Thursday, September 17, 2009
Sandiwara langit, Abu Umar Basyier
Novel Sandiwara Langir hasil karya Abu Umar Basyier telah D baca ketika berada dirumah adik di Terengganu. Dalam tempoh seminggu jadi 'suri rumahtangga' D dilanda kebosanan yang melampau. Tak biasa dengan keadaan bangun awal pagi kejutkan anak2 saudara bersahur selepas itu siapkan mereka untuk kesekolah. Bila semua sudah kesekolah dan si kecil dihantar ke nursery D tinggal keseorangan dirumah. Jam 5 petang baru kesemuanya pulang. Jadi novel ini jadi peneman. Novel ini dibeli oleh adik ipar yang pergi ke Indonesia tempoh hari.
Sandiwara langit mengisahkan sepasang suami isteri yang muda menjalani kehidupan rumahtangga, yang bila dibaca kisah kehidupan mereka ia memberikan satu makna yang amat mendalam berkisar persolan kerohanian dan keagamaan. Si suami iaitu Rizqaan yang ketika itu berusia 18 tahun telah meminang Halimah yang ketika itu juga berusia muda. pinangan ini diterima tetapi bersyarat dalam tempoh 10 tahun perkahwinan mereka dan jika Rizqaan tidak memajukan diri dan memberikan kemewahan kepada Halimah maka talak akan jatuh dengan sendirinya. Si Rizqaan menerima syarat tersebut dan menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk dia majukan hidupnya.
Kehidupan mereka beransur menjadi bertambah maju, pendidikan agama dikejar seiring dengan pencarian rezeki dunia. Rizqaan menjadi contoh seorang individu yang mengejar akhirat dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan dunia. Kehidupan mereka dijalani dengan penuh ketaatan kepada Allah dan landasan ayat2 Al-Quran yang menjadi nyanyian mereka suami isteri. Tiada yang lebih merdu selain dari alunan ayat2 al quran yang dibacakan oleh Halimah yang memenuhi segenap ruang rumah mereka. Dalam tempoh menuju 10 tahun kehidupan berumahtangga, mereka dilimpahi dengan kesenangan dan kelapangan rezeki. Namun mereka tetap tidak lupa pada yang Maha Kuasa yang memberikan mereka rezeki.
Tapi setiap kehidupan harus ada dugaan, di hari terakhir menjelang 10tahun genap perkahwinan mereka, musibah datang mengetuk pintu takdir mereka. Ketika malam hari yang keesokkannya genap 10 tahun iaiatu beberapa jam lagi sebelum genap 10 tahun tiba2 kediaman dan perusahaan roti mereka dijilat api sdengan marak sekali ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur. Dalam sekelip mata, Rizqaan jatuh muflis apabila kilang rotinya, rumah, mobil dan yang paling menyayat hati ayahnya yang terkorban dan ibunya yang nazak terbakar dan yang ironiknya esok adalah hari penentu kehidupan rumahtangganya. ketika bergelut dengan kesedihan, maka datang bapa Halimah menuntut janji...maka gugurlah talak keatas Halimah dirumah sakit itu ketika Rizqaan ketika itu sedang gundah gelana merantapi kematian bapanya dan ibunya yang tenat. Bapa halimah tanpa rasa simpati akan nasib menantunya telah meminta Rizqaan menunaikan janjinya ketika 10 tahun yang lalu.
Rizqaan yang selama ini berusaha memberikan kemewahan kepada Halimah sebagaimana kehendak bapa Halimah dan 9 tahun 11 bulan 29 hari, kemewahan membaluti hidup Halimah cuma hari terakhir Rizqaan jadi lelaki yang sama keadaannya ketika ia meminang Halimah.
Kenapa D begitu tertarik pada novel ini. Jalan ceritanya biasa saja tapi cara garapannya yang luarbiasa dan disulami dengan nilai2 keislaman menjadikan ia sebuah novel yang amat bernilai.
lagipun ia menyentuh impian kehidupan D jugak. lelaki seperti Rizqaan adalah lelaki impian D yang hanya mampu ditemui dalam mimpi ketika ini. Lelaki yang mengetahui wujudnya mereka didunia sebagai pemimpin dan pelindung kepada wanita. Biar susah mereka sentiasa berusaha untuk melindungi amanah Allah yang dicintai sepenuh hati. Biar ada peluang untuk makan sedap dijalanan ketika berjualan tetapi Rizqaan menahan diri kerana memikirkan isteri dirumah tidak dapat makan seenak itu.
Dan seperti Halimah D juga inginkan sebuah penikahan itu sebagai jalan dimana cinta dilebur menjadi sebuah ketaatan, kepatuhan dan kesetiaan. Dan seperi Halimah yang pasrah atas ketentuan illahi dan menyerahkan urusannya kepada Allah, begitu juga D yang pasrah menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.
Doa ini sering diucapi oleh Halimah ketika bersembahyang tahjud di dini hari ketika mengadu kepada kekasih Agungnya. Tiada sedetikpun beliau meraung dan merantapi nasibnya kepada orang lain kecuali dirantapi didini hari ketika mengadap Kekasihnya Allah.
"Ya Allah, aku berserah diri kepada-mu, aku menyerahkan segala urusanku kepada-Mu.
Aku hadapkan wajahku kepada-Mu dan kusandarkan punggungku kepada-Mu(memulai tidur dengan pertolongan-Mu), dalam suka dan senang.
Tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat menyelamatkan diri dari siksa-Mu melainkan kepada-Mu.
Aku beriman kepada Kitab-Mu yang Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang Engkau utuskan".
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang mengucapkan zikir itu, "Bila engkau meninggal dunia, maka engkau meninggal dalam fitrah". Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Fath Xi:113 dan muslim IV:2081
Ditengah malam selepas Halimah menerima title janda dan bapanya yang gilakan harta dunia sedang berusaha untuk menikahkan Halimah dengan seorang jutawan selepas tamat tempoh edah, maka Halimah berdoa tanpa jemu dan inilah doa beliau;
" Ya Rabbi, pertemukan diriku dengan orang yang layak menjadi suamiku. Dimana aku bisa mati dengan keridhaannya, setelah engkau meridhaiku.
Ya Rabbi, Hindarilah aku dari menikahi lelaki yang tidak boleh menjadi pemdampingku di dunia dan juga diakhirat. Ciptakanlah jurang yang memisahkan tubuhku ini dari sentuhan tangannya.
Ya rabbi, tunjukkan kekuasaan-Mu. Perlihatkanlah kecintaan-Mu. Jadikanlah kami sebagai saksi atas keagungan-Mu....."
Doa Halimah dimakbulkan Allah, beliau tidak jadi dinikahi oleh lelaki pilihan bapanya dan jurang yang memisahkan tubuhnya dengan sentuhan lelaki itu adalah leukemia. Disebabkan barah leukemia dan hanja dijangka hidup dalam 2 bulan lagi maka lelaki yang ingin menikahinya telah membatalkan niatnya. Halimah akhirnya mati sebagai isteri yang kali keduanya kepada Rizqaan walaupun hanya seketika iaitu hanya sebulan mereka menikah kembali.
Novel ini biasa saja dan kisah Rizqaan itu adalah kisah benar. Lelaki yang dinamakan Rizqaan dalam novel ini sendiri yang telah mengedit semula tulisan penulis ini supaya kisahnya tidak jadi keterlaluan memujanya. Tapi pengunaan bahasa yang berkesan mengambarkan setiap kesedihan sehingga memasukkan pembaca dalam emosi watak sehinggakan ketika saat2 Rizqaan dalam kepayahan melafazkan talak, D turut merasa kepedihan tersebut dan D tidak malu mengaku bahawa D turut menangis sebagaimana Rizqaan menangis ketika melafazkan talak tersebut.
Sayangnya D tidak mampu menyimpan novel ini kerana ia milik adik ipar D so D harap akan dapat temui novel ini dan simpan sebagai koleksi D kerana D menyimpan setiap novel tulisan terbaik penulis seluruh dunia.
Thursday, September 10, 2009
9.09.2009
Topik hari nie yang diperbincangankan di Radio HotFM adalah berkaitan dengan 999 iaitu tarikh semalam 09/09/09. cantik tarikh nie, dan indahnya kalau tarikh ini diabadikan untuk sesuatu peristiwa yang indah dalam hidup kita.
Bila D lihat tarikh ini dalam kalender semalam, D terus teringat kepada Mazlan. lelaki pertama yang D cintai dalam hidup D. Lelaki yang D cintai sepenuh hati sbb inilah cinta pertama D. Kami bercinta 2 tahun dan kami pernah merangcang untuk mengabadikan tarikh 09/09/1999 sebagai tarikh yang bersejarah dalam hidup kami. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya, dia kahwin dengan orang lain. wanita tersebut hanya dikenalinya hanya 3 bulan sahaja, D masih ingat bagaimana 'separuh gilanya' D ketika itu. Tahap terakhir yang D sanggup buat untuk halang dia meneruskan niatnya adalah dengan melutut dan merayu padanya supaya jangan hancurkan hati D, impian D, jiwa D dan hidup D.Mazlan menangis ketika tu, dia hanya mampu meminta maaf.
Hari terakhir sebelum Mazlan menjadi milik orang lain, kami ke bank dan keluarkan duit dari akaun bersama yang kami buka untuk tujuan perkahwinan kami. D serahkan bahagian Mazlan dan tutup akaun itu. D cium tangannya dan meminta maaf kerana gagal menjadi wanita impiannya. D juga menyerahkan S & P rumah yang dibeli atas nama kami berdua dan rumah itu akan ditukarkan atas nama Mazlan dan dia serahkan cek bernilai RM8 ribu, bahagian D untuk bayaran deposit rumah. Urusan pertukaran nama akan kami lakukan selepas perkahwinannya. Terlalu banyak yang telah kami merangcang bersama tapi segalanya hancur berkecai.
Pada 09/09/1999, Mazlan bernikah dan D pula berada dichalet Batu Hitam, Kuantan. Beberapa hari D berkurung disitu. Air mata bagaikan dah kering. hati D sakit sangat....pedih sungguh. Hanya Al-Quran yang D peluk ketika itu dan hanya Allah yang D jadikan tempat mengadu.....mengadu betapa lemahnya D menghadapi dugaanNya "Ya Allah, segala yang engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikan ia ruang untuk cinta-Mu dalam diriku...amin".
Semalam tiba-tiba D teringat sungguh peristiwa nie wp dah 10 tahun berlalu. D call Mazlan dan ucapkan selamat ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Mazlan terdiam tiba-tiba dan hanya perkataan 'maaf' yang keluar dari mulut dia. dia minta maaf berulang2 kali. D ketawa bila melihat dia panik macam tu....D kata D call sebab hari nie tarikh 09/09/09 dan ia sama dengan tarikh perkahwinan Mazlan so sbb tu D call untuk ucap tahniah atas ulang tahun perkahwinannya yang ke 10.
Tapi Mazlan yang D telefon pada 09/09/09 bukan lagi kesayangan D. Cinta untuk dia dah hilang diubati olah masa. 10 tahun dah terlalu lama untuk hilangkan perasaan itu. Dan yang paling mengejutkan ketika akhir perbualan kami...dia lamar D untuk jadi isteri ke 2 nya dan dia berjanji untuk berlaku adil. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia melamar D malah sejak kebelakangan ini apabila menghubungi D inilah perkara yang disebutnya.
Jawapan D tetap sama " kalau awak benar2 cintakan saya, awak kahwin dengan saya 10 tahun yang lepas dan bukan sekarang sbb ketika itu saya cintakan awak dan saya panggil awak 'sayang' tapi sekarang saya cuma panggil awak 'mazlan' dan saya tidak cintakan awak lagi". Hati D pernah remuk dan tak mungkin D akan remukkan hati isteri Mazlan pula. Kalau Allah takdirkan D dengan Mazlan bersatu 10 tahun yang lepas, mungkin dia juga akan mengkhianati D seperti yang dilakukan pada isterinya pada hari ini. Ada hikmahnya segala ujian Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)