Tuesday, December 22, 2009

HANDBOOK 2010

INI JANJI D UNTUK 2010. KESIHATAN(Rohani dan jasmani):

  1. Jangan lewat-lewatkan sembahyang dan bersembahyanglah dengan sempurna dan tertib.
  2. Minum banyak air
  3. Makan sarapan seperti raja, makan tengahari seperti seorang puteri dan makan malam seperti pengemis
  4. Makan banyak makanan yang dihasilkan dari pokok dan kurangkan makanan yang dikeluarkan dari kilang.
  5. Hidup dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy
  6. Baca buku lebih banyak daripada tahun 2009 terutama Quran.
  7. Tidur secukupnya iaitu 7 jam (yang nie ok...sekarang pun memang cukup)
  8. Ambil masa 10-30 minit berjalan setiap hari dan bila berjalan, senyum

PERSONALITI:

  1. Jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain. You have no idea what their journey is all about.
  2. Jangan mempunyai fikiran negative terhadap perkara yang kita sendiri tidak boleh kawal. Lebih baik tumpukan tenaga kita terhadap perkara positif berlaku pada masa sekarang.
  3. Jangan sesekali over do. Hadkan limit.
  4. Don't take yourself so seriously. No one else does
  5. Jangan buang masa anda yang amat bernilai dengan mendengar gosip
  6. Dream more while you are awake
  7. Envy is a waste of time. You already have all you need
  8. Lupakan semua perkara yang telah lepas. Jangan ungkit kesilapan orang lain yang telah lepas. Itu hanya akan merosakkan kebahagian pada masa kini.
  9. Hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan membenci seseorang. jangan benci orang lain.
  10. Make peace with your past so it won't spoil the present
  11. Tiada siapa yang boleh memberikan kebahagian dalam hidup anda kecuali anda sendiri.
  12. Realize that life is a school and you here to learn. Problems are simply part of curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  13. Senyum dan ketawalah selalu
  14. Kita tidak selalunya harus menang dalam setiap perbalahan. Oleh itu belajarlah mengalah. Agree to disagree

KEHIDUPAN SOSIAL:

  1. Kena selalu telefon mak dan adik-adik.
  2. Setiap hari D berjanji akan cuba berikan sesuatu yang baik kepada orang lain
  3. Maafkan orang lain untuk segala-galanya
  4. Luangkan lebih masa dengan orang yang berumur diatas 60 tahun dan dibawah 6 tahun.
  5. Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang senyum setiap hari (yang nie payah sikitlah gamaknya.....)
  6. Apa yang orang fikir tentang aku bukan masalah aku tapi masalah mereka so buat tak tahu.
  7. Kerja anda tidak akan ambil berat terhadap diri anda ketika anda sakit tapi kawan-kawan terdekat...ya. Oleh itu jangan putuskan persahabatan anda dan sentiasa hubungi mereka.

HIDUP:

  1. Buatlah perkara yang betul
  2. Jauhilah perkara-perkara yang tidak berguna, tidak mengembirakan dan sia-sia
  3. Allah menyembuh semua perkara. Oleh itu mengadulah 'kesakitan' kepada Allah.
  4. Walaupun baik atau buruk sesuatu situasi....ia akan tetap berubah
  5. Walau apa sekalipun perasaan anda ketika itu.....dress up and show up.
  6. Bila bangun setiap pagi....bersyukurlah kepada Allah kerana masih hidup.
  7. Sentiasa gembira
  8. You are what you eat. Oleh itu pastikan rezeki yang diterima adalah berkat. berkerjalah dengan tekun....jangan culas, buatlah kerja dengan ikhlas....berdoalah supaya Allah jauhkan rasuah/suapan dari menghampirimu.

SEMALAM ADALAH SEJARAH, ESOK ADALAH MISTERI DAN HARI INI ADALAH SESUATU YANG PASTI.....BERSYUKUR DAN BUATLAH YANG TERBAIK

No comments: