. Dalam masa yang sama D mencari pekerjaan…D berkerja 7 hari seminggu sebagai guru tuisyen. Keluar jam 8 pagi dan balik 11 malam. D mengajar di 4 buah pusat tuisyen sbb D perlu bayar rumah dan kereta yang D beli sebelum ini. Sebelum ini pendapatan D mencecah RM8 ribu tiba2 menjadi RM0 dan berapalah sangat bayaran guru tuisyen so D terpaksa ambil 4 pusat tuisyen untuk cover expenses. D dah ada teman lelaki yang baru ketika ini….D dah lama kawan dengan dia, D terima dia kerana dia hadir ketika D perlukan seseorang selepas kekasih D tinggalkan D. Pilihan yang BODOH. Dia bukan membantu ketika kesulitan begini sebaliknya menyusahkan D lagi sbb D terpaksa tanggung perbelanjaan dia kerana dia juga menganggur. D dah tak tahan berkerja teruk begitu…dan kebetulan ada seorang kawan mempelawa D untuk membuka perniagaan bersama beliau. D beranikan diri…D keluarkan semua wang simpanan D bila D lihat perniagaan itu mempunyai prospek yg baik sebab kontrak dalam tangan tetapi modal sahaja yg kurang. So D pun menjadilah tokey workshop yg pegang kontrak mengubahbaikpulih kenderaan sebuah majlis perbandaran. Dalam tempoh 4 bulan pertama keadaan berjalan dengan baik…..kontrak dapat dipenuhi dan bayaran pertama akan diperolehi tak lama lagi. D pula sibuk untuk menguruskan majlis pertunangan D. D telah mengambil cuti seminggu dan tinggalkan business pada partner D. Bila D pulang semula D lihat pekerja D duduk berehat tanpa melakukan kerja sedangkan terdapat 10 kereta yg perlu di cat. Pekerja bagitau bahawa dah seminggu bahan mentah tak ada….D lari naik ke ofis dan call parner D. Nombor hp telah ditamatkan perkhidmatan. D call bank tanya baki dalam akaun tapi bank bagitau bank syarikat dan kosong. D call customer…mereka bagitahu bahawa cek telah pun diberikan seminggu yg lepas ini bermakna partner D telah melarikan hampir RM50 ribu dan termasuk duit cash RM4 ribu yg D tinggalkan untuk beli bahan mentah.
D terpaksa jualrumah dan kereta untuk bayar hutang gaji pekerja dan sewa kilang. Kilang D tutup terus kerana tak de duit untuk teruskan…kontrak D serahkan kepada worksop lain. D sudah tidak punya apa-apa lagi….tunang D juga tinggalkan D, kononya balik ke Brunei untuk mengambil keluarga menghadiri majlis perkahwinan kami yg akan berlangsung 2 minggu lagi tapi dia tak pulang pada hari yg sepatutnya. D tunggu diairport 2 hari berturut2 dan D tunggu didepan rumah sewanya selama seminggu tapi dia tak muncul. Keadaan bertambah parah bila D dapat penyata kad kredit bagi 2 bank berlainan yang menunjukkan tahap pengunaan yang maksima iaitu RM10 ribu setiap satu. Tunang D telah mengkianati D dengan meninggalkan hutang tersebut. Bagaimana dia buat begitu…tak perlulah D cerita detail cukuplah D saja yg tahu. D mengalami kemurungan yg teruk….family datang ambil D dan bawa pulang ke kampong. Emak D sampai tampar D bila dia lihat D seperti mayat hidup yang hanya baring tanpa bergerak, makan, minum atau bercakap dengan sesiapa. Keadaan D tak terurus…..hanya air mata yang tak berhenti mengalir. Emak bawak D ke Terengganu dan beberapa kali D di masukkan ke unit ICU Hospital Besar kuala terenganu kerana serangan sakit jantung wp sebenarnya D tiada masalah jantung. Doktor pelik dengan keadaan D. Semua ini adalah disebabkan tekanan perasaan….kemurungan yang teruk. Bagaimana D bangkit kembali…..adik lelaki D berikan satu buku motivasi tulisan Dale Carnegie “bagaimana mengatasi kebimbangan anda’. Buku ini buat D bangkit dari tempat pembaringan dan D mula mempergunakan masa D dengan mendekati Allah dan melihat setiap hikmah yang D tidak sedari bagi setiap dugaan yg Allah berikan. D mula berkerja sebagai kerani di stesyen minyak dengan gaji RM450 sebulan dan D belajar agama pada malam harinya. 3 tahun D ambil masa untuk naikkan semangat dan keyakinan diri. Akhirnya satu hari D yakin bahawa D boleh bangun semula…D mula memohon pekerjaan dan Alhamdulillah D berjaya dapat kerja sebagai pegawai kontrak dengan gaji permulaan RM4000 disebuah organisasi besar. D balik semula ke KL. Kini 5 tahun berlalu…D sudah bekerja tetap. Kerja D agak mencabar dan D suka berkerja disini. Dulu D mencari duit untuk membayar gaji pekerja tapi sekarang D tak perlu fikir lagi semua itu. Tiap2 bulan D dapat gaji. Hutang kredit kad tersebut telah menjadi RM60 ribu selepas 3 tahun tanpa pembayaran. Bagaimana D uruskan…D pergi jumpa bank dan minta tukarkan hutang tersebut kepada pinjaman supaya bunga yang dicajkan berhenti. D buat pinjaman peribadi dan dan D arahkan bank bayar direct kedalam akaun kredit kad tersebut. So D bebas dari blacklist…sekarang pinjaman peribadi tersebut pun dah habis bayar. Tapi saat yang paling indah dalam hidup D adalah masa kesusahan mengeluarkan produk pertama, melihat lori bergerak menghantar produk pertama, melihat cek bayaran pertama. Keperitan menaikkan dan membangunkan sebuah syarikat adalah satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dan D rasa D paling bertuah kerana menempuh saat ini.
Rumah kali kedua dibeli akan siap untuk diduduki dalam Julai tahun depan dan D guna kereta Toyota Vios untuk ketempat kerja. Alhamdulillah.........D dah dapat balik hidup D.

Monday, July 13, 2009

Masalah Air

Sejak kecil D tinggal di Pahang. Sekarang jarang balik sana sebab mak dan adik2 yang lain tinggal di Terengganu. Rumah arwah ayah D di Pahang didiami oleh adik D yg ke tiga. Dia guru disana. So sabtu lepas d balik sana sbb lama dah tak balik. D memang tak suka betul balik ke Pahang sbb masalah air. Sejak keluarga D tinggal disana dan sehingga sekarang masalah ketiadaan air tidak pernah selesai. Dah lebih 30 tahun kami hidup dengan keadaan ketiadaan air disana. Masa kecil2 dulu arwah ayah akan angkut air setiap hari untuk anak2 dia mandi dan untuk memasak. Memang seksa sungguh keadaan macam tu....tapi masalah nie tetap tak berubah sehingga sekarang. Dah bersilih ganti wakil rakyat dari parti kerajaan atau parti pembangkang tapi masalah tetap tak diselesaikan. Tak larat nak call JPA tanya kenapa air tak de. macam2 versi jawapan diberikan dan yang paling famous yang diberikan oleh JBA adalah kawasan yang awak duduk adalah tinggi sebab tu tekanan air tak boleh naik ke kawasan tinggi. My sister jawap balik "KLCC Beribu kali lebih tinggi dari kawasan kami tapi tiada masalah air....rumah YB atas bukit lebih tinggi dari kawasan rumah kami tapi tiada masalah air.....masalahnya adalah kami orang melayu yang duduk diceruk kampung". Keadaan jadi teruk bila tiba musim perayaan.....bila semua anak cucu mak balik beraya. Mak kalau raya dia memang tak nak beraya ditempat lain selain rumah kediaman kami diPahang nie. Masa tu serabutnya sbb cucu mak yang tak pernah tahu bagaimana nak hidup dalam keadaan kekurangan air mula meragam. Menantu2 mak pulak cari alasan saja nak balik cepat kerumah mak bapak mereka sbb tak sanggup nak hidup bila nak mandipun kena bercatu. Memang mencabar kesabaran betul. Begitulah kehidupan di kawasan felda di Gugusan Bera, Pahang. Kalau aduan tak payah cakaplah berbuih mulut....janji wakil rakyat dah berbakul2...aduan dalam suratkhabar...eemmm setiap kali lepas raya mesti ada yang tulis...tiap2 tahun. Tapi disebabkan mak yang tetap berkeras nak duduk jugak disitu...kami anak2 ikut sahajalah. Rumah arwah ayah... mak tetap nak kami semua berkumpul disana setahun sekali.

Friday, July 10, 2009

Echo of Life

A son and his father were walking on the mountains. Suddenly, the son falls, hurts himself and screams: "AAAhhhhhhhhhhh!!!" To his surprise, he hears the voice repeating, somewhere in the mountain: "AAAhhhhhhhhhhh!!!" Curious, he yells: "Who are you?" He receives the answer: "Who are you?" Angered at the response, he screams: "Coward!" He receives the answer: "Coward!" He looks to his father and asks: "What's going on?" The father smiles and says: "My son, pay attention." And then he screams to the mountain: "I admire you!" The voice answers: "I admire you!" Again the man screams: "You are a champion!" The voice answers: "You are a champion!" The boy is surprised, but does not understand. Then the father explains: "People call this ECHO, but really this is LIFE. It gives you back everything you say or do. Our life is simply a reflection of our actions." If you want more love in the world, create more love in your heart.. If you want more competence in your team, improve your competence. This relationship applies to everything, in all aspects of life; Life will give you back everything you have given to it.

Extraordinary PEOPLE

1. Kim Ung-Yong: Attended University at age 4, Ph.D at age 15; world's highest IQ This Korean super-genius was born in 1962 and might just be the smartest guy alive today (he's recognized by the Guinness Book of World Records as having the highest IQ of anyone on the planet). By the age of four he was already able to read in Japanese, Korean, German, and English. At his fifth birthday, he solved complicated differential and integral calculus problems. Later, on Japanese television, he demonstrated his proficiency in Chinese, Spanish, Vietnamese, Tagalog, German, English, Japanese, and Korean. Kim was listed in the Guinness Book of World Records under "Highest IQ"; the book estimated the boy's score at over 210. Kim was a guest student of physics at Hanyang University from the age of 3 until he was 6. At the age of 7 he was invited to America by NASA. He finished his university studies, eventually getting a Ph.D. in physics at Colorado State University before he was 15. In 1974, during his university studies, he began his research work at NASA and continued this work until his return to Korea in 1978 where he decided to switch from physics to civil engineering and eventually received a doctorate in that field. Kim was offered the chance to study at the most prestigious universities in Korea, but instead chose to attend a provincial university. As of 2007 he also serves as adjunct faculty at Chungbuk National University. 2. Gregory Smith: Nominated for a Nobel Peace Prize at age 12. Born in 1990, Gregory Smith could read at age two and had enrolled in university at 10. But “genius” is only one half of the Greg Smith story. When not voraciously learning, this young man travels the globe as a peace and children’s rights activist. He is the founder of International Youth Advocates, an organization that promotes principles of peace and understanding among young people throughout the world. He has met with Bill Clinton and Mikhail Gorbachev and spoke in front of the UN. For these and other humanitarian and advocacy efforts, Smith has been nominated four times for a Nobel Peace Prize. His latest achievement? He just got his driver license. 3. Akrit Jaswal: The Seven Year-Old Surgeon Akrit Jaswal is a young Indian who has been called "the world's smartest boy" and it's easy to see why. His IQ is 146 and is considered the smartest person his age in India—a country of more than a billion people. Akrit came to public attention when in 2000 he performed his first medical procedure at his family home. He was seven. His patient — a local girl who could not afford a doctor — was eight. Her hand had been burnt in a fire, causing her fingers to close into a tight fist that wouldn't open. Akrit had no formal medical training and no experience of surgery, yet he managed to free her fingers and she was able to use her hand again. He focused his phenomenal intelligence on medicine and at the age of twelve he claimed to be on the verge of discovering a cure for cancer. He is now studying for a science degree at Chandigarh College and is the youngest student ever accepted by an Indian University. 4. Cleopatra Stratan: a 3 year old singer who earns 1000' per song Clepotra was born October 6, 2002 in Chisinau, Moldova and is the daughter of Moldovan-Romanian singer, Pavel Stratan. She is the youngest person ever to score commercial success as a singer, with her 2006 album La vĂ¢rsta de trei ani ("At the age of 3"). She holds the record for being the youngest artist that performed live for two hours in front of a large audience, the highest paid young artist, the youngest artist to receive an MTV award and the youngest artist to score a #1 hit in a country ("Ghita" in Romanian Singles Chart). 5. Aelita Andre: The 2-year-old artist who showed her paintings in a famous Gallery The abstract paintings of emerging artist Aelita Andre have people in Australia's art world talking. Aelita is two (the works were painted when she was even younger). Aelita got an opportunity to show her paintings when Mark Jamieson, the director of Brunswick Street Gallery in Melbourne's Fitzroy, was asked by a photographer whose work he represented to consider the work of another artist.. Jamieson liked what he saw and agreed to include it in a group show. Jamieson then started to promote the show, printing glossy invitations and placing ads in the magazines Art Almanac and Art Collector, featuring the abstract work. Only then did he discover a crucial fact about the new artist: Aelita Andre is Kalashnikova' s daughter, and was just 22 months old. Jamieson was shocked and embarrassed but decided to proceed with the exhibition anyways. 6. Saul Aaron Kripke: Invited to apply for a teaching post at Harvard while still in high school A rabbi's son, Saul Aaron Kripke was born in New York and grew up in Omaha in 1940. By all accounts he was a true prodigy. In the fourth grade he discovered algebra, and by the end of grammar school he had mastered geometry and calculus and taken up philosophy. While still a teenager he wrote a series of papers that eventually transformed the study of modal logic. One of them earned a letter from the math department at Harvard, which hoped he would apply for a job until he wrote back and declined, explaining, "My mother said that I should finish high school and go to college first". After finishing high school, the college he eventually chose was Harvard. Kripke was awarded the Schock Prize, philosophy's equivalent of the Nobel. Nowadays, he is thought to be the world's greatest living philosopher. 7. Michael Kevin Kearney: earned his first degree at age 10 and became a reality show Millionaire 24 year-old Michael Kearney became known as the world's youngest college graduate at the age of 10. In 2008, Kearney earned $1,000,000 on the television game show Who Wants to be a Millionaire? Kearny was born in 1984 and is was known for setting several world records and teaching college at the age of 17. He spoke his first words at four months. At the age of six months, he said to his pediatrician "I have a left ear infection" and learned to read at the age of ten months. When Michael was four, he was given diagnostic tests for the Johns Hopkins precocious math program and achieved a perfect score. He finished high school at age 6, enrolled at Santa Rosa Junior College graduating at 10 with an Associate of Science in Geology. He is listed in the Guinness Book as the world's youngest university graduate at the age of 10, receiving a bachelor's degree in anthropology. For a while, he also held the record for the world's youngest postgraduate. But in 2006, he became worldwide famous after reaching the finals on the Mark Burnett/AOL quiz/puzzle game Gold Rush, and became the first $1 million winner in the online reality game. 8. Fabiano Luigi Caruana: a chess prodigy who became the youngest Grandmaster at age 14 Fabulous Fabiano is a 16-year-old chess Grandmaster and chess prodigy with dual citizenship of Italy and the United States. On 2007 Caruana became a Grandmaster at the age of 14 years, 11 months, 20 days - the youngest Grandmaster in the history of both Italy and the United States. In the April 2009 FIDE list, he has an Elo rating of 2649, making him the world's highest ranked player under the age of 18. 9. Willie Mosconi: played professional Billiards at age 6 William Joseph Mosconi, nicknamed "Mr. Pocket Billiards" was a American professional pocket billiards (pool) player from Philadelphia, Pennsylvania. Willie's father owned a pool hall where he wasn’t allowed to play, but Willie improvised by practicing with small potatoes from his mother's kitchen and an old broomstick. His father soon realized that his son was a child prodigy began advertising challenge matches, and though Willie had to stand on a box in order to reach the table, he beat experienced players many years his senior. In 1919, an exhibition match was arranged between six-year old Willie and the reigning World Champion, Ralph Greenleaf. The hall was packed, and though Greenleaf won that match, Willie played very well launching his career in professional billiards. In 1924, at the tender age of eleven, Willie was the juvenile straight pool champion and was regularly holding trick shot exhibitions. Between the years of 1941 and 1957, he won the BCA World Championship of pool an unmatched fifteen times. Mosconi pioneered and employed numerous trick shots, set many records, and helped to popularize the game of billiards. He still holds the officially recognized straight pool high run record of 526 consecutive balls. 10. Elaina Smith: youngest agony aunt aged 7. Her local radio station gave her the job after she rang and offered advice to a woman caller who had been dumped. Elaina’s tip — go bowling with pals and drink a mug of milk — was so good she got a weekly slot and now advises thousands of adult listeners. The littler adviser tackles problems ranging from how to dump boyfriends and how to cope with relationship breakdown to dealing with smelly brothers. When one listener wrote to Elaina asking how to get a man, she replied: "Shake your booty on the dance floor and listen to High School Musical". Another caller asked how to get her man back, Elaina told her: "He's not worth the heartache. Life's too short to be upset with a boy."

Thursday, July 9, 2009

Percutian di Kuching dan adik kesayangan D

25-28hb June 2009, D bawak emak dan 2 adik D pergi bercuti di Sarawak. Kami sampai dibandar Kuching dalam jam 11 pagi. Pengangkutan semasa disana D dah tempah awal-awal so sesampai saja disana D disambut oleh Ali, driver cum tourist guard yang akan bawak kami bersiar-siar di Kuching. Ali bawak kami ke muzium sarawak n kemudian ke hotel penginapan kami. Petang pulak kami berpusing2 melihat bandar kuching...banyak tempat telah kami pergi. Kagum betul D dengan kebersihan bandar Kuching. bagus betul si Ali nie sebab dia akan bawak kami pergi ke restoran yang bagus untuk mencuba makanan popular Sarawak iaitu Mee kolok dan laksa sarawak. Keesokkannya, awal pagi Ali dah datang menjemput kami. kat sarawak subuh masuk dalam jam 5.30 pagi so my mom akan kejut kami awal2 pagi untuk mandi dan sembahyang. Sbb tulah D mintak Ali datang jemput kami dalam jam 7.30 pagi. Kami bersarapan di restoran sebelum bertolak ke tempat peliharaan Orang Utan. Waktu makan Orang Utan adalah dalam jam 9.30 pagi. oleh kerana kami pergi awal so bolehlah kami melihat otai orang Utan iaitu Soduku. Orang utan yang besar dan badan berbulu ini memang pemalu. Bila nak tangkap gambar dia paling muka ke arah lain. Waktu itu belum lagi pukul 9.30 pagi tapi Soduku telah datang untuk makan lebih awal. menurut ranjer kalau mereka tidak ikut kehendak Soduku, Orang Utan itu akan mengamuk. Bersama dengan D ada beberapa orang pelawat mat saleh dan sekeluarga Chinese dari semenanjung. Pasangan muda nie bawak 2 orang anak yang dalam lingkungan 5 dan 3 tahun. Begitu excitednya anak lelaki dia yg berusia 3 tahun tu dapat tengok Soduku. Soduku hanya berada lebih kurang 10 minit sahaja dan terus turun dari tempat makannya dan berjalan terus ke dalam hutang. Semua pelawat yang tadinya mengerumun Soduku berundur kebelakang bila Soduku turun ke tanah. Bila soduku hilang dalam hutan tu, anak lelaki tu menangis sekuat hatinya sbb nak tengok lagi si Saduko. puas jugak si ayah dia memujuk. Malang bagi pelancung yang datang agak lewat (wp baru pukul 9.45 pagi) sbb semua orang utan telah masuk kedalam hutan. Rancangan petang pulak adalah untuk melawat Kampung Budaya Sarawak di santubung. Ali hantar kami balik ke hotel untuk mandi dan makan. Kami sanpai di Santubung dalam jam 2.15 petang, selepas bayar duit RM240 untu 4 orang kami pun memulakan lawatan ke rumah-rumah yang ada di situ. Adik D, perempuan yg berusia 22 tahun adalah dalam kategori OKU (wp D tidak suka akan gelaran nie sbb bagi D adik kesayangan D nie bukan cacat dan D tak boleh terima dia mengaku dia cacat). Ketika kecil Ida lahir normal cuma keadaan berubah bila usia dia 7 tahun tiba2 kaki dia lembek. Dia boleh berjalan cuma bila dalam keadaan tertentu dia akan jatuh dan tidak boleh berjalan. Masa awal lawatan, Ida begitu excited....setiap sudut dia nak tangkap gambar. Letih si Ucup nak ambik gambar. Bila tiba kerumah orang Iban, Ida mula jadi pelik. secara tiba2 dia tidak boleh berjalan...kaki dia lembik dan terpaksa mengheret badannya untuk keluar dari rumah Iban tu. Ketika tu baru D sedar....D terlupa yang Kampung Budaya nie adalah tempat yang 'kuat' dengan benda2 halus. Nampaknya jin dalam badan Ida dah jumpa kawan dia disini. Oleh kerana Ida dah lembek dan tak mampu berjalan maka D minta Ida dan emak D duduk kat kerusi ditepi tasik. D ajak balik tapi Ida kata rugi sbb D dah bayar RM240 dan dia kesian pada Ucup adik lelaki D yang begitu teruja nak teruskan lawatan. So cuma D dan Ucup sahaja yang berjalan melawat rumah2 yang seterusnya. jam 4 petang ada pertunjukan so Ida kata dia nak tengok. Masa nak naik ke dewan tempat pertunjukan, Ida mula mengigil dan berjalan terhoyang hayang. Semua orang memandang pelik pada kami. Pertunjukan bermula dan ketika tiba pada satu pertunjukan penari yang memegang buluh seolah2 sedang memuja dan D cepat2 pandang Ida...takut jugak tiba2 dia pulak yang buat pertunjukkan. benar telahan D...selepas habis pertunjukkan Ida mula buat 'persembahan'. Jin dalam badan Ida tidak mahu balik....Ida jadi keras dan susah nak melangkah walaupun selangkah. Ucup nak dokong Ida dibelakangnya tapi masa tu badan Ida yang hanya 45kg jadi seperti 100kg sampai tersungkur si Ucup yang berbadan besar tu. D dan Ucup cuba untuk memangku Ida tapi kekuatan yang entah darimana telah menyebabkan kami tidak mempunyai kekuatan langsung. Ucup nak malaungkan azan dan membaca ayat al-quran tapi mak D melarang sebab risau tiba2 ida akan mengilai(histeria). Hampir sejam kami berusaha untuk meheret Ida keluar dari Kampung Budaya tu. jam 6.30 petangpun kami masih belum dapat keluar lagi sehinggakan tiada orang langsung disitu. Akhirnya jam 6.45 kami dapat melepasi pintu tapak kampung budaya itu. ida kelihatan berpeluh2 dan kelihatan penat dan lemah sangat. Kasut Ida sampai putus sebab terlalu mengheret kakinya. kesian ida...keesokannya dia terus lembek dan lawatan kami ke pasar Serikin menjadi singkat sajaha sbb ida terpaksa ditinggalkan dalam Hilux. Di Airport ida terpaksa mengunakan kemudahan kerusi roda dan kemudahan OKU kerana ketidakupayaan Ida untuk bergerak. Ketika nie D menangis sepuashati sbb selama nie D marah Ida sbb mengaku dia OKU.....Adik D bukan OKU tapi dia terkena sihir orang yg menyebabkan dia begitu. Tapi hari ini D terpaksa mengaku dia OKU....D guna kemudahan OKU untuk Ida di KLIA sedangkan sebelum nie D tak ambil kad OKU Ida untuk beli tiket kapalterbang untuk dapat tambang 1/2 harga atau bayar tiket dgn 1/2 harga sbb D tak mengaku ida adalah salah seorang daripada OKU. Adik D adalah OKU.