Saturday, November 21, 2009
Sahabat lama
Sahabat lama ketika berada di universiti dulu menghubungi D. Lama betul tak dengar suara dia, hampir 3 tahun rasanya. Dia memaklumkan kepada D bahawa dia akan berpindah ke Kedah dan akan berangkat pada awal Disember nanti bersama keluarganya. Dia beritahu bahawa suaminya yang bertugas sebagai anggota tentera telah pencen (usia 40). Sekarang berada dirumah.
D tanya samaada suami dia dah ada perancangan kerjaya masa di kedah nanti. Kawan D bagitahu bahawa buat masa ini, suaminya melakukan pengorbanan yg besar buat keluarga mereka kerana suaminya perlu berada dirumah untuk menjaga anaknya. Dia tanya D samaada d dah tahu bahawa dia telah bersalin pada Januari lalu dan mendapat anak lelaki.
D rasa bersalah sebab tak tidak mengetahui hal tersebut. D mengucapkan tahniah dan tiba2 kawan D jadi sebak dan menangis memberitahu bahawa anaknya itu cacat. D terdiam...sbb tak tahu nak kata apa2 risau kalau ia akan melukakan hati kawan D. Jadi suaminya mengambil keputusan duduk dirumah menjaga anaknya yang cacat itu.
Setiap insan di uji Allah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan ini adalah ujian buat kawan D dan moga dia tabah menghadapinya. Setiap anak ada reseki yang Allah berikan bersamanya semoga anak ini akan memberikan kebahagian yang lebih dalam keluarga ini. Yang pasti selepas D terima panggilan ini, D banyak termenung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment