D telah menerima email dari kawan lama yang telah menghantar potongan akhbar Mingguan Malaysia Ahad 13 Disember 2009 (ruangan Wanita). D baca luahan rasa Natrah dan D rasa amat tersentuh dengan luahan tersebut kerana secara tanpa sedar kita juga pernah melakukan penganiayaan kepada orang lain. Oleh itu D salin kembali luahan rasa tersebut kedalam blog ini supaya tujuan asal penulis untuk menyampaikan mesej kepada Aida dan Ina tercapai dan juga sebagai peringatan kepada diri D sendiri dan kepada anda juga yang telah membaca.
Setelah membaca luahan Natrah, D teringat kepada Wan bekas teman lelaki D. Wan telah menganiaya D dengan meninggalkan D disaat D dalam kesusahan, Wan tambah penderitaan D dengan meninggalkan hutang yang hampir memufliskan D. Ketika D bergelut untuk melepaskan diri dari belengu hutang ini dan ketika hampir tidak kelihatan ada ruang untuk lepaskan diri maka dalam keadaan kesedihan tersebut D telah mengucapkan “ ya Allah, laknatlah kehidupan orang yang telah mengkhianati aku’. Setelah 9 tahun berlalu, D tergerak hati untuk mencari Wan. Mudah bagi D mencari Wan kerana kerjaya D membolehkan D mencari sesiapa pun. D jumpa tempat kediaman Wan…..D pandang Wan dari jauh…Wan hidup merempat, biarpun usianya sudah 36 tahun tapi beliau masih tidak mempunyai pekerjaan tetap….beliau masih usung fail pergi interview. Buat Wan, D sudah maafkan Wan....semoga Allah bukakan pintu rezeki buat Wan.
Mingguan Malaysia, Ahad 13 Disember 2009
Luahan Rasa
MAAFKAN NATRAH, INA DAN AIDA
Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA diselatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan dirumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawap ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan dikedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain difakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa berkerja dikedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.
Kesannyanya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan disekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Disana Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan. Dating seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya pada saya, “Adakah suatu ketika dulu anak telah mengunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain”. “ Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat”.
“Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang naka aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak”. Katanya.
Ya Allah, inikah balasanmu terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang disekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED).
NATRAH BT NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment