Thursday, July 9, 2009

Percutian di Kuching dan adik kesayangan D

25-28hb June 2009, D bawak emak dan 2 adik D pergi bercuti di Sarawak. Kami sampai dibandar Kuching dalam jam 11 pagi. Pengangkutan semasa disana D dah tempah awal-awal so sesampai saja disana D disambut oleh Ali, driver cum tourist guard yang akan bawak kami bersiar-siar di Kuching. Ali bawak kami ke muzium sarawak n kemudian ke hotel penginapan kami. Petang pulak kami berpusing2 melihat bandar kuching...banyak tempat telah kami pergi. Kagum betul D dengan kebersihan bandar Kuching. bagus betul si Ali nie sebab dia akan bawak kami pergi ke restoran yang bagus untuk mencuba makanan popular Sarawak iaitu Mee kolok dan laksa sarawak. Keesokkannya, awal pagi Ali dah datang menjemput kami. kat sarawak subuh masuk dalam jam 5.30 pagi so my mom akan kejut kami awal2 pagi untuk mandi dan sembahyang. Sbb tulah D mintak Ali datang jemput kami dalam jam 7.30 pagi. Kami bersarapan di restoran sebelum bertolak ke tempat peliharaan Orang Utan. Waktu makan Orang Utan adalah dalam jam 9.30 pagi. oleh kerana kami pergi awal so bolehlah kami melihat otai orang Utan iaitu Soduku. Orang utan yang besar dan badan berbulu ini memang pemalu. Bila nak tangkap gambar dia paling muka ke arah lain. Waktu itu belum lagi pukul 9.30 pagi tapi Soduku telah datang untuk makan lebih awal. menurut ranjer kalau mereka tidak ikut kehendak Soduku, Orang Utan itu akan mengamuk. Bersama dengan D ada beberapa orang pelawat mat saleh dan sekeluarga Chinese dari semenanjung. Pasangan muda nie bawak 2 orang anak yang dalam lingkungan 5 dan 3 tahun. Begitu excitednya anak lelaki dia yg berusia 3 tahun tu dapat tengok Soduku. Soduku hanya berada lebih kurang 10 minit sahaja dan terus turun dari tempat makannya dan berjalan terus ke dalam hutang. Semua pelawat yang tadinya mengerumun Soduku berundur kebelakang bila Soduku turun ke tanah. Bila soduku hilang dalam hutan tu, anak lelaki tu menangis sekuat hatinya sbb nak tengok lagi si Saduko. puas jugak si ayah dia memujuk. Malang bagi pelancung yang datang agak lewat (wp baru pukul 9.45 pagi) sbb semua orang utan telah masuk kedalam hutan. Rancangan petang pulak adalah untuk melawat Kampung Budaya Sarawak di santubung. Ali hantar kami balik ke hotel untuk mandi dan makan. Kami sanpai di Santubung dalam jam 2.15 petang, selepas bayar duit RM240 untu 4 orang kami pun memulakan lawatan ke rumah-rumah yang ada di situ. Adik D, perempuan yg berusia 22 tahun adalah dalam kategori OKU (wp D tidak suka akan gelaran nie sbb bagi D adik kesayangan D nie bukan cacat dan D tak boleh terima dia mengaku dia cacat). Ketika kecil Ida lahir normal cuma keadaan berubah bila usia dia 7 tahun tiba2 kaki dia lembek. Dia boleh berjalan cuma bila dalam keadaan tertentu dia akan jatuh dan tidak boleh berjalan. Masa awal lawatan, Ida begitu excited....setiap sudut dia nak tangkap gambar. Letih si Ucup nak ambik gambar. Bila tiba kerumah orang Iban, Ida mula jadi pelik. secara tiba2 dia tidak boleh berjalan...kaki dia lembik dan terpaksa mengheret badannya untuk keluar dari rumah Iban tu. Ketika tu baru D sedar....D terlupa yang Kampung Budaya nie adalah tempat yang 'kuat' dengan benda2 halus. Nampaknya jin dalam badan Ida dah jumpa kawan dia disini. Oleh kerana Ida dah lembek dan tak mampu berjalan maka D minta Ida dan emak D duduk kat kerusi ditepi tasik. D ajak balik tapi Ida kata rugi sbb D dah bayar RM240 dan dia kesian pada Ucup adik lelaki D yang begitu teruja nak teruskan lawatan. So cuma D dan Ucup sahaja yang berjalan melawat rumah2 yang seterusnya. jam 4 petang ada pertunjukan so Ida kata dia nak tengok. Masa nak naik ke dewan tempat pertunjukan, Ida mula mengigil dan berjalan terhoyang hayang. Semua orang memandang pelik pada kami. Pertunjukan bermula dan ketika tiba pada satu pertunjukan penari yang memegang buluh seolah2 sedang memuja dan D cepat2 pandang Ida...takut jugak tiba2 dia pulak yang buat pertunjukkan. benar telahan D...selepas habis pertunjukkan Ida mula buat 'persembahan'. Jin dalam badan Ida tidak mahu balik....Ida jadi keras dan susah nak melangkah walaupun selangkah. Ucup nak dokong Ida dibelakangnya tapi masa tu badan Ida yang hanya 45kg jadi seperti 100kg sampai tersungkur si Ucup yang berbadan besar tu. D dan Ucup cuba untuk memangku Ida tapi kekuatan yang entah darimana telah menyebabkan kami tidak mempunyai kekuatan langsung. Ucup nak malaungkan azan dan membaca ayat al-quran tapi mak D melarang sebab risau tiba2 ida akan mengilai(histeria). Hampir sejam kami berusaha untuk meheret Ida keluar dari Kampung Budaya tu. jam 6.30 petangpun kami masih belum dapat keluar lagi sehinggakan tiada orang langsung disitu. Akhirnya jam 6.45 kami dapat melepasi pintu tapak kampung budaya itu. ida kelihatan berpeluh2 dan kelihatan penat dan lemah sangat. Kasut Ida sampai putus sebab terlalu mengheret kakinya. kesian ida...keesokannya dia terus lembek dan lawatan kami ke pasar Serikin menjadi singkat sajaha sbb ida terpaksa ditinggalkan dalam Hilux. Di Airport ida terpaksa mengunakan kemudahan kerusi roda dan kemudahan OKU kerana ketidakupayaan Ida untuk bergerak. Ketika nie D menangis sepuashati sbb selama nie D marah Ida sbb mengaku dia OKU.....Adik D bukan OKU tapi dia terkena sihir orang yg menyebabkan dia begitu. Tapi hari ini D terpaksa mengaku dia OKU....D guna kemudahan OKU untuk Ida di KLIA sedangkan sebelum nie D tak ambil kad OKU Ida untuk beli tiket kapalterbang untuk dapat tambang 1/2 harga atau bayar tiket dgn 1/2 harga sbb D tak mengaku ida adalah salah seorang daripada OKU. Adik D adalah OKU.

No comments: