Thursday, December 31, 2009
Kita sering inginkan......
Wednesday, December 30, 2009
Penilaian Prestasi
Ketua kumpulan D adalah seorang pegawai senior yang hendak pencen 2 tahun lagi. Dia hanya berani cakap belakang sahaja.....dan seorang yang suka curi tulang. Kalau keluar minum jam 10 pagi, ia akan berlarutan sehingga jam 2 petang dan bila berada di bilik pejabat pulak.....ramailah pegawai2 lain akan berkumpul dan bersembang sehingga petang. Fail kes atas meja akan terbuka dari awal tahun sehinggalah akhir tahun. Tak pernah selesai malah tak pernah nak buat kes baru. Ahli kumpulan yg lain adalah seorang pegawai lelaki yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun.....dalam setahun hanya handle 1 kes RM300 ribu dan seorang lagi pegawai perempuan yang baru setahun setengah dijabatan D......pegawai senior jugak tapi dahulu dijabatan lain so dia rasa dia agak 'besar' dari D. Permulaan kemasukkannya D selalu beri tunjuk ajar pada dia.
D selalu ke bilik dia dan tanya perkembangan kes kemudian beri pendapatan tentang apa yang perlu dilakukan. Bila D keluar sahaja dari bilik dia......dia pun terus meluru ke bahagian kerani pejabat dan berkata "kau tengok.....dia baru je keluar dari bilik akak.....nak mengajar orang kononnya....berlagak bagus sangat". Kerani kat situ pulak mulut tempayan maka sampailah semua kutukan tersebut kepada D. So D pun menjauhkan diri.......lebih selamat. Dalam bilik pejabatnya...dia lebih suka menghabiskan masa depan komputer dan baca buku cerita. Mengutuk D kepada kawan-kawannya malah ofismate lelaki yang lain mula terpengaruh. Dia orang kelantan maka dengan semangat kenegerian semua ofismate kelantan akan menyokong beliau. Mengutuk D dibelakang dan merayu2 D bila perlukan pertolongan terutama dalam menyelesaikan kes dan kebetulan pulak 45% ofismate adalah orang kelantan....huh.
Belum sempat D duduk di kerusi di dalam bilik D.....bunyi mesej masuk di email box kedengaran. Bila D bukak mesej box maka email yang ditujukan kepada kami bertiga diterima dari ketua kumpulan. Sebanyak RM4.5 juta dari kutipan D telah diserahkan kepada 2 pegawai pemalas ini dan sejumlah 8 kes dari 18 kes yang dikendalikan oleh D diserahkan kepada mereka. Ketua D telah memindahkan semua ini dengan kuasa ditangannya. Beliau buat begini kerana jika prestasi 2 pekerja ini teruk maka beliau sebagai ketua kumpulan juga teruk....so dia lepas tangan dengan 'merompak' kutipan dan kerja keras D selama setahun.
Apa yang boleh D buat. D hanya menangis sepuas hati....D menangis teresak-esak....sakitnya hati. D tak tahu nak mengadu pada sesiapa.....kepada ofismate...mereka talam dua muka. Kepada ketua jabatan hanya mendatangkan musibah sebab beliau juga seorang yang tak guna dan tak pernah ambil tahu tentang keadaan pejabat. Yang penting kepada beliau......aku akan naik pangkat lagi sebab statistik jabatan dan capai. Bgaimana pegawai kerja tak perlu tahu....sapa yang curi tulang tak pernah nak ambil tahu. Susahnya.Tuesday, December 29, 2009
EGO......KILLS U
Friday, December 25, 2009
Barangan ex-display di AsIs corner
Box ini D beli pada harga RM21. Harga asal adalah RM29....alasan mengapa 2 box ini ditempatkan di As Is corner adalah sbb sedikit kemek di bahagian bawah tin yang besar tu. D guna tin ini untuk menyimpan semua dokumen dan surat penting.
yang ini pula dibeli dengan harga RM8 dan harga asal adalah RM10.50. Tiada kecacatan apa2 ditemui.....ketiga2 tin ini sempurna. D guna untuk letakkan peralatan menjahit seperti benang, gunting, jarum, butang dll.
Banyak barangan lain di As is corner...ada perabut ex-display dll tapi D lebih berminat dengan barangan kecil2 seperti ini.
Thursday, December 24, 2009
Personal trainer....berbaloi ke?
- Jika lihat di FF ada beberapa PT yang muda remaja dan mereka ini akan sentiasa datang berbual dengan kita….sentiasa senyum dengan kita. Kalau PT tu melayu mereka akan cari ahli gym melayu dan sentiasalah datang berbual dengan kita…..yang jenis peramah nie masih dalam tempoh percubaan atau baru masuk kerja. Mereka ini belum berpengalaman…kalau PT yang telah lama bekerja atau berpengalaman sikit….mereka nie jarang nak senyum dengan kita. Jual mahallah kononnya….
- Lihat cara mereka menyentuh tubuh trainee mereka….cara mereka membetulkan setiap gerakan senaman…cara mereka tegur kesilapan trainee dan yang paling penting…lihat mata mereka samaada mereka memberikan tumpuan sepenuhnya pada trainee ataupun merbual dengan PT lain atau ahli gym lain selepas minta traine buat senaman dan hanya kembali selepas trainee selesai. Kalau Nampak PT buat begini….cancellkan nama mereka dari list anda. Cari PT yang betul2 boleh memberikan motivasi kepada anda. Itulah tujuan utama PT....adalah untuk memberi motivasi dan memberi tunjukajar cara senaman yang betul.
- D pernah melihat seorang PT perempuan kat FF The Curve yang tengah melatih traineenya. Dia minta trainee melakukan push up kat bangku panjang….PT tersebut berdiri sambil bercekek pinggang dan mengira dengan kuatnya 1…2….3…sambil matanya melihat orang lalu lalang dengan mesej “ Lihatlah aku….hebatkan aku nie”. Dia langsung tak tegur traineenya yang buat gerakan push up yang salah….langsung tak tegur dan betulkan kedudukan tubuh trainee tadi. Perempuan bodoh dan sombong. Jangan ambil PT macam nie. Buat habis duit je.
Ambil PT yang anda rasa anda akan selesa dengan mereka…contohnya kalau anda wanita maka anda hendak ambil PT wanita jugak…tak salah. Tapi kalau pemerhatian anda ada PT lelaki yang bagus dan tahu jaga adap ketika menyentuh trainee…anda boleh ambil PT lelaki. Jangan sesekali menghadkan pilihan kita berdasarkan jantina atau bangsa. Pilih yang anda selesa dan terbaik.
- PT yang bermulut celupar menegur tranee dengan tujuan hendak malukan tranee. Ada seorang PT perempuan melayu di FF The Curve yang menemani tranee di treadmill bercerita tentang keburukan tranee beliau yang lain sehingga D dengar butiran perbualan mereka wp D berada di treadmill sebelah. So kalau dia boleh burukkan tranee dia yang lain tak mungkin dia takan burukkan anda….so keluarkan list nama beliau.
Membandingkan keupayaan sesama trainee “ U bagus tapi trainee I yang semalam…bila I suruh dia buat macam nie pun tak boleh…lembik sangat”. PT macam nie bodoh sbb keupayaan manusia berbeza so dia yang sebenarnya tidak kreatif dan tidak memberikan tumpuan yang baik kepada pemasalah traineenya. Dia sepatutnya memcari jalan bagaimana mengatasi pemasalah trainee bukan mengutuk.
- Jika sudah ada seorang PT yang anda rasa bagus cuba-cubalah berbual dengannya. Tanyalah pengalaman PT tersebut….jangan biar dia saja yang asyik tanya tentang diri kita. Tanya pengalaman beliau…..kelulusan beliau…certificate yang beliau perolehi.
- Tanya diri anda. Anda melabur wang yang agak banyak untuk membayar PT oleh itu anda harus sama-sama bersemangat dan tekun. Jangan lembik dan mengada-gada. Jika anda malas….sentiasa culas….banyak alasan….baik jangan buang duit. Satu sesi latihan mengunakan PT adalah RM120-150 sejam dan satu pakej adalah dalam 10 sessi dan lebih so....pastikan anda juga bersungguh-sungguh dan bersemangat.
- Jawapannya bergantung pada anda. Ia berbaloi jika anda dapat PT yang boleh melatih anda seperti PT kat bawah nie...hehehe. Tidak berbaloi jika anda salah pilih PT. Oleh itu buat homeworks dulu sebelum buat keputusan dan jangan buat keputusan terburu-buru. Dapatkan pandangan rakan2 gym anda. PT bagus jika anda inginkan motivasi untuk terus melakukan exercise.....jika anda melakukan senaman tanpa ilmu....memang anda akan cepat boring dan hanya boleh bertahan setakat 6 bulan sahaja lepas tu andapun mula culas hendak ke gym.
Bob dan Jillian, PT dalam The Biggers Loser
Aksi-aksi di Gym
Tuesday, December 22, 2009
HANDBOOK 2010
INI JANJI D UNTUK 2010. KESIHATAN(Rohani dan jasmani):
- Jangan lewat-lewatkan sembahyang dan bersembahyanglah dengan sempurna dan tertib.
- Minum banyak air
- Makan sarapan seperti raja, makan tengahari seperti seorang puteri dan makan malam seperti pengemis
- Makan banyak makanan yang dihasilkan dari pokok dan kurangkan makanan yang dikeluarkan dari kilang.
- Hidup dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy
- Baca buku lebih banyak daripada tahun 2009 terutama Quran.
- Tidur secukupnya iaitu 7 jam (yang nie ok...sekarang pun memang cukup)
- Ambil masa 10-30 minit berjalan setiap hari dan bila berjalan, senyum
PERSONALITI:
- Jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain. You have no idea what their journey is all about.
- Jangan mempunyai fikiran negative terhadap perkara yang kita sendiri tidak boleh kawal. Lebih baik tumpukan tenaga kita terhadap perkara positif berlaku pada masa sekarang.
- Jangan sesekali over do. Hadkan limit.
- Don't take yourself so seriously. No one else does
- Jangan buang masa anda yang amat bernilai dengan mendengar gosip
- Dream more while you are awake
- Envy is a waste of time. You already have all you need
- Lupakan semua perkara yang telah lepas. Jangan ungkit kesilapan orang lain yang telah lepas. Itu hanya akan merosakkan kebahagian pada masa kini.
- Hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan membenci seseorang. jangan benci orang lain.
- Make peace with your past so it won't spoil the present
- Tiada siapa yang boleh memberikan kebahagian dalam hidup anda kecuali anda sendiri.
- Realize that life is a school and you here to learn. Problems are simply part of curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
- Senyum dan ketawalah selalu
- Kita tidak selalunya harus menang dalam setiap perbalahan. Oleh itu belajarlah mengalah. Agree to disagree
KEHIDUPAN SOSIAL:
- Kena selalu telefon mak dan adik-adik.
- Setiap hari D berjanji akan cuba berikan sesuatu yang baik kepada orang lain
- Maafkan orang lain untuk segala-galanya
- Luangkan lebih masa dengan orang yang berumur diatas 60 tahun dan dibawah 6 tahun.
- Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang senyum setiap hari (yang nie payah sikitlah gamaknya.....)
- Apa yang orang fikir tentang aku bukan masalah aku tapi masalah mereka so buat tak tahu.
- Kerja anda tidak akan ambil berat terhadap diri anda ketika anda sakit tapi kawan-kawan terdekat...ya. Oleh itu jangan putuskan persahabatan anda dan sentiasa hubungi mereka.
HIDUP:
- Buatlah perkara yang betul
- Jauhilah perkara-perkara yang tidak berguna, tidak mengembirakan dan sia-sia
- Allah menyembuh semua perkara. Oleh itu mengadulah 'kesakitan' kepada Allah.
- Walaupun baik atau buruk sesuatu situasi....ia akan tetap berubah
- Walau apa sekalipun perasaan anda ketika itu.....dress up and show up.
- Bila bangun setiap pagi....bersyukurlah kepada Allah kerana masih hidup.
- Sentiasa gembira
- You are what you eat. Oleh itu pastikan rezeki yang diterima adalah berkat. berkerjalah dengan tekun....jangan culas, buatlah kerja dengan ikhlas....berdoalah supaya Allah jauhkan rasuah/suapan dari menghampirimu.
SEMALAM ADALAH SEJARAH, ESOK ADALAH MISTERI DAN HARI INI ADALAH SESUATU YANG PASTI.....BERSYUKUR DAN BUATLAH YANG TERBAIK
Lain yang dirancang lain jadinya
Monday, December 21, 2009
Politik pejabat
Thursday, December 17, 2009
DeZAHRA Year End Sale!!!!



Yang nie RM100 selepas diskaun dapatlah harga RM70. Yang dua kat bawah nie pun sama 30% diskaun.

Yan nie berharga RM85, selepas diskaun 40% dapatlah RM51.
So sesiapa yang berminat dengan kualiti dan design Dezahra bolehlah melawat boutique ini. Kalau sesiapa yang berminat dengan tudung yang dipakai oleh Ayu Raudhah dalam Nur Kasih boleh dapatkan tudung tersebut, bukan tudung aje tau tapi baju yang Ayu raudah pakai pun ada dijual dengan diskaun 50%.......ini kali ke2 DeZahra buat diskaun. yang pertama pada Raya Haji lepas tapi untuk yang bercorak kosong ajelah.
Wednesday, December 16, 2009
Strawberry
Krismas 2009 @ The Curve Mutiara Damansara
Monday, December 14, 2009
Everday ways to care for your hair
Other people may have thinner hair because they don't properly take care of their scalp. Vitamin B and Iron are two nutrients essential for a healthy scalp. Take amla oil and coconut oil and boil them together to create hair tonic. This tonic is very effective in preventing hair loss. Mix amla juice and lime juice together to create great hair tonic. It is very effective hair loss prevention formula. You can use this with your shampoo when you wash your hair.
Sunday, December 13, 2009
L'OCCITANE
1. Immortelle Brightening Toner 200ml RM99
2. Immortelle Divine Cream RM430 (produk baru)
3. Brightening cleansing foam RM103
So habislah duit D sebanyak RM632, oleh kerana D bukan member so D tak dapatlah diskaun 5% tapi oleh kerana D buat belian melebihi RM200 maka D dapat jadi member tapi diskaun 5% hanya dapat lepas dapat kad. oleh kerana ada promosi krismas maka D dapatlah hadiah ini

Extra....untuk belian melebihi RM500 dalam satu resit dan D juga dapat hadiah percuma ini sebab belian melebihi RM350

Satu set mini yang mengandungi:-
1. Revitalizing Shower Gel 50ml
2. Relaxing Body Lotion 50ml
3. Repairing Shampoo 35ml
4. Repairing Conditioner 35ml
Friday, December 11, 2009
SMS penipu
Wednesday, December 9, 2009
Seater Set
Inilah harganya. Pada awal harga promosinya adalah RM2050 tapi lepas tawar menawar dengan salesman dapatlah harga RM1800 sahaja. Sudah diskaun 50% dari harga asal dapat diskaun lagi......so cuba2lah menawar ketika warehouse sales manalah tau dapat kurang lagi. Tak rugi mencuba. Kalau ada yang berminat dengan barangan Macy dan hendak sentiasa update berkaitan promosi Macy cuma 'add' Macy kat facebook anda.
