Pasal bogel dalam bilik persalinan nie memang dah biasa kat gym. Dah tak larat nak tengok...macam2 saiz...macam2 colour.....tapi yang D kesalkan kalau Melayu...islam yang buat. kalau mat saleh tu...memang diorang dah takde rasa malu wp sesama perempuan....main tanggal seluar dalam dan coli depan kita je...sampai kita yang kena paling muka kearah lain.
Chinese girls kadang2 ada juga yang macam tu tapi setakat nie mereka agak sopan dan tahu nak guna bilik kecil untuk tukar pakaian. Semalam masa lepas habis kelas Body Step...D masuk kebilik persalinan dan pergi ke loker untuk tukar pakaian dan nak berkejar untuk pergi sembahyang maghrib. Minah melayu nie...lokernya sebelah loker D....dia selamba badak tanggalkan pakaiannya depan loker tu. Bila D keluar dari bilik persalinan kecil selepas tukar baju...D nak pergi ke loker tapi langkah D terhenti sebab minah nie tengah tanggalkan seluar kecilnya....alamak kena paling muka ke arah lain dan tunggu dia siap tukar pakai baju gym. ihhhhh...tak malu betul. itukan aurat...wp sesama wanita. Tak tahu hukum ke.....kalau bukan islam bolehlah faham. Apa dah jadi dengan perasaan malu....kalau tak malu dengan manusia...malulah dengan malaikat....malulah dengan Allah.
Ada satu lagi aksi yang D sendiri sebagai wanita malu nak tengok.......perempuan melayu jugak. Masa kelas Body Combat....D yang baru habis join kelas Body Pump duduk berehat sebentar kat kerusi depan studio sambil mata melihat kelas Body combat yang tengah berlangsung. Tiba2 mata tertengok minah nie yang berada di barisan tepi dinding.....orangnya tembam dan berisi...pakai baju sendat tanpa lengan dengan leher yang teramat-amatlah luasnya dibahagian dada sehingga nampak habis aset dia tu. Kalau asetnya tu kecil....lantaklah tapi mak datuk besarnya....bila ada gerakan melompat...huhhhhh habis melambung-lambung...sampaikan D yang perempuan nie jadi malu dan terus bangun pergi tempat lain. Minah melayu nie pun bukan muda lagi rasanya dalam around 40an.......dia tak malu tapi orang lain yang tumpang malu untuk dia. Kot ye pun dah tahu badan tu gemuk dan berlemak sana sini tak payahlah tunjukkan lemak tu kat orang dengan pakai baju sendat.....dah tahu aset tu sebesar buah kelapa...pakailah coli khas untuk senaman...tak adalah melambung2 sampai nyeri kita tengok....tak sakit ke?.
No comments:
Post a Comment