Wednesday, November 18, 2009

Susu rendah lemak

Sejak 4 tahun yang lepas, susu rendah lemak HL adalah minuman yang wajib ada dalam peti ais D. Dari harga hanya RM2.60 sebotol meningkat kepada RM5.29 pada hari ini. Perit sungguh bila memikirkan kenaikan yang mendadak begini. Awal tahun lalu harganya naik RM4.49 dari harga RM3.65. Masa nie D mula mencari supermarket yang buat offer samaada Giant atau Tesco. Dalam seminggu 4 kotak susu Rendah Lemak HL wajib dibeli. 2 kotak bawa ke ofis dan 2 kotak tinggal dirumah. Sarapan pagi oat + susu. Jam 10.00 pagi, milo + susu dan jam 3petang milo + susu. Balik dari gym, herbalife + susu. D tak ambil gula....so susulah minuman utamanya. D tak ambil teh @ kopi cuma milo sahaja. D cuba tukar jenama lain tapi muak...dan tekak D tak boleh terima...lagipun jenama inilah yang paling murahpun. kalau offer dapatlah harga RM4.69 sekotak. So dapatlah jimat RM2.80 bagi 4 kotak (Pada tarikh inilah, mungkin bulan depan naik lagi). Kalau D yang sentiasa minum susu dan hanya belian hanya untuk seorang, begitu terasa bahangnya macammana dengan keluarga berpendapatan sederhana yang mempunyai anak 3 @ 4 orang. macammana nak galakkan rakyat minum susu kalau keadaan macam nie. Kawan D selalu mengeluh anak2nya yang seramai 5 orang tu mampu menghabiskan sekotak susu untuk sarapan pagi makan cornflakes. emmm kalau macam nie nak kena cari alternative lainlah nampaknya.

No comments: