Monday, May 4, 2009

Batik di Pasar Payang

D pesan sepasang kain baju batik pada kawan D yang balik ke Kuala Terengganu cuti hari buruh, minggu lepas. Sebenarnya D jugak balik Dungun, terengganu sbb family D tinggal disana. Salah satu kelemahan D adalah tidak pandai tawar menawar bila membeli barangan. ini adalah kelemahan D yang paling ketara, bagi D sebagai orang islam...kita harus meniaga dengan jujur sebagaimana yang Allah kehendaki. D tak pernah terfikir bahawa orang islam yang taat kepada Allah akan meniaga cara orang bukan islam buat. Lagipun kalau orang melayu meniaga, selalunya D tidak akan tawar menawar sbb D nak tolong bangsa sendiri. Kawan D telah membeli sehelai kain pasang batik keluaran terbaru dengan harga RM160 sepasang sedangkan harga yang tertera atas kain tersebut adalah RM360 sepasang. So kawan D berjaya mengurangkan harga sehingga RM200. D terkejut dengan kemampuan dia, dia memang bijak dalam hal tawar menawar nie. Dia kata para peniaga di Pasar payang, kuala Terengganu akan letak harga 2 kali ganda dari harga asal. Oleh itu dia nasihatkan D supaya mengurangkan harga sehingga 1/2 sebelum membeli. Kenapa tak amanah bila meniaga.....inilah masalahnya bila nak kaya cepat. kepada orang luar yang hendak bershopping terutama di musim percutian. berhati-hati denga para peniaga di pasar Payang nie. Jangan tertipu dengan mereka. Jangan sampai kita bayar harga yang tidak setimpal dengan harga sebenar. Kawan D memang orang sana so dia dah tahu teknik nie. so pada dia D ucapkan terima kasih sebab kain yang dia beli tu sangat cantik.

No comments: