Politik pejabat....hmmmm D harap D tidak akan terlibat lagi. Cukuplah....pengajaran yang D terima dulu. Sebab itu D amat berhati-hati memilih kawan.
Dimana-manapun kita bekerja...perkara ini berlaku samaada swasta ataupun jabatan kerajaan. Sistem kerja kami adalah berkumpulan tapi dalam kumpulan yang mengandungi 4 orang pegawai hanya D seorang yang bertungkus lumus mencapai statistik yang ditetapkan oleh ketua jabatan. D bersyukur kepada Allah kerana pengalaman menguruskan syarikat sendiri memberikan D ketekunan dan bekerjakeras. D tidak peduli samaada ahli kumpulan D curi tulang.....meng'ular'(hilang dari tempat kerja) atau duduk dalam bilik serve internet. Yang penting statistik kerja D capai dan lebih dari yang diminta supaya D dapat cemerlang....itu saja. D tak peduli kalau D seorang yang buat kerja dari A to Z.....bukan D yang rugi sbb setiap kes yang disiasat mempunyai pendekatan yang berbeza....ilmu yang tiada dalam buku dan hanya boleh diperolehi melalui pengalaman.
Khamis lepas....ketika semua pegawai berkumpul di pantry sbb ada makan2 sikit. Salah seorang pegawai yang terkenal dengan sikap culas dan mencuri tulang telah bertanya kepada seorang pegawai senior. 'Kalau I naik pangkat nanti....nak kena declare tak harta'. Kami semua agak terkejut dengan pertanyaan tu.
Ketika keluar dari pantry...D tanya pada En S (senior Officer) 'kenapa dia confiden sangat dia akan naik pangkat'. En S beritahu sbb 2 calon KP yang dijangka akan mengantikan KP yang bakal bersara akhir tahun ini adalah geng dia. Dia memang terkenal sebagai kaki kipas....kaki bodek....budak suruhan pegawai atasan...dia sanggup buat apa saja asalkan dapat berada dikelompok pegawai2 atasan.
D beritahu En S, salah seorang calon KP tersebut tidak capable hanya akan memalukan jabatan jika beliau terpilih. Kenapa dia terpilih. En S pandang D dan berkata ' sebab dia disukai oleh orang politik......dia sesuai untuk dijadikan 'lembu' mereka. Dia akan menurut semua kehendak politik mereka dan poket mereka hehehe....' sambil berlalu. ohhhhhh macam tu ke.
Berbalik kepada pegawai tadi....dia memang tak tahu langsung hendak buat kerja malah dia tak tahu langsung prosedur untuk memulakan sesuatu siasatan kes. Dia pernah datang kebilik D dan minta D tolong menyemak kes dia. Dia memang jenis blur tapi orang nie akan jadi boss D nanti dan D kena panggil dia ENCIK hehehe....sabar ajelah.
Kawan D pernah cakap pada D "tak guna u kerja keras kalau tak tahu bodek boss atau orang atasan nanti u akan jadi macam pegawai senior tu....dah nak pencen pun duduk kat jawatan tu jugak wp dia paling bijak dalam jabatan nie".
Sebenarnya D nak jadi seperti senior tu....biarlah tidak berpangkat tinggi asalkan amanah Allah dijalani dengan baik. D hendak jadi seorang yang amat bijak seperti dia. Bila ada masalah.... semua pegawai akan merujuk kepada dia bukan boss D...sbb boss D tak tahu apa2 selain dari cakap besar aje.
Adakah kejayaan hanya diukur berdasarkan tinggi pangkat....tinggi gaji, bagaimana dengan keberkatan kerja dan gaji yang diterima. Pegawai senior tadi memang tidak berpangkat tinggi wp melakukan kerja dengan tekun tapi Allah memberikan kejayaan dalam bentuk yang lain iaitu anak2nya semua baik, taat dan berjaya dalam hidup.
Di tempat adik D, ada seorang lelaki yang hanya berkelulusan SPM sahaja dan berkerja kampung tapi Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan bertutur dengan baik. Dia berjaya menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan yang tinggi di dalam kerajaan negeri. Tapi kuasa dunia yang diperolehinya digunakan untuk menghapuskan sekolah tahfiz yang berada di kawasannya. Dia sedaya upaya berusaha untuk menghalau dan merobohkan sekolah tahfiz tersebut. Surat terakhir dihantar kepada pengetua sekolah tahfiz memaklumkan bahawa tempoh 3 bulan diberikan sebelum mereka dihalau.
wakil rakyat tersebut mempunyai anak lelaki tunggal yang amat disayangi. Selepas berjaya menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan negeri....kemewahan melimpah ruah buat keluarganya. Bagaikan kejutan sebab sebelum ini mereka hanya hidup kais pagi makan pagi tiba2 mewah teramat...sehinggakan anaknya lupa diri. Kuasa Allah..... anaknya mati ketika melarikan diri dikejar polis kerana merempit......tubuhnya terpelanting dan tersangkut dipagar....meninggal dunia serta merta ditempat kejadian.
Jenazah si anak disembahyangkan oleh para pelajar tahfiz yang hendak dihalau oleh si ayah. Adakah ini kejayaan kerjaya yang kita inginkan.
No comments:
Post a Comment