Tuesday, April 7, 2009

Kisah budak lelaki dan pohon epal

Kisah ini D ambil dari blog sangjolie. Bagus untuk dijadikan teladan. =========================================== Pada suatu ketika, terdapat sebatang pohon epal besar dan seorang kanak lelaki yang gembira bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Dia memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya,tidur- tiduran di keteduhan rendang daun-daunnya. Anak lelaki itu sangat meyayangi pohon epal itu. Demikian juga pohon epal itu sangat menyayangi anak kecil itu. Waktu terus berlalu. Anak lelaki itu kini telah menjadi dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari ia mendatangi pohon epal. Wajahnya kelihatan sedih. "Mari ke sini bermain-main lagi denganku," panggil pohon epal itu. "Aku bukan lagi anak kecil yang bermain-main dengan pohon ."jawab anak lelaki itu. "Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya." Pohon epal itu menyahut,"Aduh, maaf aku pun tak punya wang... tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu. " Anak lelaki itu sangat gembira. Dia pun terus memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu anak lelaki tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih. Suatu hari anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat gembira melihatnya datang. "Mari bermain-main denganku lagi." kata pohon epal. "Aku tak punya waktu," jawab anak lelaki itu. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?" "Aduh, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu." kata pohon epal. Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira, tapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu merasa kesepian dan sedih. Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal merasa sangat bersuka cita menyambutnya. "Mari bermain-main lagi denganku." kata pohon epal. "Aku sedih," kata anak lelaki itu. "Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk berlayar?" "Aduh, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu dan pergilah berlayar serta bersenang-senanglah . Kemudian,anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. Akhirnya, anak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. "Maaf anakku," kata pohon epal itu. "Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu." "Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu." Jawab anak lelaki itu. "Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang bisa kau panjat." Kata pohon epal. "Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu." jawab anak lelaki itu. "Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu. "Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang." kata anak lelaki. "Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu. " "Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari…. marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang." Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon. Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya. Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ibu dan ayah kita. Bila kita dewasa, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang boleh mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Anda mungkin berpikir bahwa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita. Dan, yang paling penting: cintailah orang tua kita. Beritahu pada orang tua kita, betapa kita mencintai mereka; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. Semoga bermanfaat

Herbalife dan D

Hari nie D nak bercakap pasal Herbalife. D dah kenal Herbalife dari tahun 2006 lagi lepas tengok adik ipar D guna. D mula ambil dalam tahun akhir 2007. Kenapa D ambil herbalife? D pernah terserempak dengan promoter Herbalife…dia tegur D “ Cik nak kurus tak dan tak payah bersenam?”. Lelaki dalam lingkungan awal 20an itu sebenarnya tak tahu apa produk yg dia jual. Inilah kesilapan yg promoter buat sehingga ramai salah faham tentang herbalife. kenapa tak perlu senaman sedangkan senaman adalah penting untuk jantung dan kesihatan. Jangan tunjukkan bahawa HL tidak galakkan senaman sebaliknya promoter harus galakkan buat senaman disamping ambil HL. My fren ambil herbalife sebab nak kurus…..sampai sekarang D tengok dia tak kurus pun. Kenapa dia ambil HL. Sebab dia terpengaruh apabila melihat kawan dia kurus selepas ambil HL. D ambil herbalife atas sebab berikut:- 1. D malas hendak menyediakan sarapan dan makan malam 2. Harga HL yg D dapat adalah murah Sebagai seorang wanita, kalori yang D perlukan sehari adalah 1800 kalori. Jika kita baring dikatil dan tidak buat apa-apa sepanjang hari, kita masih perlukan tenaga untuk buat kita hidup. Ini yang dinamakan sebagai Basal Metabolic rate (BMR). Jika kita duduk dipejabat/rumah lebih dari 5 jam sehari maka kalori yg diperlukan adalah 1,529 dan jika kita jenis yg aktif sedikit dan berjalan lebih kurang 30 minit kalori yg diperlukan adalah 1600 sehari. Pengetahuan tentang kalori ini sangat penting. Kita harus tahu apa yg kita buat dan sedar tentang apa yg kita makan. D ada baca tentang diet seorang artis nie yg hanya makan epal dan sup sahaja. Badan kita telah diprogram untuk ‘preserve life’. Jika kita kurangkan makanan, badan kita akan memberitahu otak kita untuk menurunkan metabolism. Badan kita cuba untuk ‘preserve’ bekalan lemak supaya badan kita boleh adjust bagi membolehkan kita hidup lebih lama. Jadi pembakaran lemak kita juga akan menurun selaras dengan penurunan metabolism. Oleh itu D akan pastikan D mengambil makanan sentiasa supaya metabolism D sentiasa ‘happy’ dan dalam kadar yang ‘moderate’. Adakah ini bermakna D banyak makan…tak D makan sentiasa dalam kadar yang kecil. D ambil HL sbb D dah tahu setiap pagi dengan 2 sudu HL + 250ml susu tanpa lemak akan menyebabkan D dah ambil 175 kalori. Senangkan tak payah nak fikir makanan apa yg boleh berikan kalori dibawah 200 setiap pagi. Kenyang pun kenyang. Dalam 3 jam selepas tu D akan ambil yogurt (120 kalori). Air kosong dengan HL tea mix sentiasa ada disebelah D. tengahari D ambil makanan berat sedikit iaitu sedikit nasi, ikan dan sayur. D akan pastikan kurang dari 800 kalori. Selepas 3 jam D akan pastikan D ambil secawan milo dan 3 keping biskut (200-300 kalori) sebelum pergi gym sebab D perlukan tenaga. Balik dari gym….perut dah menjerit2 kelaparan. Apa yg paling senang…blend aje HL. Dengan 2 sudu HL (F1)+ 1 sudu F3 +250ml susu tanpa lemak/soya. Perut D dah tak berbunyi lagi. D malas nak masak..masak ambil masa sedangkan perut D lapar sgt2 ketika tu takan nak makan maggi. D jauhkan maggi dan makanan segera sbb ia memudaratkan tubuh D. kalau D masih lapar selepas itu…D akan ambil sebiji epal atau pir atau pisang. So rasanya D ambil kurang dari 1800 kalori sehari tapi metabolism D dalam kadar tetap sbb D tipu BMR dengan makan sentiasa. BMR D rasa selamat sbb sentiasa ada makanan masuk. D pergi gym…D bakar lebih kurang 300-500 kalori utk 2 jam. Kalori masuk 1500 – kalori keluar 1600(aktiviti seharian) + 500(gym) = - 600. So kenapa D tak boleh kurus jika kalori yg dibakar lebih daripada yang masuk. Senangkan…..apa yang yg D dapat hasil dari diet begini. D jimat duit…D tak pernah tolak troli hujung minggu utk bekalan makanan. D Cuma ambil bakul dan ambil 3 kotal susu HL, 6 botol yogurt , sebotol yogurt drink. Dalam RM27 seminggu. Buah-buahan RM10-15 seminggu. Sayur-sayuran RM10. D akan pastikan D ambil sayur hijau so selalunya D akan blend sayur dan buat jus. Makan tengahari RM5 sehari=RM35 seminggu. Sekarang tinggal kos HL. Sebotol F1 berharga lebih kurang RM80 dan tahan untuk 3 minggu. Selalunya D akan beli dalam kuantiti yg banyak sbb D dapat harga 50% diskaun. Untuk kos bagi 1 set adalah lingkungan RM210. Tea mix tahan lama. F1 sahaja tahan 3 minggu. So lepas nie jika jumpa promoter Herbalife yang kata produk ini untuk kuruskan badan dan tak payah excercise...suruh dia balik study balik produk dia. Excercise penting untuk sihat dan kuat. untuk jantung dan untuk paru-paru.

Monday, April 6, 2009

New York Skin Solutions (NYSS)

D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan(Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3.
D buat first trail dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita…lepas tu dia buat rawatan…memang best…first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi…dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka…so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan…kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk…so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima…mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive.
So D mulalah susun tarikh rawatan. My first consultant adalah Yuki. Masa rawatan pertama dia mintak D tukar all my cleasing produk guna New York punya brand. So D pun tukarlah habis lebih RM300 utk clenser, toner dan moisturizer.
Sessi ke 2 dia mula promote collegen drink. Dia kata kalau nak lebih cepat berkesan baik ambik collegen drink nie. So habis lah RM2100 kat sini. Setiap kali rawatan dia akan promote kita supaya up gradekan package. “kalau u tak buat nie…lambat sikit nak ok, kalau u buat nie lebih elok, kalau u guna produk nie rawatan u lebih berkesan” itulah kata2 pujukan dari mereka. Habis package yg dicadangkan pada awal tu tak bagus lah rupanya.
Masuk rawatan ke 6, Yuki ditukarkan ke Subang Jaya so gantilah dengan Angel Too. Kalau Yuki dulu dia faham bahasa sikit. Kalau kita tak nak dia tak paksa….Angel nie lagi teruk. Disebabkan dia supervisor kat NY the Curve maka dia perlu mantainkan dia punya monthly sales. Sistem NY adalah seperti berikut setiap consultant harus promote produk NY semaa rawatan dan sesiapa dapat jualan tertinggi akan dapat reward. So mereka nie akan berusaha untuk kenakan pelanggan.
Betina nie tak faham bahasa….masa mula2 buat rawatan dia akan berbual dengan kita…tanya macam2. So kita ingat dia mesralah tapi mereka nie dah dilatih untuk bertanya soalan bagi melihat kewangan pelanggan. Masa rawatan dibawah Angel, D terkena hampir RM4500 termasuk produk dan up grade package. Kind a scared to come out from facial room after each facial treatment sometimes. Scared to get consult ~~BUY....BUY....BUY or asked to top up facial courses. This situation allways make me stressed. Now.... almost RM12,000 just gone like that.
Tentu nak tahu apa hasilnya kan. Masalah pore tak hilang tetap kelihatan wp sekarang dah masuk 25 kali rawatan. Masalah shagging tetap kelihatan, tiada perubahan. Ingat D ada beli collegen drink sampai habis 20 paket D minum tetap tak nampak kesan. Itu belum masuk produk harian, setiap 3 bulan kena beli sbb isi kandungan botolnya sikit je wp ditulis 50gm. Tak sampai 2 bulan cleanser habis. masalah skin oily masih macam dulu cuma kulit nampak lebih lembut sbb dah buat rawatan memanglah.
My fren (kerja sama mcm D tapi cawangan lain) terkejut bila dia tengok beg biru NY ketika kami sama-sama menginap di hotel masa kursus. Dia adalah Chinese girls, dia kata macammana D boleh guna produk PENIPU. Dia pun bercerita, owner NY adalah dari Singapura. NY claim bahawa barangan mereka diimport tapi sebenarnya produk tersebut dari kilang di Seremban malah kawan D pernah pergi ke kilang tersebut dan owner kilang tu tak tahupun bahawa NY guna produk mereka. Mereka beli dengan harga yang murah dan dibawa ke Singapura untuk packing dan claim import. Harga markup lebih dari 500%. Kawan D ini handle kes NY sbb tu dia tahu detail about NY tapi D tak boleh cerita detail sbb kerahsiaan.
Masa D dengar…D rasa macam nak pengsan. Lepas tu D berkeras tak beli apa2 produk dari NY lagi akibatnya Angel Too tak buat rawatan untuk D sebaliknya dia suruh pelatih baru yg buat rawatan. D dah tak peduli lagi yg penting D nak habis cepat2 rawatan tersebut sbb dah bayar beb. rawatan yang dia buat macam lepas batuk ditangga aje....pakaikan kita mask dan biarkan hampir 45 minit dan bila time rawatan tak sampai 15 minit pun. masa kita lama habis kat mask. D pernah dibiarkan selama sejam di bawah cold steam sampai ada bentuk ais beku kat hidung sbb terlalu sejuk. kejadian nie berlaku selepas D tolak untuk up grade package.
So anda diluar sana…..kalau tak de duit lebih jangan masuk kat tempat nie. Mereka adalah lintah yang tengah tunggu untuk hisap darah anda. Mereka nie kering hati dalam bab2 menipu.
Jika anda lihat rancangan pakar kecantikan di TV3, setiap peserta didalam rancangan tu dapat ganjaran RM3500(dlm bentuk package rawatan) dan produk. D juga pernah ditawarkan untuk masuk dalam rancangan tu tapi D tolak. So tepuk dada tanyalah selera.

FF Access Card

Hari Ahad 5/4/2009. Laundering days….siap sidai semua pakaian dan terus bersiap untuk ke Gym. Hari nie pergi FF Axis. Jam 10 pagi sampai sana…alamak my access card tak de dalam beg gym. Ambik temporary card dan mintak cashier check samaada my card ada diserahkan oleh sesiapa. Nie dah kali ke 2 kad tertinggal kat loker. Kenapalah org yg guna loker no 127 kat FF menara Axis hari jumaat jam 7.30 petang tak boleh nak pulangkan kad ke kaunter. Nie bukan kejadian pertama. D pernah hilang beg make up (beg biru New York). Dalam tu semua my belonging termasuk kerongsang yg paling D sayang. D sangup pagi2 lagi pergi ke FF Axis dan terus ke lady room dan ke loker bernombor 128 untuk dapatkan kembali beg tu tapi dah hilang sedangkan baru semalam D tinggalkan kat situ. Akibatnya D terpaksa beli semula all my cosmetic product. Dari compact powder sehingga brush. Habis lebih RM600 untuk semua item. Jenama dalam beg tu adalah dari Body Shop dan Dior. Sbb kulit D jenis berminyak so hanya this product sahaja yg sesuai dgn kulit D. Kenapa nak ambik alat make up…kan dah digunakan. Kalau nak ambik kerongsang…ambiklah sbb benda tu boleh dijual atau guna tapi used make up…eeee kalau D tak sanggup nak guna. Sekarang my access card pulak…..nak ganti kena bayar RM25. Geram betul…. D join kelas Body step dan separuh kelas Body Combat sbb badan D dah penat sangat. Balik rumah singgah kat Pasaraya n beli bahan-bahan untuk buat kue teow penang. Teringin nak makan…sos kue teow dah ada just beli dia punya bahan2 je. Petang D buat moist chocolate cup cake yg diajar oleh chef Hau semalam dan toppingkan dengan coklat. Masukkan dalam box dan untuk bawak ke ofis. Jadi D tak perlu makan cup cake tersebut cuma makan satu sahaja untuk rasa.

kelas masakan dan kerenah peserta

Sabtu lepas 4/4/09, D decide nak join kelas masakan di Bake With Yen, Puchong. Chef Hau akan ajar cara buat cup cake dan decoration guna butter icing. tengok jadual gym, kelas Body Step kat The Curve akan dikendalikan oleh kenny. salah satu instructor favorite G. lepas bangun tido, duduk termenung kejap kat katil....mana nak pergi nie. Akhirnya bila teringatkan Nabila, anak saudara D yg berusia 5 tahun tu begitu gilakan cup cake buatkan D tanpa berlengah lagi terus decide pergi BWY. D sampai di BWY pada jam 9.30 pagi, lepas daftar kelas dan bayar RM35, D terus naik ke kelas yg berada di tingkat 3. Oleh kerana D sampai agak awal dapatlah D duduk di row ke 2, ada beberapa orang makcik duduk di row 1. Chef hau tengah buat beberapa contoh design hiasan cup cake untuk diletakkan atas dulang hiasan cup cake. Mudahnya dia buat, begitu asyik tengok chef buat deco tanpa sedar ada 2 orang wanita duduk di sebelah D. Dia kecoh bila tengok chef dah buat decoration, D senyum dan bagitau kelas belum mula chef saja buat deco untuk diletakkan atas tray. Wanita tu dalam around 35 ke atas rasanya berbadan gemuk pendek, bertudung gaya ekin perkenalkan dirinya sebagai normala dan kawan beliau...tak ingatlah nama dia. Dia tanya D samaada selalu join tak kelas kat BWY...D kata ini kali pertama. Mata D terus tengok chef tak berminat sangat nak berbual sbb asyik tengok kelincahan tangan chef buat hiasan. Dalam 30 minit sahaja...kelas mula padat dengan 45 orang peserta. ada yang muda belia tapi majoriti wanita berumur dan terdiri dari semua bangsa. Muhibbah betul...yang mana datang lewat tarik kerusi nak duduk depan hingga menutup ruang laluan. Chef mulakan kelas...chef berbangsa cina tu bercakap mengunakan bahasa melayu tetapi sebutan beliau kurang jelas. Chef mulakan dengan resepi Mocha cup cake...bagusnya chef nie wp pertuturan kurang jelas tapi beliau menjelaskan dengan terperinci setiap kesalahan yang tidak boleh dilakukan semasa buat cake. Mak cik sebelah D mulal menganggu chef dengan menanyakan soalan2 yang bagi D...stupidnya. Chef timbang guna cawan penyukat 1/2 cwn. Dia minta timbang guna gm. Chef timbang...dan bagitau 1/2 cwn = 92 gm. Ada sorang lagi peserta tanya klu macam tu dalam resepi tulis 1 cwn jadi berapa grm. chef bagitau lebih kurang 180gm. Mak cik terus angkat tangan...dia kata kenapa 180gm sedangkan tadi sukat 92gm. Chef ketika itu sibuk dan tak hiraukan soalan dia. mak cik nie bengang dan terus mengomel. D terganggu sbb percakapan mak cik nie menghalang D dari mendengar jelas...D kata pada mak cik tu. betullah lebih kurang 180gm untuk secawan...masa chef timbang 92gm utk 1/2 cwn so kali dua dapatlah 184gm. kesalahan chef adalah tak bagi tepat 184gm...dia hanya sebut lebih kurang so mak cik nie tak puas hati sbb 4gm tu. 'tahulah...' kata mak cik tu dengan nada marah pada D. Lepas tu dia masih ganggu chef lagi. D rasa serabut sangat sbb chef tak boleh ajar dengan tenang disebabkan ada mak cik2 suri rumah tangga nie yg tak boleh nak terima bile chef kata susu pekat manis tapi chef guna Marigold sweet cramer. tak sama ke sweet creamer dengan susu pekat manis tak faham betullah D apa masalah mak cik nie. nak kata bodoh...gaya educated sbb bertutur guna BI dan gaya pakaian macam mak-mak datin. Itu belum lagi masuk kerenah Si Normala yg duduk disebelah kiri D. Dia dok maki 'aisyah' tak tahulah D siapa si aisyah yg malang nie. mungkin dia pernah masuk kelas yg dikendalikan oleh aisyah nie sbb dia bandingkan cara chef ajar dengan aisyah. Tapi apa yg D nak ceritakan adalah sikap Normala yg outspoken. D tak tau kenapa kawan Normala boleh bertahan dgn sikap Normala. Bila kawan Normala kata dia tak ingat bila hari jadi husban dia...Normala boleh kata ' itulah kau...hari jadi laki sendiri pun tak boleh ingat...patutlah rumah tangga kau berantakan'. ' dah kau tu pemalas...', engkau buat kerja bukanya senonoh patut semua cake yg kau buat tak menjadi'. 'Dah dasar kau buat kerja cemerkap..'. Terlalu bayak kata-kata maki hamun yg keluar dari mulut Normala dengan suara nya yg nyaring...D rasa bukan D aje boleh dengar org yg kat depan dan belakang D pun boleh dengar. D pandang Normala...kesian dahlah huduh...berbadan gemuk pendek...tambah pulak perangaipun huduh jugak...kenapalah kawan dia tu boleh tahan. Kelas chef dah melepasi jam 1.15 tapi chef masih belum habis menunjukkan decoration butter icing sebayak 20 design seperti yg dijanjikan sbb ganguan2 dari mak cik2 tu. Bila tengok para pekerta mengerumuni chef sehingga D dah tak boleh nampak apa yg chef buat..tambahan pulak perut D berkeroncong sakan...D terus ambil 4 cup cake yang tanpa hiasan dari pembantu chef Hau dan terus keluar dari kelas tu. D berjalan ke restoran berdekatan...untuk makan tengahari. D duduk seorang dimeja tepi dinding...D habiskan sepinggan nasi dan pergi basuh tangan serta buat bayaran di kunter. D pergi ke meja semula sbb D belum minum air yg D dah order....tiba2 si Normala dan kawan dia masuk restoran dan terus duduk depan D. D hanya senyum dan tanya ' kelas dah tamat...saya lapar sangat sbb tu keluar awal'. Si Normala dengan suara nyaringnya mula maki hamun orang2 yg dia kata ambik lebih cup cake dan orang yg ambik cup cake dengan design yg cantik dari chef. D mula rasa serabut...wp air belum habis D minum dan hujan di luar sangat lebat...D bangun mintak diri dan keluar dari restoran dan berlari ke kereta. Habis basah baju D...itu tak penting...yang penting boleh lari dari manusia bernama Normala. Kesian D kepada perempuan yg bersifat seperti Normala.....bermulut celupar, sentiasa merungut dan memaki hamun. Hidup Normala mesti tidak tenang sbb sentiasa ada perkara dia tak puas hati dan nak maki. kesian Normala. Wbp D puas hati dengan kelas hari nie sbb D dah tahu kat mana silapnya cup cake yg d buat sebelum nie. Yang pasti mesti Nabila melompat-lompat keriangan bila tengok beautiful cup cake utk birthday party dia nanti.

Friday, April 3, 2009

The 90/10 Principle by Stephen Covey

Pagi nie, my best friend Min sent this email to me. lepas baca....hati aku benar2 tersentuh sebab aku pernah lakukan kesilapan dalam salah 'react'. Minggu lepas aku balik kampung. Anak-anak saudara minta buatkan mereka donat. Masa sedang mengoreng donat, anak saudara lelaki iaitu Aman telah merosakkan donat yg belum digoreng. reaksi sepontan aku adalah menampar dia ketika itu jugak. Aman, 3 tahun terkejut sangat dan terus menangis teruk. lepas tu dia merajuk dengan aku dan langsung tidak ambil donat yg aku berikan wp aku letakkan banyak coklat dan coklat rice. Sehingga aku balik...aman langsung tak pandang dan dekat dengan aku. This morning...aku akan poskan hadiah buat aman...tanda aku minta maaf dan menyesal. So artikel ini akan aku simpan supaya aku tak lupa dan ulangi kesilapan react seperti itu. Aku boleh kawal 90% tindakan 'react' bagi memastikan 'i'm a good person'. Mak long benar-benar menyesal Aman. ===================================== The 90/10 Principle Author : Stephen Covey Have you read this before? Discover the 90/10 Principle. It will change your life (at least the way you react to situations). What is this principle? 10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is decided by how you react. What does this mean? We really have no control over 10% of what happens to us. We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the other 90%. How? By your reaction. You cannot control a red light., but you can control your reaction. Don't let people fool you; YOU can control how you react. Let's use an example. You are eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You haveno control over what just what happened. What happens when the next will be determined by how you react. You curse. You harshly scold your daughter for knocking the cup over. She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your spouse and criticize her for placing the cup too close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus. Your spouse must leave immediately for work. You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph speed limit. After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye. After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to coming home, When you arrive home, you find small wedge in your relationship with your spouse and daughter. Why? Because of how you reacted in the morning. Why did you have a bad day? A)Did the coffee cause it? B) Did your daughter cause it? C) Did the policeman cause it? D) Did you cause it? The answer is D. You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5 seconds is what caused your bad day. Here is what could have and should have happened. Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry. You gently say, "It's ok honey, you just need,to be more careful next time". Grabbing a towel you rush upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase, you come back down in time to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and waves.You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss comments on how good the day you are having. Notice the difference? Two different scenarios. Both started the same. Both ended different. Why? Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was determined by your reaction. Here are some ways to apply the 90/10 principle. If someone says something negative about you, don't be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out etc. How do you react if someone cuts you off in traffic? Do you lose your temper? Pound on the steering wheel? A friend of mine had the steering wheel fall off) Do you curse? Does your blood pressure skyrocket? Do you try and bump them? WHO CARES if you arrive ten seconds later at work? Why let the cars ruin your drive? Remember the 90/10 principle, nd do not worry about it. You are told you lost your job. Why lose sleep and get irritated? It will work out. Use your worrying energy and time into finding another job. The plane is late; it is going to mangle your schedule for the day. Why take out your frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on. Use your time to study, get to know the other passenger. Why get stressed out? It will just make things worse. Now you know the 90-10 principle. Apply it and you will be amazed at the results. You will lose nothing if you try it. The 90-10 principle is incredible. Very few know and apply this principle. The result? Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and heartache. There never seem to be a success in life. Bad days follow bad days. Terrible things seem to be constantly happening. There is constant stress, lack of joy, and broken relationships. Worry consumes time. Anger breaks friendships and life seems dreary and is not enjoyed to the fullest. Friends are lost. Life is a bore and often seems cruel. Does this describe you? If so, do not be discouraged You can be different! Understand and apply the 90/10 principle. It will change your life.

Thursday, April 2, 2009

Gym

D dah 2 tahun join Fitness First. D ambik passport kena bayar RM175 sebulan so boleh pergi mana-mana branch FF. Yang selalu D pergi adalah FF the Curve dan Axis. Masa belum join gym, berat D adalah 83 kg dengan ketinggian 5"4. Lepas 3 bulan berat turun 6kg. D ambik personal trainer...yelah masa tu baru masuk tak tau nak guna mesin. Jangan harap dapat tanya PT, muka mereka semuanya ada $$$$. D guna PT perempuan...so pada awalnya OK lah tapi dia nie ada satu atitute yg D tak berapa suka. kita bayar dia full sejam, D ambik pakej 30 session bayar kat RM3000 jugak lah. Dia boleh suruh kita buat satu-satu latihan pastu dia tinggal dan berbual dengan PT lain. Bila dah nampak kita berhenti...baru datang. Ambik mudah dan tak serius. Masa tu memang tak sabar nak habiskan session. Dia pernah kantoi dgn D, dia sms D kata dia tak sihat wp D masa tu dah ada kat Gym. Dua hari kemudian masa session seterusnya dia pun bercerita...U dah tengok Movie xxx kat pawagan. Pergilah best movie tu...i dah pergi tengok sabtu lepas dgn boyfren I (masa dia SMS kata dia tak sihat). Wp D guna PT tapi D tak pernah miss sebarang kelas pun. D suka join Body Step, Body Pump, Body Combat dan Body Balance. dalam seminggu D habiskan masa 2 jam sehari selama 4 @ 5 hari. Perkara yang D perhatikan semasa berada di gym adalah kemasukan bermusim. Ada satu masa akan ramai orang melayu @ india akan join dalam group yang ramai. tunggu 2 bulan, mereka nie akan hilang...tinggallah beberapa orang. kalau join kelas pulak, masa kelas pertama mereka masuk tapi bila dah tak boleh ikut...mereka terus tak masuk lagi. Mereka semua lupa...setiap orang ada 'first time' mana ada yang terus pandai. Biasalah terkial-kial waktu mula-mula join tapi terus masuk jugak. orang tak tengoklah awak terkial2 sbb masing2 sibuk nak kejar step tak de masa nak pandang pun. Masuk 3 @ 4 kelas barulah cekap sikit dan dah boleh ikut step, dah boleh ikut lagu. Lepas habis tempoh 30 session, berat D turun sebanyak 68kg dan D dapat mengurangkan bahagian yang bermasalah. tau tak D dah boleh pakai baju bersaiz M...cewah. ingat lagi masa gi Sogo, D masuklah kat butik Elle. tengah dok belek2 baju tiba-tiba seorang salesgirl datang dan kata ' sorry kak...saiz akak tak delah kat sini'. hampeh betul minah tu. sekarang dengan bangganya D pergi Elle dah beli pakaian sukan kat situ. Alhamdullilah sampai sekarang D mampu terus bertahan dan terus pergi gym sbb kalau tak pergi gym...rasa tiba2 lenguh badan.

Pengenalan

Catatan pertama dahlia dalam jurnal harian. baru lepas siapkan kertas kerja untuk satu kes yang telah selesai. bab paling malas adalah nak buat adalah kertas kerja. malas betul nak mengarang. lega dah siap. D kerja di pejabat, masuk jam 7.30 pagi dan balik jam 4.30 petang. lepas solat asar terus pergi ke gym. join kelas and selalunya keluar gym dalam jam 7.30mlm. inilah rutin harian D. Kerja D taklah glamour macam orang lain tapi ada bilik sendiri. ada name card tapi tak boleh bagi kat sesiapa sbb kerja D agak sensitif. kalau orang tanya, D hanya bagitau pegawai je....cukuplah bila tau banyak2 karang banyak pulak ragamnya. pernah sekali dalam lif tersempak dengan satu makcik yang terlalu peramah. banyak betul cerita dia....kecoh betul makcik nie tapi bila dia terpandang logo kat dokumen bag terus dia diam tak bercakap. anti betul dia dengan logo tu hahaha.... Apa yang D paling suka tentang kerja D...pernah tengok CSI. macam tu lah kerja D. paling seronok bila dapat cari klu untuk break the case. enjoy sangat.....dan yang paling penting D banyak tahu cerita-cerita yang orang biasa tak tahu. Apa yang tak best...orang benci beb.