Wednesday, May 27, 2009

Kejutan Hari jadi

Semalam hari jadi D. dah lama d tak menyembut hari jadi D. keluarga D adalah orang kampung dan tidak begitu menyambut hari jadi untuk anak2. dari kecil D tak pernah menyambut hari jadi cuma bila dah bersekolah menengah dan ketika universiti mula terpengaruh dengan kawan. D mula sambut hari jadi dengan kawan2. Bila ada teman lelaki...hari jadi sesuatu yang indah terutama bila ada kejutan yang dilakukan. Kemudian D cuba untuk jadikan tarikh hari jadi D sebagai hari yang paling istimewa dalam hidup D. D meminta supaya tarikh perkahwinan D ditetapkan pada tarikh ini 26/05/2002. Kebetulan adik D jugak akan berkahwin dalam tahun yang sama so mak mintak kami buat sekali. Malang buat D, tunangan D menghilangkan diri 1 bulan sebelum tarikh perkahwinan kami. Mujur majlis boleh terus berlangsung sebab adik D akan meneruskan rancangan perkahwinan beliau...kalau tak malu keluarga D. Sejak tu D tidak menyambut hari jadi lagi. Tarikh 26/05 terus dilupakan dalam kalender D. Tapi semalam kawan D buat surprise kat pejabat dengan buat majlis hari jadi buat D. Terima kasih buat Min. Dah Dah 6 tahun tiada kek hari jadi buat D dan tiada ucapan hari jadi. Semalam agak tergamam jugak....wp hati D sedih tapi bila memikirkan keperihatinan kawan2 pejabat D raikan jugak.

Friday, May 22, 2009

Banana

After Reading THIS, you'll NEVER look at a banana in the same way again Bananas Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet. 1.0 Depression:According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana.This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier. 2.0 PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood. 3.0 Anemia:High in iron, bananas can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia. 4.0 Blood Pressure:This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke. 5.0 Brain Power:200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert. 6.0 Constipation:High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives. 7.0 Hangovers:One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system. 8.0 Heartburn:Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief. 9.0 Morning Sickness:Snacking on bananas between meals helps to keep bloodsugar levels up and avoid morning sickness. 10.0 Mosquito bites:Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation. 11.0 Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.Overweight and at work?Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady. 12.0 Ulcers:The banana is used as the dietary food against intestinal disordersbecause of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It alsoneutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach. 13.0 Temperature control:Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.Seasonal Affective Disorder(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.Smoking:Bananas can also help people trying to give up smoking.The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal. 14.0 Stress:Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack. 15.0 Strokes:According to research in "The New England Journal of Medicine,"eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death bystrokes by as much as 40%! 16.0 Warts:Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill offa wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with theyellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals.It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,"A banana a day keeps the doctor away!"PASS THIS ON TO ALL OF YOUR ON-LINE FRIENDS and FAMILYPS : Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time!

Thursday, May 7, 2009

Melayu jual melayu

D sedang mengendalikan kes ini. D namakan lelaki ini sebagai En W. En W bukanlah warganegara malaysia. Dia orang Indonesia yang telah menjadi pemastautin tetap negara kita. En W telah 4 kali difailkan tindakan kebangkrapan dan telah muflis pun. Beliau menubuhkan 4 buah syarikat dan kesemuanya atas nama anak dia. En W tinggal di Subang Jaya dan memiliki rumah banglo RM600 ribu dan memiliki 4 buah rumah lain dikawasan subang jaya dan KL. Dia mengunakan kereta import yang bernilai RM360k. kesemua aset atas nama syarikat atau nama anak sulung beliau. Dia tak berpelajaran tinggi pun, kalau tengok gaya macam tak percaya dia naik kereta mewah. Macammana dia mewah ditanah air kita?. Dia adalah 'barua' yang jadi orang tengah antara tokey cina dengan agen kerajaan bagi mendapatkan tanah simpanan rezab melayu. Inilah bangsa yang jadi barua dalam menjual rezab melayu. barua ini tugasnya hanyalah menghulurkan umpan kepada kakitangan kerajaan yang pelahap wang bagi meluluskan permohonan bagi mendapatkan tanah rezap melayu dan diserahkan kepada tokey cina ini. Dalam menyiasat kes nie, D rasa sedih sangat meihat banyak tanah2 rezab melayu bertukar milik dan kemudiannya dibangunkan perumahan elit yang rata2nya hanya mampu didiami atau dimiliki oleh kaum yang satu nie. kaum kita makin terusir ke kawasan hulu/sub bandar. Ada orang nak bela bangsa kita ke?. Sepanjang pengalaman kerja D, orang yang di undi oleh bangsa kita untuk bela bangsa kita....orang inilah yang pelahap duit. Perut mereka makin buncit makan duit rasuah......bini2 mereka makin cantik apabila buat pembedahan plastik mengunakan duit rakyat dan kemudian masuk majalah mengayakan pakaian seksi dengan tag'datin xxxx anggun mengenakan gaun pereka antarabangsa untuk ke majlis'. Indahnya rumah datin XXXXX. Bangsa kita pun terpegun....wah cantiknya...wah mewahnya.... Orang2 seperti inilah yang menyebabkan En W mampu hidup mewah dan terima lebih RM2juta setahun bagi komisyen 2% hasil ke'suksesan' peranan En W dalam mengumpan orang2 pelahap jabatan kerajaan. D akan kenakan secukupnya En W nie......ini sajalah yang D mampu lakukan untuk bangsa D. Pengalaman kerja D telah menyebabkan D benci kepada orang politik dan orang hipokrit. Bila hendakkan undi rakyat.....sanggup masuk ke hulu kampung tapi bila dah diberikan kuasa dah tak nampak rakyat kat hulu tu tapi nampak 'kelip2' umpan tokey2 cina jika lulus projek...ada habuan. Bukan sikit2 dapat, projek RM2 juta naikkan jadi RM6 juta. susah apa...duit rakyat.

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan .... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku.... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak BILA AKU ADA PASANGAN HIDUP AKU SENDIRI Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari.... mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat.... emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Email dari kawan2

Hari nie D membersihkan kotak inbox email D. Banyak email2 yang dihantar (selain urusan kerja) yang tersimpan dan terpaksa di delete. So D pilih beberapa email yang bagus untuk D simpan sebagai kenang-kenangan. Kat ofis kalau boring, bila baca email kawan....hilang rasa boring tu. Ini adalah salah satu email yang di simpan. ================================= Email 1 Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri..... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup ramb! utnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub. *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. ================================== Email 2 KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. Wallahualam ================================ Email 3 Lelaki...... 1.Parking kereta 2.Berjalan menuju ke mesin ATM 3.Ambil kad dalam dompet 4.Cucuk kad ATM dan tekan no pin 5.Ambil Duit 6.Masuk kereta dan jalan... Perempuan.... 1.Parking kereta 2.Tengok side mirrow 3.Tengok cermin tengah 4.Masuk gear undur 5.Reverse kereta perlahan-lahan 6.Brek Mengejut 7.Turun kereta 8.Berjalan menuju ke mesin ATM 9.Ambil kad dalam dompet 10.Tak jumpa kad, cari dalam kocek 11.Baru teringat, kad ada dalam kereta 12.Patah balik ke kereta 13.Ambil kad dari kereta 14.Berjalan ke mesin ATM 15.Cucuk kad dalam ATM 16.baca arahan di skrin selama 2 minit 17.Mula masukkan no. Pin 18.2 digit no. Pin dimasukkan, buat panggilan telefon kpd suami/pak we, bertanya no pin 19.Tekan jumlah yang dikehendaki 20.Tekan BATAL 21.Tekan jumlah sekali lagi 22.Tekan BATAL, silap pilih jenis akaun 23.Pilih akaun betul dan tekan amaunt 24.Tekan BATAL 25.Masuk amaunt lain 26.Duit keluar 27.Ambil duit dan resit. 28.Masuk dalam kereta 27.Masuk gear kedepan, tak lepas 28.Masuk gear belakang, PRAP!! Terlanggar besi pagar 29.Berjalan 3 km, baru sedar hand brek tak turun!!!! Sabor jelah!!!!! ============================= Email 4 MISTERI DAN HEBATNYA MAKNA CANTIK Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan. Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata. =============================== Email 5 Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 1. Bersenam @ beriadah. 2. Makan Pil melangsingkan badan. 3. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam... Sabda Rasulullah.. ''Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya..''

Monday, May 4, 2009

Batik di Pasar Payang

D pesan sepasang kain baju batik pada kawan D yang balik ke Kuala Terengganu cuti hari buruh, minggu lepas. Sebenarnya D jugak balik Dungun, terengganu sbb family D tinggal disana. Salah satu kelemahan D adalah tidak pandai tawar menawar bila membeli barangan. ini adalah kelemahan D yang paling ketara, bagi D sebagai orang islam...kita harus meniaga dengan jujur sebagaimana yang Allah kehendaki. D tak pernah terfikir bahawa orang islam yang taat kepada Allah akan meniaga cara orang bukan islam buat. Lagipun kalau orang melayu meniaga, selalunya D tidak akan tawar menawar sbb D nak tolong bangsa sendiri. Kawan D telah membeli sehelai kain pasang batik keluaran terbaru dengan harga RM160 sepasang sedangkan harga yang tertera atas kain tersebut adalah RM360 sepasang. So kawan D berjaya mengurangkan harga sehingga RM200. D terkejut dengan kemampuan dia, dia memang bijak dalam hal tawar menawar nie. Dia kata para peniaga di Pasar payang, kuala Terengganu akan letak harga 2 kali ganda dari harga asal. Oleh itu dia nasihatkan D supaya mengurangkan harga sehingga 1/2 sebelum membeli. Kenapa tak amanah bila meniaga.....inilah masalahnya bila nak kaya cepat. kepada orang luar yang hendak bershopping terutama di musim percutian. berhati-hati denga para peniaga di pasar Payang nie. Jangan tertipu dengan mereka. Jangan sampai kita bayar harga yang tidak setimpal dengan harga sebenar. Kawan D memang orang sana so dia dah tahu teknik nie. so pada dia D ucapkan terima kasih sebab kain yang dia beli tu sangat cantik.