Monday, March 15, 2010

Luahan Rasa Zulaikha

Ketika sedang mengemas barang-barang dalam bilik sebab nak pindah pejabat, D terjumpa kembali satu artikel didalam Mingguan Malaysia Ahad 26 Mac 2006, Luahan Rasa bersama Putri. Artikel ini D simpan kerana ia amat bermakna buat D. Penulis iaitu Zulaikha telah memberikan satu semangat dalam diri D untuk melakukan perubahan yang sama. Selepas mengalami ‘zaman kejatuhan’ dalam hidup D, D bangkit semula tetapi akibat kemurungan yang teruk, D telah menjadi seorang wanita yang gemuk seperti Zulaikha. Semua orang yang tua daripada D memanggil D kakak dan D mula dipanggil mak cik sedangkan umur D baru 30 tahun. Sangat menyakitkan hati tetapi apabila membaca luahan Zulaikha, D juga berubah sebagaimana Zulaikha berubah.
*********************************************

Putri,

Kira-kira empat tahun nan lalu, saya mengalami masalah berat badan yang sangat serius. Berat badan saya pada masa itu telah mencecah 98kg. ketika itu, saya berasa sungguh tertekan dan rendah diri yang amat sangat. Saya dibeza-bezakan dan sering dijadikan bahan senda gurau serta ejekan orang.

Bukan itu sahaja penderitaan yang saya alami. Paling perit apabila saya sering kali gagal dalam mendapatkan pekerjaan. Malah, saya pernah dihina ketika temu duga gara-gara fizikal saya yang gemuk. Buat pengetahuan Putri, saya mempunyai kelulusan akademik dari sebuah university luar Negara. Mempunyai kelayakan professional dalam bidang perakaunan, berkemahiran dalam pengurusan pejabat, amat fasih berbahasa inggeris dan mampu menguasai mandarin dengan baik. Kelulusan saya itu sepatutnya melayakkan saya memegang jawatan professional dalam syarikat. Tetapi oleh kerana sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh majikan yang pendek akal dan memilih bulu-hanya memandang kesempurnaan fizikal, saya hanya mampu bertugas disebuah agensi pelancongan sebagai kerani biasa dengan gaji hanya RM600 sebulan!. Gaji yang jauh sepuluh kali ganda berbeza jika dibandingkan dengan kelayakan akademik yang saya ada. Semuanya gara-gara saya berbadan besar. Tiada seorang lelaki pun yang ingin memandang saya walau hanya sebelah mata. Kawan-kawan meminggirkan saya kerana malu untuk berkawan dengan orang selekeh seperti saya. Saya hidup seorang diri, saya kerap menangis mengenangkan nasib diri. Saya malu berdepan dengan masyarakat dan keyakinan diri saya hilang sama sekali. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tetapi semangat saya sering putus separuh jalan. Berbagai-bagai jenis ubat melangsingkan badan juga telah saya cuba namun hasilnya hanya sementara. Malah kesan sampingan yang saya terima amat buruk sehinggakan saya terlantar di hospital.

Oleh itu, saya suka mengingatkan di sini agar mana-mana pembaca yang berhasrat menguruskan badan agar mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa produk yang terdapat di dalam pasaran. Untuk kebaikan anda juga supaya tidak mendatangkan kemudaratan lain. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Satu ketika, saya terpanggil untuk mencuba diet saya sendiri tanpa bantuan sebarang ubat pelangsing. Saya bertekad untuk menguruskan badan kerana saya tidak mahu terus hidup dalam satu keadaan yang serba tidak berguna. Saya sayangkan diri saya. Diet saya bermula dengan mengawal pemakanan, saya makan dua keeping roti, minum bergelas-gelas air putih, saya hanya makan sayur-sayuran dan ikan yang direbus dengan dua sudu nasi setiap hari.

Saya akan berhenti mengambil makanan selepas pukul 5 petang. Setiap pagi selepas solat subuh, saya akan berjogging, selama satu jam. Balik dari kerja, saya bersenam aerobic di rumah selama sejam lagi. Dua kali seminggu saya akan ke gim bagi tempoh dua jam. Setelah setahun berlalu, saya beroleh hasilnya. Berat badan saya kini 50kg sahaja.

Kalau dulu orang yang sebaya dengan emak saya memanggil saya kakak kerana saya jauh lebih tua dari usia saya tetapi kini orang tidak percaya jika saya katakana saya sudah berumur 30 tahun. Selain menjaga badan, saya juga merawat diri dan wajah dengan ke salun kecantikan. Hendak dijadikan cerita Putri, ketika inilah lelaki-lelaki yang selama ini tidak perasan dengan kewujudan saya, telah mula membuka mata mereka seluas-luasnya.

Saya akhirnya mendapat kerjaya yang setaraf dengan kelayakan saya. Betullah kata orang, jika kita cantik keyakinan kita akan tinggi, setinggi menara KLCC. Dengan kerjaya yang saya miliki, berkereta besar, saya sering menjadi buruan lelaki. Tidak keterlaluan saya katakan, kini saya adalah kegilaan ramai lelaki.

Tetapi maaflah, hati saya belum terbuka untuk sesiapa kerana saya tahu mereka cuma cintakan paras rupa saya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika saya kembali seperti dahulu semula, potong jari, tidak mungkin mereka akan menerima saya.

---------------------------------------------

Selepas membaca kisah Zulaikha, D mula mendapat satu inspirasi untuk berubah. D daftarkan diri di gym supaya aktiviti senaman akan lebih sistematik, D daftar NYSS supaya kulit wajah D akan kembali seperti dahulu. Dalam 2007, D berjaya kurangkan berat badan lebih 10 kg. Dari saiz XL, D turun kepada saiz M. D simpan artikel nie sampai kertas surat khabar nie dah bertukar kuning.

Friday, March 12, 2010

The BiggestLoserAsia

The Biggest Loser Asia
Selasa, 9hb March 2010 jam 10.15 malam, D dengan housemate setia menunggu depan TV untuk melihat result The Biggest Loser Asia yang pertama. Dari awal episod nie, memang banyak yang rasa tak puas hati bila tengok dan terlalu banyak episod 'drama' yang dibuat sehingga meluat nak tengok tapi sebab my housemate adalah peminat setia maka terpaksalah tengok jugak channel nie.
Inilah David, peserta dari Indonesia yang telah memenangi musim pertama the Biggest Loser Asia . Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 83kg dalam tempoh 5 bulan. Berat beliau pada awal kemasukkan adalah 157kg dan berat sekarang adalah 74kg.

Gambar sebelah kiri ketika beliau 157kg dan gambar sebelah kanan ketika beliau 'berjaya' menurunkan berat kepada 74kg. Gambar belah kanan menampakkan beliau sangat tua....lemah.....kekurangan zat.....tiada muscle langsung.....inilah kejayaan The Biggest Loser Asia. Lihat rambut dia.....teruk sungguh. Kesian David tentu dia berlapar lebih dari orang somalia hanya untuk memenangi The Biggest Loser Asia. Kalau macam nie lebih baik dia ketika gemuk dulu....nampak sihat, hensom dan bertenaga. My housemate yang terkejut ketika David keluar ke pentas telah berkata ' David nie macam drug addict', malah ketika beliau berjalan ke arah kereta yang dimenanginya David kelihatan begitu tidak bermaya seperti sudah sebulan beliau tidak makan dan minum.

Ini adalah Carlos, pemenang kedua.

Carlos nampak lebih bersemangat....ada muscle hasil dari latihan dan bukan tulang rangka. Wp jarak pengurangan David dengan Carlos amat besar tetapi kejayaan sebenarnya adalah milik Carlos. Inilah bentuk kejayaan yang kita hendak lihat dalam The Biggest Loser bukan seperti David.

Inilah mesej salah yang diberikan oleh Fitness First sebagai penaja utama "buat excersice separuh mati dan teruskan berlapar.....jika anda hendak kurus". Perkara ini betul2 memalukan Fitness First sebagai sebuah pusat kecergasan. D selalu mengunjungi Fitness First The Curve dan selalu terserempak dengan Aaron yang buat latihan disana sebelum Finale. Apa yang D nampak ialah tiada kesungguhan dalam diri Aaron untuk melakukan exersice begitu juga Nadia. Berbeza benar dengan The Biggest Loser yang mana kita lihat kesungguhan para pesertanya dalam melakukan excersice dan tumpuan utama produser adalah menunjukkan cara excersice yang betul, pemakanan yang betul menghasilkan kejayaan.

Apa yang produser The Biggest Loser Asia ingin tunjukkan selain dari banyak drama' bodoh' yang di buat dalam setiap episod. Jika gain muscle anda akan di penaltikan....sehingga peserta menjadi takut jika tiada penurunan berat badan yang besar seolah-olah tidak faham akan konsep penambahan muscle akibat excersice.

Kejayaan The Biggest Loser Asia adalah dapat menghasilkan rangka seperti David. Gerenti selepas ini David akan 'balas dendam' dan makan sepuas-puasnya selepas kekurangan zat makanan.

Tuesday, March 2, 2010

Syafia humairah

Al-fatihah buat arwah Syafia Humairah. Allah amat-amat meyayangi kanak-kanak kecil ini. DIA ambil adik kecil ini.....supaya ia tidak membesar dalam keadaan kucar kacir dalam keluarga itu. Biarpun kematiannya sangat kejam tetapi Allah Maha Mengetahui sebabnya. Apa yang pasti keaiban yang dilakukan oleh si ibu terbongkar, kepincangan keluarga ini juga terburai....kemarahan orang ramai bukan sahaja kepada si durjana tersebut tetapi lebih kepada si ibu tersebut. Allah memberi peringatan kepada semua umatnya disebalik kejadian ini.
Awal pagi semalam ketika semua berkumpul membaca akhbar, kesemua staff yang berkumpul di ruang tamu pejabat begitu marah dengan si ibu. Boss yang ketika itu turut membaca akhbar hanya mendiamkan diri. Akhirnya sebelum beliau bangun kerana waktu rehat tamat maka dia berkata "Muhammad saw adalah nabi terakhir dan tidak akan ada lagi nabi selepasnya. bagaimana Allah ingin menyampaikan peringatannya jika bukan dengan peristiwa seperti ini. Peringatannya ini bukan untuk keluarga Syafia sahaja tetapi untuk semua umat Islam atau yang mengaku mereka Islam terutama pemimpin yang mengaku mereka Islam". Pertama kali saya rasa kata-katanya memberi kesan di hati kami semua.
Si kecil Syafia, syurga telah berada ditangan kamu. Nasib kami semua belum tentu lagi Syafia. Kamu bukan malang Syafia tetapi kamu bertuah kerana Allah amat-amat menyayangi kamu.
========================

Petikan berita

Tendang macam bola

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,”katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tendangmacambola/Article *************************************************************************************

Budak Perempuan Tiga Tahun Mati Dipercayai Didera Teman Lelaki Ibu

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali Khamis malam.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata mangsa yang dikenali sebagai Sapiah, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam."Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan."Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.Mayat kanak-kanak malang itu akan dibedah siasat pukul 3 petang nanti.Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 20an itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.-- BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=478190

*************************************************************************

Bukan sahaja berdepan kes bunuh, tetapi bersekedudukan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun."Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu."Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen."Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras."Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama

Saturday, February 20, 2010

Trip to Bandung, Part 1

Walaupun perancangan tahun nie lari sebab bonus tak dapat seperti yang kami impikan....tapi oleh kerana tiket dah dibeli pada 25hb August 2009 maka D dan kawan-kawan kenalah jugak pergi melancung ke Bandung.
Urusan pasport dah selesai, D buat pasport di Shah Alam. Jam 7.20 D dah ada di jabatan Imigresen PKNS Shah alam. Ketika sampai D ingat Dlah yang paling awal rupanya ada lagi yang paling awal.....ada 6 orang sedang menunggu dihadapan D. Tips untuk anda yang baru pertama kali hendak membuat pasport antarabangsa....sediakan awal2 gambar ukuran pasport 2 keping, salinan IC depan belakang disatu muka surat jadi anda boleh terus isi borang dan ambil nombor tak payah nak gi tangkap gambar lepas tu fotostat IC.....banyak masa yang anda dapat jimatkan sebenarnya jika anda buat persediaan awal....kalau yang ada anak kecil tu jangan lupa bawak salinan surat beranak dan originalnya. Jangan pergi ke jabatan Imegresen selepas cuti perayaan atau hari isnin....kalau tak anda akan menunggu lebih 6 jam.
D cuma ambil masa tak sampai 3 jam. Jam 8.15 saya dah siap buat pembayaran dan kena tunggu 2 jam sebelum ambil pasport. Jam 9.45 pasport saya dah siap. Cepatkan.....D puji perkhidmatan cemerlang imegresen shah alam.
Minggu lepas D buat survey cari money changer yang boleh bagi kadar yang baik untuk pertukaran wang. hari Khamis D survey kadar RM1 = RP0.000373. hari jumaat D pergi tempat yang sama kadar pertukaran turun kepada RM1-RP0.000372. kawan D ajak pergi ke satu money changer kat Bukit Bintang katanya boleh dapat rate yang lebih baik tapi bila D campur tolak duit minyak, parking dan masa saya hendak ke sana rasanya tak berbaloi.....lebih baik D tukar duit kat Tesco Mutiara Damansara saja. Bukannya D nak tukar berpuluh ribu. D tukar RM1500 dahulu sebab kawan sepejabat yang pernah pergi ke Bandung nasihatkan tukar separuh kat sini dan tukar lagi kat sana sbb katanya kadar kat sana lebih murah lagi tapi bila buat survey kat internet ada yang kata kadar kat sana mahal......yang pasti RM1500 tu cukuplah.....boleh caya ke sbb D standby jugak credit card dan cash RM2000 lagi. D hope tak akan terlebih belanja disana. Boleh kontrol kot sbb D agak cerewet sikit bab berbelanja nie dan kualiti barang.
ok inilah RM1488 yang telah ditukar ke RP4 juta.....wah dah jadi jutawan rupanya....jutawan rupiah cehhhhhhh. tak pe lah merasa jugak taraf jutawan. Kawan D pesan supaya bawak kalkulator atau tulis dalam kertas RP10 ribu berapa RM supaya nanti kat sana senang nak tawar menawar dan tidak terbayar lebih. D kena dengar nasihat dia sbb dia nie kalau bab duit fuhhhh memang berkira gila....sbb tu D pergi dengan dia sbb D paling lemah dalam bab tawar menawar selalu sangat kena tipu.....terutama kalau orang buat muka kesian....lemah mak cik.

Thursday, February 18, 2010

Good boss Vs Bad boss

Menonton drama/filem Korea dan drama Japan adalah salah satu kegemaran D. Dalja's Spring adalah siri drama terbaru channel 303 yang D ikuti setiap malam. D bukan hendak bercerita berkaitan dengan Dalja's spring tapi ada satu part dalam episod semalam yang memberikan kesan atas pemikiran D hari ini.
Dalja telah dikenakan tindakan displin oleh pihak pengurusan dan hukumannya adalah berpindah jabatan. Jika diawal episod, boss lama Dalja digambarkan sebagai lelaki yang kurang menonjol sifat kepimpinannya....dalam ertikata lain lelaki yang tiada kaliber sebagai pemimpin. Bila berpindah ke jabatan baru, boss baru Dalja adalah wanita yang amat garang sehingga digelar 'monster' mungkin sebab badan bossnya besar, sentiasa bengis dan sentiasa kejam. semua pekerja dijabatan barunya sentiasa berada dalam ketakutan. Dalam episod ini, boss lama Dalja berkata kepada semua rakan sekerja Dalja bahawa mereka sebenarnya bertuah memiliki beliau sebagai boss.
Bila mendengar ucapan boss lama Dalja, D tersenyum sendiri. Sesuatu realiti yang D tidak nampak dalam kehidupan D sendiri. Sebenarnya D marah pada boss D kerana lepas tangan bila kes D ditolak oleh HQ. Dia boleh panggil D dan serahkan fail kes dengan berkata 'U jawap memo nie, I nak minggu depan". Selepas dapat fail tu dan semak alasan mengapa kes ditolak...yang ternyata alasan tersebut adalah sangat bodoh dan menunjukkan kebodohan pegawai pemeriksa yang D sedia maklum mereka naik pangkat kerana kroni bukan kerana kebolehan melakukan kerja. Boss D boleh pertahankan D sebenarnya dari menjawap memo bodoh tersebut tetapi oleh kerana D memang boss yang sedari dulu tidak pernah hendak mengambiltahu maka dia minta D jawap memo tersebut yang sebenarnya ditujukan kepada beliau.
Boss D adalah lelaki yang tiada pengalaman dalam bidang ini beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai dijabatan pentadbiran kemudian kerana 'kipasnya guna kuasa kuda' maka dia dinaikkan pangkat dengan cepat sekali. Dalam tempoh perkhidmatan 15 tahun dia boleh melangkau 2 tahap tertinggi sehingga bergelar Pengarah di usia muda yang menjadi kebanggaan beliau bila bercerita. Dia dijadikan pengarah di Jabatan X dimana beliau langsung tiada pengalaman berkerja dibidang ini. Sebelum ini jawatan ini hanya akan disandang oleh seseorang yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang S*a*an ini adalah satu sejarah baru bagi organisasi ini.
Oleh kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini maka beliau selalu lepas tangan dan melarikan diri bila tiba saat2 kritikal. Kami sebagai staff selalunya akan mempermainkan beliau dibelakang. D bermula sebagai pegawai kontrak dijabatan ini dan bekerja dengan pengarah lama yang D sangat hormati.......bila boss baru D ambilalih bagaikan satu kejutan budaya kerja berlaku. Boss lama D sangat bijak bertindak dan berfikir sama seperti watak Crissom dalam CSI investigation. Bila boss baru nie masuk, dia lepaskan semua tugasannya ketangan pegawai sehinggakan keputusan terakhir yang biasanya dibuat oleh pengarah telah dibuat oleh pegawai seperti D. Memang agak tension dan sakit hati selama 3 tahun bekerja dibawah boss seperti ini.
Bila D dengar kata-kata boss Dalja itu D terus tersenyum sebab ia membuka satu realiti yang tidak D sedari. Bila kita bekerja dibawah tekanan seperti ini sebenarnya menjadikan kita bijak. Oleh kerana dia lepas tangan maka selama 3 tahun D ambilalih tugasannya sehingga menjadikan D berkebolehan melakukan kerja melebihi tugasan sebenar pegawai. D boleh mengendalikan kes tanpa campur tangan beliau sehingga selesai.....ia sesuatu yang amat bernilai sebenarnya. Suasana bekerja juga kurang tension kerana tiada bebelan dan tekanan dari boss sbb boss lepas tangan.....so kami memang bebas........sangat2 bebas dalam bertindak atau membuat keputusan. Boss D hanya nak tahu end result sahaja......akhir tahun baru dia buat meeting " Macammana pencapaian u all.....dah capai statistik ke tidak?".
D pernah berjumpa dengan beliau sebab hendak menolak satu kes yang diberikan kepada D. Bila disemak sebenarnya kes itu 'rubbish' so bila D terangkan sebab2 mengapa D tolak kes tu dia hanya melopong dengar penerangan D dan akhir perbincangan beliau akan berkata "sebenarnya i nak uji u saja" itu adalah ayat keramat yang selalu beliau ucapkan bila nak tutup kelemahan beliau. "sebenarnya i nak bagi peluang pada u all semua untuk belajar buat keputusan dan bertindak nanti senang bila u all naik pangkat". yelah nanti senang kami nak ganti dia hahahaha.
Sekarang D sudah tahu kelebihan yang selama nie D tidak nampak langsung. Terima kasih kepada kata-kata boss Dalja kerana menyedarkan D bahawa wp boss D 'lemah' tapi ia adalah kebahagian kepada staff bila tiada tekanan ditempat kerja.
So semalam D telah jawap memo dari HQ tersebut dengan senang hati. Dengan konsep " kasihan mereka sbb tak faham" penerangan kes. Jadi D patut terangkan lebih terperinci wp sebenarnya D cuma ulang balik lapuran awal. D rasa bahagia bila jawap memo tersebut dan D rasa lebih bahagia bekerja dalam suasana ini sekarang. D sepatutnya menjadikan perkara negatif sebagai satu peluang buat D. TQ kepada boss Dalja menyedarkan D hakikat ini.

Wednesday, February 10, 2010

D dan hari ini, part 1

Hari ini D masih tidak sihat lagi....oleh kerana hanya dapat mc 2 hari so kenalah jugak pergi kerja hari nie. My friend call sbb dah 2 hari dia cuba call bilik D tak berjawap. D bagitau dia yang D cuti sakit, "bukankah minggu lepas pun u sakit jugak...apa dah jadi?". 'Jangan jatuh sakit masa kita nak pergi ke Bandung sudah?"."I hope not"
Ya.....Bandung, tiket dah beli....nak shoppinglah kononnya. Tiba-tiba my hp berbunyi....my 1st ex bf call "kenapa dengan suara u". "demam". "U demam sbb rindu kat I" "yerkkkkk". "U dah terima fax dari company secretary"."I baru masuk kerja hari nie...nanti i gi tengok jap".
Ada sehelai surat difaxkan pada D....surat tawaran balas tentang tawaran penjualan syer syarikat. D hendak jual saham syarikat dengan harga RM3.5 seunit tapi mereka hanya nak beli dengan harga RM2.5 sahaja seunit. ini bermakna D hanya akan terima dalam lingkungan RM200 ribu lebih sahaja. Sebenarnya D tak ada niat nak jual saham nie....wp D sudah tidak lagi berada di syarikat nie tapi inilah 'anak yang D asuh dari umur 1 hari', jual saham nie bererti D lepaskan hak D atas 'anak' ini.......sanggupkah D buat begitu.
Sekali lagi hp D berbunyi....my 1st ex-bf call lagi. "macammana". "mereka nak beli dengan harga RM2.5 sahaja seunit". "Jangan jual.....u rugi sbb syarikat nak listed...saham akan naik lebih dari tu. R mintak U jangan jual saham U". " tengoklah macammana". "Kenapa u ragu-ragu, u bukan terdesak perlukan duit lagikan".
Bukan D terdesak hendak guna duit lagi sekarang nie.....bukan itu masalahnya tapi kenapa R hendak masuk campur dalam urusan penjualan saham D. R....lelaki yang paling D percayai suatu masa dulu telah mengkianati dan tikam D dari belakang sehingga D 'jatuh tersungkur' dan ambil masa 3 tahun untuk D bangkit kembali. Orang yang menyebabkan D berada di ICU beberapa kali....orang yang menyebabkan D menangis disetiap kali bangun tidur sbb D masih hidup dan menangung 'kesakitan yang amat sangat' dan sekarang orang ini hendak bantu D....ini mesti ada udang disebalik batu. Dia takan baik jika tiada sesuatu yang akan menguntungkan dia. D dah terlalu kenal dengan lelaki ini......tak mungkin D akan terima nasihat dia.
D kena bagi keputusan esok....D ada masa semalaman untuk berfikir. Tiba-tiba phone bilik D berbunyi 'Puan, ada fail kes puan kena reject dengan HQ....boleh datang dan ambil dimeja saya". masalah apa lagilah nie.

Tuesday, February 9, 2010

D sakit lagi

Dari hari ahad lepas D tidak sihat. Sepanjang hari D hanya tidur. Hari isnin D cuba pergi kerja wp badan rasa lemah dan sakit. Baru 2 jam berada didalam pejabat.....D mula mengigil kesejukkan, mujur dalam bilik D ada stor yang D gunakan sebagai tempat sembahyang. D masuk bilik stor dan bentangkan toto dan terus selimut dengan toto tersebut. Ketebalan toto tidak menghangatkan badan....D masih mengigil kesejukkan. Akhirnya D tertidur dibilik stor, jam 11.30 pagi D terjaga.....D letakkan tapak tangan didahi, panasnya....wah tak boleh jadi nie. D cuba bangun wp kepala rasa berdenjut2.
D jumpa boss dan maklumkan dia bahawa D hendak ke klinik, bila dia tenguk muka D dah bertukar merah macam udang kena bakar, dia minta driver hantar D ke klinik berdekatan. Kali nie dah 2 kali berturut-turut D sakit, minggu lepas D sakit dan pergi ke klinik panel nie....hari nie D pergi lagi. Doktor tanya D, adakah D menghadapi tekanan di ofis. D hanya mengelengkan kepala....ia berikan MC 2 hari dan macam biasalah panadol.
Driver hantar D balik ke pejabat dan D terus ke kereta untuk balik ke rumah. Sesampai dirumah D terus masuk tidur....dan berselimut tebal.
hmmmm...D tak pasti apa yang dah terjadi tapi memang sejak akhir2 nie D sentiasa tidak sihat. Sentiasa sakit, dah lama keadaan ini tidak terjadi pada D. Sebelum D join gym, setiap bulan D akan demam tapi selepas D join gym...demam sudah kurang menyerang. Sudah 2 tahun D jarang ambil MC tapi tahun nie belum habis bulan Februari dah 4 hari D mc. Apa dah jadi nie......kerana sakit D sudah jarang pergi gym.
Jam 4.30 petang D tersedar dari tidur apabila perut tiba2 kelaparan...baru sedar yang D tak ambil makanan dari pagi tadi. D gagahkan diri untuk bangun dan buatkan herbalife starwbery shake. Itu yang paling mudah dan mengenyangkan. Tak ada mood untuk memasak....masa nielah air mata D jatuh sbb ketika sakit begini... tiada seseorang yang meyayangi kita mengambilberat tentang diri kita. Masa nie D rindukan mak D, kalau dia ada dia akan masakkan bubur nasi untuk D. Mak akan sediakan bancuhan asam jawa untuk mengurangkan kepanasan badan. D letakkan tapak tangan didahi sekali lagi....panas tidak berkurangan.....D ambil segengam asam jawa dan masukkan sedikit air....sapukan didahi dan terus masuk tidur kembali.

Kisah seorang isteri

Nasib wanita berkahwin nie seperti bak kata pepatah orang tua-tua " Untung sabun ia timbul, untung batu ia tenggelam". Email ini kawan ofis D kirimkan kepada semua staff perempuan kat ofis tapi sebenarnya ia ditujukan kepada Marlina supaya Marlina sedar bahawa nasib dia belum seteruk nasib wanita didalam cerita dibawah. Jika anda adalah seorang isteri dan anda kesedihan dengan sikap suami anda.....bacalah kisah ini dan adakah suami anda seteruk suami wanita ini, jika tidak..... bersyukurlah dan terimalah kekurangannya. =======================================================
Kisah Dari Mahkamah Syariah: bhnita@bharian. com.my
Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suamiMINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya.
Ikuti tulisan beliau.
"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya' .
Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.
Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.
Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru.
Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah.
Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.
Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah.
Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.
Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri.
Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja.
Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi."Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya.
Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

I AM THANKFUL FOR......

I AM THANKFUL FOR ...
For the taxes that I pay,because it means that I am employed.
For the mess to clean after a party,because it means that I have beensurrounded by friends.
For the clothes that fit a little too snug,because it means I have enough to eat.
For my shadow that watches me work,because it means I am in the sunshine.
For a lawn that needs mowing,windows that need cleaning,and gutters that need fixing,because it means I have a home.
For the parking spot I find at the farend of the parking lot, because It meansI am capable of walking and that I havebeen blessed with transportation.
For my huge heating/cooling bill,because it means I am warm/refreshed.
For the lady behind me in the classes thatsings off key, because it means thatI can hear.
For the pile of laundry and Ironing,because it means I have clothes to wear.
For weariness and aching muscles atthe end of the day, because it means I have been capable of working hard.
For the alarm that goes off in theearly morning hours, because itmeans I am alive. And finally...
For too much e-Mail,because it means I have friends whoare thinking of me.
Thank You FRIENDS!!!

Friday, January 29, 2010

Bila sudah bukan rezeki

Kemelut akhir tahun telah berlalu......sekarang keputusan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pekerja cemerlang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Tapi setiausaha boss dah awal-awal lagi telah 'mengumumkan' pencalonan yang dibuat oleh boss. Pekerja cemerlang telah diberikan kepada seorang pegawai senoir ini....memang beliau layak kerana beliau berjaya mendapatkan kutipan melebihi 20 juta dalam tahun 2009. Pekerja kedua yang akan mendapat kenaikkan gaji melintang pula adalah pegawai yang baru bertugas 1 tahun lepas dan hanya mengutip 3 juta. Dia adalah pegawai yang disukai oleh boss. D berjaya mengutip kutipan kedua tertinggi tidak dicalonkan sebagai pegawai cemerlang kerana markah penilaian yang agak rendah diberikan oleh pegawai penilai iaitu ketua kumpulan D sendiri. Diakhir tempoh penghantaran borang prestasi D telah membangkang arahannya supaya kutipan sebanyak RM4.5 juta diserahkan kepada pegawai lain akibatnya markah prestasi D lebih rendah malah tiada banyak beza dengan pegawai yang hanya menyelesaikan kes sebanyak 500 ribu sahaja tahun lepas. D urut dada bila mendengarkan perkhabaran ini. D pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam....rezeki itu ditangan Allah dan sudah bukan tertulis bahawa kenaikan gaji 8% itu milik D, D telah lakukan yang terbaik.....moga Allah membalas kerjakeras D dalam bentuk yang lain. Sivam, kawan baik D pernah menasihati D.....jika kita mengharapkan balasan atas semua perbuatan kita....kita akan menangung kekecewaan yang teruk kerana manusia itu tidak pernah berlaku adil. Benar kata sivam. D teringat salah satu kisah tauladan yang ditulis dalam buku dale Carnegie. Ada seorang perempuan tua yang tinggal sendirian dan beliau telah membesarkan anak-anak saudaranya seramai 5 orang dan tiada seorang pun datang melawatnya. dale Carnegie telah melawat beliau dan dari situ dale mengetahui mengapa anak-anak saudara wanita itu tidak melawat beliau. wanita ini telah mengorbankan masa muda dan kehidupan peribadi beliau supaya beliau dapat membesarkan anak-anak saudaranya yang jadi yatim piatu ketika mereka semua masih kecil. Pengorbanan wanita ini sangat mulia dan beliau bekerja keras tanpa mengenal penat lelah membesarkan kelima-lima anak saudaranya ini. kesemua anak saudaranya telah berjaya dan mula meninggalkan beliau. Akhirnya beliau keseorangan diusia tua tanpa dilawati oleh seorangpun dari anak-anak saudaranya. Pengorbanan dan kerja mulia wanita ini langsung tidak dihargai oleh anak-anak saudaranya. memang anak saudaranya telah melakukan kezaliman tetapi INILAH SIFAT MANUSIA. oleh kerana wanita ini mengharapkan balasan atas pengorbanannya maka beliau menjadi wanita yang sentiasa dalam kekecewaan dan sentiasa membebel dan memarahi anak-anak saudaranya. sesiapa sahaja yang datang melawatnya maka cerita anak-anak saudaranya akan keluar, beliau akan membebel dan melahiran rasa kecewanya. Perbuatannya telah menyebabkan kawan-kawan mula menjauhkan diri sebab tidak tahan mendengar beliau membebel dan mengeluh. Bila teringatkan kisah ini D bernekad untuk melupakan terus ketidakadilan ini dan menerima takdir Allah bahawa kenaikan gaji 8% itu bukan rezeki D. Jika D terlalu memikirkannya D akan menjadi seorang pekerja yang kecewa dan sentiasa merunggut....tidak ada seorangpun suka orang yang merunggutkan apatahlagi kalau yang suka mengeluh. Apa yang hendak diharapkan dari manusia.....manusia mudah lupa.

Thursday, January 21, 2010

Luahan Rasa

D telah menerima email dari kawan lama yang telah menghantar potongan akhbar Mingguan Malaysia Ahad 13 Disember 2009 (ruangan Wanita). D baca luahan rasa Natrah dan D rasa amat tersentuh dengan luahan tersebut kerana secara tanpa sedar kita juga pernah melakukan penganiayaan kepada orang lain. Oleh itu D salin kembali luahan rasa tersebut kedalam blog ini supaya tujuan asal penulis untuk menyampaikan mesej kepada Aida dan Ina tercapai dan juga sebagai peringatan kepada diri D sendiri dan kepada anda juga yang telah membaca.
Setelah membaca luahan Natrah, D teringat kepada Wan bekas teman lelaki D. Wan telah menganiaya D dengan meninggalkan D disaat D dalam kesusahan, Wan tambah penderitaan D dengan meninggalkan hutang yang hampir memufliskan D. Ketika D bergelut untuk melepaskan diri dari belengu hutang ini dan ketika hampir tidak kelihatan ada ruang untuk lepaskan diri maka dalam keadaan kesedihan tersebut D telah mengucapkan “ ya Allah, laknatlah kehidupan orang yang telah mengkhianati aku’. Setelah 9 tahun berlalu, D tergerak hati untuk mencari Wan. Mudah bagi D mencari Wan kerana kerjaya D membolehkan D mencari sesiapa pun. D jumpa tempat kediaman Wan…..D pandang Wan dari jauh…Wan hidup merempat, biarpun usianya sudah 36 tahun tapi beliau masih tidak mempunyai pekerjaan tetap….beliau masih usung fail pergi interview. Buat Wan, D sudah maafkan Wan....semoga Allah bukakan pintu rezeki buat Wan.
Mingguan Malaysia, Ahad 13 Disember 2009
Luahan Rasa
MAAFKAN NATRAH, INA DAN AIDA
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA diselatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan dirumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawap ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan dikedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain difakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa berkerja dikedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.
Kesannyanya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan disekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Disana Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan. Dating seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya pada saya, “Adakah suatu ketika dulu anak telah mengunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain”. “ Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat”.
“Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang naka aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak”. Katanya.
Ya Allah, inikah balasanmu terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang disekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED).
NATRAH BT NAJMAN Menara Jati, Kuala Lumpur.

Friday, January 8, 2010

soothing ampoule

Masa tengah mengemaskan beberapa hari lepas, terjumpa botol2 kecil nie. ini adalah soothing ampoule 381 dari new york skin solutions. Satu botol kecil nie mengandungi 3ml. Nak tahu berapa harga sebotol kecil yang hanya sebesar jari kelingking nie?.
Semasa rawatan dengan Angel di NYSS, D telah up grade pakej dengan menambah rawatan pengelupasan (5 x ). tambahan rawatan yang mengambil masa 10 minit setiap sesi itu bernilai lebih RM1800. So selepas rawatan dibuat, kulit D akan merah macam udang kena bakar so Angel pun mengunakan situasi tersebut dengan memperkenalkan produk di atas.
Angel : U dah ambil this pakej....rugi tau kalau u tak beli this produk tau. i bagi u harga special sbb u dah ambil pakej nie. Kalau kat orang lain i bagi RM2500 tapi kat u i bagi RM2000 sahaja.
D: Sorrylah Angel...i dah tak de duit, i tak nak lah
Angel: oklah, untuk u i turunkan lagi RM1800 sahaja....ini last tau. Promosi nie hanya tinggal this week sahaja. treatment sekarang membuka pori2 kulit u kalau u pakai ampoule nie....kulit u akan lebih elok. Rugi kalau tak beli sbb tak lengkaplah treatment u.........and bla bla bla (dia bercerita panjang perihal kehebatan ampoule.....sebenarnya satu pun tak masuk dalam otak D sbb d dah letih sangat)
D: sorry, i tak de duit
Angel: U ada kredit kad kan.....kita boleh buat 10 kali installment. u cuma bayar RM180 sebulan saja......kecil je.
begitulah dialog yang terpaksa d hadapi setiap kali lepas habis sesi treatment.....selama hampir sejam lebih Angel memujuk....akhirnya D beli jugak 1 pek sahaja yang mengandungi 5 botol dengan harga RM500.00. harga RM1800 yang ditawarkan itu adlah untuk 5 pek.
Satu botol kecil 3ml itu berharga RM100. Sebab tu D tak buang pek tu.......hampir setahun lebih tersimpan dalam laci meja solek.

Apa yang D fikirkan......

Kenapa D tulis review berkaitan dengan NYSS?. Lepas keluar dari bilik rawatan di NYSS, selalunya kami akan diminta duduk sebentar di kerusi panjang didepan kaunter sebelum balik bagi membuat appointment untuk rawatan seterusnya. Satu hari ada seorang gadis melayu dalam lingkungan awal 20-an yang baru lepas buat rawatan first trial duduk sebelah D dan cuba tanya “akak bagus tak kat sini” tapi belum sempat D jawap penyambut tetamu dikaunter depan cepat-cepat minta gadis itu masuk bilik kaunseling. Mereka tidak benarkan kami berbual tambahan pula gadis itu baru buat first trial. Dari cara berpakaian gadis itu D tahu bahawa dia bukan tergolong dalam golongan yang banyak duit…..sangat kesian jika dia join NYSS. D tunggu dia di toilet tapi dia tak muncul so D balik dan berfikir bagaimana D hendak memberitahu orang lain (yang kurang duit) tentang NYSS. So D tulis blog….supaya rakan-rakan wanita kita yang tidak mempunyai wang yang banyak tidak menghampiri tempat ini. Tapi jika anda wanita yang berwang dan tidak kisah berkenaan dengan wang….review itu bukan untuk anda.
D paling pantang bila orang berkata ‘kalau saya……’, ‘itulah……’. Selalunya orang-orang seperti ini tidak menjadi pilihan D untuk berkawan. Bila mereka berkata seperti ini adakah mereka ingat mereka dapat memutar balik setiap peristiwa kepada asal……..mereka rasa mereka terlalu hebat sangat sehingga mentarafkan kita sebagai budak tadika……tak guna betul.
Berbalik kepada kisah Marlina, teman sepejabat D. Bila D dengar rintihan Marlina sudah tentu D patut berkata tinggalkan saja suami kamu….dia sudah tidak cintakan kamu lagi. Tetapi D tak akan sekali-kali berkata begitu….kerana D tidak berada disituasi dia. D Cuma dengar setiap rintihan dia kerana itulah tujuan dia menceritakan semua itu …hanya meminta D menjadi pendengar bukan untuk menentukan apa yang patut dia buat. Allah kurniakan dia otak untuk berfikir….dia boleh berfikir dan bertindak sendiri malah dia bertanggungjawap atas segala tindakan yang dia ambil….jadi siapa kita nak beritahu apa yang patut dia buat dan tak patut dia buat.
Apa yang D buat adalah beritahu Mar bahawa dia tidak bersendirian ‘I am there for u as a friend if there is anything I can do…please call me, u can always rely on me’.
Berbalik kepada NYSS….kenapa D boleh terlibat dengan tempat ini. Waktu remaja D mempunyai kulit wajah yang tidak bermasaalah….bukan setakat Shurah tapi jenama lain yang murahpun D boleh pakai. Kulit D tidak berjerawat, berjeragat atau lain2 masalah kulit. Alhamdulillah…..D ingat lagi ketika di Universiti, my senior guna Fair & Lovely….kulit muka dia jadi cantik sangat so D pun cubalah…habis berbekas2 D guna tapi tak berkesan pun. Dari situ D belajar bahawa setiap orang mempunyai kulit yang berbeza…produk ini sesuai untuk anda tapi tidak semestinya sesuai untuk orang lain. Kulit muka D yang pada mulanya tidak bermasalah mula berubah bila dugaan menimpa hidup D dan D mengabaikan diri D sendiri. Selama 3 tahun D tidak menguruskan diri D dengan baik…..berat badan mula naik berkali ganda….kulit wajah mula bermasalah disebabkan tekanan maka masalah lain pula timbul. Stress, kebimbangan dan tekanan memberikan kesan yang sangat dahsyat pada tubuh dan kulit wajah D.
D berjaya bangkit semula dari ‘kejatuhan dan kesakitan’….i’m proud of that. D tengok cermin….’Ya Allah apa yang D dah buat pada diri D’. D nekad untuk mengubah semua itu dan sebab itu D join gym….D join NYSS sbb masalah kulit muka D amat teruk so mereka guna kerisauan D sebagai senjata untuk memujuk D untuk join NYSS dan memujuk D mengambil pakej yang mahal dan memujuk D membeli produk mahal dan D buat terima semua itu dengan harapan bahawa masalah D akan hilang. So jika anda rasa anda layak untuk nilai D dan mengatakan bahawa ‘ kalau saya….saya takan layan mereka, I say No…” yah…easy for u to say sbb u tak mengalami apa yang orang lain alami.
Now….jika lihat cermin D boleh berkata pada diri D, inilah yang terbaik yang telah saya lakukan wp saya tidak dapat semula berat badan sewaktu remaja tapi sekarang saya sihat, fit dan tidak gemuk lagi. Wp kulit wajah tidak sehalus dahulu tapi inilah yang terbaik yang telah saya buat….kulit saya bersih, tidak berjeragat, berjerawat dan saya tidak akan menyesal dikemudian hari kerana saya telah lakukan yang terbaik.

Thursday, January 7, 2010

Putusnya sebuah ikatan

Ini adalah cerita sebenar yang berlaku pagi tadi. my officemate Marlina (bukan nama sebenar) datang kerja dengan wajah yang sembab....ini bukan Mar yang D kenal sebab Mar adalah wanita periang tapi D tidak menanya mengapa sebaliknya terus ke bilik sbb kelihatan Mar tidak berada dalam mood untuk berbual. Jam 9.30 pagi, Mar mengetuk pintu bilik D.....D jemput dia masuk dan minta dia duduk dikerusi dihadapan meja D. D yang ketika itu tengah sibuk menaip kertas kerja di PC mengalihkan perhatian kepada Mar kerana bukan kebiasaan mar berada dibilik D dipagi-pagi hari. 'Boleh tutup radio tak' tanya Mar. D senyum dan berpaling kebelakang untuk menutup radio...hmmm dia tak happy. 'Macam mana u habiskan masa kat rumah bila balik kerja', 'Sunyi tak duduk sorang', 'U buat apa kalau duduk sorang kat umah'. Bertalu-talu soalan keluar dari mulut dia dan soalan tu pelik-pelik pulak....ishhh macam mana nak jawab ye....'emmm dah biasa, masa banyak habis kat gym atau kelas membuat roti atau kek sbb saya bercita-cita nak bukak cafe...' terang D ringkas harap dia puas hati. "kenapa....u tanya, kalau u sunyi cepat2 lahirkan anak seorang lagi' D cuba buat lawak....hehehe D sorang je yang gelak...muka Mar masih keruh. "Mar memang nak anak.....tapi mar ada masalah". "Jumpalah doktor...." ewah pandailah D bagi nasihat yang tak kena tempat. Tiba2 mar menangis teresak-esak....ah sudah tulah pandai sangat suruh dia pergi jumpa doktor.... Suami Mar tak nak anak....suami Mar tak nak mar lagi....dia kata dia jijik tengok Mar...dia tak ada nafsu tengok Mar....dia tak sentuh Mar....dia nak ceraikan Mar. oppppppsss.....D terdiam dan sandar badan ke kerusi....tengok mar dengan penuh simpati dan biarkan Mar luahkan semua keluhannya. Mar gadis kacukan cina melayu, cantik orangnya. Ada seorang anak lelaki yang sekarang berada di tadika di JB dibawah jagaan ibunya. Suaminya adalah pekerja syarikat minyak yang baru dinaikkan pangkat. Mar mempunyai ijazah dan berjawatan tinggi....suaminya hanya diploma....Mar tolong support suaminya belajar ambil ijazah supaya boleh dapat kenaikkan pangkat. sepanjang tempoh perkahwinan....mereka banyak hidup berasingan kerana sebagai pekerja pelantar minyak selalunya berada di lokasi yang berlainan. mulanya Kuantan lepas tu Labuan. sepanjang 5 tahun mereka berpisah dan hanya jumpa sebulan sekali. Suaminya bukan seorang yang family man....dia tak mahu anak...sebab itu anak lelaki sulungnya diserahkan kepada emaknya sbb suaminya benci tangisan anak waktu malam. dia sentiasa memujuk suaminya untuk memperolehi anak kedua tapi suaminya bagi alasan ekonomi mrk tak stabil...tunggu dia habis belajar dulu...tunggu dia naik pangkat dan bergaji besar dulu dan macam-macam lagi tapi yang sebenarnya dia tak sanggup lepaskan kehidupan tanpa kongkongan....hidup bujang....pergi clubbing.....kepit GRO....minum arak dan sebagainya. D betul2 terkejut dengan pengakuan Mar kerana selama ini mereka adalah pasangan dua sejoli yang sentiasa bercuti bersama. terus terang suaminya yang melayu 100% bukan lah tergolong dalam kategori lelaki kacak atau lelaki berwajah buaya darat tapi lebih kepada jenis lelaki baik atau nerd. Tapi mengapa lelaki seperti ini adalah seorang yang kaki clubbing dan kaki perempuan. patutlah dia tak hairan jika duduk berjauhan dengan isterinya kerana ada spare tyre disetiap tempat yang dia bertugas. mar mengaku dia mengetahui hal ini sudah lama tapi dia pejam mata malah suaminya selalu pukul dia. Suaminya keluar dari rumah mereka pada 1/1/2010......suaminya yang terlalu enjoy menyambut tahun baru sesama kawan2nya dan mabuk. mar telefon tetapi si suami yang ketika itu mamai....telah tersilap menyebut nama si isteri ...nama si perempuan simpanan disebut dan dari situ si isteri mengetahui suaminya bermalam dirumah wanita itu. si sumi pulang kerumah dan mereka bergaduh teruk....selepas memukul isteri...suaminya keluar rumah dan tidak pulang hingga sekarang. Si isteri menelefon memujuk suami tapi tidak dilayan. sehinggalah semalam sisuami menghubungi Mar dan menyatakan bahawa dia benci tengok muka Mar...perempuan yang tak pandai bergaya....tidak lagi seksi...dah tak pandai pakai pakaian seksi tak seperti perempuan simpanannya....Mar dah tak menyeronokkan lagi....hidupnya bosan dengan Mar...setelah puas maki hamun...si suami tanpa mengenangkan pengorbanan isteri membantu membiayai pelajarannya....menanggung keluarga ketika gaji suami kecil.....sanggup berjauhan dengan suami....telah melafazkan perkataan untuk memutuskan ikatan. Mar yang terlalu cintakan suaminya tidak dapat menerima tamparan itu.......tanpa perasaan malu dan mngira maruah lagi Mar merayu bagai anak kecil minta jangan ditinggalkan. Biarpun suaminya telah membandingkan dirinya dengan si GRO tapi Mar tak kisah....mar sanggup suaminya berkahwin dengan GRO itu. Mar kelihatan agak meraban bila menyebut untuk memcederakan dirinya dan berpendapat jika beliau buat begitu...suaminya tidak tergamak tinggalkannya. D terpana dengan pengakuanya......D minta dia mengucap. Dia minta d telefon suaminya dan beritahu suaminya bahawa dia cedera dan minta supaya suaminya datang ke ofis ambil dia........dia merayu2 D. D serba salah tapi akhirnya kerana tak tahan lihat air mata yang mengalir dipipinya dan keadaannya yang seakan hilang pedoman....D mendail no handphone suaminya.....seperti yang dijangka suaminya hanya minta D hantar isterinya balik dan menyatakan bahwa dia akan pulang ke rumah. Tanpa ada perasaan bimbang atau resah bila mendengar keadaan isterinya......D minta Mar sedar bahawa dia adalah ' bahan buangan' sekarang ini. dia sudah tidak diperlukan lagi. D hantar Mar pulang kerumah....D sama-sama tunggu suami Mar tapi setelah berjam-jam lamanya bayang pun tak kelihatan. Dia sudah tak kisah lagi.....biarpun Mar cederakan dirinya dia dah tak kisah lagi. D bimbang untuk tinggalkan Mar seorang diri dalam keadaan dia sasau seperti itu tapi Mar minta D pulang ke ofis. Jam 8.40 malam iaitu ketika menulis catatan ini, Mar menelefon D dan menyatakan bahwa suaminya telah pulang kerumah dan telah melafazkan talak satu dihadapan jirannya. dalam keadaan teresak-esak dan suara yang tersangkut-sangkut Mar menyatakan bahawa dia gagal memujuk suaminya kembali kepadanya. D menawarkan diri untuk menemani Mar di rumahnya tapi kata Mar...familynya sudah on the way kerumahnya. begitu mudah sebuah ikatan terputus. Buat Mar......ada hikmah bagi setiap dugaan. Allah sayangkan Mar dan memutuskan Mar dari hidup bersama lelaki yang sudah hilang pedoman dan tidak mampu menjadi pembimbing yang baik.

Gosh...my review kena ciplak

D rasa agak terkejut bila memasuki laman web KRONIK dan dibawah topik NYSS, review yang ditulis oleh D telah diciplak dan dimasukkan dalam laman web ini untuk diperbincangkan. Tiada dimasukkan dimana artikel ini diperolehi dan ia seolah2 ditulis oleh penulis "zackk_1111 @ budak tadika". D menulis review ini adalah untuk peringatan pada diri D dan bukan untuk orang menilai diri D.
--------------------------------------- Ini artikel tersebut dalam Kronik Print view Previous topic Next topic Author Message zackk_1111 Post subject: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 11:50 am Budak Tadika Joined: Wed Apr 22, 2009 9:16 am Posts: 5 New York Skin Solutions (NYSS) D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan(Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3. D buat first trail dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita…lepas tu dia buat rawatan…memang best…first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi…dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka…so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan…kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk…so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima…mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive. .................anda boleh baca selanjutnya di sini http://catatandahlia.blogspot.com/2009/04/pusat-kecantikan-new-york.html Dan ini adalah komen-komen dari pembaca lain chocobee Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 12:00 pm Murid Darjah 6 Joined: Mon Jul 14, 2008 1:00 am Posts: 436 Location: belakang alamanda what I did if salesman approach me: first I politely decline their offer. but if they still insist, aku tengking/bolayan shakree42 Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 3:09 pm Joined: Fri Jun 13, 2008 1:00 am Posts: 1468 Location: Kuala Lumpur ish! jahatnyer! awat tak pegi ngadu kat KPDN ka apa kaa~ ish! geramnyer! pegi jer report kat tv3 tuh! biar diorang tuh terasa sket! iklan pjg sgt! tapi kebanyakannyer sumer tipoo! damn! _________________ Kumbang Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 5:55 pm Murid Darjah 4 Joined: Sat Apr 04, 2009 11:36 pm Posts: 144 Location: Kepong, Selangor lain kali kalau nak muke nampak hensem lagi digilai gadis2 ko pakai shurah je...keh keh keh http://www.shurah.com/ManageWEB/design/ ... 21&catid=7 aku pakai yang buah delima tu...dulu pakai susu kambing...tukar taste _________________ 2ndhalf Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 6:34 pm Pelajar Tingkatan 4 Joined: Mon Mar 17, 2008 1:00 am Posts: 1328 Location: sOmEwHeRe oVeR tHe RaInBoW hahaha... ada lg! ada lg!! shahirah~... hahaha tp bab2 iklan yg nmpk gempak jew.. aku mmg xcya!.. hohoho... apalg klu produk yg slim kn bdn.. ceit!.. mmg ku xcya siot! _________________ curitengok Post subject: Re: NASIHAT : KISAH NEW YORK SKIN SOLUTION Posted: Thu May 14, 2009 9:28 pm Murid Darjah 2 Joined: Wed Jan 07, 2009 2:16 pm Posts: 41 Location: NaNo MeteR emm.. satu pengajaran ntuk semua.. actually dah lama dah benda nieh jadi.. tapi takde act dari pihak berwajib.. --> http://forum.lowyat.net/topic/669807 --> http://iamrainbow.wordpress.com/2007/04 ... solutions/ _________________

Saturday, January 2, 2010

I love divine cream

Selepas 3 minggu menggunakan L'occitane produk iaitu : 1. Immortelle Brightening Toner 200ml RM99 2. Immortelle Divine Cream RM430 (produk baru) 3. Brightening cleansing foam RM103 satu perkataan saya D nak kata iaitu "I love it". Brightening cleansing foam memang berkesan kepada kulit D. Selepas cuci muka terasa bersih sangat tiada kesan sampingan atau alahan pada kulit. tiada kesan kering dan timbul jerawat2 kecil seperti produk yang d gunakan sebelum ini. Selepas mencuci muka dengan cleasing foam, D guna brightening toner dan sapu Immortelle divine cream pada pagi dan malam. Selepas mengunakan divine cream selama 3 minggu....memang diakui kulit D nampak lain. Tak payah nak guna bedak asas lagi ......just guna bedak compact dan kadang2 D guna bedak debu dah cukup sebab kulit nampak seperti guna bedak asas.

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

MAY THIS NEW YEAR BRING U PROSPEROUS AND BEST OF LUCK