Monday, April 6, 2009
kelas masakan dan kerenah peserta
Sabtu lepas 4/4/09, D decide nak join kelas masakan di Bake With Yen, Puchong. Chef Hau
akan ajar cara buat cup cake dan decoration guna butter icing. tengok jadual gym, kelas Body Step kat The Curve akan dikendalikan oleh kenny. salah satu instructor favorite G.
lepas bangun tido, duduk termenung kejap kat katil....mana nak pergi nie. Akhirnya bila teringatkan Nabila, anak saudara D yg berusia 5 tahun tu begitu gilakan cup cake buatkan D tanpa berlengah lagi terus decide pergi BWY.
D sampai di BWY pada jam 9.30 pagi, lepas daftar kelas dan bayar RM35, D terus naik ke kelas yg berada di tingkat 3. Oleh kerana D sampai agak awal dapatlah D duduk di row ke 2, ada beberapa orang makcik duduk di row 1. Chef hau tengah buat beberapa contoh design hiasan cup cake untuk diletakkan atas dulang hiasan cup cake. Mudahnya dia buat, begitu asyik tengok chef buat deco tanpa sedar ada 2 orang wanita duduk di sebelah D. Dia kecoh bila tengok chef dah buat decoration, D senyum dan bagitau kelas belum mula chef saja buat deco untuk diletakkan atas tray.
Wanita tu dalam around 35 ke atas rasanya berbadan gemuk pendek, bertudung gaya ekin perkenalkan dirinya sebagai normala dan kawan beliau...tak ingatlah nama dia. Dia tanya D samaada selalu join tak kelas kat BWY...D kata ini kali pertama. Mata D terus tengok chef tak berminat sangat nak berbual sbb asyik tengok kelincahan tangan chef buat hiasan.
Dalam 30 minit sahaja...kelas mula padat dengan 45 orang peserta. ada yang muda belia tapi majoriti wanita berumur dan terdiri dari semua bangsa. Muhibbah betul...yang mana datang lewat tarik kerusi nak duduk depan hingga menutup ruang laluan. Chef mulakan kelas...chef berbangsa cina tu bercakap mengunakan bahasa melayu tetapi sebutan beliau kurang jelas.
Chef mulakan dengan resepi Mocha cup cake...bagusnya chef nie wp pertuturan kurang jelas tapi beliau menjelaskan dengan terperinci setiap kesalahan yang tidak boleh dilakukan semasa buat cake. Mak cik sebelah D mulal menganggu chef dengan menanyakan soalan2 yang bagi D...stupidnya. Chef timbang guna cawan penyukat 1/2 cwn. Dia minta timbang guna gm. Chef timbang...dan bagitau 1/2 cwn = 92 gm. Ada sorang lagi peserta tanya klu macam tu dalam resepi tulis 1 cwn jadi berapa grm. chef bagitau lebih kurang 180gm. Mak cik terus angkat tangan...dia kata kenapa 180gm sedangkan tadi sukat 92gm. Chef ketika itu sibuk dan tak hiraukan soalan dia. mak cik nie bengang dan terus mengomel. D terganggu sbb percakapan mak cik nie menghalang D dari mendengar jelas...D kata pada mak cik tu. betullah lebih kurang 180gm untuk secawan...masa chef timbang 92gm utk 1/2 cwn so kali dua dapatlah 184gm. kesalahan chef adalah tak bagi tepat 184gm...dia hanya sebut lebih kurang so mak cik nie tak puas hati sbb 4gm tu. 'tahulah...' kata mak cik tu dengan nada marah pada D. Lepas tu dia masih ganggu chef lagi. D rasa serabut sangat sbb chef tak boleh ajar dengan tenang disebabkan ada mak cik2 suri rumah tangga nie yg tak boleh nak terima bile chef kata susu pekat manis tapi chef guna Marigold sweet cramer. tak sama ke sweet creamer dengan susu pekat manis tak faham betullah D apa masalah mak cik nie. nak kata bodoh...gaya educated sbb bertutur guna BI dan gaya pakaian macam mak-mak datin.
Itu belum lagi masuk kerenah Si Normala yg duduk disebelah kiri D. Dia dok maki 'aisyah' tak tahulah D siapa si aisyah yg malang nie. mungkin dia pernah masuk kelas yg dikendalikan oleh aisyah nie sbb dia bandingkan cara chef ajar dengan aisyah. Tapi apa yg D nak ceritakan adalah sikap Normala yg outspoken.
D tak tau kenapa kawan Normala boleh bertahan dgn sikap Normala. Bila kawan Normala kata dia tak ingat bila hari jadi husban dia...Normala boleh kata ' itulah kau...hari jadi laki sendiri pun tak boleh ingat...patutlah rumah tangga kau berantakan'. ' dah kau tu pemalas...', engkau buat kerja bukanya senonoh patut semua cake yg kau buat tak menjadi'. 'Dah dasar kau buat kerja cemerkap..'. Terlalu bayak kata-kata maki hamun yg keluar dari mulut Normala dengan suara nya yg nyaring...D rasa bukan D aje boleh dengar org yg kat depan dan belakang D pun boleh dengar. D pandang Normala...kesian dahlah huduh...berbadan gemuk pendek...tambah pulak perangaipun huduh jugak...kenapalah kawan dia tu boleh tahan.
Kelas chef dah melepasi jam 1.15 tapi chef masih belum habis menunjukkan decoration butter icing sebayak 20 design seperti yg dijanjikan sbb ganguan2 dari mak cik2 tu. Bila tengok para pekerta mengerumuni chef sehingga D dah tak boleh nampak apa yg chef buat..tambahan pulak perut D berkeroncong sakan...D terus ambil 4 cup cake yang tanpa hiasan dari pembantu chef Hau dan terus keluar dari kelas tu.
D berjalan ke restoran berdekatan...untuk makan tengahari. D duduk seorang dimeja tepi dinding...D habiskan sepinggan nasi dan pergi basuh tangan serta buat bayaran di kunter. D pergi ke meja semula sbb D belum minum air yg D dah order....tiba2 si Normala dan kawan dia masuk restoran dan terus duduk depan D. D hanya senyum dan tanya ' kelas dah tamat...saya lapar sangat sbb tu keluar awal'. Si Normala dengan suara nyaringnya mula maki hamun orang2 yg dia kata ambik lebih cup cake dan orang yg ambik cup cake dengan design yg cantik dari chef. D mula rasa serabut...wp air belum habis D minum dan hujan di luar sangat lebat...D bangun mintak diri dan keluar dari restoran dan berlari ke kereta. Habis basah baju D...itu tak penting...yang penting boleh lari dari manusia bernama Normala.
Kesian D kepada perempuan yg bersifat seperti Normala.....bermulut celupar, sentiasa merungut dan memaki hamun. Hidup Normala mesti tidak tenang sbb sentiasa ada perkara dia tak puas hati dan nak maki. kesian Normala.
Wbp D puas hati dengan kelas hari nie sbb D dah tahu kat mana silapnya cup cake yg d buat sebelum nie. Yang pasti mesti Nabila melompat-lompat keriangan bila tengok beautiful cup cake utk birthday party dia nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment