Monday, November 30, 2009
Ibadah Korban
Alhamdulillah, tahun nie D dan keluarga dapat menunaikan ibadah korban. Sebanyak 6 ekor lembu di korbankan di Tahfiz ini. 5 ekor di sumbangkan oleh ibu bapa pelajar Tahfiz serta anak-anak murid kelas mengaji adik ipar D.
Tahun nie D akan menyambut hari raya haji/korban di BB. D tiba di Tahfiz dan terus ke dapur sbb mak D adalah tukang masak disini. Seronoknya dapat berkumpul dengan semua adik-beradik yang lain. Semua berkumpul disini lagipun Tahfiz nie adik ipar D yang punya so taklah janggal kami semua berkumpul disini. Petang hari kami menolong Ibu memasukkan beras pulut dalam batang lemang yang hampir 50 batang untuk dibakar oleh adik-adik lelaki D serta para pelajar tahfiz. D tolong Mak buat serunding ikan dan sediakan bahan-bahan untuk rendang ayam. Bukan senang nak masak untuk lebih 100 orang makan.
Pada waktu malam, kami dikunjungi oleh salah seorang ibu pelajar yang D namakan sebagai Kak Nor. Kami berbual mesra dengan beliau dan D hidangkan kek lapis serta Karot kek yang D buat. Dia adalah seorang pegawai tinggi sebuah jbtn kerajaan. orangnya nampak simple dan bertudung fesyen sekarang, tudung tiga segi dan berbaju kurung. Ibu bapa para pelajar yang berada jauh dari tahfiz ambil kesempatan untuk menginap di chalet berhampiran bagi membolehkan mereka menyambut aidil adha bersama-sama anak2 mereka.
Esoknya semua penghuni tahfiz bersembahyang sunat hari raya bersama-sama dan selepas menunaikan solat, kami menghidangkan meehon goreng bersama dengan lemang yang dibakar oleh adik D serta rendang ayam yang dibuat oleh ibu D. Awal pagi lagi Ibu D dah bangun untuk memasak. Selesai makan, kaum lelaki dan para pelajar tahfiz yg kesemuanya lelaki menyalin pakaian dan bersedia untuk menjalankan ibadat korban.
Kami yg perempuan nie berada didapur untuk menolong Mak memasak. Tiba-tiba datang seorang perempuan berjilbab hitam hanya nampak sepasang mata sahaja dan berjubah labuh. Dia bagi salam dan naik ke dapur.....bila hanya perempuan sahaja, dia bukak penutup muka dan kami semua terkejut beruk sbb itu adalah Kak Nor. Macammana pulak semalam bertudung tiga segi...pagi nie berjilbab tutup muka. Keliru betul.
Rupa-rupanya sbb ibu-ibu pelajar tahfiz yang lain yg berada di rumah tamu berjilbab dan kak nor pun berjilbablah hari nie sbb nak sama dengan ibu-ibu yg lain. nanti tak masuk group pulak....gitu rupenye.
Kenapa bila nak masuk tahfiz kena berjilbab...berjubah labuh hitam sedangkan kami bertudung biasa sahaja...adik D yg juga isteri mudir hanya bertudung labuh sahaja. Kenapa berjilbab sebab orang lain....bila diluar jilbab itu hilang. kenapa hipokrit...kenapa lakukan sebab manusia.
Memang kesian kat Kak Nor dan juga ibu2 yg pelajar lain yg paksa anak2 dara mereka berjilbab hitam sedangkan sebelum ini datang ke Tahfiz dengan berseluar jean berbaju t-shirt jemput adik mereka dengan alasan yg diberikan oleh ibu mereka sbb malam...orang tak nampak....menghalalkan cara.
Adakah dengan belajar sedikit ilmu agama dan berjilbab untuk menunjukkan anda alim sudah membolehkan anda menghukum orang lain. para ibu-ibu yg lain yg berada di rumah tamu tidak menegur D malah tidak bersalam dengan mak D yg memasak untuk anak mereka hanya sebab kami tidak berjilbab dan hanya berpakaian biasa. Adakah pakaian menunjuukkan iman anda. HIPOKRIT....benci betul D pada orang sebegini.
Kami anak beranak yang memasak untuk hidangan lebih 100 orang...sediakan air minuman berbekas2 untuk mereka yg bekerja. Para ibu yg berjilbab hitam duduk berkumpul bersembang di rumah tamu. Kesian Mak D....dia dah tua....penat sangat memasak nie....... bukan senang. D sendiripun rasa nak tercabut sendi2 (yelah sebelum nie dok kat ofis je). Sembelihan untuk 6 ekor lembu selesai dan aktiviti melapah daging juga selesai.Bila selesai lapah daging...barulah dihantar kepada kami untuk memasak...fuhh nak buat singgang daging tapi daging baru bagi. Kaum lelaki menyiapkan diri untuk sembahyang jumaat....kami anak beranak tak menang tangan nak siapkan hidangan.
Balik jumaat...ngam-ngam hidangan semua siap tapi tak sempat nak hidang lagi sbb tak cukup orang. Budak2 dah berbaris panjang pegang pinggan...dan para tetamu lelaki dan bersedia di meja makan. Dalam keadaan yang kelam kelibut tu keluarlah seorang wanita berjilbad hitam dan pergi pada mak D lalu bertanya" Mak cik....mana hidangan untuk kami". Ewah banyak cantik muka....ingat kami nie kuli engkau. D yang berjawatan tinggi masih boleh pegang periuk...engkau setakat suri rumah tak boleh nak tolong...sebab jilbab tu labuh sangat kot...takut terkena api.
Alhamdulillah....wp kelam kabut sikit tapi habis jugak nasi 2 kawah, 1 peruk besar singgang daging dan 1 kuali besar hati goreng kunyit dan satu besar air asam buatan mak D. Kami terjelepuk kepenatan selepas itu.....rasa tak larat sangat bile tengok pinggan mangkuk dan periuk belanga yg nak kena basuh. Mujur datang seorang perempuan kampung yg datang makan kenduri tadi sudi menolong. Jemputan yg tidak disangka adalah 20 orang pekerja bangla yg balik sembahyang jumaat telah dipangil bersama untuk menjamu selera.
D balik ke rumah adik D yg terletak tidak jauh dari Tahfiz untuk mandi, sembahyang dan berehat. Adik2 D yg lain pun ikut sekali....kami dah kepenatan dari petang khamis lagi. Jam 8 malam kami terima panggilan dari adik ipar D supaya kami pergi ke Tahfiz semula.
Rupanya tak habis acara lagi.....ada aktiviti " memanggang kambing". Selain 6 ekor lembu ada lagi 2 ekor kambing dikorbankan. Di Tahfiz nie ada seorang lelaki bodoh sombong yang berpendidikan setakat SPM tapi rajin menghadiri majlis agama yg dikendalikan oleh adik ipar D maka dia sudah merasakan beliau sudah layak dan setaraf ulamak. Dia menjadi orang kanan adik ipar D atau orang kepercayaan adik ipar D maka dengan kepercayaan tersebut beliau menjadi berkuasa di Tahfiz ini. Dia memberikan cadangan supaya aktiviti panggang kambing dijalankan dan para pelajar tahfiz tidak dibenarkan pulang lagi. Oleh itu para ibu bapa masih berada di sini. Rancangan ini tidak diberitahu kepada tukang masak sehingga menyebabkan mak tidak menyediakan apa-apa.Kononnya lelaki ini nak sediakan semua hidangan tanpa menyusahkan tukang masak.
Hasilnya....semua pelajar makan daging panggang yg keras sbb terlebih masak (orang bodoh yg panggang) dan itu sahajalah hidangan semata2 selain 10 bundle roti sandwish. Roti sandwish dengan daging panggan keras.....heeeee gigi palsu makcik boleh tertanggal makan hidangan nie. Akibatnya habis nasi sejuk dengan kuah singgan tengahhari tadi dimakan oleh para pelajar.
Lebih memeranjatkan bila wanita2 berjilbab hitam masuk ke dapur tempat D dan adik D sedang menyediakan air minuman pelajar. "Mana Mak cik (Mak D lah tu)....kenapa tak buat gulai kambing...kami datang nak makan gulai kambing nie". Mula2 6 orang masuk lepas tu geng jilbab yg seramai 12 orang penuh didapur yg sempit berserta dengan anak2 kecil. Mereka langsung tak menegur D dan hanya mintak makanan sahaja dan komplen"takan makan ini sahaja".Hello saya bukan kuli....nak je D menjerit masa tu. Tapi nak jaga adap....D keluarkan makanan yg D nampak ada di dapur termasuk semua kek yg D bawak dan buah limau 5 paket....D letak makanan tersebut dan D terus ambil kunci kereta dan berlalu dari situ. Tak kuasa nak layan.
Keesokkannya....barulah D tahu bahawa salah seorang wanita jilbab tu buat korban dan yg lain2 tu adalah saudara mara dan sahabat handai wanita yg buat korban tadi. Semua daging lembu korban diambil bawak balik untuk diagihkan kepada saudara mara dan sahabat handai beliau. Yg tinggal hanya tulang dan kulit lembu untuk sekolah Tahfiz. Datang untuk suruh orang sembelih lembu lepas tu ambil semua daging dan kemudian bawak semua kaum kerabat makan dan menyuruh orang masak dengan mengunakan daging korban orang lain yg disedekahkan kepada para pelajar dan jugak duit tahfiz untuk beli bahan masak....orang macam nie pun ada jugak.
Inilah realitinya manusia HIPOKRIT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment