Hari Jumaat pagi D buat appointment untuk first trial facial di CN Health & Beauty, tapi D hanya duduk di luar premis sahaja tak jadi untuk masuk kedalam sebab takut pisang berbuah dua kali seperti yg berlaku di NY. Selepas 2 tahun buat facial di NY tiba2 berhenti setahun yang lepas menyebabkan D rasa tak selesa. Kulit muka rasa tidak bersih dan nampak kusam....masalah pore nampak ketara, masalah T zone yang berminyak juga agak teruk. Dari dulu D memang sentiasa buat facial...sebelum NY, D buat di salon yg kecil sahaja...sekali caj RM150-180 sahaja.
D tak jadi buat facial hari itu. Hari Sabtu lepas habis buat senaman di gym, D berjalan di The Curve. Lepas makan tengahhari di Secret Recipe (last day untuk SR anniversary set), D masuk ke kedai L' Occitane. Sebelum membuat keputusan untuk guna produk L"occitane, D dah buat rujukan di internet dan tiada komen negative about this product so D decide untuk cuba. Before this D ada guna product set Sens'e dari Usana tapi tak sesuai dengan kulit, kemudian D tukar ke set Estee lauder Cyberwhite EX tapi tak serasi jugak.
D minta nasihat konsultan L'Occitane iaitu Jeff beri pandangan beliau berkaitan produk yg patut D guna supaya sesuai dengan masalah dan jenis kulit D. Jeff bagus, nampak ada ilmu dan tahu apa yang dia cakap dan yang paling penting dia tahu produknya. So dia rekemenkan produk ini
1. Immortelle Brightening Toner 200ml RM99
2. Immortelle Divine Cream RM430 (produk baru)
3. Brightening cleansing foam RM103
So habislah duit D sebanyak RM632, oleh kerana D bukan member so D tak dapatlah diskaun 5% tapi oleh kerana D buat belian melebihi RM200 maka D dapat jadi member tapi diskaun 5% hanya dapat lepas dapat kad. oleh kerana ada promosi krismas maka D dapatlah hadiah ini

Extra....untuk belian melebihi RM500 dalam satu resit dan D juga dapat hadiah percuma ini sebab belian melebihi RM350

Satu set mini yang mengandungi:-
1. Revitalizing Shower Gel 50ml
2. Relaxing Body Lotion 50ml
3. Repairing Shampoo 35ml
4. Repairing Conditioner 35ml
No comments:
Post a Comment