Friday, January 29, 2010
Bila sudah bukan rezeki
Kemelut akhir tahun telah berlalu......sekarang keputusan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pekerja cemerlang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Tapi setiausaha boss dah awal-awal lagi telah 'mengumumkan' pencalonan yang dibuat oleh boss. Pekerja cemerlang telah diberikan kepada seorang pegawai senoir ini....memang beliau layak kerana beliau berjaya mendapatkan kutipan melebihi 20 juta dalam tahun 2009. Pekerja kedua yang akan mendapat kenaikkan gaji melintang pula adalah pegawai yang baru bertugas 1 tahun lepas dan hanya mengutip 3 juta. Dia adalah pegawai yang disukai oleh boss. D berjaya mengutip kutipan kedua tertinggi tidak dicalonkan sebagai pegawai cemerlang kerana markah penilaian yang agak rendah diberikan oleh pegawai penilai iaitu ketua kumpulan D sendiri. Diakhir tempoh penghantaran borang prestasi D telah membangkang arahannya supaya kutipan sebanyak RM4.5 juta diserahkan kepada pegawai lain akibatnya markah prestasi D lebih rendah malah tiada banyak beza dengan pegawai yang hanya menyelesaikan kes sebanyak 500 ribu sahaja tahun lepas.
D urut dada bila mendengarkan perkhabaran ini. D pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam....rezeki itu ditangan Allah dan sudah bukan tertulis bahawa kenaikan gaji 8% itu milik D, D telah lakukan yang terbaik.....moga Allah membalas kerjakeras D dalam bentuk yang lain. Sivam, kawan baik D pernah menasihati D.....jika kita mengharapkan balasan atas semua perbuatan kita....kita akan menangung kekecewaan yang teruk kerana manusia itu tidak pernah berlaku adil. Benar kata sivam. D teringat salah satu kisah tauladan yang ditulis dalam buku dale Carnegie.
Ada seorang perempuan tua yang tinggal sendirian dan beliau telah membesarkan anak-anak saudaranya seramai 5 orang dan tiada seorang pun datang melawatnya. dale Carnegie telah melawat beliau dan dari situ dale mengetahui mengapa anak-anak saudara wanita itu tidak melawat beliau.
wanita ini telah mengorbankan masa muda dan kehidupan peribadi beliau supaya beliau dapat membesarkan anak-anak saudaranya yang jadi yatim piatu ketika mereka semua masih kecil. Pengorbanan wanita ini sangat mulia dan beliau bekerja keras tanpa mengenal penat lelah membesarkan kelima-lima anak saudaranya ini. kesemua anak saudaranya telah berjaya dan mula meninggalkan beliau. Akhirnya beliau keseorangan diusia tua tanpa dilawati oleh seorangpun dari anak-anak saudaranya.
Pengorbanan dan kerja mulia wanita ini langsung tidak dihargai oleh anak-anak saudaranya. memang anak saudaranya telah melakukan kezaliman tetapi INILAH SIFAT MANUSIA. oleh kerana wanita ini mengharapkan balasan atas pengorbanannya maka beliau menjadi wanita yang sentiasa dalam kekecewaan dan sentiasa membebel dan memarahi anak-anak saudaranya. sesiapa sahaja yang datang melawatnya maka cerita anak-anak saudaranya akan keluar, beliau akan membebel dan melahiran rasa kecewanya. Perbuatannya telah menyebabkan kawan-kawan mula menjauhkan diri sebab tidak tahan mendengar beliau membebel dan mengeluh.
Bila teringatkan kisah ini D bernekad untuk melupakan terus ketidakadilan ini dan menerima takdir Allah bahawa kenaikan gaji 8% itu bukan rezeki D. Jika D terlalu memikirkannya D akan menjadi seorang pekerja yang kecewa dan sentiasa merunggut....tidak ada seorangpun suka orang yang merunggutkan apatahlagi kalau yang suka mengeluh. Apa yang hendak diharapkan dari manusia.....manusia mudah lupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment