Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAP Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan 2010 Budget pada 23 Oct 2009. D telah menerima senaskah buku 2010 Budget Commentary and Tax Information yang dikeluarkan oleh MICPA, MIA dan CTIM.Ringkasan dari pembentangan Budget 2010 yang melibatkan cukai individu adalah:
1. Pengurangan kadar cukai bagi individu bermastautin.
Pada masa sekarang kadar cukai individu dikira berdasarkan kadar 0% ke 27%. Kadar maksima 27% terpakai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000.00.Budget 2010 mencadangkan kadar cukai bagi chargeable income yang melebihi RM100,000 dikurangkan kepada 26%.
Tarikh Kuatkuasa: Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Kepada individu yang berpendapatan tinggi seperti My Boss yang bergaji RM12 ribu sebulan bolehlah melompat lebih tinggi (seronok). Tapi bagi insan seperti D yang bergaji dalam lingkungan RM4 ribu …..emmm gigit jari.
Individu yang mempunyai chargeable income sebanyak RM500,000 akan dapat dapat mengurangkan liability cukai sebanyak RM4 ribu.
2. Peningkatan dalam pelepasan individu (Personal relief.
Pada masa sekarang, kadar pelepasan individu adalah RM8,000 setahun. Budget 2010 mencadangkan supaya kadar pelepasan individu dari RM8,000 kepada RM9,000.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
3. Peningkatan dalam pelepasan KWSP dan insuran
Pada masa sekarang, bagi pemastautin tetap pelepasan bagi KWSP dan Insuran dibenarkan setakat RM6,000.
Budget 2010 mencadangkan pelepasan KWSP dan Insuran dinaikkan kepada RM7,000 ribu
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Bagi yang berpendapatan RM4 ribu, potongan KWSP setahun melebihi RM6 ribu dan belum masuk lagi insuran. Peningkatan kadar pelepasan ini memberikan peluang kepada rakyat untuk meningkatkan tabungan persaraan.
4. Pelepasan cukai atas Broadband Subscription Fees.
Budget 2010 mencadangkan supaya pelepasan cukai atas broadband subscription Fees diberikan sehingga RM500 setahun bagi pemastautin tetap.
Tarikh Kuatkuasa : Tahun Taksiran 2010
Kesan.
Meningkatkan pengunaan broadband dikalangan rakyat . emm yang nie seronok dengar.
5. Pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik hartanah yang dianugerahkan Green Building Index Certificates.
Budget 2010 mencadangkan pengecualian stamp duti bagi perpindahan hakmilik bangunan kediaman dan bangunan yang dianugerahkan dengan sijil Green Bulding Index (GBI) yang dibeli dari pemaju hartanah.
Tarikh kuatkuasa : S & P yang ditandatangani pada atau bermula dari 24 October 2009 sehingga 31 December 2014.
Kesan.
Alamak S & P rumah yang baru D beli adalah pada 14 Sept 2009. Huuuuu sedih. So para pembeli rumah baru pastikan hal ini dan pastikan Yuran guaman anda tidak terkandung bayaran duti setem jika beli rumah selepas 24 Oct tapi kenalah pastikan dulu pemaju hartanah tersebut ada GBI.
Tujuan pengecualian ini diberikan adalah untuk mengalakkan pembinaan bangunan mengunakan teknologi rumah hijau.
6. Cukai tidak langsung
Budget 2010 mencadangkan bahawa cukai perkhidmatan akan dikenakan atas kredit kad iaitu:-
a) RM50 setahun atas kad utama
b) RM25 setahun atas kad sampingan/supplementary cards
Cukai perkhidmatan akan dikutip berdasarkan tarikh kad dikeluarkan atau pada satu tahun lengkap atau pada tarikh pembaharuan.
Tarikh kuatkuasa : 1 January 2010
Kesan.
Kepada pemegang kad kredit yang memiliki 4 atau 5 kad, baik batalkan 2 atau 3 kad. Cukuplah pakai 1 atau 2 sahaja tapi macammana kalau semua dah pakai….RM200 setahun kena bayar so fikir-fikirkanlah kesannya.
D kena batalkan 2 kad yang dipaksamilik oleh sebuah bank sbb buat pinjaman perumahan kat bank dia. Memang DAHSYAT pegawai bank tu…..sbb letakkan syarat supaya mohon 2 kad kredit Visa dan Master barulah dia tolong uruskan loan rumah supaya diluluskan.
7. Cukai RPGT ( Cukai keuntungan hartanah)
Budget 2010 mencadangkan:-
a) RPGT return kena lengkap diisi dan diserahkan kepada LHDN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan asset.
b) RPGT akan dikenakan pada kadar tetap 5% tanpa mengambilkira tempoh pegangan asset
c) Individu tidak lagi dapat menikmati pelepasan cukai sepenuhnya bagi pegangan yang melebihi 5 tahun. Dia tetap dikenakan cukai RPGT 5%
Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2010
Kesan.
Pengenalan semula yang tidak dijangka oleh kerajaan akan memberikan kesan kepada pasaran hartanah.
So sesiapa yang rasa nak jual rumah, baiklah secepat mungkin sebelum 1 januari 2010.
D hanya menyenaraikan kesan keatas individu sahaja. Ini adalah berdasarkan pemahaman D sahaja dan D tidak bertanggungjawap jika terdapat salahfaham atas maklumat diatas.
Friday, November 20, 2009
Budget 2010 - Implikasi cukai

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment