Friday, December 4, 2009
Kisah sahabatku
D hendak bercerita tentang seorang kawan yang ditemui ketika D bercuti menyambut hariraya korban yang lepas. D namakan kawan D ini sebagai Adura (bukan nama sebenar). Adura berumur 35 tahun mempunyai 3 anak, yang sulung berada ditingkatan 1.
D berkawan dengan Adura ketika D berada di BB. Ketika itu D agak close jugak dengan Adura iaitu kira-kira 5 tahun yang lepas sebelum D berpindah ke KL. Ketika itu Adura berkahwin dengan Fendi, lelaki kampung yang agak lurus bendul sikit. Adura anak tokey stesyen minyak dan anak orang berada yang dibesarkan dibandar. Ketika berusia 18 tahun, ayah Adura berkahwin lain. Sebagai anak tunggal, Adura cuba memberontak dan mencari pasal dengan ayahnya....dia berkahwin lari dengan kuli ayahnya sendiri iaitu Fendi pemuda kampung yang lurus bendul.
Rancangan Adura untuk menarik perhatian ayahnya berjaya apabila ayah Adura menfailkan tuntutan untuk membubarkan perkahwinan tersebut di mahkamah tapi Ayah Adura kalah dalam tuntutannya dan perkahwinan itu di iktiraf oleh Mahkamah. Terperangkaplah Adura dalam perkahwinan yang dia cipta dan bukan disebabkan dia cintakan lelaki ini dengan ikhlas.
Hiduplah Adura bersama fendi di BB, dirumah yang kecil dan serba kekurangan berbanding dengan kehidupan mewah bersama keluarganya dibandar KT. Sebagai anak tunggal, Adura tetap disayangi oleh ayahnya. ayahnya tetap memberikan pekerjaan sebagai attendan stesyen mintak dengan gaji RM400 sebulan kepada Fendi.Dengan RM400 manalah nak cukup makan. Untuk mencari rezeki tambahan, Fendi buat macam2 kerja recam di kampung.
Sebenarnya ayah Adura adalah lelaki yang agak kedekut. Ayah Adura pernah meminta pertolongan D untuk menyemak akaun stesyen minyaknya sebab dia merasakan pekerja stesyen minyak mencuri wang kutipan. D telah mengambil semua dokumen akaun untuk tempoh setahun dan membuat analisa perincian berkaitan dengan pergerakkan meter pam minyak. dari situ D berjaya mengesan perbuatan salah seorang pekerja shif malam yang telah "dengan kreativiti'nya telah membuatkan meter tidak bergerak/terhenti dan kemudian turutan nombor meter akan melompat dari nombor sebelumnya. Hasil penat lelah D ini tidak dibayar sedangkan sebelum ini beliau berjanji untuk membayar. WBP dari sinilah timbul minat terhadap kerja D sekarang.
Berbalik kepada Adura....beliau sentiasa tidak berpuas hati dengan Fendi. Sentiasa memburuk2kan Fendi malah kepada D juga beliau mengadu bahawa suaminya itu pemalas dan ayahnyalah yang senntiasa membantu dengan barangan dapur pada setiap bulan. Malah pernah satu hari D yang ketika itu berada di rumah Adura melihat sendiri ayah Adura menghantar beras, barangan dapur untuk kegunaan Adura sekeluarga. Menurut Adura sebulan sekali ayahnya akan menghantar semua barangan tersebut.
Cerita sebenar berkenaan Adura terbongkar apabila adik ipar D mengambil emak mertua Adura bekerja sebagai pembantu tukang masak di asrama sekolah kami. Emak mertua Adura adalah seorang perempuan yang sangat baik tidak pernah marah, tidak pernah memburukkan sesiapa dan sangat baik hati. D telah bekerja di KL, so hubungan D dengan Adura terputus.
Satu hari ketika D pulang bercuti, D selalu berbual dengan emak mertua Adura di dapur ketika menolong beliau dan mak D di dapur asrama. Makcik Tie berkata bahawa Adura telah bercerai dengan Fendi. " Mak cik tak pernah bercerita pada sesiapa wp mak cik dengar orang memburukkan anak makcik". Anak mak cik lurus bendul, orang ambil kesempatan terhadap anak mak cik. Ayah adura telah memperkulikan Fendi. Gaji bulanan Fendi hanyalah RM400 sebulan untuk shif 6 pagi hingga 6 petang tapi Fendi kena pergi lagi pada malam jam 12 hingga 6 pagi semula. Bayaran shif malam ini ayah Adura tidak bayar mengunakan cash dengan alasan bahawa isteri mudanya akan mengamuk jika membayar menantunya lebih. Ayah adura telah berjanji untuk membayar dengan menghantar bekalan makanan, barangan dapur dan perbelanjaan sekolah anak-anak Adura. Fendi yang lurus bersetuju sahaja.
Adura memburuk-burukkan Fendi dengan mengatakan bahwa Fendi tidak bertanggungjawap dan pemalas sehinggakan ayahnya yang menanggung mereka. Pada semua orang kampung diburuk-burukkan suaminya dan menagih simpati. Tujuan Adura adalah supaya dia boleh bergaduh dengan Fendi dan kemudian boleh meminta cerai tanpa ada sesiapa menyalahkannya. Fendi terlalu sayangkan anak-anaknya...setiap kali Adura buat hal atau membebel, Fendi akan diam dan terus keluar rumah dan pergi kerumah emaknya.Di sana dia banyak termenung dan berdiam diri...tidak pernah sekalipun dia bercerita tentang masalahnya pada emaknya.
Mak cik tie beritahu bahawa sehinggalah satu ketika bila Adura rasa segala rancangannya untuk membuatkan Fendi marah dan terhina gagal...maka adura bertemu empat mata dengan Fendi dan menyatakan bahawa dia dan adik Fendi sedang bercinta. dia minta Fendi ceraikan dia jika fendi tidak mahu bergelar dayus. Makcik tie berkata pertama kali dalam hidupnya dia lihat Fendi menangis sekuathati sambil memeluknya. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat Fendi yang begitu baik dan penyayang dengan adik-adik telah membelasah adik lelakinya sendiri. Akhirnya Fendi ceraikan Adura dan kemudian meninggalkan kampung untuk berkerja sebagai buruh diplantar minyak.
Kini setelah bergelar janda, Adura yang memang sedari dulu cantik telah mula bergaya kembali. Dia telah berusia 35 tahun sedangkan adik Fendi baru berusia 25 tahun dah tentu kena bergaya. Adik fendi memang terkenal sebagai lelaki yang kacak....ada rupa dan lebih bergaya dari Fendi. Mereka akhirnya berkahwin selepas Adura habis edah. Anak-anak Adura jadi keliru...dulu panggil pak tih sekarang kena panggil ayah. Anak sulung adura minta belajar di asrama kerana benci pada Adura. Anak keduanya juga belajar di sekolah adik ipar D dan tinggal di asrama. Anak yang kecil sahaja yang masih berada dengan Adura.
Mak cik tie berkata beliau sedih sebab mereka memperlakukan Fendi begitu. Fendi bertungkus lumus cari duit tapi ayah Adura tidak menceritakan perkara itu dengan jujur. Semua barangan yang dihantar ke rumah Adura adalah hasil upah Fendi. Sekarang hatinya lagi sedih sebab Fendi dengan adiknya bermusuh. Fendi tidak boleh tengok muka langsung mereka langsung....Fendi pernah berkata jika dia nampak Adura dengan adiknya itu bersama di rumah ibunya...dia sanggup bunuh mereka berdua. Mak cik tie bimbang orang yang pendiam dan penyabar seperti Fendi naik angin. Dia tidak pernah tengok Fendi marah sebegitu. Fendi memang patut marah, manusia mana yang sanggup tengok orang disayangi mengkhianati dan menikam mereka begitu.
Hubungan D dengan Adura terputus selepas D bekerja di KL dan D juga jarang menziarahi Adura bila pulang bercuti. Berita terbaru...hidup Adura tidaklah seindah yang diimpikan kerana suami baru nya a.k.a bekas adik iparnya adalah penganggur dan dengan terang2 pemalas. Buat Fendi...tahniah atas perkahwinan terbarunya....moga Allah memberkati perkahwinan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment