Monday, November 30, 2009

Cuti Raya Haji

Hari Khamis D ambik cuti. My friend cadangkan supaya bertolak sebelum subuh supaya tidak tersangkut dalam jam dan hujan pabila petang. So D pun bertolaklah jam 5 pagi dari Kelana Jaya. Meter minyak kereta menunjukkan tiga takok lagi so kenalah isi sebelum masuk lebuh raya. D selalu guna Shell so singgahlah di Stesyen Minyak Shell yang terletak sebelum Tol Gombak. Pelik bin ajaib sbb minyak RON 97 dah habis. Tinggal minyak RON 95 sahaja. Kenapa minyak yang berharga mahal boleh habis sedangkan minyak minyak yang berharga murah tidak laku. Ketika di booth, kebanyakan pemandu meminta minyak RON 97. Kami semua kecewa bila diberitahu RON97 dah habis. Untuk meneruskan perjalanan dan D pulak tak teringat bahawa ada sebuah lagi stesyen minyak selepas Tol Gombak maka D pun pertama kalinya isi minyak RON95 dalam kereta Vios kesayangan D. D rasa tak perlulah D nak huraikan mengapa RON 95 tidak jadi pilihan semua pemandu terutama jika hendak melakukan perjalanan jauh. Anda semua rakyat Malaysia yang bijak, anda tahu mengapa. Anda mendengar dan membaca setiap komen pemandu yang tidak puas hati dengan RON95 selepas ia dilancarkan. PM kita bijak bukan, kalau pak lah dulu dia terus naikkan harga minyak...pak lah tak terfikir untuk menukarkan kualiti minyak dengan mengekalkan harga yang sama tapi PM baru ini lebih bijak dari pak lah. Itu hal minyak, D teruskan perjalanan ke Terengganu melalui Lebuh raya Timur Barat. Keadaan lebuhraya begitu sunyi sbb tak banyak kereta dan D pulak tak biasa memandu awal pagi, rasa mengantuk sungguh. Jam 6.30 singgah di R & R Temerloh untuk sembahyang dan yg penting tidur kejap. Jam 8 baru bertolak setelah makan nasi lemak kat R & R. Selepas bayar toll sebanyak RM21 di perhentian toll yang terakhir, D masuk ke jalan Jabor menghala ke Kuala Terengganu.Disini bermula episod menunjukkan kepakaran untuk mengelak lubang di jalan raya yang bertar....bukan jalan kampung ye tapi ini jalan tar untama. huhhhh...dahsyat betul lubang-lubang kat sepanjang jalan tu...puas mengelak tapi tayar kereta tetap masuk lubang sbb elak kiri ada lubang kat sebelah kanan...ada yg teruk bila seluruh kiri dan kanan jalan berlubang. Sepanjang tempoh pemanduan menempuh jalan-jalan berlubang yang tidak disangka di negara yang sudah merdeka lebih 50 tahun memang memerlukan penglihatan yang baik sbb kalau tak rosak suspension kereta baru nie. Keadaan jalan yang teruk berterusan sehinggalah ke Bukit Besi, sampai kat sini sahajalah yg D boleh beritahu sbb sini destinasi terakhir D. Sebelum sampai ke Bukit Besi, berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan Van. kemalangan berlaku bila Van memperlahankan pemanduan untuk mengelakkan lubang yang dalam tapi kereta dari belakang tak sempat brek terus menghentam belakang Van. emmm kesian rakyat....bayar cukai setiap tahun, bayar toll, bayar road tax tapi beginilah keadaan jalan yang mereka dapat. Semoga selepas ini kerajaan negeri Terengganu akan memperbaiki jalan-jalan raya ini bukan hanya menutup lubang dengan tar macam ambil tahi lembu lepas tu tampal kat lubang. Kalau lori lalu, terus jadi berbonggol macam jerawat batu yang dikopek. Berlopak-lopak...tak rata. Masa nak balik semula ke KL, D lihat ada sebuah lori pikup kontraktor dan beberapa orang pekerja sedang menutup lubang2 dengan bancuhan tar....di tuang dalam lubang tanpa meratakannya. Tak pe asalkan tutup lubang...lagipun ambil jugak tindakan. Nanti kalau berlubang lagi....bubuh lagi. Nak jadi jerawat batu ke atau busut ke...peduli apa....yang penting kerja dah buat.

No comments: