Wednesday, December 30, 2009

Penilaian Prestasi

Di akhir tahun, semua pekerja mula mengisi borang penilaian prestasi. Kami juga tak terkecuali. Diawal tahun ketua jabatan menetapkan sasaran pencapaian. Satu kumpulan ditetapkan pencapaian minima RM22 juta dengan penyelesaian 18 kes. Oleh kerana kumpulan D terdiri dari 4 pegawai maka sasaran kumpulan dibahagikan mengikut nisbah tahun pengalaman. Sasaran kerjaya D untuk 2009 adalah RM5 juta dengan jumlah kes sebanyak 4 kes setahun.
Ketua kumpulan D adalah seorang pegawai senior yang hendak pencen 2 tahun lagi. Dia hanya berani cakap belakang sahaja.....dan seorang yang suka curi tulang. Kalau keluar minum jam 10 pagi, ia akan berlarutan sehingga jam 2 petang dan bila berada di bilik pejabat pulak.....ramailah pegawai2 lain akan berkumpul dan bersembang sehingga petang. Fail kes atas meja akan terbuka dari awal tahun sehinggalah akhir tahun. Tak pernah selesai malah tak pernah nak buat kes baru. Ahli kumpulan yg lain adalah seorang pegawai lelaki yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun.....dalam setahun hanya handle 1 kes RM300 ribu dan seorang lagi pegawai perempuan yang baru setahun setengah dijabatan D......pegawai senior jugak tapi dahulu dijabatan lain so dia rasa dia agak 'besar' dari D. Permulaan kemasukkannya D selalu beri tunjuk ajar pada dia.
D selalu ke bilik dia dan tanya perkembangan kes kemudian beri pendapatan tentang apa yang perlu dilakukan. Bila D keluar sahaja dari bilik dia......dia pun terus meluru ke bahagian kerani pejabat dan berkata "kau tengok.....dia baru je keluar dari bilik akak.....nak mengajar orang kononnya....berlagak bagus sangat". Kerani kat situ pulak mulut tempayan maka sampailah semua kutukan tersebut kepada D. So D pun menjauhkan diri.......lebih selamat. Dalam bilik pejabatnya...dia lebih suka menghabiskan masa depan komputer dan baca buku cerita. Mengutuk D kepada kawan-kawannya malah ofismate lelaki yang lain mula terpengaruh. Dia orang kelantan maka dengan semangat kenegerian semua ofismate kelantan akan menyokong beliau. Mengutuk D dibelakang dan merayu2 D bila perlukan pertolongan terutama dalam menyelesaikan kes dan kebetulan pulak 45% ofismate adalah orang kelantan....huh.
Ternyata bila D tidak ambil tahu.....dia lepas tangan.....dalam setahun hanya selesai 1 kes RM60 ribu sahaja dan satu kes yang langsung tidak disentuh selama 1 tahun. D berkerja seorang diri....D buat kerja dari A hingga Z. Dia duduk dalam bilik serve internet......berbual dengan kerani2 seharian......hilang dari ofis tapi bila time punch out baru nampak muka. Bila time gaji...dia akan menjelajah Mid Valley, IOI, subang parade, summit, one utama dan hampir semua megamall berdekatanlah.
Begitu juga dengan pegawai lelaki dan ketua kumpulan D. Oleh kerana kerja kami adalah bebas dan tiada sekatan maka kami bebas keluar ofis tapi mereka semua menyalahguna semua kebebasan ini. Curi tulang dah jadi tradisi disini.
Sekarang bila akhir tahun mula nak mengelabah. Pagi tadi ketua kumpulan meminta D berjum[a beliau....beliau memujuk D supaya membenarkan kutipan yang dibuat oleh D sepanjang tahun 2009 iaiatu sebanyak RM9.8 juta dibahagikan kepada 2 orang pegawai ini. Rasa tertekan sangat dengan permintaan ini.......tapi D tunjukkan belas kasihan kerana mrk tidak mencapai wp 1/4 daripada sasaran maka mereka berada dikeadaan yang kritikal.
D meminta supaya ketua D memanggil kedua-dua pegawai ini dan menerangkan kepada mereka betapa kritikalnya keadaan yang mereka hadapi atas sikap kemalasan mereka selama ini. Jika ketua D panggil mereka...barulah D bersetuju untuk memberikan sedikit kutipan D untuk menampung kekurangan mereka.
Belum sempat D duduk di kerusi di dalam bilik D.....bunyi mesej masuk di email box kedengaran. Bila D bukak mesej box maka email yang ditujukan kepada kami bertiga diterima dari ketua kumpulan. Sebanyak RM4.5 juta dari kutipan D telah diserahkan kepada 2 pegawai pemalas ini dan sejumlah 8 kes dari 18 kes yang dikendalikan oleh D diserahkan kepada mereka. Ketua D telah memindahkan semua ini dengan kuasa ditangannya. Beliau buat begini kerana jika prestasi 2 pekerja ini teruk maka beliau sebagai ketua kumpulan juga teruk....so dia lepas tangan dengan 'merompak' kutipan dan kerja keras D selama setahun.
Apa yang boleh D buat. D hanya menangis sepuas hati....D menangis teresak-esak....sakitnya hati. D tak tahu nak mengadu pada sesiapa.....kepada ofismate...mereka talam dua muka. Kepada ketua jabatan hanya mendatangkan musibah sebab beliau juga seorang yang tak guna dan tak pernah ambil tahu tentang keadaan pejabat. Yang penting kepada beliau......aku akan naik pangkat lagi sebab statistik jabatan dan capai. Bgaimana pegawai kerja tak perlu tahu....sapa yang curi tulang tak pernah nak ambil tahu. Susahnya.

No comments: