Tuesday, July 28, 2009
Kemalangan nyeri di Maran
D tidak pernah bertemu dengan Fatma tetapi D seolah2 mengenalinya bila adik D iaitu Gee selalu sangat bercerita berkaitan dengan teman baiknya ini. Fatma dengan Gee sangat rapat....mereka sama-sama mengajar dan kedua2nya adalah ustazah yang mengajar disekolah. Ketika Gee ada masalah dengan keretanya dulu...fatma dan suaminyalah yang sering datang ambil Gee untuk kesekolah setiap pagi. Gee sangat terhutang budi dengan kebaikkan mereka berdua. Dari cerita Gee, D tahu Gee sangat sayangkan sahabatnya ini.
Tapi Allah lebih menyayangi Fatma dan keluarganya. Fatma bersama-sama dengan suaminya dan anak mereka yang berusia 10 bulan berserta ibu Fatma dan adik lelaki Fatma adalah mangsa kemalangan nyeri yang berlaku di Maran pada Sabtu 25 julai jam 1.30 tengahari. Kereta kenari remuk dan sehingga tidak menampakkan rupa kereta lagi begitu juga dengan mayat mereka semua.
Semoga roh Fatmawati, suaminya Nasaruddin dan anak mereka Muhammad Nazhif serta Ibu fatma iaitu Puan Sepiah dan adik Fatma Mohd Syakirin berada ditempat orang2 yang beriman. Mereka dikebumikan dalam satu liang pada Ahad 26 Julai.
Segala pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui setiap hikmah atas musibah yang menimpa keluarga ini.
Buat Gee, bersabarlah atas kehilangan teman baiknya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment