Saturday, February 20, 2010

Trip to Bandung, Part 1

Walaupun perancangan tahun nie lari sebab bonus tak dapat seperti yang kami impikan....tapi oleh kerana tiket dah dibeli pada 25hb August 2009 maka D dan kawan-kawan kenalah jugak pergi melancung ke Bandung.
Urusan pasport dah selesai, D buat pasport di Shah Alam. Jam 7.20 D dah ada di jabatan Imigresen PKNS Shah alam. Ketika sampai D ingat Dlah yang paling awal rupanya ada lagi yang paling awal.....ada 6 orang sedang menunggu dihadapan D. Tips untuk anda yang baru pertama kali hendak membuat pasport antarabangsa....sediakan awal2 gambar ukuran pasport 2 keping, salinan IC depan belakang disatu muka surat jadi anda boleh terus isi borang dan ambil nombor tak payah nak gi tangkap gambar lepas tu fotostat IC.....banyak masa yang anda dapat jimatkan sebenarnya jika anda buat persediaan awal....kalau yang ada anak kecil tu jangan lupa bawak salinan surat beranak dan originalnya. Jangan pergi ke jabatan Imegresen selepas cuti perayaan atau hari isnin....kalau tak anda akan menunggu lebih 6 jam.
D cuma ambil masa tak sampai 3 jam. Jam 8.15 saya dah siap buat pembayaran dan kena tunggu 2 jam sebelum ambil pasport. Jam 9.45 pasport saya dah siap. Cepatkan.....D puji perkhidmatan cemerlang imegresen shah alam.
Minggu lepas D buat survey cari money changer yang boleh bagi kadar yang baik untuk pertukaran wang. hari Khamis D survey kadar RM1 = RP0.000373. hari jumaat D pergi tempat yang sama kadar pertukaran turun kepada RM1-RP0.000372. kawan D ajak pergi ke satu money changer kat Bukit Bintang katanya boleh dapat rate yang lebih baik tapi bila D campur tolak duit minyak, parking dan masa saya hendak ke sana rasanya tak berbaloi.....lebih baik D tukar duit kat Tesco Mutiara Damansara saja. Bukannya D nak tukar berpuluh ribu. D tukar RM1500 dahulu sebab kawan sepejabat yang pernah pergi ke Bandung nasihatkan tukar separuh kat sini dan tukar lagi kat sana sbb katanya kadar kat sana lebih murah lagi tapi bila buat survey kat internet ada yang kata kadar kat sana mahal......yang pasti RM1500 tu cukuplah.....boleh caya ke sbb D standby jugak credit card dan cash RM2000 lagi. D hope tak akan terlebih belanja disana. Boleh kontrol kot sbb D agak cerewet sikit bab berbelanja nie dan kualiti barang.
ok inilah RM1488 yang telah ditukar ke RP4 juta.....wah dah jadi jutawan rupanya....jutawan rupiah cehhhhhhh. tak pe lah merasa jugak taraf jutawan. Kawan D pesan supaya bawak kalkulator atau tulis dalam kertas RP10 ribu berapa RM supaya nanti kat sana senang nak tawar menawar dan tidak terbayar lebih. D kena dengar nasihat dia sbb dia nie kalau bab duit fuhhhh memang berkira gila....sbb tu D pergi dengan dia sbb D paling lemah dalam bab tawar menawar selalu sangat kena tipu.....terutama kalau orang buat muka kesian....lemah mak cik.

Thursday, February 18, 2010

Good boss Vs Bad boss

Menonton drama/filem Korea dan drama Japan adalah salah satu kegemaran D. Dalja's Spring adalah siri drama terbaru channel 303 yang D ikuti setiap malam. D bukan hendak bercerita berkaitan dengan Dalja's spring tapi ada satu part dalam episod semalam yang memberikan kesan atas pemikiran D hari ini.
Dalja telah dikenakan tindakan displin oleh pihak pengurusan dan hukumannya adalah berpindah jabatan. Jika diawal episod, boss lama Dalja digambarkan sebagai lelaki yang kurang menonjol sifat kepimpinannya....dalam ertikata lain lelaki yang tiada kaliber sebagai pemimpin. Bila berpindah ke jabatan baru, boss baru Dalja adalah wanita yang amat garang sehingga digelar 'monster' mungkin sebab badan bossnya besar, sentiasa bengis dan sentiasa kejam. semua pekerja dijabatan barunya sentiasa berada dalam ketakutan. Dalam episod ini, boss lama Dalja berkata kepada semua rakan sekerja Dalja bahawa mereka sebenarnya bertuah memiliki beliau sebagai boss.
Bila mendengar ucapan boss lama Dalja, D tersenyum sendiri. Sesuatu realiti yang D tidak nampak dalam kehidupan D sendiri. Sebenarnya D marah pada boss D kerana lepas tangan bila kes D ditolak oleh HQ. Dia boleh panggil D dan serahkan fail kes dengan berkata 'U jawap memo nie, I nak minggu depan". Selepas dapat fail tu dan semak alasan mengapa kes ditolak...yang ternyata alasan tersebut adalah sangat bodoh dan menunjukkan kebodohan pegawai pemeriksa yang D sedia maklum mereka naik pangkat kerana kroni bukan kerana kebolehan melakukan kerja. Boss D boleh pertahankan D sebenarnya dari menjawap memo bodoh tersebut tetapi oleh kerana D memang boss yang sedari dulu tidak pernah hendak mengambiltahu maka dia minta D jawap memo tersebut yang sebenarnya ditujukan kepada beliau.
Boss D adalah lelaki yang tiada pengalaman dalam bidang ini beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai dijabatan pentadbiran kemudian kerana 'kipasnya guna kuasa kuda' maka dia dinaikkan pangkat dengan cepat sekali. Dalam tempoh perkhidmatan 15 tahun dia boleh melangkau 2 tahap tertinggi sehingga bergelar Pengarah di usia muda yang menjadi kebanggaan beliau bila bercerita. Dia dijadikan pengarah di Jabatan X dimana beliau langsung tiada pengalaman berkerja dibidang ini. Sebelum ini jawatan ini hanya akan disandang oleh seseorang yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang S*a*an ini adalah satu sejarah baru bagi organisasi ini.
Oleh kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini maka beliau selalu lepas tangan dan melarikan diri bila tiba saat2 kritikal. Kami sebagai staff selalunya akan mempermainkan beliau dibelakang. D bermula sebagai pegawai kontrak dijabatan ini dan bekerja dengan pengarah lama yang D sangat hormati.......bila boss baru D ambilalih bagaikan satu kejutan budaya kerja berlaku. Boss lama D sangat bijak bertindak dan berfikir sama seperti watak Crissom dalam CSI investigation. Bila boss baru nie masuk, dia lepaskan semua tugasannya ketangan pegawai sehinggakan keputusan terakhir yang biasanya dibuat oleh pengarah telah dibuat oleh pegawai seperti D. Memang agak tension dan sakit hati selama 3 tahun bekerja dibawah boss seperti ini.
Bila D dengar kata-kata boss Dalja itu D terus tersenyum sebab ia membuka satu realiti yang tidak D sedari. Bila kita bekerja dibawah tekanan seperti ini sebenarnya menjadikan kita bijak. Oleh kerana dia lepas tangan maka selama 3 tahun D ambilalih tugasannya sehingga menjadikan D berkebolehan melakukan kerja melebihi tugasan sebenar pegawai. D boleh mengendalikan kes tanpa campur tangan beliau sehingga selesai.....ia sesuatu yang amat bernilai sebenarnya. Suasana bekerja juga kurang tension kerana tiada bebelan dan tekanan dari boss sbb boss lepas tangan.....so kami memang bebas........sangat2 bebas dalam bertindak atau membuat keputusan. Boss D hanya nak tahu end result sahaja......akhir tahun baru dia buat meeting " Macammana pencapaian u all.....dah capai statistik ke tidak?".
D pernah berjumpa dengan beliau sebab hendak menolak satu kes yang diberikan kepada D. Bila disemak sebenarnya kes itu 'rubbish' so bila D terangkan sebab2 mengapa D tolak kes tu dia hanya melopong dengar penerangan D dan akhir perbincangan beliau akan berkata "sebenarnya i nak uji u saja" itu adalah ayat keramat yang selalu beliau ucapkan bila nak tutup kelemahan beliau. "sebenarnya i nak bagi peluang pada u all semua untuk belajar buat keputusan dan bertindak nanti senang bila u all naik pangkat". yelah nanti senang kami nak ganti dia hahahaha.
Sekarang D sudah tahu kelebihan yang selama nie D tidak nampak langsung. Terima kasih kepada kata-kata boss Dalja kerana menyedarkan D bahawa wp boss D 'lemah' tapi ia adalah kebahagian kepada staff bila tiada tekanan ditempat kerja.
So semalam D telah jawap memo dari HQ tersebut dengan senang hati. Dengan konsep " kasihan mereka sbb tak faham" penerangan kes. Jadi D patut terangkan lebih terperinci wp sebenarnya D cuma ulang balik lapuran awal. D rasa bahagia bila jawap memo tersebut dan D rasa lebih bahagia bekerja dalam suasana ini sekarang. D sepatutnya menjadikan perkara negatif sebagai satu peluang buat D. TQ kepada boss Dalja menyedarkan D hakikat ini.

Wednesday, February 10, 2010

D dan hari ini, part 1

Hari ini D masih tidak sihat lagi....oleh kerana hanya dapat mc 2 hari so kenalah jugak pergi kerja hari nie. My friend call sbb dah 2 hari dia cuba call bilik D tak berjawap. D bagitau dia yang D cuti sakit, "bukankah minggu lepas pun u sakit jugak...apa dah jadi?". 'Jangan jatuh sakit masa kita nak pergi ke Bandung sudah?"."I hope not"
Ya.....Bandung, tiket dah beli....nak shoppinglah kononnya. Tiba-tiba my hp berbunyi....my 1st ex bf call "kenapa dengan suara u". "demam". "U demam sbb rindu kat I" "yerkkkkk". "U dah terima fax dari company secretary"."I baru masuk kerja hari nie...nanti i gi tengok jap".
Ada sehelai surat difaxkan pada D....surat tawaran balas tentang tawaran penjualan syer syarikat. D hendak jual saham syarikat dengan harga RM3.5 seunit tapi mereka hanya nak beli dengan harga RM2.5 sahaja seunit. ini bermakna D hanya akan terima dalam lingkungan RM200 ribu lebih sahaja. Sebenarnya D tak ada niat nak jual saham nie....wp D sudah tidak lagi berada di syarikat nie tapi inilah 'anak yang D asuh dari umur 1 hari', jual saham nie bererti D lepaskan hak D atas 'anak' ini.......sanggupkah D buat begitu.
Sekali lagi hp D berbunyi....my 1st ex-bf call lagi. "macammana". "mereka nak beli dengan harga RM2.5 sahaja seunit". "Jangan jual.....u rugi sbb syarikat nak listed...saham akan naik lebih dari tu. R mintak U jangan jual saham U". " tengoklah macammana". "Kenapa u ragu-ragu, u bukan terdesak perlukan duit lagikan".
Bukan D terdesak hendak guna duit lagi sekarang nie.....bukan itu masalahnya tapi kenapa R hendak masuk campur dalam urusan penjualan saham D. R....lelaki yang paling D percayai suatu masa dulu telah mengkianati dan tikam D dari belakang sehingga D 'jatuh tersungkur' dan ambil masa 3 tahun untuk D bangkit kembali. Orang yang menyebabkan D berada di ICU beberapa kali....orang yang menyebabkan D menangis disetiap kali bangun tidur sbb D masih hidup dan menangung 'kesakitan yang amat sangat' dan sekarang orang ini hendak bantu D....ini mesti ada udang disebalik batu. Dia takan baik jika tiada sesuatu yang akan menguntungkan dia. D dah terlalu kenal dengan lelaki ini......tak mungkin D akan terima nasihat dia.
D kena bagi keputusan esok....D ada masa semalaman untuk berfikir. Tiba-tiba phone bilik D berbunyi 'Puan, ada fail kes puan kena reject dengan HQ....boleh datang dan ambil dimeja saya". masalah apa lagilah nie.

Tuesday, February 9, 2010

D sakit lagi

Dari hari ahad lepas D tidak sihat. Sepanjang hari D hanya tidur. Hari isnin D cuba pergi kerja wp badan rasa lemah dan sakit. Baru 2 jam berada didalam pejabat.....D mula mengigil kesejukkan, mujur dalam bilik D ada stor yang D gunakan sebagai tempat sembahyang. D masuk bilik stor dan bentangkan toto dan terus selimut dengan toto tersebut. Ketebalan toto tidak menghangatkan badan....D masih mengigil kesejukkan. Akhirnya D tertidur dibilik stor, jam 11.30 pagi D terjaga.....D letakkan tapak tangan didahi, panasnya....wah tak boleh jadi nie. D cuba bangun wp kepala rasa berdenjut2.
D jumpa boss dan maklumkan dia bahawa D hendak ke klinik, bila dia tenguk muka D dah bertukar merah macam udang kena bakar, dia minta driver hantar D ke klinik berdekatan. Kali nie dah 2 kali berturut-turut D sakit, minggu lepas D sakit dan pergi ke klinik panel nie....hari nie D pergi lagi. Doktor tanya D, adakah D menghadapi tekanan di ofis. D hanya mengelengkan kepala....ia berikan MC 2 hari dan macam biasalah panadol.
Driver hantar D balik ke pejabat dan D terus ke kereta untuk balik ke rumah. Sesampai dirumah D terus masuk tidur....dan berselimut tebal.
hmmmm...D tak pasti apa yang dah terjadi tapi memang sejak akhir2 nie D sentiasa tidak sihat. Sentiasa sakit, dah lama keadaan ini tidak terjadi pada D. Sebelum D join gym, setiap bulan D akan demam tapi selepas D join gym...demam sudah kurang menyerang. Sudah 2 tahun D jarang ambil MC tapi tahun nie belum habis bulan Februari dah 4 hari D mc. Apa dah jadi nie......kerana sakit D sudah jarang pergi gym.
Jam 4.30 petang D tersedar dari tidur apabila perut tiba2 kelaparan...baru sedar yang D tak ambil makanan dari pagi tadi. D gagahkan diri untuk bangun dan buatkan herbalife starwbery shake. Itu yang paling mudah dan mengenyangkan. Tak ada mood untuk memasak....masa nielah air mata D jatuh sbb ketika sakit begini... tiada seseorang yang meyayangi kita mengambilberat tentang diri kita. Masa nie D rindukan mak D, kalau dia ada dia akan masakkan bubur nasi untuk D. Mak akan sediakan bancuhan asam jawa untuk mengurangkan kepanasan badan. D letakkan tapak tangan didahi sekali lagi....panas tidak berkurangan.....D ambil segengam asam jawa dan masukkan sedikit air....sapukan didahi dan terus masuk tidur kembali.

Kisah seorang isteri

Nasib wanita berkahwin nie seperti bak kata pepatah orang tua-tua " Untung sabun ia timbul, untung batu ia tenggelam". Email ini kawan ofis D kirimkan kepada semua staff perempuan kat ofis tapi sebenarnya ia ditujukan kepada Marlina supaya Marlina sedar bahawa nasib dia belum seteruk nasib wanita didalam cerita dibawah. Jika anda adalah seorang isteri dan anda kesedihan dengan sikap suami anda.....bacalah kisah ini dan adakah suami anda seteruk suami wanita ini, jika tidak..... bersyukurlah dan terimalah kekurangannya. =======================================================
Kisah Dari Mahkamah Syariah: bhnita@bharian. com.my
Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suamiMINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya.
Ikuti tulisan beliau.
"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya' .
Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.
Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.
Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru.
Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah.
Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.
Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah.
Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.
Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri.
Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja.
Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi."Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya.
Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

I AM THANKFUL FOR......

I AM THANKFUL FOR ...
For the taxes that I pay,because it means that I am employed.
For the mess to clean after a party,because it means that I have beensurrounded by friends.
For the clothes that fit a little too snug,because it means I have enough to eat.
For my shadow that watches me work,because it means I am in the sunshine.
For a lawn that needs mowing,windows that need cleaning,and gutters that need fixing,because it means I have a home.
For the parking spot I find at the farend of the parking lot, because It meansI am capable of walking and that I havebeen blessed with transportation.
For my huge heating/cooling bill,because it means I am warm/refreshed.
For the lady behind me in the classes thatsings off key, because it means thatI can hear.
For the pile of laundry and Ironing,because it means I have clothes to wear.
For weariness and aching muscles atthe end of the day, because it means I have been capable of working hard.
For the alarm that goes off in theearly morning hours, because itmeans I am alive. And finally...
For too much e-Mail,because it means I have friends whoare thinking of me.
Thank You FRIENDS!!!