Thursday, April 2, 2009

Gym

D dah 2 tahun join Fitness First. D ambik passport kena bayar RM175 sebulan so boleh pergi mana-mana branch FF. Yang selalu D pergi adalah FF the Curve dan Axis. Masa belum join gym, berat D adalah 83 kg dengan ketinggian 5"4. Lepas 3 bulan berat turun 6kg. D ambik personal trainer...yelah masa tu baru masuk tak tau nak guna mesin. Jangan harap dapat tanya PT, muka mereka semuanya ada $$$$. D guna PT perempuan...so pada awalnya OK lah tapi dia nie ada satu atitute yg D tak berapa suka. kita bayar dia full sejam, D ambik pakej 30 session bayar kat RM3000 jugak lah. Dia boleh suruh kita buat satu-satu latihan pastu dia tinggal dan berbual dengan PT lain. Bila dah nampak kita berhenti...baru datang. Ambik mudah dan tak serius. Masa tu memang tak sabar nak habiskan session. Dia pernah kantoi dgn D, dia sms D kata dia tak sihat wp D masa tu dah ada kat Gym. Dua hari kemudian masa session seterusnya dia pun bercerita...U dah tengok Movie xxx kat pawagan. Pergilah best movie tu...i dah pergi tengok sabtu lepas dgn boyfren I (masa dia SMS kata dia tak sihat). Wp D guna PT tapi D tak pernah miss sebarang kelas pun. D suka join Body Step, Body Pump, Body Combat dan Body Balance. dalam seminggu D habiskan masa 2 jam sehari selama 4 @ 5 hari. Perkara yang D perhatikan semasa berada di gym adalah kemasukan bermusim. Ada satu masa akan ramai orang melayu @ india akan join dalam group yang ramai. tunggu 2 bulan, mereka nie akan hilang...tinggallah beberapa orang. kalau join kelas pulak, masa kelas pertama mereka masuk tapi bila dah tak boleh ikut...mereka terus tak masuk lagi. Mereka semua lupa...setiap orang ada 'first time' mana ada yang terus pandai. Biasalah terkial-kial waktu mula-mula join tapi terus masuk jugak. orang tak tengoklah awak terkial2 sbb masing2 sibuk nak kejar step tak de masa nak pandang pun. Masuk 3 @ 4 kelas barulah cekap sikit dan dah boleh ikut step, dah boleh ikut lagu. Lepas habis tempoh 30 session, berat D turun sebanyak 68kg dan D dapat mengurangkan bahagian yang bermasalah. tau tak D dah boleh pakai baju bersaiz M...cewah. ingat lagi masa gi Sogo, D masuklah kat butik Elle. tengah dok belek2 baju tiba-tiba seorang salesgirl datang dan kata ' sorry kak...saiz akak tak delah kat sini'. hampeh betul minah tu. sekarang dengan bangganya D pergi Elle dah beli pakaian sukan kat situ. Alhamdullilah sampai sekarang D mampu terus bertahan dan terus pergi gym sbb kalau tak pergi gym...rasa tiba2 lenguh badan.

No comments: