Friday, December 25, 2009

Barangan ex-display di AsIs corner

Anda tahu tak bahawa di ikea ada satu corner yang menempatkan barangan ex-display dan dijual dengan harga 50% atau lebih atau kurang drp itu bergantung kepada keadaan barangan ex-display tersebut. My housemate selalu parking kereta kat ikea bila hendak ke gym. D ingat sebab dia tak nak bayar tiket parking RM2 kat The Curve....rupanya dia selalu ke corner ini untuk beli barang dan dalam masa yang sama tak perlu bayar parking.
Bermula daripada hari tu D pun mulalah ikut langkahnya.....so inilah beberapa barang yang setakat ini dibeli dibahagian As Is.

Box ini D beli pada harga RM21. Harga asal adalah RM29....alasan mengapa 2 box ini ditempatkan di As Is corner adalah sbb sedikit kemek di bahagian bawah tin yang besar tu. D guna tin ini untuk menyimpan semua dokumen dan surat penting.

yang ini pula dibeli dengan harga RM8 dan harga asal adalah RM10.50. Tiada kecacatan apa2 ditemui.....ketiga2 tin ini sempurna. D guna untuk letakkan peralatan menjahit seperti benang, gunting, jarum, butang dll.

Banyak barangan lain di As is corner...ada perabut ex-display dll tapi D lebih berminat dengan barangan kecil2 seperti ini.

No comments: