Saturday, October 3, 2009

Sayang kepada anak

Apa yang D nak tulis disini adalah berkenaan dengan kasih sayang yang tidak bertempat kepada anak dan kesan membezakan kasih sayang pada anak2. Adik D yang kedua, yang hanya berbeza 2 tahun dari D. Beliau adalah anak kesayangan ayah D, amat jelas sekali sedari kecil apabila kami berdua mendapat keputusan peperiksaan dan sama-sama cemerlang tapi hanya adik D yang mendapat basikal sebagai hadiah dan apabila D menangis teresak2 sepanjang hari.....benar2 jauh hati, mak pujuk ayah supaya belikan hadiah kepada D tapi ayah hanya belikan seutas jam murah yang berharga RM3. Sejak itu kami sentiasa bergaduh terutama apabila adik kedua D ini menunjuk-nunjukkan basikalnya dan memakai gaun cantik pemberian ayah. Arwah ayah seolah-olah terlupa bahawa beliau memiliki 2 anak....tumpuan terlalu berlebihan kepada adik D menjadikan D seorang yang pendiam dan pendendam. Semua perkara menjadi perbandingan dan dia akan berusaha sedaya upaya supaya dia menjadi yang terbaik, istimewa kepada semua orang berbanding D. Memang agak menyeksakan berada disituasi begini apatah lagi ketika itu D masih disekolah rendah. Keadaan tersebut berlarutan sehinggalah kami dewasa....ketika D di Universiti, dia juga ketika itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti tapi beliau tolak sbb hendak berkahwin. So inilah satu2 perkara yang dia tidak dapat mengatasi D tapi dia berusaha dari segi lain. Dia berjaya sebagai pengusaha tadika yang terkenal, memiliki anak yang sihat seramai 5 orang, memiliki kereta besar dan rumah besar. D kalah pada dia dari segi ini sbb sehingga kini D masih single, baru mula stabil dalam kerjaya setelah hampir 3 tahun bergelut dengan kemurungan yang teruk. Cerita kanak-kana ini D anggap sudah berlalu dan hanya anggap sebagai perbalahan budak2 kecil dan tidak sedar akan dendam tersebut sehinggalah anak saudara D menanyakan D satu soalan yang menyebabkan D terdiam agak lama dan langsung tak dapat menjawapnya. Ketika D menghabiskan 2 minggu percutian baru-baru ini untuk menjaga anak saudara (sbb ibubapanya mengerjakan umrah)....ketika sedang lepak2 dengan budak2 tu. Along...anak saudara D yang sulung menanya pada D "Mengapa ayah mak long dulu tak sayangkan Mak Long". " umi kata atok dulu sayang sangat kat umi tapi tak sayang pada mak long sbb tu mak long cemburu kat umi dan selalu gaduh dengan umi"."Mak long dulu jahat ye". Apa yang anda rasa kalau anak saudara ank tanya soalan nie.....D tak jawap langsung, D hanya D diam tapi hati D menangis. Ayah dah lama meninggal....D tak mahu peristiwa lama diungkit kembali....semua mungkin salah D sbb D lahir sebagai anak yang tidak cantik, cerdik dan bijak ambil hati. Tapi perkara tu dah lama berlalu...selepas ayah D meninggal, D mula bekerja tolong mak meniaga supaya adik2 dapat pergi belajar di sekolah berasrama tanpa risau apa-apa tentang masalah kewangan. Diusia 15 tahun D telah mengetahui betapa peritnya hidup tanpa wang. Betapa susahnya mencari wang. Hanya D yang berada di rumah tolong mak. Setiap malam D tidur jam 12 malam selepas siap buat semua kuih-muih untuk jualan esok....kadang2 kerja sekolah tak siap sehingga didenda guru sbb terlalu sibuk menolong emak. Pulang sekolah terus kemas rumah sbb mak masih diladang. Siapkan makan tengahari ala kadar... goreng telur, goreng kangkung sbb kangkung banyak kat belakang rumah. Kemudian kupas ubi keledek sbb nak buat inti karipap, parut ubi kayu sbb mak nak buat bingka. D sediakan semua bahan mentah sbb nanti bila mak balik dari ladang sempatlah jugak dia berehat untuk beberapa jam sebelum nak teruskan pulak dengan kerja memasak. Malam startlah kerja D menyiapkan semua kuih apabila mak sudah buat bancuhan doh. Bukan sejenis kuih, kadang2 hampir berbelas jenis. Itu belum masuk bila ada tempahan untuk jamuan. D pernah buat kuih onde-onde/kuih bom(kuih berinti kelapa dan bersalut bijan) yang D susun sepanjang 2 meja makan sbb ada tempahan. Semua ini D dan mak buat supaya adik2 yang ketika itu berasrama dibandar dapat belajar tanpa gangguan. Tiap2 bulan kiriman wang akan dihantar kepada mereka. D pernah menghantar adik D masuk sekolah asrama dibandar...D yang uruskan pendaftaran kemasukkan, berjalan kebandar hampir 15 minit untuk beli kelengkapan asrama adik kemudian berjalan semula dengan baldi, gatung dan segala macam lagi ditangan sbb kami miskin tiada kereta dan mak pula buta huruf. D tak pernah mendaftar dihari pertama sekolah...D akan masuk dihari ke tiga atau keempat selepas selesai menghantar semua adik2 kesekolah masing-masing. Selepas habis U, D bekerja dan tetap hulurkan bantuan pada adik2 yang lain sampailah mereka habis belajar dan berkerja sendiri. D tak sempat menyimpan...D tak sempat enjoy....sehingga sekarang D masih "miskin" dimata mereka. Adik kedua D pernah berkata pada D bahawa beliau tak perlu lagi hormat D sbb beliau dah berkahwin dan hanya suaminya yang patut beliau hormat...bukan D. Inilah balasan dari adik yang D tanggung segala perbelanjaanya dulu. Adik kedua D masih anak emas dalam keluarga kami. Dia sentiasa mahukan layanan yang terbaik kepada dirinya dan anak2 nya. Bayangkan ketika anak2nya bermain 'masak-masak' dan menjadikan depan kereta baru D sebagai papan pemotong sayur. Dengan sebilah pisau dan mereka main potong2 sayur di atas permukaan kereta baru D. Bila D keluar dan dah tentu D akan terjerit sbb terkejut tenguk kereta D bercalar balar dengan kesan hirisan dan tetakan. Apabila adik D dengarkekecohan tersebut....dia terus marahkan D bukan anak2 dia sbb D jerit kat anak2 dia. mmmmmm...begitulah 'terhormatnya D sebagai kakak sulung'. Raya baru nie, anak saudara D telah mencalar balarkan badan kereta adik D yang ketiga. Habis 2 biji kereta baru yang parking depan rumah...mujur kereta D tiada sbb adik D yang bongsu bawak keluar. mengunakan sebilah besi tajam, Aman mencalarkan seluruh badan kereta pak Tihnya dan kereta Mak Udanya. Adik kedua D langsung tak mintak maaf atas perbuatan anak nya. Aman juga telah mencederakan anak atih sehinggakan si Nabila terpaksa dijahit dengan 5 jahitan. Tiada juga ucapan maaf dari mulut adik D. Seolah2 anak2nya adalah terlalu baik. Emak juga memyebelahi cucu-cucunya itu....mak juga menyebelahi adik D. Apa yang D ingin perkatakan sebagai ibubapa janganlah terlalu membabi buta menyayangi anak2 sehinggakan mereka melampau...marahlah bila mereka buat salah, pukul jika mereka melampau....janganlah beza-bezakan kasih sayang antara anak-anak. Teruk kesannya dalam jangka panjang....mungkin ibubapa tak perasaan tapi anak2 akan kecil hati dan menyimpan dendam. Adik2, tolonglah hormati kakak kamu....hargailah pengorbanan mereka. kami tak mintak kamu semua ganti balik duit yang telah kami keluarkan dulu....cukuplah hormati kami. Hormatilah kami. Hati D benar2 terguris dengan kelakuan adik-adik D. Raya tahun nie...air mata terus mengalir dimata D.

No comments: