Hari nie D nak bercerita tentang pengalaman kerja yang telah D tempuhi sepanjang hidup D. Selepas tamat pengajian di UKM, D memulakan kerjaya disebuah audit firm. Gaji permulaan hanyalah RM800 sahaja. D masa tu masih tinggal di flat di Kajang Utama yang D diami bersama-sama dengan kawan-kawan masa belajar dulu. D keluar rumah jam 6.30 pagi, berjalan dalam gelap melintasi kawasan semak (Jalan Short Cut) untuk ke jalan besar. Tunggu bas jam 7 pagi untuk ke stesen komuter sampai ke stesen KL, lepas tu jalan kaki diantara kedai2 melalui petaling Street sehinggalah ke DBP. Jauhkan ….selama 4 bulan D berulang dan bersabar akhirnya D mengalah. D berkerja pulak sebagai guru mengajar pusat tuisyen swasta di Jalan Silang, KL. Bertahan 4 bulan jugak sbb D tak pandai mengajar. D bukan seorang pengajar yang baik….ini bukan kerjaya pilihan D.
Masa dok kejar bas dan komuter nie, D selalu bertembung dengan seorang kawan yang sama2 macam D jugak yang berulang dari Kajang ke KL. Masa hari terakhir D berkerja sebagai guru, D bagitahu dia yang D nak berhenti dari pusat tuisyen tu…..D tak tahan nak mengajar…..tapi D masih belum dapat kerja lain. Allah Maha Besar….kawan nie bagitau yang ada sebuah syarikat baru buka perlukan seorang pekerja untuk menjaga hal kewangan dan pengurusan pentadbiran syarikat. Adik ipar dia kerja kat syarikat nie so boss syarikat nie minta adik ipar dia cari2kan orang.
D pun pergi untuk interview di syarikat tu. En R pengarah urusan syarikat tu interview D. Masa sampai disyarikat yang terletak di Balakong tu, D agak terpinga jugak sebab syarikat nie terletak di kawasan kilang teres 2 tingkat yang agak tersorok….dipejabat hanya ada 1 kipas kaki ,2 meja terpakai dan 4 kerusi terpakai jugak. 1 komputer terpakai jugak. Tak de air cond. Dalam hati berbisik biar betul aku nak kerja kat sini….dia ada duit ke nak bayar aku.
Tapi D cabar diri D sendiri untuk bertahan….D mulakan kerja menguruskan pejabat dan menjaga hal2 perakaunan. Jawatan D adalah pegawai akaun dan gaji adalah RM1200 sebulan. Sebulan bekerja….D dipanggil oleh En R dan dia tawarkan D menjadi pemegang saham dalam syarikat dia kerana dia lihat komitmen D dalam menguruskan hal pentadbiran dan kewangan. Razak bagitahu dia memang ‘buta’ dalam urusan begitu dan yang dia tahu adalah bidang pemasaran sahaja.
D bersetuju dan D memegang 15% saham syarikat dan Encik R adalah pemegang terbesar dengan 20% serta bapa mertuanya 25% serta 4 orang yang lain memegang bakinya. Ini adalah kilang bumiputera yang ditubuhkan untuk mendapatkan tender bagi pengagihan untuk kouta bumiputera. Kilang nie adalah vendor kepada syarikat otomotif utama di Malaysia. Disini bermulalah gaji D dipotong setiap bulan untuk untuk membayar balik pinjaman yang dibuat untuk mengeluarkan RM15,000 bagi memiliki saham 15%.
Jika difikirkan balik tentu ramai berkata D bertuahkan sebab D dapat peluang begini tapi yang sebenarnya En R sangat bijak….dia tengok cara D bekerja dan perlukan orang seperti D untuk terus kerja di syarikat yang baru hendak bermula….kita lihat bagaimana dia pergunakan D.
Oleh kerana D adalah pemegang saham, sudah tentu D akan bekerja tanpa berbelah-bagi kepada pembangunan syarikat. D bagi komitmen 110% sbb RM15,000 dah dileburkan disini. Besar amaun tu bagi orang yang berasal dari keluarga miskin seperti D.
Bermula dari turnover RM0 kami bermula dan dapat keluarkan produk pertama 6 bulan kemudian setelah berhempas pulas di kilang menghasilkan produk yang dikehendaki berdasarkan specification dan drawing dalam bahasa jepun tu. D yang belajar akaun tiba-tiba saja boleh baca drawing kejuruteraan wp tak paham sepatah habukpun tulisan jepun tu tapi bila melihat kontur2 dan simbol2 dalam drawing, D boleh menterjemahkan dalam bentuk bahan mentah yang diperlukan dan berapa perletakan harga yang perlu bagi harga tender. D jugak turun ke kilang bersama-sama dengan 2 orang pekerja bangla dan 3 pekerja tempatan untuk menghasilkan keluaran pertama.
Kami pernah kerja dari jam 8 pagi sehinggalah 8 pagi keesokan harinya sbb sampel produk perlu dihantar untuk kelulusan jabatan R & D selepas tender berjaya kami perolehi. Mak D akan telefon setiap 2 jam sekali sambil memastikan D selamat…yelah D seorang je pompuan diantara 8 orang lelaki. Tapi D tak teringatpun D pompuan masa tu sbb yang kami fikirkan masa tu sampel produk mesti siap sebelum jam 8 pagi untuk dihantar ke pelanggan sebelum jam 10 pagi. Tak terkira banyaknya produk yang rosak dan tak dapat seperti yang dikehendaki. Tapi kami tak putus asa setiap try and error D akan rekodkan…setiap suhu mesin D catatkan. Kami memiliki mesin diecutting keluaran Jerman yang berusia 40 tahun yang di let go secara pukal oleh sebuah kilang. Mesin tu sangat bising…..dan kami akan panik sakan kalau mesin tu tak berbunyi bising sbb itulah satu2nya nadi utama kilang kami. D rindukan bunyi mesin tu.
D bekerja keras masa tu….sabtu dan ahad pun D kerja. D melakukan kerja dari A to Z. bermula dari jam 8 pagi, D sampai di ofis D akan melakukan kerja ‘cleaner’. Sapu sampah, bersihkan bilik mesyuarat sbb EnR kuat merokok dan membuang habuk rokok merata2. Lepas tu turun ke kilang dan ambil data-data production semalam. Tengok kapasiti pengeluaran dan bincang dengan supervisor samaada pekerja kena buat overtime ke tidak.
Selepas selesai D kena naik balik ke ofis dan buat kerja2 seperti tengok drawing dan buat Quotation untuk tender baru. D lah yang jadi tukang angkat phone…setiap masa telefon tanpa wayar berada ditangan D sbb d yang akan handle kalau ada masalah dengan pelanggan. En R masuk kerja jam 11.30 pagi. Dia memang lepas tangan betul….semua perkara D yang tanggung…D yang kena fikir bagaimana nak cari duit bayar gaji, bayar supplier bila akhir bulan. D lah yang merayu supaya pelanggan dapat mengeluarkan cek cepat…..D pernah tunggu didepan jabatan akaun pelanggan dari pagi sampaii petang untuk dapatkan cek bayaran sebab gaji pekerja harus dibayar pada 1 hb setiap bulan. D pernah tak ambil gaji kerana duit tak cukup untuk pemegang saham terima gaji. Pekerja dan supplier harus didahulukan.
Selepas 2 tahun berlalu….syarikat berjaya menjana turnover sebanyak RM3 juta setahun. Tanpa bantuan pinjaman bank cuma kemudahan kredit seperti BA kami mampu jana turnover setinggi itu dengan modal sebanyak RM100,000. Kali ini cabaran berbentuk kegawatan ekonomi pula mendatang. Permintaan mula berkurangan dan sehingga satu tahap kilang langsung tak beroperasi ….kami hadapi dengan tenang. Pekerja diberikan cuti ½ gaji selama 6 bulan….kami pemegang saham mengeluarkan semua wang simpanan untuk cover kos overhed seperti sewa kilang…kami bernasib baik sebab tiada pinjaman bank.
Selepas 8 bulan…order mula masuk secara berperingkat. Para pekerja dipanggil kembali bekerja. Permintaan bertambah…kilang dibesarkan dengan menyewa 2 unit kilang berhampiran, pekerja bertambah menjadi 15 orang….D makin sibuk. Pagi uruskan semua hal kilang dan petang D akan keluar ke site untuk attend meeting dan control delivery supaya proses invoicing tak terganggu. Modal RM100 ribu tak mencukupi untuk cover turnover yang semakin meningkat…duit bagaikan air yang jatuh ditengah padang pasir yang kontang.
Meeting pemegang saham diadakan. Kejutan besar berlaku…bila seorang cina muncul bersama setiausaha syarikat. Beliau adalah Mr Wo dan beliau sebenarnya adalah pemegang saham utama yang berselindung disebalik nama bapa mertua En R. oleh kerana syarikat adalah berstatus bumiputera dan untuk mendapatkan tender atas kuota bumiputera maka dia hanya berselindung disebalik nama tersebut. Patutlah selama nie En R selalu meminta report daripada D dan katanya untuk diberikan kepada bapa mertua dia. CELAKA BETUL.
Kami diberikan pilihan untuk meningkatkan saham sebanyak 5 x ganda dalam tempoh 3 bulan sebelum saham tersebut ditawarkan kepada pemegang saham lain. Ini bermakna D perlu tambah RM50 ribu untuk mengekalkan 15% pegangan. D gagal mendapatkan sejumlah wang tersebut…D hanya mampu tambah RM15 ribu sahaja so pegangan D jatuh menjadi 6% sahaja. Mr Wong membeli semua bahagian D dan pemegang saham lain menjadikan beliau pemegang saham terbesar dengan 51%.
Tekanan mula D hadapi, disaat syarikat meraih kejayaan dengan turnover mencecah RM12juta setahun dan kami mampu menyewa sebuah bangunan kilang yang besar dan mempunyai pekerja hampir 30 orang….D mula hilang kawalan keatas syarikat. Kuasa D perlahan-lahan ditarik dan diserahkan kepada anak Mr Wo. Kesalahan D sentiasa dicari…..kakitangan pejabat mula diambil dari bangsa dia. Dalam masa yang sama D kehilangan lelaki yang D cintai selama 3 tahun gara-gara D terlalu komited pada syarikat sebelum ini. Alasan dialah untuk tinggalkan D.
Akhirnya bila D berjaya menghidu kepincangan dalam pembelian mesin-mesin baru yang diuruskan oleh Mr Wo maka D dijadikan sasaran. Mesyuarat tergempar pemegang saham diadakan dan tuduhan menyeleweng duit syarikat dikenakan keatas D. D diberikan tempoh 2 jam untuk keluar dari permis syarikat dan tempoh 14 hari penyiasatan akaun akan dilakukan….KONONNYA. En R hanya diam membatu. D sangat2 kesal dengan sikap En R, D dah anggap dia sebagai abang D sendiri…kesetiaan D pada syarikat tiada belah bagi…..R langsung tak pertahankan D. D buat lapuran polis.
Tempoh 14hari D hadir kesyarikat semula untuk mendengar penemuan yang ditemui hasil dari siasatan dalaman tapi hampa…dari pagi hingga kepetang D tunggu tapi masing2 buat tak tahu sahaja. Akhirnya dalam jam 4.30 petang Mr Wo serahkan surat termination D sebagai finance controller berkuat kuasa serta merta. D diberikan sekeping cek pembayaran gaji terakhir dan pampas an 2 bulan gaji. D ambil dan terus kebalai polis untuk buat lapuran kedua. D rasa malu..malu…malu sangat2…rasa bagai dibogelkan dikelayak ramai dan dimalukan dengan tuduhan mengelapkan duit syarikat wp tanpa bukti ditemui semasa siasatan dalaman yang kononnya dilakukan. Semua staff dan pekerja D yang ketika itu sedah mencecah 60 orang memandang serong kepada D kerana cerita tersebut disebarkan oleh Mr Wo dengan tujuan untuk menghalau D dari syarikat.
D rasa down sangat ketika itu….hilang pekerjaan serta merta…syarikat itu bagaikan anak yang D kandung dan jaga sedari kecil dirampas dengan kejam daripada D dan D diaibkan. D naik bangunan ke satu bangunan untuk cari peguam terbaik. Akhirnya D berjumpa dengan Mr L yang kononya peguam terkenal. Bayaran sebanyak RM25 ribu dikenakan keatas D. D sanggup sbb D nak bersihkan nama D. D habiskan semua duit pampas an tersebut untuk bayarn peguam ini….peguam beri jaminan bahawa 80% kemenangan dalam tangan D…..hahaha tipah tertipu….semua peguam akan kata kita menang sbb nak duit kita.
Dalam masa yang sama D mencari pekerjaan…D berkerja 7 hari seminggu sebagai guru tuisyen. Keluar jam 8 pagi dan balik 11 malam. D mengajar di 4 buah pusat tuisyen sbb D perlu bayar rumah dan kereta yang D beli sebelum ini. Sebelum ini pendapatan D mencecah RM8 ribu tiba2 menjadi RM0 dan berapalah sangat bayaran guru tuisyen so D terpaksa ambil 4 pusat tuisyen untuk cover expenses.
D dah ada teman lelaki yang baru ketika ini….D dah lama kawan dengan dia, D terima dia kerana dia hadir ketika D perlukan seseorang selepas kekasih D tinggalkan D. Pilihan yang BODOH. Dia bukan membantu ketika kesulitan begini sebaliknya menyusahkan D lagi sbb D terpaksa tanggung perbelanjaan dia kerana dia juga menganggur.
D dah tak tahan berkerja teruk begitu…dan kebetulan ada seorang kawan mempelawa D untuk membuka perniagaan bersama beliau. D beranikan diri…D keluarkan semua wang simpanan D bila D lihat perniagaan itu mempunyai prospek yg baik sebab kontrak dalam tangan tetapi modal sahaja yg kurang. So D pun menjadilah tokey workshop yg pegang kontrak mengubahbaikpulih kenderaan sebuah majlis perbandaran. Dalam tempoh 4 bulan pertama keadaan berjalan dengan baik…..kontrak dapat dipenuhi dan bayaran pertama akan diperolehi tak lama lagi.
D pula sibuk untuk menguruskan majlis pertunangan D. D telah mengambil cuti seminggu dan tinggalkan business pada partner D. Bila D pulang semula D lihat pekerja D duduk berehat tanpa melakukan kerja sedangkan terdapat 10 kereta yg perlu di cat. Pekerja bagitau bahawa dah seminggu bahan mentah tak ada….D lari naik ke ofis dan call parner D. Nombor hp telah ditamatkan perkhidmatan. D call bank tanya baki dalam akaun tapi bank bagitau bank syarikat dan kosong. D call customer…mereka bagitahu bahawa cek telah pun diberikan seminggu yg lepas ini bermakna partner D telah melarikan hampir RM50 ribu dan termasuk duit cash RM4 ribu yg D tinggalkan untuk beli bahan mentah.
D terpaksa jualrumah dan kereta untuk bayar hutang gaji pekerja dan sewa kilang. Kilang D tutup terus kerana tak de duit untuk teruskan…kontrak D serahkan kepada worksop lain.
D sudah tidak punya apa-apa lagi….tunang D juga tinggalkan D, kononya balik ke Brunei untuk mengambil keluarga menghadiri majlis perkahwinan kami yg akan berlangsung 2 minggu lagi tapi dia tak pulang pada hari yg sepatutnya. D tunggu diairport 2 hari berturut2 dan D tunggu didepan rumah sewanya selama seminggu tapi dia tak muncul. Keadaan bertambah parah bila D dapat penyata kad kredit bagi 2 bank berlainan yang menunjukkan tahap pengunaan yang maksima iaitu RM10 ribu setiap satu. Tunang D telah mengkianati D dengan meninggalkan hutang tersebut. Bagaimana dia buat begitu…tak perlulah D cerita detail cukuplah D saja yg tahu.
D mengalami kemurungan yg teruk….family datang ambil D dan bawa pulang ke kampong. Emak D sampai tampar D bila dia lihat D seperti mayat hidup yang hanya baring tanpa bergerak, makan, minum atau bercakap dengan sesiapa. Keadaan D tak terurus…..hanya air mata yang tak berhenti mengalir. Emak bawak D ke Terengganu dan beberapa kali D di masukkan ke unit ICU Hospital Besar kuala terenganu kerana serangan sakit jantung wp sebenarnya D tiada masalah jantung. Doktor pelik dengan keadaan D. Semua ini adalah disebabkan tekanan perasaan….kemurungan yang teruk.
Bagaimana D bangkit kembali…..adik lelaki D berikan satu buku motivasi tulisan Dale Carnegie “bagaimana mengatasi kebimbangan anda’. Buku ini buat D bangkit dari tempat pembaringan dan D mula mempergunakan masa D dengan mendekati Allah dan melihat setiap hikmah yang D tidak sedari bagi setiap dugaan yg Allah berikan. D mula berkerja sebagai kerani di stesyen minyak dengan gaji RM450 sebulan dan D belajar agama pada malam harinya.
3 tahun D ambil masa untuk naikkan semangat dan keyakinan diri. Akhirnya satu hari D yakin bahawa D boleh bangun semula…D mula memohon pekerjaan dan Alhamdulillah D berjaya dapat kerja sebagai pegawai kontrak dengan gaji permulaan RM4000 disebuah organisasi besar. D balik semula ke KL.
Kini 5 tahun berlalu…D sudah bekerja tetap. Kerja D agak mencabar dan D suka berkerja disini. Dulu D mencari duit untuk membayar gaji pekerja tapi sekarang D tak perlu fikir lagi semua itu. Tiap2 bulan D dapat gaji. Hutang kredit kad tersebut telah menjadi RM60 ribu selepas 3 tahun tanpa pembayaran. Bagaimana D uruskan…D pergi jumpa bank dan minta tukarkan hutang tersebut kepada pinjaman supaya bunga yang dicajkan berhenti. D buat pinjaman peribadi dan dan D arahkan bank bayar direct kedalam akaun kredit kad tersebut. So D bebas dari blacklist…sekarang pinjaman peribadi tersebut pun dah habis bayar.
Tapi saat yang paling indah dalam hidup D adalah masa kesusahan mengeluarkan produk pertama, melihat lori bergerak menghantar produk pertama, melihat cek bayaran pertama. Keperitan menaikkan dan membangunkan sebuah syarikat adalah satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dan D rasa D paling bertuah kerana menempuh saat ini.
Rumah kali kedua dibeli akan siap untuk diduduki dalam Julai tahun depan dan D guna kereta Toyota Vios untuk ketempat kerja. Alhamdulillah.........D dah dapat balik hidup D.
No comments:
Post a Comment