Thursday, September 10, 2009

9.09.2009

Topik hari nie yang diperbincangankan di Radio HotFM adalah berkaitan dengan 999 iaitu tarikh semalam 09/09/09. cantik tarikh nie, dan indahnya kalau tarikh ini diabadikan untuk sesuatu peristiwa yang indah dalam hidup kita. Bila D lihat tarikh ini dalam kalender semalam, D terus teringat kepada Mazlan. lelaki pertama yang D cintai dalam hidup D. Lelaki yang D cintai sepenuh hati sbb inilah cinta pertama D. Kami bercinta 2 tahun dan kami pernah merangcang untuk mengabadikan tarikh 09/09/1999 sebagai tarikh yang bersejarah dalam hidup kami. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya, dia kahwin dengan orang lain. wanita tersebut hanya dikenalinya hanya 3 bulan sahaja, D masih ingat bagaimana 'separuh gilanya' D ketika itu. Tahap terakhir yang D sanggup buat untuk halang dia meneruskan niatnya adalah dengan melutut dan merayu padanya supaya jangan hancurkan hati D, impian D, jiwa D dan hidup D.Mazlan menangis ketika tu, dia hanya mampu meminta maaf. Hari terakhir sebelum Mazlan menjadi milik orang lain, kami ke bank dan keluarkan duit dari akaun bersama yang kami buka untuk tujuan perkahwinan kami. D serahkan bahagian Mazlan dan tutup akaun itu. D cium tangannya dan meminta maaf kerana gagal menjadi wanita impiannya. D juga menyerahkan S & P rumah yang dibeli atas nama kami berdua dan rumah itu akan ditukarkan atas nama Mazlan dan dia serahkan cek bernilai RM8 ribu, bahagian D untuk bayaran deposit rumah. Urusan pertukaran nama akan kami lakukan selepas perkahwinannya. Terlalu banyak yang telah kami merangcang bersama tapi segalanya hancur berkecai. Pada 09/09/1999, Mazlan bernikah dan D pula berada dichalet Batu Hitam, Kuantan. Beberapa hari D berkurung disitu. Air mata bagaikan dah kering. hati D sakit sangat....pedih sungguh. Hanya Al-Quran yang D peluk ketika itu dan hanya Allah yang D jadikan tempat mengadu.....mengadu betapa lemahnya D menghadapi dugaanNya "Ya Allah, segala yang engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikan ia ruang untuk cinta-Mu dalam diriku...amin". Semalam tiba-tiba D teringat sungguh peristiwa nie wp dah 10 tahun berlalu. D call Mazlan dan ucapkan selamat ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Mazlan terdiam tiba-tiba dan hanya perkataan 'maaf' yang keluar dari mulut dia. dia minta maaf berulang2 kali. D ketawa bila melihat dia panik macam tu....D kata D call sebab hari nie tarikh 09/09/09 dan ia sama dengan tarikh perkahwinan Mazlan so sbb tu D call untuk ucap tahniah atas ulang tahun perkahwinannya yang ke 10. Tapi Mazlan yang D telefon pada 09/09/09 bukan lagi kesayangan D. Cinta untuk dia dah hilang diubati olah masa. 10 tahun dah terlalu lama untuk hilangkan perasaan itu. Dan yang paling mengejutkan ketika akhir perbualan kami...dia lamar D untuk jadi isteri ke 2 nya dan dia berjanji untuk berlaku adil. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia melamar D malah sejak kebelakangan ini apabila menghubungi D inilah perkara yang disebutnya. Jawapan D tetap sama " kalau awak benar2 cintakan saya, awak kahwin dengan saya 10 tahun yang lepas dan bukan sekarang sbb ketika itu saya cintakan awak dan saya panggil awak 'sayang' tapi sekarang saya cuma panggil awak 'mazlan' dan saya tidak cintakan awak lagi". Hati D pernah remuk dan tak mungkin D akan remukkan hati isteri Mazlan pula. Kalau Allah takdirkan D dengan Mazlan bersatu 10 tahun yang lepas, mungkin dia juga akan mengkhianati D seperti yang dilakukan pada isterinya pada hari ini. Ada hikmahnya segala ujian Allah.

No comments: