Tuesday, April 7, 2009
Herbalife dan D
Hari nie D nak bercakap pasal Herbalife. D dah kenal Herbalife dari tahun 2006 lagi lepas tengok adik ipar D guna. D mula ambil dalam tahun akhir 2007. Kenapa D ambil herbalife?
D pernah terserempak dengan promoter Herbalife…dia tegur D “ Cik nak kurus tak dan tak payah bersenam?”. Lelaki dalam lingkungan awal 20an itu sebenarnya tak tahu apa produk yg dia jual. Inilah kesilapan yg promoter buat sehingga ramai salah faham tentang herbalife. kenapa tak perlu senaman sedangkan senaman adalah penting untuk jantung dan kesihatan. Jangan tunjukkan bahawa HL tidak galakkan senaman sebaliknya promoter harus galakkan buat senaman disamping ambil HL.
My fren ambil herbalife sebab nak kurus…..sampai sekarang D tengok dia tak kurus pun. Kenapa dia ambil HL. Sebab dia terpengaruh apabila melihat kawan dia kurus selepas ambil HL.
D ambil herbalife atas sebab berikut:-
1. D malas hendak menyediakan sarapan dan makan malam
2. Harga HL yg D dapat adalah murah
Sebagai seorang wanita, kalori yang D perlukan sehari adalah 1800 kalori. Jika kita baring dikatil dan tidak buat apa-apa sepanjang hari, kita masih perlukan tenaga untuk buat kita hidup. Ini yang dinamakan sebagai Basal Metabolic rate (BMR). Jika kita duduk dipejabat/rumah lebih dari 5 jam sehari maka kalori yg diperlukan adalah 1,529 dan jika kita jenis yg aktif sedikit dan berjalan lebih kurang 30 minit kalori yg diperlukan adalah 1600 sehari.
Pengetahuan tentang kalori ini sangat penting. Kita harus tahu apa yg kita buat dan sedar tentang apa yg kita makan. D ada baca tentang diet seorang artis nie yg hanya makan epal dan sup sahaja. Badan kita telah diprogram untuk ‘preserve life’. Jika kita kurangkan makanan, badan kita akan memberitahu otak kita untuk menurunkan metabolism. Badan kita cuba untuk ‘preserve’ bekalan lemak supaya badan kita boleh adjust bagi membolehkan kita hidup lebih lama. Jadi pembakaran lemak kita juga akan menurun selaras dengan penurunan metabolism.
Oleh itu D akan pastikan D mengambil makanan sentiasa supaya metabolism D sentiasa ‘happy’ dan dalam kadar yang ‘moderate’. Adakah ini bermakna D banyak makan…tak D makan sentiasa dalam kadar yang kecil.
D ambil HL sbb D dah tahu setiap pagi dengan 2 sudu HL + 250ml susu tanpa lemak akan menyebabkan D dah ambil 175 kalori. Senangkan tak payah nak fikir makanan apa yg boleh berikan kalori dibawah 200 setiap pagi. Kenyang pun kenyang. Dalam 3 jam selepas tu D akan ambil yogurt (120 kalori). Air kosong dengan HL tea mix sentiasa ada disebelah D. tengahari D ambil makanan berat sedikit iaitu sedikit nasi, ikan dan sayur. D akan pastikan kurang dari 800 kalori. Selepas 3 jam D akan pastikan D ambil secawan milo dan 3 keping biskut (200-300 kalori) sebelum pergi gym sebab D perlukan tenaga.
Balik dari gym….perut dah menjerit2 kelaparan. Apa yg paling senang…blend aje HL. Dengan 2 sudu HL (F1)+ 1 sudu F3 +250ml susu tanpa lemak/soya. Perut D dah tak berbunyi lagi. D malas nak masak..masak ambil masa sedangkan perut D lapar sgt2 ketika tu takan nak makan maggi. D jauhkan maggi dan makanan segera sbb ia memudaratkan tubuh D. kalau D masih lapar selepas itu…D akan ambil sebiji epal atau pir atau pisang. So rasanya D ambil kurang dari 1800 kalori sehari tapi metabolism D dalam kadar tetap sbb D tipu BMR dengan makan sentiasa. BMR D rasa selamat sbb sentiasa ada makanan masuk. D pergi gym…D bakar lebih kurang 300-500 kalori utk 2 jam. Kalori masuk 1500 – kalori keluar 1600(aktiviti seharian) + 500(gym) = - 600. So kenapa D tak boleh kurus jika kalori yg dibakar lebih daripada yang masuk.
Senangkan…..apa yang yg D dapat hasil dari diet begini. D jimat duit…D tak pernah tolak troli hujung minggu utk bekalan makanan. D Cuma ambil bakul dan ambil 3 kotal susu HL, 6 botol yogurt , sebotol yogurt drink. Dalam RM27 seminggu. Buah-buahan RM10-15 seminggu. Sayur-sayuran RM10. D akan pastikan D ambil sayur hijau so selalunya D akan blend sayur dan buat jus. Makan tengahari RM5 sehari=RM35 seminggu.
Sekarang tinggal kos HL. Sebotol F1 berharga lebih kurang RM80 dan tahan untuk 3 minggu. Selalunya D akan beli dalam kuantiti yg banyak sbb D dapat harga 50% diskaun. Untuk kos bagi 1 set adalah lingkungan RM210. Tea mix tahan lama. F1 sahaja tahan 3 minggu.
So lepas nie jika jumpa promoter Herbalife yang kata produk ini untuk kuruskan badan dan tak payah excercise...suruh dia balik study balik produk dia. Excercise penting untuk sihat dan kuat. untuk jantung dan untuk paru-paru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment