Wednesday, May 27, 2009

Kejutan Hari jadi

Semalam hari jadi D. dah lama d tak menyembut hari jadi D. keluarga D adalah orang kampung dan tidak begitu menyambut hari jadi untuk anak2. dari kecil D tak pernah menyambut hari jadi cuma bila dah bersekolah menengah dan ketika universiti mula terpengaruh dengan kawan. D mula sambut hari jadi dengan kawan2. Bila ada teman lelaki...hari jadi sesuatu yang indah terutama bila ada kejutan yang dilakukan. Kemudian D cuba untuk jadikan tarikh hari jadi D sebagai hari yang paling istimewa dalam hidup D. D meminta supaya tarikh perkahwinan D ditetapkan pada tarikh ini 26/05/2002. Kebetulan adik D jugak akan berkahwin dalam tahun yang sama so mak mintak kami buat sekali. Malang buat D, tunangan D menghilangkan diri 1 bulan sebelum tarikh perkahwinan kami. Mujur majlis boleh terus berlangsung sebab adik D akan meneruskan rancangan perkahwinan beliau...kalau tak malu keluarga D. Sejak tu D tidak menyambut hari jadi lagi. Tarikh 26/05 terus dilupakan dalam kalender D. Tapi semalam kawan D buat surprise kat pejabat dengan buat majlis hari jadi buat D. Terima kasih buat Min. Dah Dah 6 tahun tiada kek hari jadi buat D dan tiada ucapan hari jadi. Semalam agak tergamam jugak....wp hati D sedih tapi bila memikirkan keperihatinan kawan2 pejabat D raikan jugak.

No comments: