Lebih 2 tahun blog ini tidak diziarahi dan dijenguk. Sekarang D kembali......kembali menulis dan bercerita.
Apa yang berlaku dalam tempoh 2 tahun ini?.
1. Masih sendirian.....masih belum bertemu jodoh
2. Terlalu banyak drama sedih yang berlaku dalam kehidupan D
Dalam tempoh 2 tahun.....Allah berikan 3 orang anak saudara baru....kenaikan gaji, bonus yang melebihi 6 bulan dan berpindah kerumah sendiri.
Dalam tempoh 2 tahun, keluarga D ditimpa musibah (ujian dari Allah).
Adik kedua D disahkan barah payudara tahap 3. Ditahan sebulan di HUKM dan dalam tempoh tersebut hanya kami adik beradik yang menemani beliau.
Selepas keluar dari hospital, dengan keadaan rambut yang gugur (botak), badan kehitaman sebab kesan kimoterapi....mulut yang pecah-pecah dan badan yang susut teruk......beliau dilafaskan talak satu oleh suaminya dihadapan emak dan bapa saudara.
Adikku Yah......engkau hanya mendiamkan diri....tunduk merenung lantai ketika lafaz talak dikeluarkan oleh lelaki yang telah engkau hidup selama 11 tahun dan lahirkan anak untuknya seramai 5 orang....akhirnya adikku yah dibuang seperti kain buruk. Tiada setitis air mata yang mengalir dipipimu Yah.....
Yah senyum.....yah cuba sembunyikan kemelut hidupnya dan cuba sibukkan diri dengan bacaan Al-Quran. Hanya esakan sayu kedengaran ditengah-tengah malam ketika Yah sujud kepada Allah.....Yah menangis.....
Beberapa bulan berlalu.....Yah mula tenat.....dia terbaring diatas katil.....dia tidak boleh lagi bangun....dia hanya mampu sambahyang secara berbaring namun mulutnya sentiasa terkumat kamit dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Syukur kepada Allah.....adikku Yah adalah penghafal Al-Quran dan dalam tempoh 3 bulan ini....Yah sentiasa menghafal Al-Quran.....dahulu ketika sihat Yah begitu sibuk dengan urusan harian sebagai pengusaha tadika dan apabila Allah beri ujian ini......Yah kembali mendekati dirinya kepada Allah dan membaca ayat-ayat Al-Quran yang dia tinggalkan dahulu.
Akhir 2012, yah menghembuskan nafas terakhirnya dikala jam menunjukkan 11.30 malam....yah pergi diusia muda.....yah pergi tinggalkan 5 anak dan pergi tinggalkan emak. Dengan tangisan emak berkata kepada D.....hati ibu remuk bila terpaksa menghantar anaknya 'pergi' dahulu.
Kemelut keluarga tidak tamat.....kini bermula pula drama perebutan anak dan harta arwah. Bekas suaminya mahu semua harta arwah dan marah kepada emak apabila mendapat tahu bahawa arwah telah tukarkan nama penerima insuran....mengamuk gila suaminya bila dapat tahu duit pampasan insuran berada dalam tangan emak. Kini dia mula rampas rumah, kereta, tadika serta harta-harta peribadi adik. Beliau halau emak dari rumah adik. Akibatnya hidup emak tidak aman......kini emak mula turun naik mahkamah......
Dalam tempoh 2 tahun....saya tinggalkan blog ini, itulah pelajaran yang diperolehi dari persekolahan kehidupan.....ia memberikan kesan yang mendalam.....meninggalkan luka dan pedih sakit dihati tetapi ilmu sebenar diperolehi iaitu kesabaran.