Thursday, May 7, 2009
Melayu jual melayu
D sedang mengendalikan kes ini. D namakan lelaki ini sebagai En W. En W bukanlah warganegara malaysia. Dia orang Indonesia yang telah menjadi pemastautin tetap negara kita. En W telah 4 kali difailkan tindakan kebangkrapan dan telah muflis pun. Beliau menubuhkan 4 buah syarikat dan kesemuanya atas nama anak dia.
En W tinggal di Subang Jaya dan memiliki rumah banglo RM600 ribu dan memiliki 4 buah rumah lain dikawasan subang jaya dan KL. Dia mengunakan kereta import yang bernilai RM360k. kesemua aset atas nama syarikat atau nama anak sulung beliau.
Dia tak berpelajaran tinggi pun, kalau tengok gaya macam tak percaya dia naik kereta mewah. Macammana dia mewah ditanah air kita?.
Dia adalah 'barua' yang jadi orang tengah antara tokey cina dengan agen kerajaan bagi mendapatkan tanah simpanan rezab melayu. Inilah bangsa yang jadi barua dalam menjual rezab melayu. barua ini tugasnya hanyalah menghulurkan umpan kepada kakitangan kerajaan yang pelahap wang bagi meluluskan permohonan bagi mendapatkan tanah rezap melayu dan diserahkan kepada tokey cina ini.
Dalam menyiasat kes nie, D rasa sedih sangat meihat banyak tanah2 rezab melayu bertukar milik dan kemudiannya dibangunkan perumahan elit yang rata2nya hanya mampu didiami atau dimiliki oleh kaum yang satu nie. kaum kita makin terusir ke kawasan hulu/sub bandar. Ada orang nak bela bangsa kita ke?. Sepanjang pengalaman kerja D, orang yang di undi oleh bangsa kita untuk bela bangsa kita....orang inilah yang pelahap duit. Perut mereka makin buncit makan duit rasuah......bini2 mereka makin cantik apabila buat pembedahan plastik mengunakan duit rakyat dan kemudian masuk majalah mengayakan pakaian seksi dengan tag'datin xxxx anggun mengenakan gaun pereka antarabangsa untuk ke majlis'. Indahnya rumah datin XXXXX. Bangsa kita pun terpegun....wah cantiknya...wah mewahnya....
Orang2 seperti inilah yang menyebabkan En W mampu hidup mewah dan terima lebih RM2juta setahun bagi komisyen 2% hasil ke'suksesan' peranan En W dalam mengumpan orang2 pelahap jabatan kerajaan.
D akan kenakan secukupnya En W nie......ini sajalah yang D mampu lakukan untuk bangsa D. Pengalaman kerja D telah menyebabkan D benci kepada orang politik dan orang hipokrit. Bila hendakkan undi rakyat.....sanggup masuk ke hulu kampung tapi bila dah diberikan kuasa dah tak nampak rakyat kat hulu tu tapi nampak 'kelip2' umpan tokey2 cina jika lulus projek...ada habuan. Bukan sikit2 dapat, projek RM2 juta naikkan jadi RM6 juta. susah apa...duit rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment